Telegram Web Link
HALAQAH BUKAN TEMPAT ORANG BAIK, TAPI IANYA ADALAH TEMPAT UNTUK ORANG JADI BAIK.

Nak berubah tapi tak tahu nak mula macam mana.
Dulu ikut usrah tapi sekarang rasa terumbang ambing tanpa tarbiah.
Rasa semakin jauh dengan Allah.
Risau tak sempat prepare untuk mati.

Banyak sebab orang mulakan perjalanan tarbiah ni.

Dan lebih banyak juga orang yang berusaha untuk lari dan menjauhinya.

Hakikatnya yang pasti,

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), dan berpaling (daripada akhirat)." (Al Anbiya', 21 : 1)

Jadi, kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan kita, siapa lagi?

Ada yang tanya, berbayar ke kak nak join halaqah ni? Tiada bayaran, hanya perlukan kesungguhan, buang rasa malu dan tak mampu, dan sanggup untuk melapangkan waktu, mujahadah lillah untuk halaqah setiap minggu.

Dalam halaqah nanti bincang apa?
Borak-borak Quran
Bedah Sirah, Hadis, dll
Praktikal buat duit (bisnes)
Self-development (skil, dll)
Dan macam macam lagi.

Semua kita buat sama sama.

Berminat untuk buat perubahan bersama kami?

Klik link di bawah :

Ikhwah @ Muslimin
www.wasap.my/+60122062995/halaqah+tadabbur+braderz

Akhwat @ Muslimat
www.wasap.my/+60134324263/halaqah+budak+tarbiah

@budaktarbiah
BEKAL AKHIRAT

Hidup dalam kandungan ditemani kesepian,
Berjalan di muka bumi dalam pengabdian,
Bertemu dan terserampak banyak topeng-topeng kemunafikan,
Hingga ajal menjemput dalam kesunyian.

Mati, sekali lagi kesendirian,
Hatta hidup dalam kesenangan dan kemewahan,
Semuanya pasti akan kehabisan dan berakhir dengan sebuah kematian.

Harta takkan mampu menyelamatkan,
Pangkat dan jawatan akan ditinggalkan,
Semuanya akan hilang tidak meneman,
Tak berguna saat nyawa dipengakhiran.

Menanti di alam kubur dengan renungan,
Sambil menanti setiap persoalan dan amalan yang harus dipertanggungjawabkan.

Penyesalan abadi menyelimuti hati,
Bagi mereka yang sempit iman dalam diri,
Harta melimpah, tapi ibadahnya jauh sekali,
Hanya mengejar kesenangan yang disangka abadi,
Lupa semua itu tak terbawa dan tak berguna bila dah mati.

Khabar gembira bagi yang sedang buat persiapan,
Berbahagia terhadap janji-janji Tuhan,
Amalan sudah dikumpulkan dalam kehidupan,
Kini siap menunggu balasan kebaikan.

Mengertilah,
Biar kita berjuang di dunia sampai lelah,
Hanya kerana mendamba redha Lillah.

Perbanyak amal, perkuat iman dan ketaqwaan,
Munculkan dalam diri sebuah kesedaran,
Kesedaran yang membawa kepada perubahan.

Allahu yuftah alaikum.

#puisitarbiah

@budaktarbiah
Motivate and inspire people is the best thing to do ever.

Disamping bimbingan dan qudwah serta teguran, baik secara halus mahupun secara tegas, untuk terus memapah kita dapat melaksanakan amanah dengan benar, tepat dan bagus.

Moga moga terlahir lebih ramai mujahid yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan setiap daripada misi buat ummat :)

#spiritburnup
#momentumtahajjud

p/s : nyaman sangat tahajjud pagi ni. terasa sebak seolah ada yang turun ajak bersembang dan nak 'dengar' setiap curahan hati kita T_T salam ramadhan, gais.
APRESIASI

Jangan diharap apresiasi (penghargaan) manusia,
Harapkan sahaja apresiasi Dia.

“Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA.” (Imam Asy-Syafie)

:')

@budaktarbiah
TIPS MENJADI PEREMPUAN

Nak jadi perempuan ni, tak susah.
Cukup ikut apa yang Allah perintah.
Baju dan tudung yang proper pun harganya murah.

Tak perlu belit belit dan sempit sempit, cara pakainya pun mudah.
Petanda betapa Allah nak bantu perempuan menjaga izzah.
Izzah tu apa?
Izzah itu adalah penghormatan yang sangat indah.

So, chill lah.
Jangan sedih bila tak dapat jadi vogue macam artis dan lain lain hijabistah.

Sebab, semakin kita menjaga diri, semakin kita disayang Allah :')

#puisidakwah #stayathome #anaksyurga #PilihCaraMati

p.s : Bagi yang tak mula lagi apa apa langkah, jom kita mula berhijrah.

@budaktarbiah
UDAH-UDAH LAH DENGAN MASAK APA TAK JADI HARINI

Ni, nak share untuk pastikan lepasni korang masak memang menjadi.

Workshop memasak bersama Chef Imelda. Pastikan anak dara bakal isteri solehah, zaujah zaujah dan semua lah yang nak belajar memasak sampai jadi, boleh masuk link ni :

https://www.tg-me.com/joinchat-Hjg-rBhsCCYBg5x_8ZVkkQ

Oh ya. Lelaki pun boleh. Tak terkecuali dari program ini.

InshaAllah, berkat setiap usaha dan air tangan kita memasak untuk orang berpuasa, pahala puasa mereka tak dirugikan sedikit pun ke atas kita. InshaAllah :)

Ok, jom lah gais. Sis ajak korang bukan sebab sis AJK program tu ya. Tapi sebab sis pun join jugak program tu nanti. Uhuk!

@budaktarbiah
Forwarded from Budak Tarbiah
PARENTS TAK BAGI!

Kenapa taknak ikut halaqah?
Parents tak bagi. Diorang suruh study, jangan keluar malam malam.

Kenapa tak buat dakwah?
Parents tak bagi. Sebab kita tak tahu lagi ilmu kita nak share tu betul ke tak.

Kenapa tak mengaji / tilawah?
Parents tak bagi. Sebab takut salah baca kang berdosa.

Habis, parents bagi apa?
Study sepanjang masa?
Memang 24/7 menghadap buku macam yang 'parents minta'?

Tengok movie parents bagi tak?
Keluar hangout ngan member gi hols kat pantai, parents bagi tak?
Shopping kat mall ngan lelaki bulan ajnabi, parents bagi tak?
Main game sampai pagi, parents bagi tak?

Puii!

Dengar sini.

"Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua), pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu dan bapaknya, dan dari istri dan anak-anaknya." (Abasa, 80:33-36)

Kenapa lari dari parents dan keluarga?
Sebab kita kat sana,
Akan kalut cari mereka,
Dan buat pengakuan depan Allah, "dulu aku tak buat dakwah, sebab inilah parents aku yang tak bagi! Mereka halang aku dari buat kebaikan"

Nak begitu?

Di dunia taknak susahkan keluarga dengan kebaikan.
Kat akhirat sibuk cari mereka utk menanggung pertanggungjawaban,
Dan susahkan mereka dengan kejahatan dan kemaksiatan yang kita lakukan.

Hei, anak dan isteri.
Jangan lupa.
Selama dibawah jagaan keluarga,
Selama itu setiap kemaksiatan dan dosa menjadi tanggungan si bapa.

Jadi kenapa takut untuk berbuat kebaikan?
Saling berkongsi pahala dengan mereka (suami/bapa kita)?
Meski kadang di dunia mereka tak redha.
Tapi di akhirat sana, inshaAllah merekalah yang paling berbahagia.

So chill.
Just keep doing.
And find ways to do good deeds,
And perform dakwah.
May Allah ease and bless this world with the existance of you on it.

Regards,
@budaktarbiah

#pilihcaramati
#budaktarbiah
Hapuskan takutmu, kerana Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buatmu :) Percantikkan hubungan dengan Allah, pasti Dia sedang sediakan beliau yang menjaga hubungannya dengan Allah juga.

#newbookcomingout
#TuhanIzinkanAkuJadiMiliknya

@budaktarbiah
Moga semua terus tsabat.

Perjalanan kita bukan satu persembahan biasa,
Hanya sekadar berusaha mencari redha Dia.
Kalau secebis berat datang menerpa,
Takpe.
Tingkatkan lagi usaha.

Sampai penat kita terbayar di syurga.
Waktu tu dah boleh berjimba gumbira.

Amin:')

@budaktarbiah
Taksub sampai tersilap sujud!

Kalau dulu kita dengar ada agama Ayah Pin, Ayah Butang, dan Ayah Jarum Peniti (sarkastik).

Lepastu, muncul pula dajjal baru yang dipanggil tuhan plastik (import dari Korea).

Oh, dan terkini, netizen tersilap 'sujud' juga kepada seorang budak yang belum habis sekolah dan tak kenal lagi dunia orang dewasa bahkan belum sempat pening kepala tengok anaknya ketagih TikTok dan bangga orang ber'tuhan' dan ber'nabi' kan dia.

Yang aku peliknya, budak tu buat tiktok slowmo elok ja dapat 550k followers, kita ni buat dakwah, 6k followers pun tak sampai. Eheh, TIBER!

Adik, Abang, Kakak.

Nak minat tu tak salah.
Yang salah tu bila kau tersilap menyembah.
Yang patut disembah itu kan Allah.
Buatnya Allah benci nak hadap muka kau sampai ditarik nyawa kau saat kau tengah tersilap langkah,
Tak ke naya terjatuh dalam lembah..?
Lembah apa tu?
Lembah api neraka yang tengah marah.
Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Ingat ni,
Yang beri nyawa itu bukan manusia,
Bukan juga patung ciptaannya.
Tapi yang beri peluang untuk kau hidup di dunia ni adalah Dia, Tuhan Yang Esa.

Jadi,
Jangan sombong sangat sampai tak nampak hakikat.

Tolong sampaikan POST ini kepada kipas kipas (fans) yang taksub kepada apa apa sahaja kelab, artis, mahupun benda melebihi Allah, Tuhan yang sepatutnya,

Seandainya hari ini kau masih boleh bernafas dengan baik,
Ketahuilah Allah masih beri peluang kepada kau untuk bertaubat dan berpatah balik.
Kembali murnikan syahadah dan tinggalkanlah semua benda-benda pelik.

Mohon pengampunan daripada Allah, inshaAllah Dia sudi mendengar rintihan dan permohonan kita semuanya.

Salam sayang,
@budaktarbiah

p/s : Nak follow channel @budaktarbiah ni, follow lah. Sebab yang penting di sini bukan bilangan followers, tapi sebanyak apa kau cuba ambil manfaat dari sini, dan sampaikan kebaikan kepada lebih ramai manusia.

www.tg-me.com/budaktarbiah
Forwarded from Budak Tarbiah
Wahai akhi,
Wahai ukhti.

Mengapa hati itu terlalu rapuh dalam menampung beban dan amanah yang dipercayakan Tuhan ?

Mengapa jiwa itu terlalu goyah dalam menancapkan keyakinan untuk menghidupkan jiwa jiwa insan ?

Mengapa terlalu cepat merasa goyah dan terus mengalah ?

Tak yakin kah kalian bahawa kalian adalah hamba yang dipilh Allah untuk meneruskan apa yang kekasih-Nya telah mulakan ?

Tak rindu kah untuk merasa sakit dan derita dalam mengorbankan segala apa yang ada, sepertimana yang dirasakan oleh Baginda dan barisan sahabatnya ?

Akhi wal ukhti.
Kita tak punya banyak masa untuk menimbal samada kita layak untuk berdakwah atau tidak.
Kita juga tak punya banyak pengalaman untuk dipertikaikan.

Tapi kita tahu, kita ada satu keinginan yang kuat, untuk mencapai redha Dia, dan bertapak di syurga-Nya.

Bagaimana ?
Istighfar, dan menangislah sambil berlari.
Biarkan kaki itu terus melangkah walau ia dipenuhi darah.
Biarkan. Kerana itu adalah sunnah dalam berdakwah :')

#RamadhanTreatment
#Chonteng
#Taujihat

p/s : Sabarlah, dan tsabatlah :') Kerana istilah rehat itu hanya wujud setelah setapak kaki melangkah ke dalam syurga.

@budaktarbiah
Jangan hanya sujud di sejadah saat SUSAH,
Jangan hanya kenal telekung disaat RESAH,
Jangan hanya kenal kiblat disaat PAYAH.

Ingat Allah selalu disaat SENANG mahupun GUNDAH

Ramadhan bukan sekadar untuk mendapat penat, dengan sekadar all out beribadat.

Tapi, terutamanya untuk mendapatkan keampunan, dengan taubat yang disertakan dengan kesungguhan.

Ramadhan is coming to it end, gais.

#Chonteng
#PilihCaraMati
#malaysianow

Please cry.
Cry more.
For not doing the best while it is still with us.
As,
It might no more with us,
Next year.
😭

@budaktarbiah
10 MALAM TERAKHIR

Malam-malam yang perlukan perhatian kita.
Sebab andai ada rezeki Allah nak hadiahkan lailatul qadr, ganjarannya umpama 1,000 bulan bersamaan 83 tahun 😭

Kita ni nak hidup 60 tahun pun belum tentu lagi. Sangat rugi kalau kita sia-siakan 10 malam terakhir ni untuk dapat ganjaran umpama 83 tahun.

Laparkan 'chicken dinner'?
Berpuasalah sebaiknya. Jangan sekadar puasa lapar dahaga, tapi tangan sibuk berlumba kejar 'musuh' sampai terleka nak banyakkan waktu dengan ibadah yang paling diredhaiNya.

Laparkan kasih sayang manusia?
Berpuasalah sebaiknya. Jangan sekadar puasa lapar dahaga tapi nafsu taknak dikawal sama. Sibuk videocall sepanjang masa sampai terlupa nak bagi perhatian kepada perbaikan kualiti ibadah semasa.

"Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya." (HR Bukhari)

Sudah sudah lah sia-siakan waktu yang ada.

Jangan masuk Ramadhan sebagai insan mulia, tapi tinggalkan ia sebagai manusia celaka.

#deepkejap
#chonteng

p/s : Let's strive the best, for Allah!

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
"Oi perlahan la sikit jalan tuuu! Laju-laju nak pergi manaaa??"

"Adik cakap dengan sapa tu?"

"Ramadhan ni mak. Laju sangat dia nak tinggalkan kita. Slow-slow la. Haisshh."

😢

#deepkejap.

@budaktarbiah
JOM KHATAM JAMA'IE

Salam alaik. Jom, sama sama imarahkan majlis khatam Quran peringkat Antarabangsa.

https://www.facebook.com/913696725434856/posts/1639370652867456/?d=n

Sempat lagi ni nak join 10,000 peserta khatam bersama :)

@budaktarbiah
TRENDING BETUL YA VIDEO SLOW-MO SEKARANG

Rajin anak muda sekarang buat video slow-mo.
Siap bangga video slow-mo nya dapat 9k-10k views bahkan ada yang berjuta.
Lepastu dijaja video merata-rata.

Video slow-mo tu kalau mengajak kepada kebaikan, sis is okay.
Tapi sayangnya,
Video slow-mo tu banyak memaparkan kemungkaran.
Asyik dengan aksi berpegangan tangan,
Antara lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan pernikahan atau kekeluargaan

Ingat,
Video boleh buat slow-mo,
Tapi malaikat tak pernah selow dalam mencatat amal dan dosa-dosa mu.

Nak kongsi,
Biar berpahala.
Janganlah kongsi hal yang boleh buat Allah murka.
Ingat lagi sekali,
Hidup kita ni dah tak lama.

#deepkejap
#StayInIman
#Quarantine

p/s : Pulis, tolong tangkap spesis-spesis yang tak jaga social distancing ni. Mereka terkinja berpegangan tangan. Takut makin merebak covid dan dosa. Uhuk!

@budaktarbiah
2025/07/07 21:35:13
Back to Top
HTML Embed Code: