Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kepada semua petugas dan sukarelawan banjir, terima kasih kerana terus sedia membantu.

Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan diri

Pakai peralatan perlindungan diri yang sesuai semasa bertugas
Pakai but getah dan sarung tangan
🧼 Kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih atau pensanitasi tangan
🩹 Tutup luka dengan plaster atau balutan kalis air agar tidak terdedah kepada tanah dan air yang tercemar.
🏥 Dapatkan rawatan segera jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit birit.

Layari media sosial MyHealthKKM atau https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk mendapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

3. Sekiranya saya lewat untuk menghadiri sesi janji temu saya, apakah yang
perlu saya lakukan?

Kami kongsikan jawapannya.

Soalan-soalan lain lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

4. Bolehkah saya hadir ke fasiliti kesihatan tanpa menempah sebarang slot
janji temu atas sebab kecemasan?

Kami kongsikan jawapannya.

Soalan-soalan lain lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."and
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

5. Mengapa saya tidak dapat sebarang notifikasi ketika janji temu saya
dibatalkan atau dijadualkan semua?

Kami kongsikan jawapannya.

Soalan-soalan lain lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."
MySejahtera dinaik Taraf dengan Fungsi Baharu

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Siti Noor Izaty Rosli dari Unit MySejahtera, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Bersediakah Anda ke Arah “Virtual” Klinik.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Mastura Ismail dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

6. Mengapa saya tidak dapat membuka fungsi kamera ketika ingin mendaftar
masuk untuk sesi janji temu saya?

Kami kongsikan jawapannya.

Soalan-soalan lain lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."
Terkini pelbagai pandangan dan kebimbangan disuarakan susulan pembukaan sempadan negara China pada 8hb Januari 2023.

Ada cadangan diberikan untuk kita uji dan kuarantin semua pengembara dari China memandangkan tercetus lonjakan kes dan juga kurangnya maklumat yang dikongsikan bersama.

Untuk perhatian kita perlu lihat dengan terperinci matlamat dan kesesuaian masa pelaksanaan serta keberkesanan tindakan kita untuk menguji dan kuarantin semua pengembara dari negara China tersebut.

Jika matlamat kita adalah untuk mengurangkan jangkitan kes dalam negara, ternyata ini tidak akan berkesan kerana Covid-19 sudah pun berada di persekitaran dalam negara dengan pelbagai subvariant dalam fasa peralihan endemik dan mitigasi untuk kita hidup bersama virus tersebut.

Jika matlamat kita adalah untuk mencegah potensi varian baru SARS-CoV-2 memasuki negara (buat masa ini maklumat varian/subvarian yang dikongsikan oleh negara China kepada pihak WHO, menunjukkan Malaysia juga mengesan varian/subvarian yang sama melalui jujukan genomik), maka untuk keberkesanan kita perlu pastikan ujian RT PCR negatif atau rtk Ag (profesional) sebelum berlepas dari semua destinasi bukan hanya dari negara China sahaja dan ini juga perlu melibatkan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.

Harus diperingatkan Varian baru boleh merebak merentas sempadan antarabangsa dengan pantas dan boleh muncul di mana-mana.

Maka tumpuan dan tindakan kita hanya untuk negara China sahaja tidak akan berkesan dan juga tidak munasabah.

Kita perlu meningkatkan pemantauan dan survelan dari pelbagai sumber dan bukan hanya dari pengembara dari China sahaja tetapi dari semua destinasi. Apa yang penting adalah berkongsi maklumat jujukan genomik dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini dapat dijalankan melalui pengambilan sampel dan ujian secara rawak oleh pihak KKM/ IMR.

Kita sepatutnya jangan alpa dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam (amalkan 3W dan elakkan 3S).

Rakyat Malaysia disarankan untuk mendapatkan perlindungan vaksin dan dos penggalak. KKM akan terus memperkukuhkan sistem kesihatan di klinik kesihatan dan hospital untuk merawat pesakit yang dijangkiti.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi pandemik COVID-19 ini, dan penilaian risiko akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam yang berkesan.

- KPK KKM -
KKM PERTINGKAT KESIAPSIAGAAN

📌ikuti penjelasan lanjut berkaitan kesiapsiagaan KKM berkaitan situasi terkini COVID-19 dan isu semasa yang berkaitan dengannya

30 Disember 2022 | Jumaat | 3:30 petang

"PASTIKAN SAHIH"
RTM, TV1
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia

Memperkukuh Kesiapsiagaan Malaysia Berikutan Situasi Semasa Dan Perubahan Polisi Pengurusan COVID-19 Di Negara China
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengambil kira Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Dikongsikan empat (4) strategi utama yang sedang dilaksanakan oleh KKM.
Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan demam. Mereka yang dikesan bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan.

Selain itu, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

Setakat ini, tiada lagi varian baru COVID-19 dikesan. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.
2024/10/05 13:19:24
Back to Top
HTML Embed Code: