Telegram Web Link
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 November 2021 lalu bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Kaedah pendekatan ANMS adalah secara ‘Whole of Nation’, iaitu ‘Keseluruhan Negara’, di mana kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua perancangan pembangunan kerajaan atau agensi sama ada kerajaan dan bukan kerajaan.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif ANMS di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. NHSI bertujuan memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit.

Sehubungan itu, program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan Saringan Kesihatan PeKa B40 telah diadakan di Pulau Tioman bermula 28 hingga 30 September 2022. Program ini diterajui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin. Manakala ProtectHealth Corporation Sdn Bhd mengetuai koordinasi saringan PeKa B40 dan dibantu oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dan pelbagai agensi lain.

Saringan bersepadu NHSI dan PeKaB40 ini berlangsung selama tiga hari melibatkan 19 orang pegawai JKNP, 21 orang pegawai PKD Rompin dan 20 orang petugas dari ProtectHealth Corporation Sdn Bhd termasuk pengamal perubatan swasta, perkhidmatan makmal swasta dan sukarelawan. Program saringan ini dilaksanakan di beberapa lokaliti antaranya Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Salang, Kampung Genting, Kampung Mukut dan Kampung Paya. Ia dilaksanakan melalui pasukan kesihatan statik dan jangkau luar.

Program ini mensasarkan sejumlah 559 penduduk Pulau Tioman yang berumur 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan sama ada melalui NHSI atau Skim PeKa B40 untuk mereka yang layak. Sehingga jam 11 malam pada 29 September 2022, seramai 370 orang telah berjaya disaring iaitu 66.2 peratus daripada sasaran program. Saringan juga telah dijalankan ke atas mana-mana individu berumur kurang daripada 40 tahun yang tampil secara sukarela di pusat-pusat saringan iaitu seramai 219 orang. Berdasarkan keputusan lengkap saringan yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh serta rujukan lanjut kepada pakar bidang perubatan yang berkaitan akan dilakukan.
Selepas 30 September 2022, program NHSI di bawah ANMS akan diteruskan di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman. Selain itu, aktiviti jangkau luar turut akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi pesakit yang terlantar di rumah dan warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke pusat saringan.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu penduduk Pulau Tioman untuk mengetahui status kesihatan kendiri dan selanjutnya membolehkan mereka mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu. Di samping itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat yang layak untuk Skim PeKa B40 mendapat manfaat daripada skim tersebut sekaligus mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit.

JOM SARING!

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 September 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/30/kenyataan-media-kpk-30-september-2022-program-inisiatif-saringan-kesihatan-kebangsaan-nhsi-dan-saringan-kesihatan-peka-b40-di-pulau-tioman/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN 2022
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GEG bukan satu retorik. Sokong #GEG sebagai generasi penamat untuk masa hadapan.

#SayaSokongGEG
Practice effective hand wasing regimen.

Wash your hands for at least 20 seconds for an effective hand wash!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Berita baik buat pengguna MySejahtera!

Kemas kini aplikasi anda untuk memaparkan Kad Penderma Darah digital anda.

Sila rujuk Soalan-soalan Lazim yang terkini di laman sesawang kami untuk maklumat lanjut.

_______________________

You asked for it, and you will receive it!

Update your MySejahtera app to the latest version to view your digital Blood Donor Card.

Please refer to our latest FAQ in our website for further info.

#MySejahtera2.0
#KadPendermaDarah
Data yang direkodkan di aplikasi MySejahtera menunjukkan saringan kesihatan yang dijalankan dapat mengesan mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Mereka yang dikesan berisiko pula telah pun dirujuk ke klinik kesihatan bagi menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan status kesihatan mereka dan seterusnya diberi intervensi bagi mengawal faktor risiko dan penyakit yang mungkin mereka hidapi.

📲Manfaatkan fungsi ‘Janji Temu’ di aplikasi MySejahtera.

Segera membuat tempahan janji temu di dalam aplikasi MySejahtera dan melakukan saringan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran

Jom Saring!
📲Aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dengan pelbagai fungsi baru bagi memudahkan pengumpulan data serta analisis secara real time.

Ini bagi menyokong pelaksanaan inisiatif “Kawalan Kesihatan Kendiri”, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan saringan kesihatan berkala.

Segera membuat tempahan janji temu di dalam aplikasi MySejahtera dan melakukan saringan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda:

berumur 40 tahun dan ke atas
mempunyai faktor risiko NCD
belum pernah atau telah lama tidak menjalani saringan kesihatan.

Saring segera, Kesan awal, Elak komplikasi.
JOM SARING!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara persediaan yang boleh dilakukan sebelum banjir adalah menyediakan

☑️ Keperluan peribadi
☑️ Keperluan bayi dan anak
☑️ Bekalan ubat
☑️ Buku rekod kesihatan
☑️ Menyiapkan barang-barang keperluan, buku rekod perubatan, bekalan ubat dan keperluan peribadi pesakit kronik.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Musim datang hujan kembali.

Hapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes!

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 Oktober 2022 (ME 39/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,842,505;
Kumulatif kes sembuh: 4,781,138 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,374 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,081 kluster (kluster aktif: 13 kluster).

Perbandingan antara ME 38/2022 dan ME 39/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 39/2022 menurun sebanyak 8.4 peratus (13,677 kes kepada 12,534 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 39/2022 menurun sebanyak5.2 peratus (12,963 kes kepada 12,291 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 5.2 peratus (12,934 kes kepada 12,260 kes); dan
Bilangan kes import meningkatsebanyak 6.9 peratus (29 kes kepada 31 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 39/2022 menurun sebanyak 35.0 peratus (40 kes kepada 26 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 39/2022 adalah 24,713 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan Penuh di: https://kpkesihatan.com/2022/10/03/kenyataan-media-kpk-3-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-39-25-september-1-oktober-2022/
Musim hujan datang kembali.

Awas! Musuh sedang membiak.

Pastikan anda hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/06 22:49:50
Back to Top
HTML Embed Code: