Telegram Web Link
Kepada yg minat membaca novel tarbiyah. Jemputlah baca novel cikstokinputih dkt wattpad. Ini saya sertakan linknya. Nak share dekat kawan-kawan pun boleh.

Semoga beroleh manfaat. Kesemuanya ada input islamik & tarbiyah🌻

1. Aku Iskandar Dzulkarnain (Teen fiction)
2. Aku bukan Nain (Teen fiction)
3. Dia kawan aku (Teen fiction)
4. Untuk ke syurga (Action)
5. Untuk ke syurga 2 (Action)
6. Untuk ke syurga 3 (Action)
7. Muslimah yg tersingkir (Chicklit)
8. Luth Mahfuz (Romance)
9. Mahfuz: Hentian Akhir (Romance)
10. Fatihah & Mahfuz (Romance)
11. Tuan Khairul (Romance)
12. Hikayat Indera

Link: w.tt/3sywUwL
w.tt/3sywUwL
Ada sesetengah novel pernah dibukukan jadi hard copy. Tapi saya publish balik dkt wattpad memandangkan skrg tgh sibuk. Tak sempat nak menjual novel. Sekurang kurangnya ada juga yg mendapat manfaat. 📬
Terjumpa satu ayat Alquran utk tatapan setelah berlalunya hari. Setiap orang ada yg dikejar, dan setiap yg dikejar itu akan memenatkan diri.
.
Nah, ayatnya.
.
QS Al Ma'arij 19-22

اِنَّ الْاِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوْعًا
Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh
اِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوْعًا
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,
وَّاِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوْعًا
dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir,
اِلَّا الْمُصَلِّيْنَۙ
kecuali orang-orang yg melaksanakan solat.

❤️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sejahat apa pun hamba Allah itu 😊
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Macam mana cara nabi tunjuk sesuatu? 🌻

🖐️
Ya Allah, kami sedang berusaha. Permudahkanlah apa yg kami usahakan.

Andai ada dosa-dosa yg menghalang laluan kami, engkau ampunkanlah dosa itu. Baik yg kami sedari ataupun tidak, yg kami sengajakan ataupun tidak.

Engkau lapangkanlah apa yg sempit. Halalkanlah apa yg haram, permudahkan apa yg susah.

Segalanya kami berserah kepadaMu.

🤍
Kepada yg mengenali saya, saya mohon maaf jika ada salah silap terkasar bahasa, ter itu ini dan segalanya. Saya maafkan juga kesilapan orang lain pada saya.

Semoga amalan kita diterima, walaupun tak sesempurna mereka yg soleh & solehah. Semoga dosa kita diampunkan, walaupun kerdil & hina.

Berdoalah di malam nisfu Syaaban. Di sepanjang malam, senaraikan segalanya. Dan jika masih ada ruang dalam doa itu doakan saya, Hidayah sekali. Barakallahu feekum.

☺️
#projekwakafquran
wakaf Quran RM10, 1 slot, 1 nama.

Ada yg tanya buka ke? Ya, kami buka pada hari ini. Semperna hari nisfu Syaaban, bagi yg nak mengeluarkan sebahagian duit utk wakaf boleh pm saya. 😊

Semoga diterima amalannya dan menjadi asbab kepada kebaikan-kebaikan yg lain.
Malam ini! ❤️
Memandangkan kita semakin menghampiri bulan puasa, channel cikstokinputih akan post 1 hari 1 perkongsian tentang puasa.

Semoga bermanfaat.🌟

#roadtoramadhaan
PERKONGSIAN RAMADHAN #1

🕌

Situasi: Kita sedang berpuasa, kemudian kawan kita jemput untuk majlis makan-makan. Perlu batalkan puasa atau tolak jemputan?

🌷Antara Puasa & Jemputan🌷
Jika seseorang yg berpuasa sunat dijemput ke majlis perkahwinan atau kenduri doa selamat atau apa-apa keraian, maka afdhal (lebih utama) dia berbuka dan makan hidangan jika orang yg menjemputnya boleh tersinggung jika dia tidak memakan hidangannya.

Tetapi jika dia tidak tersinggung, meneruskan puasa sunatnya lebih afdhal. Ini untuk puasa sunat.

Jika dia berpuasa wajib seperti puasa qadha', maka tidak boleh dia membatalkan puasanya.
.
.
.
Rujukan:
I) Mughni al-Muhtaj, 3/17 (seperti dalam Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei, 2004)

#roadtoramadhaan
PERKONGSIAN RAMADHAN #2

🕌

Situasi: Bolehkah bersahur pada waktu imsak?

🌷Sahur🌷
Boleh meneruskan makan sahur walaupun sudah masuk waktu imsak sebelum subuh. Walau bagaimanapun, sunat berhenti makan sahur ketika sudah masuk waktu imsak iaitu kadar membaca 50 ayat.
.
.
.
Rujukan:
I) Al-Iqna' fi al-Fiqh asy-Syafi'i, ms. 74
ii) Nihayah al-Muhtaj, 3/181

#roadtoramadhaan
Forwarded from Arabic Madrasah
Jawapan panjang

Maksud Fitnah Dalam Ayat 191 Surah Al-Baqarah (( والفتنة أشد من القتل ))
yang bererti bererti “Fitnah itu lebih berat/dahsyat daripada membunuh”.

Oleh : Dr. Mat Taib Pa
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Arab, Um

Berdasarkan terjemahan ayat ini ramai orang Islam pada hari ini membuat kesimpulan bahawa fitnah dengan erti menuduh dan seumpamanya lebih berat dan dahsyat daripada membunuh. Inilah yang disebut-sebut dan diwar-warkan dalam ceramah, perbincangan, perbualan dan seumpamanya. Persoalan apakah fitnah atau tuduhan itu lebih buruk daripada membunuh? Kalau begitu, lebih baik membunuh daripada membuat fitnah atau tuduhan.

Apabila diteliti tafsiran ayat tersebut didapati bahawa maksud sebenar fitnah di sini ialah kufur, syirik, murtad dan seumpamanya, bukannya fitnah dalam pengertian bahasa Melayu yang bermaksud tuduhan. Oleh itu, maksud ayat di atas ialah syirik itu lebih berat daripada membunuh. Ini merupakan pendapat atau pun tafsiran hampir keseluruhan ulama tafsir, antaranya Ibn Abbas, Ibn Umar, Mujahid, Qatadah, al-Suyuti, al-Qurtubi,, al-Dahhak dan lain-lain.

Tafsiran fitnah dengan maksud syirik, kufur dan seumpamanya ini adalah berdasarkan beberapa alasan dan hujah. Antaranya ialah tidak mungkin tuduhan itu lebih berat daripada membunuh kerana telah menjadi sesuatu yang diketahui umum bahawa tiada dosa yang lebih besar daripada membunuh orang Islam selain kufur. Sabda Rasulullah SAW: Rosaknya dunia lebih kecil berbanding membunuh seseorang muslim (Riwayat al-Nasa’i). Hujah lain adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas RA: Yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat ini ialah kufur yang dianggap lebih besar daripada membunuh kerana ia menyebabkan seksaan yang kekal di akhirat nanti dan ia juga mengeluarkan orang yang kufur daripada golongan umat Islam. Hal ini berbeza dengan membunuh yang tidak mendapat seksaan yang kekal dan masih digolongkan dalam golongan orang Islam. Antara hujah lain juga.ialah konteks ayat di atas tidak memberi maksud tuduhan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Ini adalah kerana ayat di atas diturunkan disebabkan orang-orang kafir telah membuat komen buruk dan jahat terhadap orang-orang Islam yang berperang dalam Bulan Haram, lalu Allah SWT membalas balik kepada mereka dengan menyatakan bahawa merekalah sebenarnya yang lebih buruk dan jahat kerana telah melakukan dosa yang lebih besar, malah paling besar, iaitu syirik.

Dalam konteks ini, timbul persoalan kenapa berlaku kesilapan kefahaman ini? Sekiranya diteliti didapati bahawa ia berpunca daripada kesilapan terjemahan perkataan fitnah dalam bahasa Arab dengan maksud fitnah yang telah diserapkan dalam bahasa Melayu dengan maksud tuduhan. Oleh itu, terjemahan yang yang silap disebabkan kekeliruan perkataan serapan Arab dalam bahasa Melayu perlu dielakkan dan terjemahan yang tepat dengan maksud yang sebenar perlu dilakukan supaya kesilapan pemahaman al-Quran dapat dielakkan.

Akhirnya, perlu dinyatakan bahawa perkataan fitnah dalam al-Quran al-Karim digunakan dengan maksud yang banyak, antaranya ialah cubaan, memalingkan daripada kebenaran, siksa, maksiat, kekeliruan, kesesatan, perselisihan pendapat, gila dan lain-lain.
Assalamualaikum, semua.🌷

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Kita tiba lagi di bulan yg mulia. Alhamdulillah.

Jadi, Masa untuk baiki segalanya! Semoga amalan kita diterima Allah Ta'ala. Semoga hati yg sakit akan terpulih, jiwa yg tenat menjadi damai, dan segalanya akan baik-baik sahaja. Begitu juga dgn pengakhiran kita yg tak tahu bila waktunya, moga diberi pengakhiran yg baik; Husnul Khotimah.

Bismillahi masyaAllah 🤍
Panduan-Solat-Tarawih-Jakim---2020.pdf
3.5 MB
Buku Panduan Solat Terawih Jakim.

Semoga bermanfaat bagi yg nak solat terawih di rumah mahupun masjid. 🌻
Terbaca satu perbualan. Saya rasa ianya menarik utk dikongsikan.

A: Aku rindu arwah ayah aku
B: Kau rindu memori bersama ayah kau?
A: Ya.
B: 10 tahun akan datang kau akan rindu pula hari ni. Sebelum hari ini berlalu, lebih baik kau luangkan masa bersama insan sekeliling yg masih ada.

.

Betul apa yg dikatakan. Hari ini juga akan menjadi 'masa lalu' di masa akan datang. Apa yg kita ada saat ini tak mustahil akan hilang suatu hari nanti. Jadi hargailah apa yg ada.

Memori akan kekal dalam ingatan. Kalau terpisah di dunia, kirimkanlah doa supaya berjumpa semula.

3 APRIL 2022
PERKONGSIAN RAMADHAN #3

🕌

Situasi: Boleh ke gosok gigi selepas waktu Zuhur?

Makhruh menggosok gigi atau bersugi selepas Zuhur mengikut pendapat muktamad, antaranya pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan ulama Syafi'iyah yg lain.

Ketika menggosok gigi, disyaratkan ubat gigi tidak tertelan kerana jika tertelan, ia membatalkan puasa.

Mengikut sebahagian pendapat Syafi'iyyah juga, menggosok gigi selepas Zuhur (secara mutlak) tidak Makhruh sama ada puasa fardhu atau puasa sunat, bahkan sunat menurut Imam Jamal ar-Ramli dan Imam Nawawi kerana perubahan bau mulut selepas tidur umpamanya disebabkan oleh tidur, bukan bau mulut kerana puasa.
.
.
.
Rujukan:
I) Al Majmu', 6/377
ii) Hasyiah I'anah ath-Thabilin 2/415
iii) Hasyiah al-jamal 3/431
iv) Raudhah ath-Thabilin 2/234
v) Al-Minhaj al Qawim ms253
vi) Al fiqh al islam wa adillatuhu 1/45u
vii) al mausuah al fiqhiyyah al kuwaitiyyah 4/138
viii) at taqrirat as-sadi dah, ms 75
ix) fatawa mu'asharah, shaikh wahbah az zuhaili, ms. 34

#ramadhaan
PENGUMUMAN

Assalamualaikum. Ada ke dalam ni yg nak belajar tajwid dan makhraj untuk membaik pulih bacaan Alquran? ☺️

Saya dan kawan rapat saya ada buka kelas Alquran 2 jam sabtu ni secara percuma, terbuka kepada semua peringkat umur. Asalkan nak belajar.

Nota disediakan.
Platform : google meet.

Khas di bulan Ramadhan ini. 🕌

Kalau berminat boleh pm tepi @cikstokinputih
2024/12/29 17:32:20
Back to Top
HTML Embed Code: