Telegram Web Link
📌 SINDROM COVID BERPANJANGAN (LONG COVID SYNDROME)

👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ sistem dalam tubuh seseorang individu.

Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

Dapatkan dos penggalak sekiranya berkelayakan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan COVID-19.
Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan.

Anda digalakkan membawa sejadah dan pakaian solat sendiri untuk ke masjid.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

26. Bolehkah wakil menggantikan pelanggan semasa slot janji temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

27. Bolehkah saya membuat tempahan janji temu di klinik pakar pergigian menggunakan aplikasi MySejahtera?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun Paxlovid telah ada, vaksin tetap tidak boleh dilupakan. Paxlovid bukan ganti kepada vaksin COVID-19. Paxlovid hanya diberikan kepada mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Masyarakat masih perlu menjaga diri dengan kekal mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan melakukan ujian saringan sekiranya bergejala.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

28. Bolehkah saya menjadualkan semula janji temu saya?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dekat nak raya ni semakin ramai yang meninggal akibat denggi. Jadi jangan biarkan sanak saudara kita jadi mangsa seterusnya. Jom hapus Aedes 10 minit seminggu.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan.

Individu yang bergejala digalakkan untuk mengamalkan TRIIS.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sambut Ramadan dengan Budaya 3M, Elakkan Keracunan Makanan

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Puan Nur Anis binti Mohd Sani, Ketua Penolong Pengarah dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menjangkakan jumlah pendaftaran slot janji temu terus meningkat dengan peningkatan jumlah fasiliti kesihatan yang menyertai inisiatif ini.

Inisiatif ini merupakan salah satu lagi fokus KKM bagi mengurangkan isu kesesakan di fasiliti kesihatan. Pesakit yang telah berdaftar untuk slot janji temu tidak perlu lagi datang awal ke fasiliti kesihatan.
Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan.

Individu yang positif COVID-19 dilarang untuk menghadiri aktiviti sosial dan perlu menjalani Home Surveillance Order.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
⚠️ Tahukah anda bahawa di dalam badan Ikan Buntal terdapat RACUN TETRODOTOXIN yang boleh membawa maut🏴‍☠️

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Berkenaan Ubat Dabigatran Yang Dipanggil Balik Di Amerika Syarikat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. Pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023.

Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini.

Namun demikian, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna.

KKM melalui NPRA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 MAC 2023

https://kpkesihatan.com/2023/03/29/kenyataan-media-kpk-29-mac-2023-berkenaan-ubat-dabigatran-yang-dipanggil-balik-di-amerika-syarikat/
Amalan pemakanan sihat dan seimbang dalam bulan Ramadan juga penting untuk memastikan kesihatan yang optimum dan meningkatkan sistem imuniti badan bagi melawan penyakit terutamanya jangkitan COVID-19.

Elakkan makan secara berlebihan ketika berbuka puasa.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
SAMBUT RAMADAN DENGAN BUDAYA 3M

Mengamalkan M-A-S-A-K

Memilih M-B-C

Melaksana KENDIRI

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🫁 Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian seperti:

1) batuk melebihi 2 minggu
2) demam
3) batuk berdarah
4) hilang selera makan
5) susut berat badan

Sekiranya terdapat gejala, ada perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Kredit: https://vt.tiktok.com/ZS8gQth2S/

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berita baik untuk penduduk daerah Klang!

Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik telah terpilih untuk projek rintis bagi menangani kedatangan pesakit kategori zon hijau iaitu mereka yang mengalami gejala ringan dan kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan dan trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Klinik beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am dari 8.00 pagi hingga 9.30 malam. Waktu pendaftaran terakhir adalah sehingga pukul 9.00 malam.

Perkhidmatan yang disediakan pada waktu operasi selepas waktu pejabat adalah

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan
Rawatan ringan pesakit luar
Perkhidmatan kepakaran kesihatan keluarga
Ujian makmal
Pengimejan (X-Ray)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang kini dibuka Isnin hingga Ahad, 8.00 pagi hingga 9.30 malam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/03 23:23:41
Back to Top
HTML Embed Code: