Telegram Web Link
Jemaah haji perlu mengambil suntikan Vaksin Meningococcal Meningitis dan Vaksin COVID-19 yang lengkap (dos pertama, dos kedua dan dos penggalak) bagi mengekang penularan wabak penyakit meningokokus yang pernah berlaku selepas musim Haji tahun 2001 dan 2012 serta COVID-19 yang masih mempunyai risiko yang tinggi buat masa ini terutama semasa perhimpunan ramai.

Jemaah haji juga digalakkan mengambil Vaksin Pneumococcal dan Vaksin Influenza yang boleh mengakibatkan radang paru-paru yang juga merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan para jemaah haji.
Puasa dan bazar Ramadan sudah sangat sebati dalam masyarakat kita kan?

Ramai teruja untuk memilih makanan kegemaran masing-masing, sehingga melimpah-limpah meja makan waktu dihidangkan sewaktu berbuka dan akhirnya dah tak terdaya nak dihabiskan😆😆😆

Jom ikuti tips menyimpan lebihan juadah berbuka dengan selamat

Psstt.... berpuasa untuk dapatkan pahala, jangan sampai dapat dosa atas sebab membazir pulak ye...rugi....😇😇😇

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Kenyataan Media KPK 7 April 2023 – Pendirian KKM Terhadap Dakwaan Jual Beli Organ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius kerana ianya merupakan exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. Sebarang tuntutan mengenai kewujudan aktiviti berkaitan penjualan organ hendaklah diambil serius oleh semua pihak. Jika terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ianya perlu disiasat di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007.

Sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti ini, mereka boleh tampil ke KKM atau pihak polis untuk menangani perkara ini. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram.

Untuk makluman, perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup ataupun penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ samada buah pinggang, hepar, jantung ataupun paru-paru. Dasar KKM ini jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).

Selain itu, Malaysia juga telah menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008). Deklarasi ini menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan. Seterusnya, deklarasi ini juga menekankan bahawa komersialisasi transplantasi organ hendaklah dilarang kerana ia mensasarkan golongan miskin dan lemah yang menjurus kepada ketidakadilan.

Oleh itu, sebarang amalan yang menyasarkan individu atau golongan ini sebagai penderma organ adalah dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, transplant tourism dan komersialisasi transplan.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/04/07/kenyataan-media-kpk-7-april-2023-pendirian-kkm-terhadap-dakwaan-jual-beli-organ/
Lindungi diri dan golongan berisiko tinggi daripada kesan teruk COVID-19 dengan mendapatkan dos penggalak COVID-19 sebelum beraya bersama keluarga dan rakan.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Nampak kecil je kan...penutup botol je...tapi sekecil-kecil ini pun Aedes mampu membiak..jangan main-main ye kengkawan...Jom banteras Aedes

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia
Musim Panas dah Datang!

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tip Musim Panas.

Lindungi diri daripada cuaca panas terik dengan menggunakan payung atau pakai topi semasa berada di luar.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kekal sihat semasa jerebu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti

👉🏼 Minum air kosong secukupnya
👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah
👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah
👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tip Musim Panas.

Kekal berada di dalam rumah / premis.
Pasang kipas atau penghawa dingin bagi menyejukkan udara di dalam rumah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mengapa Ada Golongan yang diutamakan?

Golongan rentan masih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 kerana dedahan mereka terhadap jangkitan lebih tinggi berbanding dengan individu lain.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk membeli keperluan hari raya di saat akhir.

Namun begitu, dalam keadaan jerebu.. kesihatan tetap perlu dijaga.

Pastikan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di kawasan terbuka dan jaga kebersihan diri.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital KKM telah menunjukkan peningkatan pada bulan April 2023, namun tren ini tidak membebankan perkhidmatan kesihatan.

Majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbid.

Untuk melindungi golongan berisiko tinggi ini, KKM menyarankan langkah-langkah pencegahan COVID-19 iaitu mendapatkan dos penggalak, mengamalkan TRIIS dan memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan sempit.
Segera dapatkan rawatan sekiranya anda selesema, batuk, asma, sakit mata dan mendapat jangkitan paru-paru yang kronik.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat kesan buruk semasa jerebu

➡️ Warga emas
➡️ Kanak-kanak
➡️ Perokok
➡️ Mereka yang sentiasa bekerja di persekitaran terbuka
➡️ Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bolehkah pencampuran jenis vaksin?

Tiada masalah sekiranya seseorang individu menerima pencampuran jenis vaksin.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 😷.

Pastikan anda memakai pelitup muka dengan betul, melitupi hidung dan mulut.

Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah Jaminan Keselamatan dari KKM Mengenai Dos Penggalak?

Apabila vaksin mula diberikan kepada semua masyarakat, itu merupakan satu jaminan. Walaupun ada segelintir yang mendapat kesan sampingan minimal namun menerima perlindungan yang optimum.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Teruskan menjaga diri dan keluarga di sepanjang bulan Ramadan dan di ambang perayaan Aidilfitri. Elakkan kawasan yang sesak dan berisiko tinggi. Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera untuk mengenal pasti kes-kes aktif di sekeliling anda.

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
2024/10/05 11:09:15
Back to Top
HTML Embed Code: