Telegram Web Link
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan.

Mengangkat tema "Food Standard Save Lives,"  sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.

Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT.

Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini.

Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan.

Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI

Link berita:
https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz
🍚🍜🍲Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun 2023. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Food Standards Save Lives".

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia ini, KKM ingin menyeru agar orang ramai dapat terus cakna dan menitik beratkan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan; mendapat akses kepada makanan yang selamat dan berkualiti; serta mengamalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat.

Oleh itu, jadilah sebahagian daripada yang mempunyai peranan dalam memupuk kesedaran terhadap keselamatan makanan sebagai tanggungjawab bersama.
Ia kecil.. tapi boleh membunuh!
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 2
Tahukah anda bahawa makanan beku tidak selamat untuk mencairkan ia di ruangan suhu bilik ?

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji

https://fb.watch/k-Vf77m--D/
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 3

Adakah anda tahu selamat untuk makan makanan yang jatuh atas lantai kurang dari 5 saat?

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 4

Tahukah anda kita tidak dapat menilai tahap keselamatan makanan dengan sekadar memeriksa dan menghidu.

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
πŸ‘Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan.

πŸ§‘β€πŸ³Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat.

βœ…πŸ’ͺPengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi dan lewat petang.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan usaha mendidik orang awam untuk menyedari bahawa kita berhak bersuaran untuk udara yang bebas dari asap rokok.

Ayuh sertai kempen ini Suarakan Hak Anda, Speakout!

Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan.

Scan Qr untuk mendaftar dan dapatkan hadiah lumayan.

#kekalaktiflupakanrokok
#BuskingSihatTanpaAsapRokok
#utamakanmakananbukanrokokdemikesihatan

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 1 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT
βœ… Segar
❌ Tidak berkulat atau berulat

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.

Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti meningitis, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan kematian.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut.
Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan.

Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.
Aedes kian membiak. Apa tindakan kita? Ayuh kengkawan kita ajak komuniti kita sama-sama banteras Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
#10minitseminggu
Cawan plastik / kertas yang dibuang merata boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom kitar semula!

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Lengkapkan imunisasi anak anda bagi mengurangkan risiko mereka daripada mendapat penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti batuk kokol.

Hubungi klinik yang berdekatan dengan segera sekiranya anda terlepas tarikh janji temu imunisasi anak anda.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 2 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

βœ… Isi yang pejal dan anjal
βœ… Mata Jernih dan tidak tenggelam
βœ… Insang berwarna merah
❌ Tidak berbau busuk

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 3 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

βœ… Segar
❌ Tidak berlendir
❌ Tidak berbau busuk
❌ Tidak berubah warna
❌ Tidak lebam

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Perluasan pemberian imunisasi pneumokokal dilaksanakan bermula 1 Jun 2023 sehinggan 31 Mei 2024.

Semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak menerima imunisasi ini.

Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/11/20 10:29:01
Back to Top
HTML Embed Code: