Telegram Web Link
Berdebar menanti saat perkenalan.
Perkenalan bersaksikan 8 mata kesemuanya. Perasaan bercampur baur.

Dulunya gadis liar yang bergaul sesuka hati dan tanpa rasa malu, hari ini tertunduk segan di hadapan sang ikhwah yang sedang menanti keputusanku.

Cinta Express.

Pertama kali jumpa keluarga sebelah sana, langsung diajak ibunda beli baju nikah sama-sama.

Sebulan berlalu, maka berlangsunglah pernikahan yang ditunggu. Nak tahu apa seterusnya yang berlaku ?

Dapatkan buku "Tuhan, Izinkan Aku Jadi Miliknya" SEKARANG juga :)

p/s : tempahan TERHAD untuk 1,000 pembeli sahaja.

Tekan link di bawah untuk tempah sekarang :
www.wasap.my/60192281873/nak+order+TIAJM
preview Tuhan Izinkan Aku Jadi Miliknya.pdf
5.7 MB
FREE PREVIEW untuk sesiapa yang nak baca sebahagian daripada hasil penulisan kami :')

@budaktarbiah
Salam. Tolong bantu spreadkan this news kepada seramainya yang memerlukan.

Especially those yg affected by this pandemic.

Blh isi form kat link di CEO MyFundAction punya instagram bio , inshaAllah as early as next week kitorang akan sampaikan bantuan keperluan inshaAllah.

Kalau ada tahu mana mana family yang memerlukan pun boleh suruh isi juga borang tu. Doakan Allah permudahkan proses deliver bantuan ni kepada ummat. Amiin..

@budaktarbiah
๐ŸŒนPERKONGSIAN BUAT UKHTIS: HIJRAH YANG TERGANTUNG

Nak berhijrah tapi tak tahu nak mula macam mana.
Dulu ikut usrah tapi sekarang rasa terumbang ambing tanpa tarbiah.
Rasa semakin jauh dengan Allah.
Risau tak sempat prepare untuk mati.

Banyak sebab orang mulakan perjalanan tarbiah ni.

Dan lebih banyak juga orang yang berusaha untuk lari dan menjauhinya.

Hakikatnya yang pasti,

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), dan berpaling (daripada akhirat)." (Al Anbiya', 21 : 1)

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." ( Al-Baqarah, 2:207)

Jadi, kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan kita, siapa lagi?

Ada yang tanya, berbayar ke kak nak join halaqah ni? Tiada bayaran, hanya perlukan kesungguhan, buang rasa malu dan tak mampu, dan sanggup untuk melapangkan waktu, mujahadah lillah untuk halaqah setiap minggu.

Dalam halaqah nanti bincang apa?
โœ… Borak-borak Quran
โœ… Bedah Sirah, Hadis, dll
โœ… Praktikal buat duit (bisnes)
โœ… Self-development (skil, dll)
โœ… Dan macam macam lagi.

Semua kita buat sama sama.

Berminat untuk buat perubahan bersama kami?

Isi link ni:
https://forms.gle/J79yq36rqdJPvX7A7

Kemudian klik link untuk masuk group:
Pelajar Sekolah (13-17 tahun)
www.wasap.my/60148486356/nak+join+halaqah

Pelajar Lepasan Sekolah (18-22 tahun)
www.wasap.my/60192281873/nak+join+halaqah
When Imam Al-Ghazali said

Bila mata bertemu, akan bertemu cinta manusia. Namun bila dahi bertemu sejadah akan bertemu cintanya Allah
Terfikir juga, ni baru ws ig dan fb break dah mental

Agak2 dukhon datang, waktu benda eletrik semua malfunction

Agak2 boleh survive tak emph. Insaf
Allah beri nafas harini bukan untuk sambung dosa semalam tapi untuk perbaiki menjadi lebih baik. Emph
Whatssap breakdown dah gelabah,

Solat ditinggalkan buat selamba je muka tak bersalah.

Emph
Eh, tahu tak yang Allah sangat mencintai kita?

Apa buktinya?

Bila kita bermaksiat, Dia masih beri nikmat.
Bila kita lalai, Dia tak pernah biarkan rezeki kita terabai.

Bila kita taat?
MashaAllah, Dia pasti ganjarkan pahala berkali ganda lipat!

Tahu kan,
Allah uji kita kerana Dia nak kita semakin dekat denganNya?

Jadi, apa lagi alasan kita untuk berputus asa ?

#notatarbiah
#pilihcaramati

@budaktarbiah
Bahagia secukupnya.
Sedih seperlunya.
Mencintai sewajarnya.
Membenci sekadarnya.

Tapi,
Bersyukurlah sebanyak-banyaknya.

p/s : Jangan sampai bila dah hilangnya nikmat, baru mula nak menyesal terpisat-pisat.

@budaktarbiah
JANGAN PESIMIS DENGAN MASA LALU ORANG LAIN!

"Eh, dia tu dulu kaki rokok kut. Boleh ke dia ni nak buat dakwah?"

"Umm.. Budak tu dah lah asyik couple clash couple clash. Mampu ke dia bertahan dalam hijrah ni? Nanti karang sibuk mata nak cari imam je"

'Sometimes, the people with the worst past, create the best future' (Saidina Umar Al Khattab RA)

Dakwah, tarbiah, hijrah.
Semua ni bukannya magic words.

Harini kata nak berubah, esok terus ada kekuatan nak sarung segala jubah dan purdah.

Eh, secara fizikalnya mungkin mudah.
Tapi secara amalnya, Allah je yang tahu seberapa kuat seseorang tu kena mujahadah.

Aku, Kau, Kita.

Melalui jalan cerita yang berbeza.
Latar belakang yang takkan pernah sama.

Jadilah yang saling menguatkan, bukan asyik nak menjatuhkan.

Nahnu duat, wa la qudhah!

Kita adalah da'i, bukannya penghukum.

ูˆูŽุฅูู†ู’ ู…ูŽุง ู†ูุฑููŠูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุจูŽุนู’ุถูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู†ูŽุนูุฏูู‡ูู…ู’ ุฃูŽูˆู’ ู†ูŽุชูŽูˆูŽูู‘ูŽูŠูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู’ุจูŽู„ูŽุงุบู ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุงู„ู’ุญูุณูŽุงุจู

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka. (Ar Ra'd, 13:40)

Usah tengok siapa dia di zaman jahiliahnya.
Bimbinglah agar dia kuat untuk tetap istiqomah dalah tarbiah dan dakwahnya.

:)

All the best to all my sisturs and brothers.

@budaktarbiah
Forwarded from Inilah Masanya
Da'ie yang muflis ialah da'ie yang nilai cinta dan takwa-nya pada Allah mulai memudar.. Dia mula keliru antara mahu setia dengan ketaatan atau khianat dengan kemaksiatan..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang kualiti dan kuantiti ibadahnya mulai menurun.. Kekhusyukannya mula teralih.. Dia tidak mampu menyelami dalam lautan kemanisan ibadah kerana hatinya telah lemas dengan kesibukan dunia..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang akhlaknya jauh daripada apa yang dicontohkan oleh uswatun hasanah.. Cepat marah tanpa sebab jelas, tiada ihsan dalam setiap pekerjaan, hak sesama manusia tidak dipedulikan..

Da'ie yang muflis ialah da'ie yang tidak membaca atau menuntut ilmu.. Dia ada masa untuk berkata-kata untuk memenuhi keperluan telinga orang lain, tetapi dia tidak ada masa untuk memberikan pemikirannya masa untuk makan supaya dia dapat membesar.. Maka, yang keluar lebih banyak daripada apa yang masuk.. Jadilah cerita berpusing pada poin yang sama.. Tidak ada wawasan baru dan luas..

Muflis?

Ya.. Dia muflis kerana dia sibuk memberi, sedangkan dirinya semakin kehilangan apa yang dia miliki...

Apabila akidahnya kering, ibadahnya kontang, akhlaknya gersang, dan pemikirannya tandus, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada da'ie yang kualitinya seperti ini?

@inilahmasanya
--------
https://www.tg-me.com/inilahmasanya
https://fb.com/inilahmasanya.mkj/
Daripada Anas R.A. beliau meriwayatkan bahawa kami berkata โ€œWahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru kepada kebaikan sehingga kami beramal dengan semuanya, dan kami tidak patut mencegah kemungkaran sehingga kami meninggalkan semuanya?โ€

Jawab baginda โ€œBukan begitu. Serulah kepada kebaikan walaupun kamu belum melakukan semuanya, dan cegahlah kemungkaran walaupun belum menjauhi semuanyaโ€ (HR Tabrani)
JANGAN LUPA SOLAT!

Apa pun berlaku, jangan lupa solat. Kalau tertinggal, usahakan untuk qadha semula.

Sebab, sampai 1 masa nanti, kita dah tak perlu solat pun :') Cuma yang membezakan adalah, kita 'pulang' nanti bersama 'hutang', atau dengan rasa lapang.

Come on.
Cuba kita fikir dan kira, waktu kita bersama Dia.

Let say kita peruntukkan 5 min untuk setiap waktu solat kita. Kita kira yang wajib je. Sunat sunat ni kira bonus.

5min x 5 waktu = 25min sehari
25min x 7 hari = 175min @ 2jam 55min seminggu
25min x 365 hari = 9,125min @ 152jam 5min @ 6 hari setahun!

Kalau kita kumpul semua waktu solat wajib kita, umpama kita solat 6 hari non-stop. Kita ada baki lagi 359 hari lagi utk kita buat hal lain. Apa lagi alasan untuk kita lupa / tak sempat? ๐Ÿ˜”

Video :
https://www.instagram.com/aimisuhaimi/reel/CY58CrZLa1M/?utm_medium=copy_link

#budaktarbiah
#pilihcaramati
2024/09/28 08:22:46
Back to Top
HTML Embed Code: