Telegram Web Link
Lindungi anak anda daripada cuaca panas.

Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Premis makanan adalah kawasan larangan merokok.

Speak out, suarakan hak anda.
Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan berhenti merokok.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Klik https://bit.ly/3LPkUyE untuk dapatkan Panduan Pengurusan Risiko dan Nasihat Kesihatan Berkaitan Gelombang Haba (Heatwave).

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selamat Hari Jururawat Antarabangsa kepada semua jururawat di seluruh negara!
Peranan dan tanggungjawab jururawat demi memastikan sistem daya tahan perkhidmatan kesihatan negara berada di tahap optimum, amat disanjung tinggi.


Dedikasi yang ditunjukkan oleh semua jururawat di Malaysia sebagai barisan hadapan negara amat bermakna kepada setiap rakyat di negara ini.
Semoga anda semua terus diberkati dan diberikan kesihatan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia!
SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT ANTARABANGSA.
“OUR NURSES OUR FUTURE
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Persediaan Sebelum Keluar ketika Cuaca Panas.

Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah
☀️ Elak berada di bawah panas terik
☂️ Gunakan payung atau topi
😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti UV
🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 MEI 2023

Perluasan Sistem Temu Janji MySejahtera di Fasiliti Kesihatan Pergigian
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
16 Mei 2023

Situasi Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia Di Sarawak
Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.

Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara.
#DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
☀️☀️Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini telah mengalami fenomena cuaca panas yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran.

Berada di luar bangunan mendedahkan seseorang kepada cuaca panas secara langsung. Cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan mengakibatkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mendapat dehidrasi dan strok haba.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengoptimakan proses nyah haba dari badan dengan berada di persekitaran yang lebih sejuk.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tip Semasa Cuaca Panas

☂️ Gunakan payung atau topi 🧢
🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya
😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV
👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah

Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Aedes semakin mengganas.
Kes terus meningkat.
Kematian semakin ramai.

Ayuh semua kita gempur Aedes habis-habisan sebelum ahli keluarga kita menjadi mangsa Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
#10minitseminggu
Impak Cuaca Ekstrem Terhadap Kesihatan Mental

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Irna Hasymirayasmin binti Mohd Yusof, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Denggi yang Dengki

Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Kemudian muncul seorang lelaki bernama Wahid yang mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai gajet yang kononnya boleh menghapuskan nyamuk Aedes.

Betul ke gajet-gajet tersebut berjaya menghapuskan nyamuk Aedes? Nantikan dalam episod Denggi yang Dengki, malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
☀️☀️Gelombang haba merupakan situasi di mana suhu harian maksimum melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut.

Apabila berada di luar rumah, seseorang berpotensi terdedah kepada pancaran matahari secara terus.

⛱️Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan pendedahan terhadap cuaca panas dengan memakai topi/payung agar dapat mengurangkan pancaran terus cahaya matahari ke badan.👒👒☂️☂️
Cegah HFMD.

Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Elakkan membawa anak ke tempat sesak dan berisiko tinggi.

#ANMS #KekalSihat #hfmd #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian.

Tempah janji temu di fasiliti kesihatan berhampiran anda melalui aplikasi MySejahtera!

Sumber: MySejahtera
2024/10/03 09:13:18
Back to Top
HTML Embed Code: