Telegram Web Link
Salam warga CSN❤️

Agak2 ada tak 5 contoh mindset ni dalam diri kita?

Jom elakkan 😍
CUT KALORI vs CUT MAKAN

Wah, banyak betul perkataan ‘baru’ first time dengar bila join online coaching ni.

Apa tu calorie, calories intake, calories in calories out, magic number...fuh boleh pening ni😅

Jom dengar kan perkongsian Akak Coach Lily & Coach Sheda dalam Online Breakfast Club pagi ini

Khamis 12 Ogos 2021
Jam 10 pagi

Link :
https://zoom.us/j/5987870069?pwd=b21wQzEyOFhtd250cWxsSWtyQ2F2dz09

Meeting ID : 5987870069
Password : lko
Morning warga CSN...Topic best untuk yang nak turun berat..jomm
3 TIPS UNTUK KAWAL DARI TERLEBIH MAKAN

1. Makan dengan perlahan

Selalu tak rasa bila kita dah habis makan tapi still rasa macam tak kenyang?

Actually rasa kenyang / cukup ni dikawal oleh sejenis hormon dalam badan kita yang dipanggil GHRELIN. Hormon ni akan hantar signal kt otak kita bagitahu yang kita dah cukup makan dan buatkan kita rasa kenyang.

Tapi biasanya proses ni ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit so kalau kita makan laju sangat, tu yang buatkan kita rasa macam tak cukup dan tak kenyang, and then kita pergi tambah lagi makan so terlebih kalori.

Tu yang lama lama makin berkumpul lemak tu.

Kita bukanya tak cukup makan, cuma signal dari hormon ghrelin tadi tak sampai lagi kat otak kita, so kena sabar jap.

Jadi lepas ni, makan dengan lebih perlahan, supaya kita elak dari terlebih makan tu.

2. Gosok gigi lepas makan

Selalu rasa craving nak benda manis lepas makan?

Salah satu tips untuk elakkan kita terlebih makan lagi ialah gosok gigi cepat2 lepas makan.

Bila mulut kita dah rasa bersih dan segar, mesti dah tak rasa nak makan benda2 lain lagi dah.

3. Kalau rasa lapar, cuba minum air kosong dulu

Kadang - kadang otak kita tak boleh nak bezakan kita tak cukup makan atau tak cukup air. Dia akan hantar signal yg lebih kurang sama.

Jadi cuba minum air dulu dan selalunya bila kita penuhkan perut dengan air, boleh bantu kawal rasa nak makan tadi tu.

Boleh cuba 3 tips ni ye untuk bantu kawal selera makan kita.

Ingat nak turun berat ni kena berlaku defisti kalori, di mana kita makan kurang dari yang badan kita boleh bakar.

So memang kena kawal sikit pemakanan seharian kita dan elakkan dari terlebih makan dengan tips ringkas ni 😊

Harap membantu tau. Kalau rasa
membantu boleh komen SAYA AKAN KAWAL PEMAKANAN SAYA HARI NI
untuk yang tak dapat masuk zoom pagi sebab ada kekangan kerja, boleh tonton bila free ya :) melalui link youtube di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=cexhoo62DKA
Hai siapa kat sini tak tahu snacking apa?

Idea utk snacking😍 boleh try ..ideal time 2j-3j selepas meal ( Breakfast and Lunch)...malam dah takde snacking yer..SUPPER pun x perlu ambik, jika lapar sampai tak boleh tido, minum segelas susu atau makan buah😘
Kalau kita nak sihat, minda pun perlu sihat..👆🏻kisah inspirasi boleh bantu kita untuk lebih bermotivasi
Setuju tak ?

Jom lepas ni kita appreciate diri kita no more rasa diri kita teruk compare to orang lain❤️
BOLEH KE MAKAN NASI KETIKA DIET?

Haa boleh je tau, ramai orang takut nk makan karbo, tapi penyebab utama bukan sebab makan karbo bila susah turun berat

Tapi sebab TERLEBIH KARBO😱

Jom amalkan tips diatas
Kadang kita rasa down, rasa apa yg kita buat semua salah kan?

Jom kita practice ni nak?
Hari ni Diya nak share tentang satu benda yang sangat penting dalam diet kita, especially kalau nak kurus, tapi benda ni yang selalu ramai lupa iaitu FIBER 🥦🍏🥬

Kenapa fiber penting?

Sebab fiber ni boleh bantu untuk buat kita rasa kenyang lebih lama, improve penghadaman dan jinakkan craving.

Kalau selalu rasa nak makan benda2 manis tu, cuba tambahkan fiber dalam hidangan kita, boleh bantu untuk kurangkan rasa craving tu.

Sehari kita sepatutnya kena makan dalam 25-30g fiber sehari, tapi kalau ikut kajian, kebanyakan rakyat Malaysia ni, separuh pon tak cukup, so kita kena cuba cukupkan ye keperluan fiber sehari kita.

Antara sumber fiber yang bagus :

🥦 brokoli
🍎 epal
🥣 oats
🍞 roti wholemeal
🍛 beras perang
🥗 kebanyakan jenis sayur & buah

So yang nak turunkan berat badan tu, memang digalakkan sangat untuk makan fiber dengan cukup tau.

Bukan je lagi senang nak kurus, kesihatan usus kita pon boleh jadi lebih baik nanti.

All the best 😁😁
untuk tak dapat menonton secara live , boleh tonton melalui youtube :

LEMAK DEGIL ? LEMAK TEPU ?

https://www.youtube.com/watch?v=6XNqfhPMS_w
Hai semua topik paling best siapa nk tgk anytime boleh tgk di youtube ye
Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTU Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

#sharingiscaring
MEE GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN :
Fresh Udon - 1 peket
Bawang putih - 3 ulas (diketuk/dihiris)
Cili giling/ Cili boh - 2 sudu besar
Kicap lemak manis - 1 sudu besar
Udang - 5 ekor
Telur - 1 biji
Sayur (sawi, kobis, carrot)
Coconut oil - 2 sudu besar
Garam bukit secukupnya
Daun sup, daun bawang, cili merah, limau nipis utk hiasan

CARA-CARA :
1.Panaskan minyak, tumis bwg putih hingga wangi.
2.Masukkan cili boh, kicap, udang, sayur, garam & sedikit air.
3.Masukkan Udon gaul sebati. Pecahkan sebiji telur. Gaul lagi hingga cukup masak.
4.Siap utk dihidangkan

Selamat mencuba😉..Boleh Hilangkan craving nk dine in kt mamak😘
Hai morning penghuni CSN, siapa kata sini selalu tak ada masa nk bersenam?

Jgn risau boleh start dgn banyakkan bergerak, target steps berjalan 5k - 10 k dulu ye

Dan nak turun berat ni kita fokus pada :
80% Pemakanan
20% Senaman

Jadi try dulu start ubah dgn habit pemakanan😉
Hai good news untuk penghuni CSN,

Siapa kat sini struggle untuk nak turun berat, tak tahu kat mana nak mula jomm kita start sekarang nak?

Jom start bina momentum turun berat dengan enjoy makan 5x sehari tanpa berlapar dengan betul

Comment jika berminat😉

Atau boleh klik link wasap saya ye⬇️⬇️⬇️

https://www.wasap.my/60133375978/CK7

https://www.wasap.my/60133375978/CK7
2024/09/28 11:20:31
Back to Top
HTML Embed Code: