Telegram Web Link
Kanser hati seringkali tidak menunjukkan gejala atau tanda- tanda awal namun, terdapat simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser jenis ini antaranya, rasa sakit dan ada ketulan pada di bahagian kanan perut, loya dan muntah-muntah serta keletihan dan hilang berat badan.
Statistik menunjukkan, terdapat kira-kira 48,639 penghidap kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020.
Manakala data Registri Kanser Malaysia melaporkan sejumlah 168,822 kes kanser baru bagi tempoh 5 tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2021. Kanser payudara, diikuti kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merupakan lima (5) kanser dengan insiden tertinggi dilaporkan bagi tempoh yang sama.
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas.
๐Ÿ‘‰ Minum air secukupnya
๐Ÿ‘‰ Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein
๐Ÿ‘‰ Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap
๐Ÿ‘‰ Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi.
Oleh itu, amalkan tip kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba
โš ๏ธ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.
๐Ÿ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.
Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐‰๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š: ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐€๐ง๐๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ?
Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka.
Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.
Kami kongsikan 5 fakta mengenai penyakit jarang jumpa. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.
๐ŸฆŸDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
๐Ÿ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
๐ŸŽ‡๐ŸŒ‡Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.
Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.
Obor-obor merupakan haiwan yang tidak bertulang dan beberapa spesies boleh menyebabkan sengatan bisa yang mungkin mengakibatkan alahan teruk serta kematian.

Sengatan bisa boleh terjadi melalui sentuhan daripada sesungut yang mempunyai pundi bisa mengandungi racun dipanggil sebagai โ€˜nematositโ€™.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor berbahaya.

#ANMS #sihatmilikku
๐ŸฉธOrang ramai diminta untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara.
Layari Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Darah Negeri untuk maklumat lanjut.
Bantu kami dengan menderma darah.๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
#darahtakpernahcuti
SAKSIKAN "Perspektif Pakar" terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia yang membincangkan isu- isu semasa kesihatan dengan mengetengahkan topik arus perdana yang menjadi perhatian umum.

Ikuti kami 1:00 petang ini, 7 Mac 2024
Episod 1 : "CUACA PANAS: APA YANG HARUS KITA LAKUKAN"

Jom kita saksikan.
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37ยฐc untuk 3 hari berturut-turut.
Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya.
Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh.
#ANMS #sihatmilikku
๐ŸŒ™๐ŸŒ™Bersempena dengan bulan Ramadan, penjualan juadah makanan di bazar ramadan dan pelbagai premis makanan sememangnya menjadi aktiviti yang sangat dinanti-nanti oleh semua peringkat masyarakat di negara ini.
๐Ÿ‘จ๐Ÿ‘จ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ง Ramai yang akan berkunjung ke bazar ramadan dan premis-premis makanan di seluruh negara untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan
.๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
Sebarang aduan keselamatan makanan, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui sila layari laman web http://moh.spab.gov.my
Ramadan Kareem merupakan bulan yang membawa berkah dan membawa erti seribu nikmat yang istimewa oleh Allah SWT kepada hambaNya dalam usaha memperteguhkan iman dan amal sebagai kewajipan sebagai muslim.

Jalani ibadah ini dengan penuh ketenangan dan taqwa disamping meningkatkan kualiti kesihatan dengan amalan berpuasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di Malaysia.
2024/10/01 08:22:02
Back to Top
HTML Embed Code: