Telegram Web Link
Sindrom COVID berpanjangan (Long COVID) ialah tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit selepas jangkitan COVID-19, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan oleh sebab-sebab lain. Antara gejala yang dialami termasuklah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk, kegelisahan dan kelupaan. Gejala-gejala ini boleh mengganggu fungsi seharian individu terbabit.

Golongan yang menerima vaksin COVID-19 mengikut jadual adalah berisiko rendah untuk mendapat sindrom ‘long COVID”.

Rujukan: Effect of COVID-19 Vaccines on Reducing the Risk of Long COVID in the Real World: A Systematic Review and Meta-Analysis

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 Disember 2022 (ME 49/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,009,767;
Kumulatif kes sembuh: 4,954,204 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,753 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,161 kluster (kluster aktif: 41 kluster).
Perbandingan antara ME 48/2022 dan ME 49/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 49/2022 menurun sebanyak19.5 peratus (18,405 kes kepada 14,816 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 49/2022 menurun sebanyak 24.9 peratus (14,558 kes kepada 10,937 kes);
Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 24.9 peratus (14,543 kes kepada 10,923 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 6.7 peratus (15 kes kepada 14 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 49/2022 menurun sebanyak30.6 peratus (62 kes kepada 43 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 16.4 peratus (25,062 kes kepada 20,945 kes)

Sehingga jam 9.00 pagi, 12 Disember 2022, terdapat lima (5) buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kelantan (5), Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1), dan Johor (1). Jumlah mangsa banjir keseluruhan mencatatkan peningkatan dari 659 orang hari sebelumnya kepada 2,553 orang.

Terdapat 14 kes COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir semasa tempoh 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 19 November 2022 sehingga kini, tiada kes COVID-19 dikesan di kalangan mangsa banjir.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/12/kenyataan-media-kpk-12-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-49-4-10-disember-2022-dan-situasi-bencana-banjir-ser/ .
Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Pastikan anda mengemas kini maklumat MySJ ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

___________________________

Are you planning to buy or change to a new phone number/email address? Make sure you update your MySJ ID information before doing so.

Follow these steps to ensure all your information is always at your fingertips.

#MySejahtera
#TukarMySJID
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-379 telah bersidang pada hari ini, 13 Disember 2022.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:

1. Comirnaty Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection daripada pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany. Produk ini adalah vaksin COVID-19 bivalent yang mengandungi dua (2) komponen iaitu komponen dari strain virus yang asal dan komponen varian omicron BA.4-5. Ianya adalah untuk penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi primer dengan vaksin COVID-19 mRNA atau vaksin COVID-19 adenoviral vektor lain yang diluluskan, sekurang-kurangnya selepas tiga (3) bulan daripada penerimaan dos primer yang telah lengkap atau dos penggalak yang terakhir.

2. Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection daripada pengilang kedua iaitu Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia. Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang CanSino Biologics Inc, China pada 15 Jun 2021. Pemegang pendaftaran produk bagi produk ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd.
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 DISEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/13/kenyataan-media-kpk-13-disember-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-379-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Awas

📢Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.

🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala
*demam, kejang perut dan cirit- birit*

📌Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.

Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna

"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir seperti Disentri, Taun, Hepatitis A dan Leptospirosis.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Terus waspada!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Jaga diri anda dan keluarga di musim banjir.

➡️ Elak bermain atau meredah air banjir
➡️ Pakai perlindungan diri
➡️ Segera bersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih
➡️ Cuci tangan dengan betul
➡️ Minum air bersih atau air botol
➡️ Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan kawasan banjir

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
KKM berdukacita di atas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting Highland – Batang Kali pada 16 Disember 2022 dan mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang terlibat.

Bagi mana-mana individu yang terkesan dari segi emosi akibat kejadian, boleh menghubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan bantuan dan sokongan. Talian beroperasi daripada 8.00 pagi - 12.00 tengah malam setiap hari.

#TanahRuntuh
#BatangKali
Petang ini, YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa bersama YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berada di Hospital Selayang untuk melawat keluarga mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
⚠️ Serangan panik berlaku secara tiba-tiba yang mungkin tanpa sebab atau penyebabnya terlalu remeh.

📌Simptom panik juga boleh menyerupai penyakit lain seperti penyakit jantung (heart problem) atau masalah tiroid seperti hyperthyroidism dan thyrotoxicosis.
🩺 Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor bertauliah untuk pengesahan dan rawatan yang tepat.
Senantiasa berwaspada dengan risiko penyakit musim banjir seperti Keracunan Makanan, Hepatitis A, Taun, Demam Kepialu dan Konjunktivitis.

Perhatikan tanda / gejala yang dialami dan segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 Disember 2022 (ME 50/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

-Kumulatif kes baharu: 5,017,016;
-Kumulatif kes sembuh: 4,964,534 kes;
-Kumulatif kes kematian: 36,800 kes; dan
-Kumulatif kluster: 7,162 kluster (kluster aktif: 21 kluster).

Perbandingan antara ME 49/2022 dan ME 50/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 50/2022 menurun sebanyak30.3 peratus (14,816 kes kepada 10,330 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 50/2022 menurun sebanyak 33.7 peratus (10,937 kes kepada 7,249 kes);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 33.8 peratus (10,923 kes kepada 7,232 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 21.4 peratus (14 kes kepada 17 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 50/2022 meningkat sebanyak9.3 peratus (43 kes kepada 47 kes); dan

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 19.3 peratus (20,945 kes kepada 16,895 kes)

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/19/kenyataan-media-kpk-19-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-50-11-17-disember-2022/ .
PENGUMUMAN

Terkini, berikut adalah senarai nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland - Batang Kali

Dikeluarkan oleh: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
2024/10/06 02:39:32
Back to Top
HTML Embed Code: