Telegram Web Link
Anda merancang untuk berkelah?

Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa!

➡️ Pilih kawasan yang bersih
➡️ Pilih kawasan air yang mengalir
➡️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi
➡️ Minum air yang telah dimasak

#ANMS #sihatmilikku
Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur‼️

Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot 📍 atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah.

⚠️ Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍: 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐒𝐓𝐑𝐎𝐏𝐎𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Jabatan Perikanan Negeri Johor memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya gastropoda yang dikenalpasti sebagai Petropoda (𝑪𝒓𝒆𝒔𝒆𝒊𝒔 𝒂𝒄𝒊𝒄𝒖𝒍𝒂), khususnya di perairan Mersing, Johor. Kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung pada 11 Jun 2024 di kepulauan Mersing. Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia.

Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik. Kesan ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit manusia. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terkena sengatan.

DOF akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air buat masa ini.

Sumber DoF Malaysia
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

“Living With COVID-19”
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan bersama dalam memerangi COVID-19. Komitmen dan kerjasama rakyat Malaysia adalah kunci kepada kejayaan pencapaian peralihan fasa hidup bersama COVID-19.

Namun begitu, kita tidak boleh alpa dengan situasi semasa dan orang ramai dinasihatkan untuk memperkasakan diri untuk menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Dengarkan perkongsian mengenai 'Hidup Bersama COVID-19' bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia di Bernama Radio pada 15 Julai 2024 jam 12.15 tengah hari.
Bermula 15 Julai 2024, ujian pengesahan bagi COVID-19 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗥𝗧𝗞-𝗔𝗻𝘁𝗶𝗴𝗲𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 (𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻) 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗖𝗥.
Keputusan ujian COVID-19 tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera. Keputusan ujian positif COVID-19 akan dilaporkan oleh pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan dilanjutkan bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan, jika perlu, di dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), seperti:
Pegawai yang diberi kuasa boleh mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan kejadian COVID-19
supaya majikan patuh kepada SOP COVID-19 bila diperlukan sekiranya terdapat lonjakan kes COVID-19 luar biasa, Ketua Pengarah Kesihatan boleh mengarahkan kuarantin atau isolasi selain di hospital.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
26 Julai 2024
🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Kes Monkey Pox (MPOX)
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/10/01 14:28:59
Back to Top
HTML Embed Code: