Telegram Web Link
Jabatan Metereologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula sejak 7 November 2022 dan akan berakhir pada Mac 2023. Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat berterusan boleh menyebabkan kejadian banjir.

Pada hari ini, iaitu sehingga 9 pagi terdapat 419 mangsa banjir ditempatkan di empat (4) pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing dua (2) PPS di Selangor dan Perak disebabkan hujan lebat dan ribut petir. Pasukan perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat telah digerakkan bagi memberi perkhidmatan kepada mereka.

Menghadapi bencana banjir semasa fasa peralihan endemik COVID-19 akan memberi cabaran kepada mangsa banjir dan semua agensi tindak balas yang bertanggungjawab untuk membantu dan mengurus mangsa-mangsa banjir.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir dan juga bagi mencegah penularan penyakit berjangkit yang boleh berlaku semasa banjir.

Beberapa siri mesyuarat kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir telah diadakan antara Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah diadakan. Surat Arahan Persediaan Menghadapi Banjir MTL telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri dan Institusi KKM sejak 21 September 2022.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/01/kenyataan-media-kpk-1-disember-2022-situasi-bencana-banjir-dan-kesiapsiagaan-menghadapi-banjir-monsun-timur-laut-2022-2023/
Berikut adalah cara pengambilan Paxlovid.

Paxlovid diambil 2 kali sehari, selama 5 hari. Dos perlu dihabiskan seperti yang diarahkan oleh doktor dan ahli farmasi.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa KKM tidak pernah dan tidak boleh memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal “https://hillersadgfflooringamerica.com/l/pre/insinol/my/babochka_v1_affscale/?fbpixel=2659593780718090&group=RR184_SamuelNGN_MY&aff_click_id=1lmaqn96388ab035a433” baru-baru ini.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan merupakan gambar-gambar yang telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya.

#TidakPastiJanganKongsi
Setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr. Zaliha Mustafa, atas perlantikan sebagai Menteri Kesihatan.

📌Semoga dengan kepimpinan beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memacu kecemerlangan Dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Jika terlupa ambil dos Paxlovid, ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja teringat.

Sekiranya telah terlupa melebihi 8 jam, abaikon dos yang tertinggal dan ambil dos seterusnya seperti biasa.

Jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang tertinggal.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kebanyakan pesakit yang mengambil Paxlovid tidak menunjukkan kesan sampingan namun sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti rasa sakit pada otot, perubahan deria rasa dan cirit-birit, sila dapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
YB Menteri Kesihatan memulakan tugas di Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahniah dan selamat datang YB Dr. Zaliha binti Mustafa.
Anda belum mendapatkan dos penggalak COVID-19? Tempah janji temu anda sekarang di MySejahtera!

_______

Still haven’t gotten your COVID-19 booster? Book your appointment now at MySejahtera!

#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera
#DosPenggalak

Sumber: MySejahtera
Pada 28 November 2022 – 1 Disember 2022 yang lalu, satu Bengkel Infodemic Management Training yang dianjurkan oleh Pejabat Perwakilan World Health Organization (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Pulse Grande Putrajaya. Bengkel ini melibatkan seramai 48 orang peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa kementerian dari Brunei Darussalam. Antara objektif bengkel ini adalah pembangunan kemahiran dan kapasiti pengurusan Infodemik untuk menyokong kerja komunikasi risiko dan libat urus komuniti (Risk Communication and Community Engagement) serta pengukuhan rangkaian hubungan antara negara.

Bengkel ini melbatkan fasilitator dari Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Pejabat Wilayah Pasifik Barat WHO dan Ibu Pejabat WHO. Pengurusan infodemik merupakan komponen penting dalam usaha WHO untuk membina keupayaan dan memperkasakan negara-negara anggota di Rantau Pasifik Barat. Pengwujudan sistem pengurusan infodemik yang berkesan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap kejadian kecemasan kesihatan awam selain dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan program-program kesihatan awam bukan kecemasan yang lain.
Pengurusan Pesakit COVID-19 : Penggunaan Paxlovid

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi

Panel :

Dr. Noor Mikraz Mohamad Isa
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Seremban 2

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
2024/10/06 10:33:42
Back to Top
HTML Embed Code: