Telegram Web Link
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Karisma Turmeric Booster Cream
2. Flashhskinzz Treatment Cream

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Kenyataan Penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/13/kenyataan-media-kpk-13-februari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Februari 2023 (ME 6/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,039,326;
Kumulatif kes sembuh: 4,993,160 kes;
Purata kes aktif : 9,490 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,951 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 5 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 5/2023 dan ME 6/2023 (Rajah 4):
Bilangan kes baharu menurun sebanyak 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes);
Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes); dan
Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus (3 kes kepada 8 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/14/kenyataan-media-kpk-14-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-5-11-februari-2023/
7 langkah KKM dalam menangani permasalahan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD)
KENYATAAN MEDIA KKM 14 FEB 2023 -
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-6 TAHUN 2023
(5 FEBRUARI 2023 – 11 FEBRUARI 2023)
Untuk makluman penyakit kanser hati (hepatoma) semakin meningkat dan menyebabkan kematian. Tambahan pula kebanyakan kes penyakit kanser hati dikesan pada peringkat yang lewat. Pencegahan Penyakit Hepatitis adalah kaedah & strategi terbaik untuk mengurangkan kes penyakit kanser hati dalam negara.

Kempen saringan & pengesanan dengan ujian diagnostik rapid test kit dan penyediaan rawatan penyakit hepatitis C dengan ubat-ubatan boleh dijalankan di klinik- klinik kesihatan KKM terpilih.

- KPK KKM -
Syok nye cuti sekolah...apa plan yer cuti nanti....tapi kan nak ingatkan sebelum meninggalkan sekolah pastikan tiada tempat2 yang boleh Aedes membiak...jangan kasi can lah....kita putuskan zuriat2 Aedes ni....

#10MINIT
#hapusaedessangatmudah
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/04 21:21:43
Back to Top
HTML Embed Code: