Telegram Web Link
#NasihatAgama

"Janganlah kamu suka orang memuji kamu, janganlah kamu ketagih nama kamu disebut-sebut."

Kenapa kamu dakwa telah sampai ke suatu kedudukan dan darjat itu sedangkan kamu tidak berkeahlian di dalamnya?

Kenapa kamu merasa kamu terlalu hebat hingga kamu buat perkara yang tidak kamu ahli di dalamnya?

Ini kalam īmam māzhab kita iaitu āl-Imăm Syāfi^ī untuk direnungi dan dihayati.

Diriwayatkan daripada Al-Sýafi'i bahawa beliau mengatakan:

"من سام نفسه فوق قدره ردّه الله إلى قدره".

"Sesiapa yang menyangka dirinya lebih dari kedudukannya, nescaya Allah mengembalikannya ke kedudukannya." Intaha

Maknanya sesiapa yang mendakwa dia telah sampai ke suatu kedudukan yang dia tidak berkeahlian padanya maka Allah akan menzahirkan kepada manusia bahawa dia memang tidak berkeahlian bagi kedudukan yang didakwanya itu (Allāah membongkarkan hakikat sebenar dirinya).

Maka sayugia, bagi orang yang sedikit ilmunya tidak mendabik dada, takabbur dan membesarkan dirinya ke atas manusia yang lain. Tidak salah untuk kita merendah diri dan akur dengan nasihat.

Semoga Allaāh ta'āla memelihara dan menjaga kita dari riya', takabbur, ujub, dan dosa-dosa yang lain dan semoga Allāah tetapkan kita dalam berpegang dengan aqèedah Ahlīs-Sūnnah wal Jamà'ah dan wafat dalam aqeedāh tersebut dan masukkan kita semua kedalam Syūrga Allaāh tanpa hisab. Ameen
Apabila orang memuji kita, biasakan sebut,
.
"Hadza min Fadhli rabbi"
Ini adalah kurnian Tuhanku.
.
.
Supaya kita ingat yg semua ini milik Allaah, Tiada satu pun milik kita. Rupa paras yg cantik akan hilang sekelip mata jika Allaah kehendak, harta menggunung pun boleh tertimbun bila-bila masa. Keimanan juga hadir dengan izin Allaah, bersyukurlah atas segala nikmat.
.
.
Tak miliki apa-apa? Tidakkah nikmat Iman & Islam itu nikmat yg paling besar?

الحمد لله ♥️
New message for you!
4.57pm, 12 Jun

Didik hati utk sentiasa mendoakan rezeki orang lain. Janganlah kita cemburu lalu iri hati.
.
Sebab.. Tak ada pun yg akan kita dapat melainkan sakit hati.
.
Tak apa kalau dia pandai dari kita, Tak apa kalau dia kaya dari kita, tak apa kalau dia hebat itu ini. Tak apa kalau dia kahwin awal, tak apa kalau dia anak ramai. Kita doakan sahaja supaya rezeki dia dirahmati.
.
Kita pula? Berasa cukup dengan apa yg ada itulah satu rezeki & nikmat. Insya Allah, rezeki kita akan tiba.❤️
.
MasyaAllah, tabarakallah. Hati yg sentiasa bersyukur & mendoakan orang lain sangat berharga.


12062022
I do not know the solution of my current situation,
.
neither having idea on what gonna happen tomorrow,
.
.
.
But hold firmly that Allah will guide you and never left you.

Life been tougher than before isn't it.

🌻

27062022
Ya Allah, kurniakan kami keberkatan masa di atas muka bumi ini. Cukupkan 24 jam, jangan terkurang hingga tak sempat lakukan perkara yg kami rancang.

Berikan tidur yg berkualiti, masa yg mencukupi, dan juga ketenangan yg abadi.

.

03072022
"Jangan malu pakai baju yang murah harganya,

Jika dapat menutup AURAT dengan sempurna,

Nilai nya sangat mahal di sisi AGAMA."


🌷🌷🌷

16072022
Nak iklan sekejap,

Ada tak sesiapa yg berminat nak belajar Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab? 🧑‍🎓

Kelas Pembelajaran Jarak Jauh, PJJ.
Kelas online setiap hujung minggu.
Sijil diiktiraf, boleh dapat tauliah.
Boleh juga sambung ke peringkat degree.

Yg lagi menarik:
✔️tak perlukan sijil SPM
✔️tak apa kalau tak pandai Bahasa Arab
✔️tak perlu dari sekolah agama. Sekolah biasa pun tak apa
✔️Belajar dari kosong
✔️Kelas hujung minggu sahaja
✔️Diploma 2 tahun (fast track)
✔️Yuran rendah berbanding kolej lain

Kemasukan segera! Intake September

Jika ada dalam ni yg berminat untuk mengaji bidang agama, dijemput ke group wassup orientasi MALAM NI!

https://chat.whatsapp.com/DhjPRd7bXFQIeMcBPuwpnt
"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."

( Imam As-Syafie )
.
.

17072022
Bercakap tentang 'sementara', hati yang gembira pun akan merundum sedih.

Bercakap tentang 'pinjaman', ya semua ini hanyalah pinjaman dari Ilahi yg akan ditarik pada bila-bila masa.

Tapi.

Janganlah bersedih.

Di sini ada suatu berita gembira. Nikmat yang kita miliki hari ini akan berpanjangan... di syurga dan tidak pernah berakhir. Tiada penghujung.

Jadi berlumbalah untuk ke sana.

Jangan berputus asa.

25072022
🕒 Reminder:

Jangan lupa baca doa selepas asar (doa akhir tahun) & doa selepas maghrib (doa awal tahun)

Semoga kita dalam rahmat Allah sentiasa. Bijahinnabiy ameen ☺️
Forwarded from cikstokinputih (nur hidayah 🦢)
🔔𝙽𝚎𝚠 𝚖𝚎𝚜𝚜𝚊𝚐𝚎𝚜🔔
.
.
𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 𝘽𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙝
Baca surah Alkahfi & Perbanyakkan selawat :)
Dosa kecil akan menjadi besar andai dibiarkan berterusan tanpa bertaubat.

Seringkali ayat ini menjadi halwa telinga.

Begitu juga dengan pahala. Apabila sesuatu amalan itu dilakukan berterusan meskipun kecil moga ia menjadi besar. ❤️

Jadi tak mengapa jika hanya baca AlQuran 1ms sehari, tak apa jika hanya mampu solat di awal waktu. Teruskan lakukan dengan istiqomah. Ia akan menjadi amalan buat kita.

17112022
Aku dan syukur.

Imam AlGhazali pernah berkata yang lebih kurang berbunyi kurangnya orang yang bersyukur itu kerana kelalaian dan kejahilan.
Dari situ, berfikirlah seketika.
Syukurnya banyak ketika senang tetapi amat sedikit ketika susah. Senyumannya luas waktu beroleh RM100 tetapi tidak pula sewaktu RM1 apatah lagi jika langsung pula tiada beroleh apa-apa.

Mengapa jadinya begitu. Susah sangatkah untuk menjadi erti syukur?

Jawapannya, susah. Jika kita sentiasa bersifat ingin membanding-banding. Lihat di atas, mulalah hati merungut. Habis hilang kalimah syukur di bibir.

Sabda Rasulullah SAW mahfhumnya:
"Lihatlah orang yang (keadaannya) lebih di bawah kamu, dan jangan kamu lihat orang yang (keadaannya) di atas kamu, sebab yang demikian itu lebih memungkinkan supaya kamu tidak meremehkan nikmat kurniaan Allah (yang telah diberikan) kepadamu." [Muttafaq 'Alaih]

Sifat ini menghilangkan rasa syukur, menyulitkan hati. Maka, lihatlah yang di bawah. Moga kita dibangkitkan di akhirat dalam kalangan orang yg bersyukur.

Apa lagi kebaikan besar hendak dibawa, rasanya tidak sebanyak mereka yang lain. Syukur ini adalah salah satunya.

Hamba yang bersyukur .
Kitab Penawar Bagi Hati

Sedikit coretan daripada muqoddimah kitab.

Segalanya tentang hati ❤️
Hati untuk dibaiki, jauh lagi perjalanan dan ujian nak ditempuhi.
Fiqh Haid & Istihadah

Sabtu ini

Belajar tentang haid secara bertalaqi
Wajib bagi setiap muslimah


Siapa nak join boleh pm saya ya @cikstokinputih

Minta sharekan pada kawan2 yg lain juga! ❤️
2024/12/27 02:15:57
Back to Top
HTML Embed Code: