Telegram Web Link
Mohon dpt melaksanakan SOP PKPKP (Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga). Antara SOPnya ialah :

1. Anak-anak & warga emas tidak dibenarkan lagi untuk makan di kedai atau restoran.

2. Anak-anak & warga emas tidak akan dibenarkan melawat pasar raya, theme park atau di mana-mana tempat orang ramai berkumpul.

3. Peraturan ketat selepas balik sekolah atau ke mana saja iaitu dikehendaki untuk mandi sebersih- bersihnya sebelum menyentuh sesiapa di rumah.

4. Dikehendaki untuk sentiasa membasuh tangan sekerap mungkin.

5.Tidak boleh bersalam dengan sesiapa di musim perayaan. Hanya menunduk kepala dan meletakkan tangan di dada.

6. Sentiasa meminum vit. C dan segala Vit. dan keperluan yg penting.

7. Peraturan ini akan terpakai sehingga keadaan Covid 19 kembali single digit dan tiada kluster baru.

8. Tidak perlulah bkumpul/bertemu jika ia tidak penting.

#PerangMelawanCovid19
#KitaJagaKita
#KitaAmbilPeduli

Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:

1. Paracetamol / panadol
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.
3. Vitamin C dan D3.
5. B kompleks
6. Wap + kapsul untuk wap.
7. Oksimeter
8. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).
9. Latihan Bernafas.

Covid Tiga peringkat:

1. Covid hanya di hidung - masa pemulihan adalah setengah hari. (Menghirup wap), vitamin C. Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.

2. Covid di tekak - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari (berkumur air panas, air suam untuk diminum, jika suhu kemudian parasetamol. Vitamin C, Bcomplex. Sekiranya teruk daripada antibiotik.

3. Covid pada paru-paru - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. (Vitamin C, B complex, kumur air panas, oksimeter, parasetamol, silinder jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

Tahap ketika hendak ke hospital:
Pantau tahap oksigen. Sekiranya ia menghampiri 43 (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen. Sekiranya ada di rumah, maka tidak ada hospital lain yang mengakui.

Tetap sihat, Tetap Selamat!

Sila kirimkan semua ke senarai kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu.

Nasihat dari hospital pengasingan, kita boleh lakukan di rumah.

Ubat yang diambil di hospital pengasingan.
1. Vitamin C-1000.
2. Vitamin E (E).
3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
4. Makan telur sekali.
5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam.
6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari.
7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).

Dan itulah yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.

Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5.

Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus.

Seperti :
Pisang,
Lemon hijau - pH 9,9.
Lemon Kuning - 8.2 pH.
Alpukat - 15.6 pH.
* Bawang putih - pH 13.2.
* Mangga - 8,7 pH.
* Tangerine - 8.5 pH.
* Nanas - pH 12.7.
* Selada air - pH 22.7.
* Jeruk - 9.2 pH.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

1. Tekak gatal.
2. Kerongkong kering.
3. Batuk kering.
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau ...

Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ...

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sediakannya kepada semua keluarga dan rakan anda.

Repost | Kongsi semula

@budaktarbiah
GOLONGAN LGBT NI DIDIAGNOS SEBAGAI MEMPUNYAI MASALAH PSY (MENTAL) !

"Semalam saya handle patient pondan!", husband.

Tak mampu nak tahan diri dari tergelak besar. Aku fokus dengar dia cerita macam mana effort dia pujuk pondan tu nak gi toilet untuk ambil sampel kencing.

Sampai terpaksa hulur tangan macam "brosis" tu tuan puteri, baru dia mahu turun katil. Paling geli hati, siap berjalan melambai patient dan doktor lain yang ada di situ acah-acah persis supermodel.

"Staff nurse kata, kalau pondan pondan jenis tak cukup bajet, dia akan masukkan silikon ikut bawah. Kalau jenis yang berduit sikit, deme akan selit silikon ikut tepi. Patient tadi tu jenis nak jadi pondan tapi tak cukup bajet kut sebab kesan operation dia kat belah bawah", sambung husband yang buat aku sambung gelak tanpa henti.

Kadang, dilemma juga. Nak sedih terkilan ke, nak gelak bila dengar cerita. Tapi nak buat macam mana, gelagat cerita deme ni kadang tak kering gusi dibuatnya.

"Patient-patient yang spesis macam ni sepatutnya kena jumpa Pakar Psikiatri untuk diagnose penyakit deme. Selalunya golongan ni memang akan didiagnos as masalah mental", sambungnya lagi dengan hujah seorang doktor.

===
"Kajian penyelidik lepas turut mendapati remaja yang terlibat dengan LGBT mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding remaja normal, serta berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol", (Bell & Weinberg, 1978: 16).
===

"Kalau kita nak ambil sampel air kencing untuk cek orang tu amik dadah ke tak, memang diorang kena kencing depan doktor. Sebab kalau tak, deme akan buka paip dan isi bekas tu dengan air paip. Memang pondan tu buat benda yang sama sampai 3 kali. 3 kali di isi bekas tu dengan air paip depan mata saya. Sekali saya sound dia, terus mencicit dia kencing dalam bekas tu. Sah! positif amik syabu."

Adoih.

Kawan-kawan, kalau ada ter-kawan dengan spesis begini, tegur-tegur lah dan bagilah mereka semangat untuk balik ke fitrah asal.

Fitrah kehidupan manusia normal adalah hidup berpasang-pasangan (lelaki dengan perempuan).

Jangan lupa, kita sebenarnya bukan membenci mereka, tapi kita membenci dengan sikap mereka yang melawan ketetapan Tuhan. Tegurlah dengan kasih sayang seperti yang dicontohkan dalam Islam, agar mereka tak merasa terpinggir dan merasa seolah-olah didiskriminasi. Kenalkan mereka dengan cinta dan kasih sayang daripada Allah terhadap mereka.

Moga kita semua sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum bertemu ajal yang menakutkan.

#bukananekdot
#ibrahkehidupan

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
Audio
Mathurat Sughro (Pagi)

@budaktarbiah
Audio
Mathurat Sughro (Petang)

@budaktarbiah
Untuk kengkawan yang teringin nak baca mathurat tapi sokmo tak sempat sebab nak tukar pampers anak lah, nak driving lah, nak pergi kelas lah apa lah segala macam hal.

Boleh lah play audio mathurat ni sepanjang melaksanakan rutin dunia harian tu :)

Siapa tak hafal lagi, kalau dah biasa play inshaAllah secara tak langsung akan terhafal.

Untuk yang dah hafal pulak, kalau dah play ni, confirm akan terikut baca sama ^^

p/s : Jangan lupa, mathurat antara ruqyah yang baik untuk diri juga ya.

Pesanan ikhlas dari penaja,
@budaktarbiah
Kenapa kita boleh jadi maha-siswa di dunia, tapi jiwa kita maha-miskin untuk di persembahkan kepada Allah di akhirat sana?

Kita boleh struggle habis habisan untuk dunia, korbankan apa sahaja tanpa sedikitpun kita berkira.

Tapi sayangnya, kikirnya kita bilamana kita nak sisihkan waktu untuk Allah. Bagi sakibaki dan lebihan lebihan sahaja buat Dia, sang pemilik masa.

Jom, ubah.

Kejar pahala lebih dari segalanya.

@budaktarbiah
Bahaya kalau kita tsiqoh pada manusia semata-mata,
Tapi terlupa nak letak dan sandarkan tsiqoh kita kepada Allah.

Tsiqoh tu apa?

Tsiqoh tu bahasa mudahnya adalah percaya.

Teguhlah dijalan ini kerana Allah.
Bukan kerana wang,
Bukan kerana manusia,
Bukan kerana cita cita,
Dan bukan kerana apa sahaja selain Dia.

Ingat,
Masa kita dah tak lama di dunia.

@budaktarbiah
"MAAF KAK, MAK SAYA TAK BAGI IKUT USRAH DENGAN AKAK. SAYA TAKNAK DERHAKA DENGAN PARENTS SY..."

Untuk anak-anak yang spesis soleh-soleh ni, memang selalu akan takut kalau-kalau tindakan mereka akan mengguris hati ibubapa sampai dianggap menderhaka.

Tak terkecuali mereka yang nak join usrah, tapi family bukan dari background yang familiar dengan benda-benda islamik ni.

Statement yang selalunya parents akan persoalkan adalah,

"Kau jangan. Entah-entah diorang ni syiah ke apa ke..."

"Tiba-tiba balik pakai tudung labuh. Extreem betul kau ni. Ibu hantar pergi universiti untuk belajar, bukan join join usrah ni"

Dan sebagainya.
Tapi, aku tak skeptikal lah yang semua parents macam tu. Tak semua parents ada pemikiran yang sama. Tergantung kepada background keluarga masing-masing.

Tapi, wajarlah kalau seorang ibu / ayah itu risau tentang anak-anak mereka. Gila kalau ada parents yang tak risau apa nak jadi pada anaknya.

Jadi, kat sini lah hadirnya peranan anak itu sendiri untuk fahamkan dan kongsikan tarbiyah itu bersama keluarga.

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-510 : HUKUM MENYERTAI MAJLIS ILMU ATAU USRAH TANPA KEBENARAN IBU BAPA

Nah, ini hasil kupasan fatwa oleh Dato Dr Hj Zulkifli (Menteri Agama) dalam website mufti wilayah sendiri.

1. Hukum menyakiti hati ibu bapa adalah haram dan berdosa besar. Namun begitu, bukan semua arahan ibu ayah wajib ditaati khususnya bagi perkara yang membawa kepada maksiat, dan perkara yang jika diselisihi tidak dianggap sebagai derhaka atau menyakitkan hati ibu bapa pada uruf.

2. Mempelajari ilmu agama dan menyertai halaqah-halaqah ilmu adalah keperluan seseorang Muslim.

3. Anak-anak yang mempelajari ilmu agama yang sahih tanpa kebenaran ibu bapa tidak boleh dianggap sebagai menderhaka dan diharuskan bagi anak-anak itu untuk menggunakan hikmah kebijaksanaan mereka untuk berhelah supaya tidak menyakiti hati ibu bapa.

4. Ibu bapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak sehingga mereka dewasa. Apabila anak-anak sudah dewasa, maka mereka pula perlu bertanggungjawab terhadap keperluan ilmiah mereka sesuai dengan zaman, tempat dan keperluan hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut yang lebih panjang lebar, boleh lah rujuk link di bawah ni ya :)

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4503-irsyad-al-fatwa-siri-ke-510-hukum-menyertai-majlis-ilmu-atau-usrah-tanpa-kebenaran-ibu-bapa

Semoga membantu.

Syukran gracias arigatou.

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
WHATSAPP PINK : TIDAK DUDUK SEBILIK, TAPI HAKIKATNYA SEDANG BERKHALWAT.

"Sayang, malam ni vidcall eh! Rindu dah ni"

"Otey (gedik)."

Rasanya, barangsiapa yang sedang dilamun cinta, baik yang dah berkahwin atau belum berkahwin, maka... hp penuh dengan text-text begini adalah perkara biasa.

Bezanya adalah,
Tindakan ni kalau dilaksanakan oleh orang yang dah berkahwin, ia akan jadi pahala.
Kalau belum berkahwin, ia akan menjadi dosa.

Sabar. Baca post ni sampai habis, dengan penuh sabar.

Persoalannya sekarang adalah, macam mana khalwat itu boleh berlaku walaupun tanpa perlu bertemu secara fizikal?

"Alah, kitorang call-call je. Bukan pergi check-in hotel pun!"

Betul. Tak bertemu secara fizikal, tapi bertemu secara maya, dalam keadaan berdua-duaan melalui medium telefon bimbit atau laptop. Meskipun masing-masing di rumah bahkan negeri yang berbeza.

Waktu video call atau bergayut by call sekalipun, macam-macam boleh berlaku. Suara dilunak gedikkan walau tanpa sentuhan, dah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki.

Segala apa yang ditubuh boleh lorot dan dirakam meski dari jauh lantas ditatap harian atau lebih parah, diviralkan.

Banyak lagi lah. Tak payah aku cerita detail sangat macam orang tak boleh agak apa yang akan berlaku.

"Sukahati kami lah nak bercouple ke tak. Yang dosanya kami. Bukan korang. Tak kacau hidup korang pun!"

Memetik dari kupasan fatwa Dato Dr Zulkifli dalam website Mufti Wilayah,

=====
Kita katakan, benarkah khalwat dan zina itu termasuk dalam dosa peribadi ?

Menjawab persoalan ini, kita pecahkan kepada beberapa isi penting:

👉🏻Khalwat hukumnya haram. Ia merupakan wasilah (jalan) ke arah berlakunya zina. Kaedah fikah ada menyebut: Apa-apa yang membawa kepada perkara haram maka ia juga turut haram.

👉🏻Kedua, berdua-duaan akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat dan kedua-kedua keluarga pasangan yang berkhalwat. Nama baik keluarga akan tercemar dengan perbuatan ini.

👉🏻Membenarkan khalwat berlaku dengan alasan tidak mahu masuk campur dalam dosa peribadi hanyalah menggalakkan percambahan berlakunya kes zina dalam kalangan masyarakat. Ketika berlakunya zina, akan timbul kes pembuangan dan pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan penzinaan juga akan menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan)

Setelah kita jelas berkenaan perkara-perkara di atas, ketahuilah kita bahawa dakwaan khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah kemungkaran ini.
=====

Berhati-hatilah dengan jarum sulit syaitan.

Mahalkan dirimu wahai diri, Jangan dibiarkan dijaja sesuka hati.
Bahaya syaitan itu sentiasa menghampiri,
Bahkan menjaga itulah yang paling syaitan benci.

Kenapa dia benci?
Kerana mereka yang menjaga itu bersungguh-sungguh patuh kepada aturan Ilahi.

:)

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
DILEMA WANITA BERHIJAB

Viral kononnya 'muslimah' melepaskan kerudungnya demi hak kebebasan dan kemanusiaan.

Eh eh.
Takkan sis nak bebas didunia sahaja?
Risau tak bebas terlepas diakhirat sana.

Barisan follower dan muslimah yang lainnya pun jadi termakan sama dengan suara yang menuntut 'hak kebebasan' seperti itu.

Maka,
Nak pakai tudung labuh pun serbasalah,
Nak pakai shawl selempang pun serbasalah,
Nak pakai turban menggunung pun serbalasah.

Eh gadis,
Take note ini.
Kita tak wajib bertudung labuh,
Apatah lagi mengibas shawl mahupun menganyam turban.

Yang diwajibkan ke atas kita adalah menutup aurat sehingga ke paras bawah dada, dan melonggarkan pakaian yang ada.

Guna lah apa sahaja yang ada disekelilingmu, asalkan tetap terhijab (pelihara) aurat dan maruahmu.

Ingat,
Tak susah pun nak berhijab.
Lebih susah kalau nak bermake up,
Atau nak berfesyen untuk seek attention.

Kenapa kena menutup aurat ?

Sebab ini adalah perintah Tuhan.
Dan jangan lupa bahawa setiap amal dan tindakan ini dicatat oleh malaikat kiri dan kanan.

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Ahzab: 59)

So,
Pakai tudung tu wajib ke tak ?
Tak wajib.

Yang wajib tu apa?
Menutup aurat kecuali yang dibolehkan nampak iaitu tangan (bukan sampai lengan ya!) dan muka (bukan 1 kepala).

Jom,
Bebaskan diri kita dari belenggu dunia,
Pelihara diri sebaiknya.

Sekali lagi,
Hidup kita dah tak lama.
Rugi kalau kita sekadar fikir nak hidup sukaria,
Tak sempat juga kita nak rancang pakaian kita untuk ikut update semasa.

Sebab,
Mati itu bila-bila.
Risau tak sempat nak patah balik untuk qadha semula pembaziran yang kita dah lakukan sepanjang hidup di dunia.

Sayangi dirimu, wahai muslimah.

Kerana kita pelihara diri agar kita tetap berada dibawah peliharaan Allah yang Esa :')

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
Berkata Malik bin Dinar رحمه الله :⁣

“Sesungguhnya apabila badan sakit, maka makan,minum, tidur dan istirahat tidak enak baginya. ⁣

Begitu juga dengan HATI...apabila ia cenderung kepada DUNIA maka nasihat-nasihat tidak lagi berguna baginya.” ⁣

- (Shifatush Shafwah : 3/278).⁣
Tetaplah mujahadah meskipun lelah.

Tetaplah istiqomah meskipun hampir rebah.

Tetaplah tabah meski kerap difitnah.

Sebab kita punya satu kekuatan yang takkan ada sesiapa boleh gugah.

Kita ada Allah.

Jadi, tersenyumlah dah tetaplah melangkah tanpa goyah :')

#chonteng
#mujahadahfillah

@budaktarbiah
Ikhlaslah walaupun payah.

Berbuat bukan untuk dipandang manusia,
Tapi semata-mata untuk mendapatkan syurga :')

Sebab apa?
Sebab expectation manusia selalunya mampu membuat kita luka dan kecewa.
Tapi bila everything kita buat untuk Allah, kita akan merasa bahagia bahkan akan berbuat dengan lebih jaya.

InshaAllah.

Tak mudah,
Tapi boleh lah.
Cuma kena kuat sikit mujahadah :)

@budaktarbiah
Forwarded from Dr Ustazah Atifah Yusoff
Hujung tahun lepas, sekitar Oktober 2019, saya ragu untuk benarkan anak sulung saya ni main Chess.

Bagi saya dia terlalu kanak-kanak. Baru 7 tahun. Namun minatnya terhadap Chess bukan main lagi. Pengaruh kebijakan dari Abinya. Saya ikutkan sahaja minatnya, memandangkan dari kecil saya tidak pernah menyentuh buah catur itu apatah lagi menyusun strategi menggerakkannya.

Kami suami isteri sering berbincang, mencapai kata sepakat untuk anak. Yang penting akademik dan kehidupan sosialnya tak terganggu. Saya susun masanya ada waktu untuk belajar, mengaji Al-Quran, menyiapkan kerja sekolah dan bermain di luar. Menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.

Hari ini walaupun pandemik Covid telah menghadkan pelbagai aktiviti, namun berlangsung pula pertandingan Chess peringkat kebangsaan di bawah 12 tahun secara atas talian.

Hampir tak percaya saya, Ahmad Mus’ab mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki 8 tahun. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah. Terima kasih guru-guru SK Seri Tronoh atas doa dan sokongan. Tak lupa guru-guru tadika dan transitnya, KaffahKids di Tronoh. Tak dapat saya nafikan, modul KaffahKids yang holistik menyumbang kepada kejayaan anak saya hari ini.

Dr Ustazah Atifah
'Stay consistent, and keep persistent'

#islamicparenting
#drustazahatifah
#motivation
#dakwah
#selflove
#islam
#sunnah
.
.


1. IG
https://www.instagram.com/p/CGnQIg5lGdx/?igshid=1535v9hhrjobr
2. Page
https://www.facebook.com/677980289494947/posts/739504133342562/
3. Fb
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=158402362478611&id=100049265435539
Forwarded from Dr Ustazah Atifah Yusoff
Baru 8 tahun tapi jadi juara Chess!

Something we can ponder upon. Untuk yang nak tips, boleh lah try usha usha fb umminya :)

@budaktarbiah
"Ibu, aku takut kalau orang Syria itu membunuhku. Mereka akan menyalib dan mencincangku."
--

Ini gambar lama sewaktu mendaki bukit di Cayon Dahab, Mesir bersama anak kesayangan yang baru masuk usia 6 bulan.. Perjalanan menerokai bumi Mesir. Kelelahan ketika itu, terbayang lah saya pengorbanan seorang sahabiyah yang sedang sarat hamil mendaki Bukit Thur untuk mengirim makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar Al Siddiq. Dia lah Saidatina Asma' binti Abu Bakar, wanita muhajirin yang terakhir wafat.

Anak yang dikandung beliau ketika itu adalah Abdullah bin Zubayr. Dialah anak yang kemudiannya lahir menjadi pahlawan yang menegakkan syiar Islam. Kisah Abdullah dan ibunya, Asma' sangat menyentuh hati naluri keibuan saya.

Allah memanjangkan usia mereka, dari zaman Rasulullah hingga berakhir pada zaman Umayyah. Tahun 73 Hijrah, ketika Abdullah bin Zubair memimpin Mekkah, terjadi perselisihan sehingga mencetuskan perperangan antara beliau dengan Hajjaj. Dan ketika itu, ramai yang telah menarik kesetiaan mereka daripada Abdullah Bin Zubair dan pergi meninggalkan perjuangannya, lalu dia datang kepada ibunya meminta nasihat.

Ucapan Asma' buat anak tercinta,
"Kamu lebih tahu. Jika perjuanganmu ini kerana menginginkan dunia, maka kamu adalah orang yang paling jahat dan kamu telah menghancurkan dirimu sendiri. Namun, jika kamu mengatakan, ‘aku yakin dalam kebenaran, tetapi teman-temanku melemah, aku pun ikut melemah, maka itu bukan sifat orang yang merdeka dan beragama.”

Jika ditelusuri kisah Abdullah dengan Hajjaj ini, ia menunjukan pelbagai sudut pandangan yang berbeza, baik dari pihak Khalifah, rakyat mahupun sahabat Rasulullah yang ada ketika tu. Dari jalan cerita yang panjang, saya tertarik dengan plot keteguhan iman dan hati seorang ibu ini.

“Wahai putraku, seekor biri-biri itu tidak terasa sakit karena ianya berkulit. Jadi teruslah berjuang dan mohonlah pertolongan kepada Allah.”

Abdullah mengukuhkan kembali keazaman yang ada. Baginya, dengan perjuangan ini, dia sedang berusaha mengembalikan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dia tidak ada sekali kecenderungan pada urusan duniawi dan keutamaannya adalah keridhaan Allah melebihi segalanya.

Asma' yang ketika itu sudah berusia 100 tahun dan dalam keadaan telah buta, langsung memeluk dan mencium anaknya sambil terus mengobarkan semangat dan keyakinan buat anak tercinta meskipun dia tahu, itu adalah detik perpisahan mereka. Tiba-tiba, tangan Asma' menyentuh baju besi yang dipakai Abdullah. Asma' terkejut dan bertanya, "Apa maksudmu mengenakan pakaian seperti ini? Ini pakaian orang pengecut yang takut pada kematian."

Abdullah bin Zubayr terus menanggalkan dan segera naik ke atas kudanya dengan gagah sambil mengemaskan pakaiannya dan ikatan pinggangnya. Lalu berangkat maju menyerang pasukan Hajjaj hingga dia syahid.

Ya, mayat Abdullah bin Zubayr dipenggal dan disalib. Setelah Asma' menyaksikan keadaan itu, dia pergi mengambil dan membawa jenazah anaknya kembali seorang diri ke Madinah dan dikuburkan di sana.

Hati ibu mana yang tidak luluh tapi melihat anak syahid dalam memperjuangkan agama itu lebih dia cintai. Kisah keimanan luar biasa ibu dan anaknya. Spritual dalaman yang kuat sahaja menjadikan mereka insan yang hebat dalam berusaha memberikan yang terbaik untuk agama Allah. Kekuatan itu subur kerana keimanan dan pergantungan penuh pada Sang Pencipta.

Moga kita turut mendapat ketuguhan hati seperti Saidatina Asma' binti Abu Bakar dalam mendidik anak-anak hari ini menjadi rijal (pahlawan).

--
Rujukan :
- Syukur, Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW di antara para Ṣaḥābiyah, vol. 4, ed. 28 dan 29
- O.Hashem, Buku Muhammad Sang Nabi. Penelusuran Sejarah Nabi Muhammad Secara Detail. Jakarta, 2006
- Hayatus Sahabah
2024/09/28 22:25:33
Back to Top
HTML Embed Code: