Telegram Web Link
Elak tekanan semasa musim banjir

➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
➡️ Tambah baik rutin harian
➡️ Buat keputuan yang rasional

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Patuhi nasihat pihak berkuasa

📞 Hubungi jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan kecemasan ketika menghadapi musim banjir.
PELEPASAN AIR EMPANGAN SELIAAN JPS DI JOHOR

1. Berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan melibatkan beberapa empangan di Johor, JPS telah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara SOP operasi empangan.

2. Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme yang direkabentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan.

3. Buat masa ini sebanyak 15 buah pam bergerak sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 buah pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan. Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir.

4. Orang awam dimohon untuk sentiasa bersiapsiaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana di Daerah dan Negeri
Pada pagi ini, satu kunjungan hormat oleh Pasukan Projek ARCH (Project for Strengthening the ASEAN Regional Capacity on Disaster Health Management) telah diadakan sempena lawatan kerja mereka ke Kementerian Kesihatan berhubung kepada penganjuran Regional Collaboration Drill (RCD) 2023 yang akan diadakan di Malaysia pada bulan September nanti.

Projek ARCH ini telah bermula sejak tahun 2016 dan dikelolakan oleh National Institute of Emergency Medicine, Thailand dan Japan International Cooperation Agency (JICA), Jepun dengan pembabitan semua negara anggota ASEAN.

Matlamat utama projek ini adalah pembangunan kapasiti khususnya di dalam kesiapsiagaan dan respons kesihatan dalam menghadapi sebarang bencana di negara-negara anggota ASEAN dan membolehkan rantau ini berhadapan dengan situasi berkenaan bersesuaian dengan slogan ‘One ASEAN, One Response’.

Penganjuran RCD 2023 ini adalah salah satu aktiviti utama di dalam projek ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia menyemak dan menilai semua strategi, garis panduan dan prosedur yang telah dihasilkan dalam pengurusan kesihatan bencana dari aspek keberkesanan dan keupayaan praktikalnya untuk memberikan tindak balas yang cepat dan berkesan dalam menghadapi sebarang bencana yang berlaku.

Kementerian Kesihatan Malaysia berharap dengan penganjuran RCD 2023 di Kuala Lumpur tahun ini ianya juga dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan negara anggota ASEAN lain khususnya di dalam bidang pengurusan kesihatan bencana.

Di samping itu, sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang akan diperolehi melalui acara ini dapat memantapkan lagi petugas-petugas kesihatan dan perubatan di rantau ini bagi menghadapi sebarang bencana sama ada di dalam atau di luar negara.

-Ketua Pengarah Kesihatan-
🌊 Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa.

Oleh itu, jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir

❤️ Semoga kita semua orang di Malaysia diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik terutamanya bagi mereka yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang.
Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.

Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.

Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.

Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Amalkan 10 langkah pencegahan‼️

💪 Tindakan anda dapat membantu mengelakkan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit seperti demam kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Hepatitis A, disenteri dan keracunan makanan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panduan Penjagaan Semasa Banjir

👉 Makan makanan yang telah dimasak
👉 Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
👉 Buang sampah di tempat yang disediakan
👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Denggi membunuh!

Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Mac 2023 (ME 9/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 5,043,626;
- Kumulatif kes sembuh: 4,997,806 kes;
- Purata kes aktif : 8,851 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,965 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,172 kluster (kluster aktif: 2 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 8/2023 dan ME 9/2023:
- Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 5.2 peratus (1,367 kes kepada 1,438 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.8 peratus (1,497 kes kepada 1,365 kes); dan
- Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 300.0 peratus (2 kes kepada 8 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/08/kenyataan-media-kpk-7-mac-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-9-tahun-2023-26-februari-4-mac-2023/
Cegah Leptospirosis semasa banjir.

Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
ELAKKAN PENCEMARAN SILANG PADA MAKANAN ANDA.
KERACUNAN MAKANAN DAPAT DIELAKKAN JIKA CARA MENGENDALIKAN MAKANAN DIAMALKAN DENGAN BETUL

Sumber: BKKM, KKM
2024/10/04 13:24:25
Back to Top
HTML Embed Code: