Telegram Web Link
Kulat dalam makanan boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan.

Pengambilan makanan yang tercemar dengan kulat akan mendatangkan gejala-gejala yang tidak diingini yang boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, kulat dalam makanan boleh menyebabkan perubahan berlaku pada makanan dan menjejaskan kualiti makanan.

Oleh itu, langkah pencegahan perlu diamalkan bagi memastikan makanan tidak dicemari kulat.
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang dilanda cuaca panas dengan suhu yang tinggi.

Keadaan cuaca panas juga memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
🫁Asma merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus serangan asma.

Antara pencetus asma adalah habuk, bulu haiwan, udara tercemar dan sebagainya. Pendedahan terhadap faktor tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.

Oleh itu, penghidap asma perlu menjauhi pencetus asma agar dapat bernafas dengan baik dan dapat mengelakkan gejala asma.
KENYATAAN MEDIA

MAKLUM BALAS KENYATAAN MEDIA BERKENAAN KEMATIAN KANAK-KANAK DISYAKI STROK HABA DI KLUANG

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada laporan sebuah akhbar atas talian pada 2 Mei 2023 berkenaan kes kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di daerah Kluang, Johor.

Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai  gejala batuk selama tiga hari.  Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media.

JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

DR. HJ. MOHTAR BIN PUNGUT@HJ. AHMAD
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

2 Mei 2023

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02n9EgpdXCqYcdTn4qsnnDAqt2EENHVSbdKmFHoRKsPGJqZqNgJ1XPNMmZvrcwbTWQl&id=100064261016705&mibextid=Nif5oz
Hi geng, banyak ke pergi rumah terbuka. Min nak ingatkan je kalau pergi rumah terbuka tu lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Sampah buang dalam tong sampah yang disediakan yer.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu
#CariDanMusnah
Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) di bawah Akta 342 masih lagi berkuatkuasa sehingga kini. Bagi individu yang positif COVID-19, tempoh masa kuarantin wajib dijalankan selama 7 hari.

Walau bagaimanapun, pelepasan awal boleh diberikan sekiranya keputusan ujian COVID-19 yang diselia oleh pengamal perubatan negatif bermula pada hari ke-empat jangkitan.
Saksikan Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menerusi FB Live KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) pada pukul 4.30 petang nanti.

Sitkom ANMS ini merupakan sitkom promosi kesihatan pertama di Malaysia dan akan menemui anda di siaran TV1, RTM mulai 8 Mei 2023, selama 2 minggu, Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KESIHATAN | Cuaca Panas: Awasi Serangan Strok Haba

Ikuti perkongsian bersama Dr.Thahirahtul Asma’ Binti Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

https://www.facebook.com/ikimfm/videos/221790510486038

Sumber: IKIMfm
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Kes Pertussis (Batuk Kokol) Di Malaysia
Gambar di sekitar Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) petang tadi.

Sitkom promosi kesihatan pertama di Malaysia ini akan menyampaikan mesej-mesej promosi kesihatan melalui pendekatan penerbitan sitkom.

Sitkom 8 episod berdurasi 30 minit ini menampilkan cerita dalam bentuk santai. Harapan KKM agar mesej yang disampaikan itu meninggalkan kesan dan secara tidak langsung dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat.

Sitkom ANMS akan ditayangkan di saluran TV1, RTM setiap Isnin hingga Khamis, selama 2 minggu, jam 10.30 malam bermula 8 hingga 18 Mei ini.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0XxZNVdHJYLjKXNe9ifX8Pf5ayaybm8gNko4LmhmfQfmn5NXv9bkh3Ni2YRpaSX2zl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan video gimik pelancaran Sitkom ANMS yang telah berlangsung pada 3 Mei 2023.

Video ini memaparkan petikan kesemua 8 episod Sitkom ANMS yang akan mula ditayangkan di saluran TV1, RTM pada 8 hingga 18 Mei 2023, 10.30 malam.
🌞Fenomena cuaca panas yang melanda negara menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami dehidrasi akibat kehilangan air daripada badan.

💦Air memainkan fungsi penting kepada tubuh manusia sebagai pembawa zat, menyerap haba, menjaga aliran darah serta membuang sisa berlebihan daripada badan.

📌Orang ramai disarankan agar meningkatkan pengambilan air semasa cuaca panas kerana hidrasi yang baik dapat membantu mengekalkan suhu tubuh pada paras normal bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan baik.
Adik-adik,

Ingat ya, terus amalkan tip berikut bagi mengelakkan terkena strok haba.

Pastikan badan kekal terhidrat dengan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari.

Kurangkan aktiviti di luar dan sekiranya perlu, pastikan adik-adik memakai pakaian yang sesuai, topi atau payung 🧢

#kekalsihat
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Anak-anak selalunya akan leka bermain walaupun di bawah panas terik. Ini meningkatkan risiko dehidrasi dan kejadian strok haba.

Awasi anak anda semasa bermain. Jangan biarkan mereka bermain di bawah panas terik.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia Bagi Minggu Epidemiologi Ke - 17 / 2023 (23 April 2023 – 29 April 2023)
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi semasa kes pertusis (batuk kokol ) di Malaysia.

Bilangan kes pertusis di Malaysia telah menurun dengan mendadak pada tahun 2020 hingga 2021 semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Sehingga 28 April 2023 pada tahun ini, sebanyak 132 kes pertusis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh Malaysia.

Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 495 kes dicatatkan (penurunan sebanyak 73.3%).

Orang awam disarankan untuk berwaspada terhadap jangkitan batuk kokol dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
2024/10/03 13:24:47
Back to Top
HTML Embed Code: