Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana?
Rujuk dan ketahui jadual imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda.

Layari laman sesawang

http://www.myhealth.gov.my

& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Azlita

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Bahan pembunuh jentik-jentik merupakan kaedah kawalan dan pencegahan Demam Denggi dengan membunuh jentik-jentik Aedes.

Bahan pembunuh jentik-jentik jenis paket atau jenis kapsul perlu digunakan mengikut dos yang disarankan, bersesuaian dengan lokasi penggunaan.

Boleh rujuk infografik di bawah bagi dos yang disarankan di tempat seperti tangki simbah, tong simpan air, kolah mandi dan palung hujan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Apa itu CAC?

CAC adalah COVID-19 Assessment Centre (Pusat Penilaian COVID-19). CAC beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta) mahupun secara maya dan membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Senarai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) boleh diperolehi di https://covid-19.moh.gov.my/hotline
Lengkapi Diri dengan Dos Penggalak Kedua Sebelum PRU-15

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Varian XBB & PRU-15 : Lengkapi Diri dengan Dos Penggalak Kedua

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku
PRU15 : Tingkatkan Kawalan Kesihatan Kendiri

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Trend kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan.

Begitu juga dengan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU akibat COVID-19. Peningkatan ini selari dengan dengan pengesanan sub-varian Omicron XBB di negara ini, pada Oktober lalu.

Bagi memastikan kita mengharungi fasa hidup bersama virus COVID-19 secara terkawal dan selamat, orang ramai diingatkan untuk memakai pelitup muka dengan betul di tempat ramai dan sesak, amalkan penjagaan kebersihan tangan serta patuhi #TRIIS.

Vaksin masih berkesan mengurangkan gejala serius akibat jangkitan semua varian virus COVID-19, termasuk XBB. Justeru, KKM menyeru kepada yang layak untuk segera mengambil vaksin dan dos penggalak. Dapatkan temujanji anda melalui aplikasi MySejahtera.
Jagalah keselamatan anda semasa musim banjir

📌 Ikuti 9 langkah keselamatan seperti dikongsikan.
Bulan November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia.
Kesedaran kesihatan kepada masyarakat khususnya lelaki merangkumi kesihatan mental dan kanser prostat.

Sekiranya anda berusia 40 tahun dan ke atas, lakukan ujian saringan kesihatan.
Ketahui status kesihatan anda.

#menshealthawareness
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hampir setiap hari banyak tempat di Malaysia mengalami hujan ☔️.

Jadi, pastikan anda bersedia dengan payung (dan juga sepersalinan pakaian jika perlu!) sebelum keluar dari rumah! ☝🏼🌈

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Orang ramai dinasihatkan untuk menjalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

Laporkan keputusan positif COVID-19 anda, jalani isolasi dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera. Nasihat kesihatan yang berkaitan akan diberikan mengikut penilaian yang dilaporkan.

Dikongsikan langkah yang perlu dilakukan individu positif COVID-19 mengikut kategori gejala COVID-19
Mengapa perlu Dos Penggalak COVID-19?

Vaksin COVID-19 adalah sangat berkesan. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan vaksin lain, perlindungan yang dihasilkan oleh vaksin COVID-19 akan berkurangan selepas tempoh tertentu. Ini menyebabkan risiko mendapat jangkitan COVID-19 meningkat semula selepas beberapa bulan. Justeru pengambilan dos penggalak amat penting untuk memastikan perlindungan yang berterusan dan kita boleh menjalani kehidupan yang lebih selamat bersama virus COVID-19 yang sentiasa bermutasi.

KKM menyeru orang ramai untuk memantapkan perlindungan tubuh terhadap COVID-19 dengan mengambil vaksin yang lengkap diikuti dos penggalak mengikut jadual yang disyorkan disamping terus mengamalkan langkah kesihatan awam kendiri.

Oleh itu, sekiranya anda belum menerima dos penggalak, segera dapatkan temujanji melalui pautan MySejahtera.

LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA TERMASUK ORANG YANG TERSAYANG.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekarang semua calon sibuk berkempen PRU untuk raih undi rakyat namun kita jangan lupa, COVID masih ada bersama kita.

Sekiranya kempen tersebut boleh dihadiri secara online, kita hadir secara online je.. sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Yang penting, jangan lupa keluar mengundi nanti!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.

Sentiasa minum air yang telah dimasak
Elakkan makanan mentah
Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Sentiasa cuci tangan dengan betul.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
2024/10/06 18:23:33
Back to Top
HTML Embed Code: