Telegram Web Link
Jadilah juara dalam komuniti anda dengan mendaftar sebagai sukarelawan MyCHAMPION.

Antara kelebihan menjadi sukarelawan MyCHAMPION adalah

💪 Aktiviti kesukarelawan
💪 Mendapat maklumat kesihatan yang terkini dan tepat
💪 Jadual latihan MyCHAMPION

Klik https://www.infosihat.gov.my/mychampion/index.php/pendaftaran/daftar untuk mendaftar.

Jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 8 Oktober 2022 (ME 40/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,853,523;
Kumulatif kes sembuh: 4,794,020 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,398 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,084 kluster (kluster aktif: 13 kluster).

Perbandingan antara ME 39/2022 dan ME 40/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 40/2022 meningkat sebanyak 2.8 peratus (12,534 kes kepada 12,882 kes);

Bilangan kes baharu pada ME 40/2022 menurun sebanyak10.4 peratus (12,291 kes kepada 11,018 kes) ;

Bilangan kes tempatan menurunsebanyak10.4 peratus (12,260 kes kepada 10,987 kes); dan

Bilangan kes import tiada perubahan, sama seperti minggu sebelumnya (31 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 40/2022 menurun sebanyak 7.7 peratus (26 kes kepada 24 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 40/2022 adalah 23,416 iaitu terdapat penurunan sebanyak 5.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/10/10/kenyataan-media-kpk-10-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-40-2-8-oktober-2022/ .
Kesihatan Mental vs Penyakit Mental

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 11.15 pagi bersama Dr. Nazrila Hairin Nasir dari Klinik Kesihatan Seremban 2.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hospital Futuristik @ Keluarga Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia bermula sebelum merdeka. Hospital pertama di Taiping adalah pada tahun 1880 dan merupakan Hospital pertama menawarkan perkhidmatan x-ray kepada rakyat pada tahun 1897.

Sistem kesihatan terus berkembang pesat. Terkini KKM menawarkan perkhidmatan di 147 Hospital, 1,138 Klinik Kesihatan dan 1,752 Klinik Desa di seluruh Malaysia.

Sistem kesihatan Malaysia diiktiraf sebagai sistem kesihatan yang terbaik di dunia. KKM melangkah ke hadapan bersama perkembangan teknologi kesihatan berkualiti tinggi. Hospital Futuristik selari dengan revolusi perincian ke-4, penggunaan kecergasan buatan, robotik dan teknologi digital bagi mencapai kesihatan perlindungan sejagat. Syabas diucapkan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengoperasian Hospital Cyberjaya Sebagai Hospital Awam Dan Pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya
🔊 KKM ingin memaklumkan bahawa pengoperasian Hospital Cyberjaya dan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan dilaksanakan secara berfasa bermula pada 11 November 2022 dan 1 November 2022.

Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan seperti dikongsikan.
Bulan OKTOBER adalah BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS).

Ayuh kita budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @ Delima.

Sertai TikTok Live @myhealthkkm esok pada pukul 10.00 pagi.

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya anda mampu melihat kuman dengan mata kasar, sudah pasti anda akan membersihkan tangan selepas menyentuh permukaan atau objek di tempat awam! 🦠

Jadi, apa tunggu lagi? Jom amalkan kebersihan tangan dengan sebaiknya! 🖐🏻

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepili Go Digital @ Delima

Program HePiLI Go Digital merangkumi pakej untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara mesej kesihatan yang ada di dalam pakej ini adalah seperti kebersihan diri, kebersihan persekitaran, makan secara sihat, minda sihat dan tak nak merokok.

Layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hepili untuk maklumat lanjut.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku
Kini anda boleh menempah janji temu untuk Klinik Berhenti Merokok melalui aplikasi MySejahtera. Cuma klik pada ciri janji temu dan pilih fasiliti kesihatan terpilih yang berdekatan anda, untuk membuat tempahan janji temu.

Sila rujuk infografik ini untuk info lanjut.

________

Now you can book appointment for Quit Smoking Clinic through the MySejahtera app. Just click on the appointments feature and select a selected Health Facility near you, to book an appointment.

Please refer to this infographic for more information.

#QuitSmoking
#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pada 12 Oktober 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil. Seramai 850 orang jemputan yang daripada pegawai daripada KKM dan KPM, guru besar, guru-guru dan murid telah menghadiri majlis ini.

Pelancaran ini adalah untuk membudayakan cara hidup sihat melalui perkongsian bahan promosi dan hebahan mengenai kesihatan kepada semua pengguna portal DELIMa KPM yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa.

Selain pelancaran, aktiviti yang dilaksanakan adalah reruai pameran interaktif KKM, trak Jelajah Jom Sihat dan trak Wellness on Wheels (WOW).

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uNASNcL4tt8i4FWNjiVcFjDX7yJQj8w68cgKJqQEFvcDP4o7tzLSz1NNNFS6Z6Nhl&id=100068159346549
2024/10/07 22:22:05
Back to Top
HTML Embed Code: