Telegram Web Link
Antara tip penjagaan kendiri pesakit COVID-19 atau Influenza di rumah.

Elakkan perjumpaan bersemuka dengan ahli keluarga
Buka tingkap untuk memastikan pengudaraan yang baik
Periksa suhu badan dan pantau kadar oksigen dalam badan
Rehat, minum air secukupnya dan makan makanan yang sihat
Makan ubat mengikut nasihat doktor

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CUEPACS komited menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memastikan semua penjawat awam membudayakan hidup sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong budaya hidup sihat.

CUEPACS akan memperluaskan hebahan saringan kesihatan dan menggalakkan penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas untuk membuat saringan kesihatan bagi mengenal pasti status kesihatan masing-masing.

Jom Saring! Cegah awal, rawat awal dan elak komplikasi penyakit.

Penjawat awam tonggak aspirasi Keluarga Malaysia.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Seseorang yang dijangkiti cacar air atau “chickenpox” ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh/ vesikel.

Dikongsikan cara virus ini merebak.

Pengesanan awal serta pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor akan memudahkan pengurusan dan rawatan cacar air dengan lebih berkesan.
Jangkitan cacar air atau lebih dikenali dengan nama dalam bahasa Inggeris “chickenpox” ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus Varicella Zoster (Famili Herpesvirus).

Dikongsikan tanda dan gejala sekiranya anak anda terkena jangkitan cacar air.

Dapatkan rawatan.
Anak anda terkena jangkitan cacar air atau ‘chickenpox’

Tambahan kepada rawatan simptomatik, panduan seperti dikongsikan boleh diamalkan dalam pengurusan individu yang mengalami cacar air:

⚠️ Perlu diingat, cacar air mudah berjangkit

Sekiranya anak anda dijangkiti, elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak. Elakkan juga kawasan umum yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga keadaan sembuh.

Vaksin cacar air sebanyak 2 dos boleh didapati di fasiliti kesihatan swasta sebagai pencegahan.
Penyakit cacar air (chickenpox) senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.

📌Cacar air secara umumnya merupakan jangkitan yang tidak serius.

❤️Namun, pengesanan awal serta pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor akan memudahkan pengurusan dan rawatan cacar air dengan lebih berkesan.
Rabies

Sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm bersama Dr. Norita Shamsudin dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bilangan pesakit yg memerlukan pemindahan organ semakin meningkat setiap tahun, namun bilangan pengikrar yang menderma masih rendah.

Daftar sebagai penderma organ skrg dengan menggunakan ciri terbaharu MySejahtera: Ikrar Derma Organ, bagi membantu insan yg memerlukan.

Layari laman sesawang Derma Organ di dermaorgan.gov.my utk maklumat lanjut berkenaan Program Derma Organ ini.

Sebarang isu atau masalah, sila berhubung meja bantuan interaktif melalui Aplikasi MySejahtera atau email kepada [email protected]
_______________________

The number of patients in need of organ transplant is increasing every year, but the number of pledgers to donate is still low.

Register now as an organ donor using MySejahtera's newest feature: Organ Donor Pledge, to help people in need of organ transplants.

Visit the Organ Donation website at dermaorgan.gov.my for more information on the Organ Donation Program.

For inquiries or issue, please contact the helpdesk via MySejahtera Apps or email [email protected]
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka
OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾:
KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional).

Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. Selain itu orang ramai AMAT DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Pemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:
i) Kes positif COVID-19;
ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan
iii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.

KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus
diamalkan terutamanya apabila:
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah;
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
iii) Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak;
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
iii) Individu berisiko tinggi; dan
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Khairy Jamaluddin
7/9/2022

Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022. KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan
kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19. Kelonggaran yang
diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.
Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022.

KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19.

Kelonggaran yang diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.

Teruskan amalan penjagaan kesihatan kendiri untuk kesejahteraan bersama.

#TeguhBersama
#KeluargaMalaysia
2024/10/07 08:20:48
Back to Top
HTML Embed Code: