Telegram Web Link
هذا البيت
Anonymous Quiz
72%
Rumah ini
28%
Ini rumah
Tahu tak beza antara

هذا بيت

هذا البيت

Dia hanya tambah alif lam sahaja namun memberi maksud yang sangat berbeza.

هذا بيت
1) Ia adalah satu bentuk ayat yang lengkap (Mubtada dan Khabar) gabungan diantara isim dengan isim.
2) Khabar mufrad (marfu')

Ditranslatekan sebagai ini rumah. Kita dapat memahami bahawa penutur ingin berbicara bahasa ini adalah sebuah rumah (Objek yang berada di depan mata adalah sebuah rumah)

هذا البيت
1) Ia merupakan ayat yang tidak lengkap kerana tiada khabar. البيت tidak boleh menjadi khabar kerana khabar hendaklah dalam bentuk nakirah bukannya makrifat.

Kebiasaanya ditranslatekan rumah ini. Kita tidak akan faham sekiranya penutur mengeluarkan perkataan rumah ini.

Rumah ini apa ?.. Dia mestilah ada pelengkap yang dapat kita fahami.

Sebagai contoh

Rumah ini cantik.

Sekiranya penutur memberitahu sedemikian maka kita dapat memahaminya dengan lebih baik.

Dapatkan Motivasi Bahasa Arab Percuma di Telegram
www.tg-me.com/motivasibahasaarab
Semoga Allah lapangkan rezeki kita. Yg susah jadi senang, yg sempit jadi lapang, yg sakit diberi kesembuhan.

bijahinnabiy ameen 💐
Forwarded from Arabic Madrasah
Forwarded from Arabic Madrasah
𝗞𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗡𝗮𝗵𝘂 - 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗔𝗷𝘂𝗿𝗿𝘂𝗺𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵

Arabic Madrasah akan mengadakan Kelas Pengajian Nahu- Matan Al-Ajurrumiyyah selama dua bulan sehingga khatam. Pengajian kali ini akan dibimbing oleh 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘈𝘮𝘪𝘯 𝘔𝘶𝘴𝘵𝘢𝘧𝘢.

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
📆Hari: Sabtu & Ahad
🕰️Masa: 9 Pagi - 11 Pagi
💻Tempoh Pengajian: 2 Bulan
📽️Platform: Google Meet
📙Kitab:Matan Al-Ajurrumiyyah
🔖Yuran: RM100

Rakaman dan Kitab PDF disediakan

Untuk Pendaftaran: www.wasap.my/60182254353/Kelas_Nahu

Dapatkan Siri Binaan Ayat Percuma Di Telegram.
www.tg-me.com/arabic_madrasah
Bila hari raya ni kan, puji memuji tu perkara biasa. Tapi jangan risau andai tidak dipuji sesiapa kerana pujian itu sebenarnya ujian utk sang penerima.

Bersyukurlah jadi yg tidak dipandang, itu kan sebaik-baiknya. 😊

#roadtosolehah
Lupa nak cakap,

(‐^▽^‐)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. 🌷

Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah, dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

p/s: Kepada kaum hawa, selamat mengganti puasa. Jangan tangguh-tangguh. 🕊
🔔𝙽𝚎𝚠 𝚖𝚎𝚜𝚜𝚊𝚐𝚎𝚜🔔
.
.
𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 𝘽𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙝
Baca surah Alkahfi & Perbanyakkan selawat :)
cikstokinputih
Photo
Hukum Mengumpulkan dua niat puasa iaitu sunnat puasa enam syawwal Dan qadha', maka itu ada padanya perbezaan pendapat ulama' ahlissunnah wal jama'ah:

في فتاوى الرملي من الشافعية، فإنه سئل عن شخص عليه صوم من رمضان يريد قضاءه في شوال، هل يحصل له قضاء رمضان وثواب ستة أيام من شوال، وهل في ذلك نقل؟ فأجاب: بأنه يحصل بصومه قضاء رمضان وإن نوى به غيره، ويحصل له ثواب ستة من شوال، وقد ذكر المسألة جماعة من المتأخرين. انتهى من (فتاوى الرملي)
وفي شرح التنبيه للحافظ السيوطي: من فتاوى البارزي فإنه قال: "لو صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو كفارة أو نذرا ونوى معه الصوم عن عرفة صح وحصلا معا، وكذا إن أطلق"، لكن الإسنوي حكاه وقال إنه مردود والقياس أنه لا يصح في صورة التشريك واحدٌ منهما، وأنه يحصل الفرض فقط في صورة الإطلاق" اهـ
قال بعض الفقهاء: وهذا المعتمد، وإذا جعل القضاء وحده والستة وحدها كان أفضل، والله أعلم

Al-Ramly Al-Syafieyy dalam fatwanya ketika ditanya tentang puasa Qadha pada bulan Syawwal, adakah terhasil qadha Dan pahala puasa 6?
Jawapannya: Maka terhasil puasa qadha tersebut walau disertakan niat yang lain dan terhasil juga pahala puasa enam sepertimana Dinuklkan oleh golongan mutaakhirin.(Fatawa al-Ramly).
Dan di dalam syarah Tanbih oleh Al Hafiz al suyuti dia kata: daripada fatawa Al Barizi: Jika seseorg yang berpuasa 'arafah dengan berniat juga puasa qadha atau kaffarah atau nazhar maka terhasillah kedua-dua puasa tersebut.
Tetapi Imam Al Isnawi menyatakan: tertolak pendapat ini, kerana berdasarkan qias tidak sah digabungkan niat puasa fardhu dan sunat Dan hanya puasa fardhu sahaja yang terhasil jika mengitlaqkan niat.
Kata setengah 'ulama' yang besar Inilah (pendapat al Isnawi) yang muktamad. Maka yang afdhal asingkan puasa qadha daripada puasa enam syawwal.
والله أعلم.
🤔Sekarang mesti ada yg dah start puasa qada', tapi eh boleh ke gabungkan dgn puasa nam?

Ada khilaf. Jadi bacalah perbahasannya.
Kita takkan sedar betapa besarnya nikmat hinggalah mula kehilangan. Belajar dalam bidang perubatan, terdedah dgn berbagai kelompok manusia yg ada berbagai penyakit.

Ada yg wajah terkoyak, ada ketumbuhan hingga tak nampak seluruh muka, kecacatan dari lahir, jantung tak normal, itu tak kena ini tak kena.

Baru sedar, kita antara yg sihat.

Dan yang paling sayukan hati ialah hakikatnya pada waktu hari tua, setiap sudut tubuh kita akan perlahan-lahan menua dan tidak berfungsi. Tak kisah lah sihat mana pun sekarang, kesihatan itu tidak kekal. Nanti, segalanya akan menua dan mati.

Itulah hakikatnya, tiada apa yg kekal abadi di dunia :)

Kutip bekalan akhirat sebanyak mana. Semoga Allah ampunkan kita, menerima taubat kita walaupun diri cuma pendosa tanpa noktah.

p/s: Lusa exam. Doakan saya💝
Ada tak yg berminat nak belajar nahu tapi tak tau nak bermula dari mana?

Insya Allah hujung bulan ni ada kelas bertalaqqi selama 2 bulan, (16 pertemuan) belajar asas nahu level 1.✔️

Nahu ni kira macam grammar, tatabahasa. Selalu kan kita dengar kalau tersalah baris dalam bahasa arab akan berubah maksud? Kalau susunan begini begini, maksud akan jadi lain. Ya, itulah tatabahasa.😃

Bila belajar nahu, kita akan lebih memahami Alquran. Walaupun tak banyak tapi lebih baik drpd sebelum ni.

Jadi, kalau ada yg berminat nak belajar ilmu nahu... tak kisah umur berapa... boleh pm saya @cikstokinputih

Yuran asal TALAQQI KITAB MATAN AJRUMIYYAH ni RM100. tapi kalau ada student university/kolej/matriks yg nak join kelas ni, saya bagi yuran RM75 je. ☺️

Kelas online, pdf kitab disediakan, rakaman disediakan. Belajar dgn pakar bahasa arab.

DAFTAR CEPAT2 TAKUT KELAS PENUH😷
cikstokinputih
Ada tak yg berminat nak belajar nahu tapi tak tau nak bermula dari mana? Insya Allah hujung bulan ni ada kelas bertalaqqi selama 2 bulan, (16 pertemuan) belajar asas nahu level 1.✔️ Nahu ni kira macam grammar, tatabahasa. Selalu kan kita dengar kalau tersalah…
Alhamdulillah ada beberapa yg dah didaftarkan untuk kelas Asas Nahu.

Dalam banyak-banyak bahasa, bahasa apa yg kita nak pelajari? Kalau saya, saya akan pilih bahasa arab sebab hari-hari kita solat.. baca Quran.. menggunakan bahasa arab. ☺️

Mesti ramai yg berminat nak join tapi ada beberapa soalan kan? 😃

# FAQs : Harga kelas ni kan RM75 utk student. Boleh bayar ansuran ke?

Yup! Boleh sahaja. Bulan pertama bayar RM37.50. bukan kedua bayar lagi RM37.50

# FAQs : Kalau terlepas kelas tak apa ke?

Tak apa. Sebab tu kami akan rakam setiap kelas dan upload di Gdrive khas. Jadi kepada pelajar yg ada urusan lain, boleh tengok rakaman ya

#FAQs : Kitab matan ajurumiyah tu apa?

Ini ialah kitab asas Nahu. Nipis je tau. Percayalah belajar bertalaqqi ni seronok. Lagi seronok drpd belajar di sekolah sebab kalau sekolah... Kita belajar sebab nak score exam (kalau saya la😆). Tapi bila belajar bertalaqqi kelas nahu ni, mana ada exam akhir tahun, jadi tak stress dan memang akan menambahkan kefahaman. Seronok bila jadi berilmu 😊
.
.
Jika nak daftar kelas boleh pm saya @cikstokinputih
Ada beberapa perkara yg di luar kawalan kita dan tiada apa yg kita mampu lakukan melainkan redha.

Berdamai dgn takdir.

لا حول ولا قوة إلا بالله
Mohon sedekahkan Al Fatihah utk senior saya yg baru meninggal dunia pada hari ini.

Semoga di tempatkan dlm kalangan orang yg beriman.
Belajar Asas Nahu secara bertalaqqi, khatam kitab dlm masa 2 bulan Insya Allah.

Terbuka kepada sesiapa yg baru nak mengenal bahasa arab, mahupun yg dah ada asas, nak ulangkaji balik pun dialu-alukan.

Terbuka kepada semua peringkat umur.

Yuran asal RM100.
Tapi kalau korang pelajar, hanya perlu bayar RM75.

Boleh juga bayaran dibuat secara ansurans. Yg penting bersemangat nak belajar bahasa Alquran.

Utk pendaftaran boleh PM saya @cikstokinputih
walaupun kitab matan jurumiyah tu fully arabic, tapi ustaz akan baca terjemahan dia. sbb ustaz pun tahu ni pengajian asas. jadi nak expect lebih pun tak boleh. kita mmg tak tahu apa2.

tapi along the learning process, rasa seronok dapat belajar benda baru.
2024/12/28 09:42:54
Back to Top
HTML Embed Code: