Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Makcik Kiah dan Tok Ayah dah pergi mengundi. Ikut semua langkah yang telah ditetapkan. Selepas mengundi, terus balik ya! Elakkan daripada berkumpul kerana COVID-19 masih ada di sekeliling kita.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dikongsikan status terkini kes COVID-19 dan status penggunaan fasiliti kesihatan di Malaysia bagi ME 46/2022 (13-19 November 2022) berbanding ME 45/2022 (6-12 November 2022).

KKM menyarankan agar rakyat Malaysia terus mengamalkan TRIIS, pemakaian pelitup muka dan amalan mencuci tangan dengan betul atau mensanitasi tangan terutama bagi golongan yang berisiko tinggi sebagai usaha menyekat penularan jangkitan COVID-19.

😷Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mengamalkan kawalan kesihatan kendiri.
Dapatkan dos penggalak COVID-19 terkini.

Virus COVID-19 mudah merebak serta cepat dan sering bermutasi. Pastikan anda dilindungi daripada gejala teruk jangkitan COVID-19.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Anda sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga? Gunakan ciri Pengesan Penyakit Berjangkit di MySejahtera sebelum ke destinasi anda. Kekal selamat!

Are you planning a vacation with your family? Use Infectious Disease Tracker feature on MySejahtera before going to your destination. Stay safe!

#MySejahtera2.0
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Imuniti selepas jangkitan COVID-19 dan vaksin COVID-19 tidak kekal sebaliknya berkurangan dari semasa ke semasa.

Risiko jangkitan semula COVID-19 lebih tinggi selepas 6 bulan jangkitan COVID-19 terdahulu.

Ambil dos penggalak COVID-19 bagi mencegah gejala teruk akibat jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Vaksinasi masih berkesan memberi perlindungan daripada gejala serius akibat jangkitan virus COVID-19 termasuk sub-varian XBB.

Ambil dos penggalak vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada gejala teruk COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 26 November 2022 (ME 47/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,984,272;
Kumulatif kes sembuh: 4,920,983 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,648 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,152 kluster (kluster aktif: 62 kluster).
Perbandingan antara ME 46/2022 dan ME 47/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 47/2022 menurun sebanyak19.0 peratus (23,089 kes kepada 18,699 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 47/2022 menurun sebanyak 2.5 peratus (19,083 kes kepada 18,606 kes);
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 2.6 peratus (19,068 kes kepada 18,581 kes); dan
Bilangan kes import meningkat sebanyak 66.7 peratus (15 kes kepada 25 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 47/2022 meningkat sebanyak17.0 peratus (47 kes kepada 55 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 47/2022 menurun sebanyak 2.8 peratus (27,806 kes kepada 27,020 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/11/28/kenyataan-media-kpk-28-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-47-20-26-november-2022/ .
🌦️ Kejadian banjir kilat diselang-seli cuaca panas berisiko meningkatkan tempat pembiakan nyamuk Aedes terutama di kawasan dengan bekas-bekas terbiar di persekitaran.

🚶🏻Selain itu, pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat lain juga berisiko menyebarkan virus denggi daripada pembawa demam denggi tanpa gejala (asimptomatik) ke kawasan yang dilawati sehingga menyebabkan wabak di kawasan baharu.

🦟 Justeru, bendung jangkitan demam denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan masyarakat dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti dikongsikan.
Ubat Antiviral untuk Rawatan COVID-19

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Siti Hawa Mohd Nor dari Program Perkhidmatan Farmasi, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Paxlovid adalah ubat antivirus untuk rawatan penyakit COVID-19 tahap ringan hingga sederhana.

Paxlovid hanya digunakan oleh pesakit yang memenuhi semua kriteria yang disenarai.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Sebelum ambil Paxlovid, maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya anda

▶️ Mempunyai sebarang alahan
▶️ Menghidapi sebarang penyakit
▶️ Mengambil sebarang ubat
▶️ Sedang hamil atau merancang untuk hamil
▶️ Sedang menyusukan bayi

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait. Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada hari ini, 1 Disember 2022, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#WORLDAIDSDAY
#Equalize
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Hari AIDS Sedunia 2022 - 1 Disember 2022
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:
🔴 Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi 🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makanan 🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV. Hal ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini. Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama kita tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#WORLDAIDSDAY #Equalize
Jabatan Metereologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula sejak 7 November 2022 dan akan berakhir pada Mac 2023. Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat berterusan boleh menyebabkan kejadian banjir.

Pada hari ini, iaitu sehingga 9 pagi terdapat 419 mangsa banjir ditempatkan di empat (4) pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing dua (2) PPS di Selangor dan Perak disebabkan hujan lebat dan ribut petir. Pasukan perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat telah digerakkan bagi memberi perkhidmatan kepada mereka.

Menghadapi bencana banjir semasa fasa peralihan endemik COVID-19 akan memberi cabaran kepada mangsa banjir dan semua agensi tindak balas yang bertanggungjawab untuk membantu dan mengurus mangsa-mangsa banjir.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir dan juga bagi mencegah penularan penyakit berjangkit yang boleh berlaku semasa banjir.

Beberapa siri mesyuarat kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir telah diadakan antara Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah diadakan. Surat Arahan Persediaan Menghadapi Banjir MTL telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri dan Institusi KKM sejak 21 September 2022.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/01/kenyataan-media-kpk-1-disember-2022-situasi-bencana-banjir-dan-kesiapsiagaan-menghadapi-banjir-monsun-timur-laut-2022-2023/
Berikut adalah cara pengambilan Paxlovid.

Paxlovid diambil 2 kali sehari, selama 5 hari. Dos perlu dihabiskan seperti yang diarahkan oleh doktor dan ahli farmasi.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/06 00:21:48
Back to Top
HTML Embed Code: