Telegram Web Link
Bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan varian ini adalah sekitar bulan September-Oktober 2022, dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat. Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia.

Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China. Ianya telah dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos 2022. Sehingga 31 Disember 2022, 3 kes telah dikesan dijangkiti dengan BF.7, iaitu seperti berikut:
- kes pertama dikesan pada 21.8.2022, merupakan kes jangkitan tempatan;
- kes kedua pada 6.9.2022, merupakan kes import jangkitan dari negara Turki; dan
- kes ketiga pada 7.10.2022), merupakan kes jangkitan tempatan.

KETUA PENGARAH KESIHATAN
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja khas ke KLIA dan KLIA 2 hari ini.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau kesiapsiagaan menerima ketibaan pengembara dari seluruh dunia susulan daripada perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa.

Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapai peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa negara termasuk negara China, pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan saringan demam kepada semua pengembara yang tiba dari luar negara di Pintu Masuk Antarabangsa. Mereka yang dikesan mengalami demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk kepada pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.

Berita penuh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Tbn6Twzz1JJsNMiquFA37cCfbaWFJB7MVphM8eNG5vKDJkeL9ADn4ocmJxfLr55Gl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
📌Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021 - 2025, pengukuhan terhadap sistem kesihatan awam berteraskan digital perlu diperkasakan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Di atas inisiatif tersebut, fungsi Janji Temu menerusi MySejahtera telah dilancarkan dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan pengguna aplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan KKM.

Ikuti penjelasan lanjut mengenai fungsi tersebut dalam slot temu bual di RTM1, "Pendigitalan Sistem Kesihatan, Pertingkat Kecekapan Perkhidmatan" yang telah disiarkan pada 3 Januari 2023 untuk panduan bersama.

https://www.youtube.com/watch?v=YhkoUoD1RtM
Kenyataan Media KPK 4 Januari 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

1. Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Flashhskinzz Night Cream
2. Rissa Skin Moisturiser

2. Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.       Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
- Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4.       Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

5.       Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6.       Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

7.       Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Sekian.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Januari 2023

https://kpkesihatan.com/2023/01/04/kenyataan-media-kpk-4-januari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Vaksin COVID-19 : Elakkan Gejala Menjadi Teruk

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Tam Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Dua subvarian Omicron COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac dan 21 Ogos 2022 lagi.

Sentiasa amalkan kawalan kesihatan kendiri secara berterusan.

▫️Elakkan 3S
▫️Amalkan 3W
▫️Lakukan TRIIS sekiranya bergejala
Pemberitahuan peringatan berkenaan maklumat janji temu yang telah ditempah di MySejahtera akan diberikan 24 jam sebelum sesi janji temu.

Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera

Tepati masa dan jangan lupa tarikh sesi janji temu anda!

#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
Orang ramai boleh menghubungi talian hotline COVID-19 atau emel kepada CPRC sekiranya mempunyai pertanyaan berkenaan COVID-19. Kes positif COVID-19 juga boleh menghubungi talian virtual CAC helpline jika memerlukan bantuan atau khidmat nasihat.

Bermula 1 Januari 2023, waktu operasi saluran-saluran tersebut adalah seperti dikongsikan.
Anda akan menerima notis pemberitahuan sekiranya sesi janji temu anda terdapat perubahan masa ataupun tarikh.

Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera

#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
Kenyataan Media KPK 5 Januari 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kali Ke-380 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang pada hari ini, 5 Januari 2023 telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
5 JANUARI 2023

https://kpkesihatan.com/2023/01/05/kenyataan-media-kpk-5-januari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-380-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Berikut adalah langkah-langkah untuk janji temu perkhidmatan kesihatan primer diaplikasi MySejahtera.

Setakat ini jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:

i) Rawatan Pesakit Luar
ii) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health
Screening Initiative)
iii) Saringan Kesihatan PeKa B40
iv) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
v) Saringan Pra-Perkahwinan
vi) Khidmat Berhenti Merokok
vii) Perkhidmatan Perancang Keluarga
viii) Prosedur

Soalan lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim.

“Gerbang kesejahteraan digital anda."
Mengapa sijil vaksinasi saya tidak dipaparkan di MySejahtera?

Periksa halaman profil anda. Jika belum ada tanda verikasi ‘SAH’, segera sahkan dengan mengikuti langkah-langkah ini.

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda

Sumber: MySejahtera
2024/10/05 03:13:51
Back to Top
HTML Embed Code: