Telegram Web Link
"Berkongsi pahala kan itu yang paling indah" @budaktarbiah

Kenapa berkira untuk mencari kebaikan, sedangkan mati tak pernah mengira usia dan kesediaan kita :')

Join channel, dan SHARE kan sebanyaknya info dan ilmu yang ada. Moga-moga kita saling berkongsi pahala sebanyaknya di atas kebaikan yang kita sampaikan.

https://www.tg-me.com/budaktarbiah
Bila kita nampak orang buat benda baik,
Kita kena berlumba untuk buat lebih baik (fastabiqul khairat)

Tapi kalau kita nampak orang berbuat kemaksiatan,
Cegah!

The is no such thing to do with "don't be busy body".

Sebab,
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]

==========

"Berkongsi pahala kan itu yang paling indah" @budaktarbiah

Kenapa berkira untuk mencari kebaikan, sedangkan mati tak pernah mengira usia dan kesediaan kita :')

Join channel, dan SHARE kan sebanyaknya info dan ilmu yang ada. Moga-moga kita saling berkongsi pahala sebanyaknya di atas kebaikan yang kita sampaikan.

https://www.tg-me.com/budaktarbiah
Berbuatlah yang terbaik sebab nak dipandang Allah,
Bukan sebab takut dipandang rendah.
Atau, mengharap nama disebut sebut hebat dan gah!

Ingat,
Ikhlas tu bila kita berbuat dengan cinta,
Bila cinta maka akan terlahirnya suka.
Kita akan suka untuk berbuat sehingga berjaya dan hingga ke hujung nyawa.

Sekali lagi,
Untuk Dia,
Allah yang Esa.

Regards,
@budaktarbiah

==========

"Berkongsi pahala kan itu yang paling indah" @budaktarbiah

Kenapa berkira untuk mencari kebaikan, sedangkan mati tak pernah mengira usia dan kesediaan kita :')

Join channel, dan SHARE kan sebanyaknya info dan ilmu yang ada. Moga-moga kita saling berkongsi pahala sebanyaknya di atas kebaikan yang kita sampaikan.

https://www.tg-me.com/budaktarbiah
TUHAN, MAAF KAMI SIBUK 😭

"Tuhan, maaf, kami orang orang sibuk. Kami memang takut neraka, tapi kami kesulitan mencari waktu untuk mengerjakan amalan yang dapat menjauhkan kami dari neraka-Mu. Kami memang berharap surga, tapi kami hampir tak ada waktu untuk mencari bekal menuju surga-Mu"

📓Tuhan, Maaf, Kami Sedang Sibuk
📓Ahmad Rifa'i Rif'an


Berapa jam dalam sehari kita sempatkan waktu untuk beribadah dan berkomunikasi dengan Allah?
Berapa penghasilan yang kita sisihkan dalam sebulan untuk bersedekah?

Ketika bos kita panggil, betapa takutnya kita.
Ketika Tuhan kita panggil, di mana kah kita?

Tepuk dada, tanya iman

#Chonteng
#PilihCaraMati

@budaktarbiah
PAKCIK, DUIT PALSU NI PAKCIK!

Seorang lelaki tua, yang hanya memiliki sejumlah itu sahaja wangnya, dan dia berusaha nak beli sesuatu sebagai alas perut keluarga.

Sampai di cashier, langsung wangnya tak diterima. Saban hari anak anak merengek lapar minta diisi dengan sedikit kanji, barangkali dah jemu dengan sup kosong setiap hari.

Tetap positif dengan harapan masih ada simpanan lain. Cucuk kad di mesin ATM, yang keluar hanyalah resit bersama rasa hampa.

Bayangkan,
Seperti itu keadaan kita disaat kita menghadap Allah.

Kita perasan macam kita dah buat banyak persiapan dan ada banyak simpanan,
Tapi bila tiba untuk dihisab, baru kita terasa "alamak mana semua simpanan aku lesap?"
Yang tinggal dalam genggaman hanya sedikit baki amal untuk diletak ditimbangan.

Sampai di depan Tuhan,
Allah bilang, "ini semua palsu! Tak punya harga apa pun di sisi Aku. Pergilah kau ke sana (neraka) kerana kau tak layak dan tak mampu pun nak membayar untuk ke syurga Ku"

Terkilan, kan?
Sedih, kan?

Tapi saat tu, terkilan dan sedih dah tak punya harga.
Sebab sikap dan sombongnya diri di dunia sementara, akhirnya dibakar api neraka selamanya. Nauzubillah.

Ayuh,
Perbaiki iman,
Kualitikan amal,
Tingkatkan mujahadah perjuangan,
dan perbaharui keikhlasan.

Moga moga Allah sudi terima semua 'tabungan' kita dihari perhitungan kelak.

#deepkejap
#chonteng

@budaktarbiah
Sisihkan waktu untuk Allah,
Bukan sisa kan waktu untuk Allah.

Well, masa tu kan milik Dia.
Tapi sebab perasan yang melampau,
Sampai kita selesa dan merasa masa ikut milik kita.
Sampai kita sombong nak sisihkan sebahagian waktu buat Dia.
Sampai kita lupa, masa yang diberkati itu adalah yang paling utama..​

Babe,
Jangan kedekut masa.
Untuk Allah, pulangkan lah yang berkualiti dan berguna.
Jangan pulangkan sisa sisa yang entah apa apa.

Kbai.

#chonteng
#PilihCaraMati

www.tg-me.com/budaktarbiah
Ustaz Ebit Lew : Anak beranak rajin, tapi mungkin rezeki belum berpihak kepada mereka

"2 hari tak boleh tidur. Fikir apa lah yang aku nak jawab kat Allah nanti ni", Ustaz Ebit Lew.

https://www.youtube.com/watch?v=BMlXMyHQ5IA&feature=share

Rentetan bantuan Ustaz buat keluarga yang telah setahun tinggal di tengah kebun.

Moga moga Allah murahkan rezeki, untuk bantu lebih ramai orang yang memerlukan.

@budaktarbiah
When you get what you want, that's Allah directions.

When you don't get what you want, that's Allah protections.

So, chill and stay sabr.

@budaktarbiah
Forwarded from Annur Quranic Centre
TRIBUTE SEDIH : SEMAKIN BERTAMBAH UJIAN, SEMAKIN BANYAK YANG BERJAUHAN

Yang tinggal hanyalah permata dan berlian.
Meski diuji dengan banyak tekanan,
Ia tetap bertahan dan menjadi yang paling cantik dalam pandangan.

https://www.instagram.com/tv/B_m4rwBlZvh/?igshid=qcbpfchom4s2

😭😭😭

Ingat ni,
Allah tak tengok siapa kita dahulu,
Dan Allah tak pernah peduli sejarah hidup kita.
Baiknya Allah,
Dia hanya lihat siapa kita hari ini,
Dan bagaimana kita persiapkan diri untuk hari esok.

Berlalulah kalian bertebaran di bumi Tuhan.
Semoga syurga menjadi ganjaran :')

Kredit to : @budaktarbiah
Video by : Shahrul (ig : @shrlizdn - alumni PTI 3.0)

Regards,
@annurquranic family.

www.tg-me.com/annurquranic
Salam. Hai gais. InshaAllah kalau takde aral, @budaktarbiah ft @tadabburbraderz nak launch buku 'Cinta'. Ada cadangan tajuk yang best-best tak? :)
HALAQAH BUKAN TEMPAT ORANG BAIK, TAPI IANYA ADALAH TEMPAT UNTUK ORANG JADI BAIK.

Nak berubah tapi tak tahu nak mula macam mana.
Dulu ikut usrah tapi sekarang rasa terumbang ambing tanpa tarbiah.
Rasa semakin jauh dengan Allah.
Risau tak sempat prepare untuk mati.

Banyak sebab orang mulakan perjalanan tarbiah ni.

Dan lebih banyak juga orang yang berusaha untuk lari dan menjauhinya.

Hakikatnya yang pasti,

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), dan berpaling (daripada akhirat)." (Al Anbiya', 21 : 1)

Jadi, kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan kita, siapa lagi?

Ada yang tanya, berbayar ke kak nak join halaqah ni? Tiada bayaran, hanya perlukan kesungguhan, buang rasa malu dan tak mampu, dan sanggup untuk melapangkan waktu, mujahadah lillah untuk halaqah setiap minggu.

Dalam halaqah nanti bincang apa?
Borak-borak Quran
Bedah Sirah, Hadis, dll
Praktikal buat duit (bisnes)
Self-development (skil, dll)
Dan macam macam lagi.

Semua kita buat sama sama.

Berminat untuk buat perubahan bersama kami?

Klik link di bawah :

Ikhwah @ Muslimin
www.wasap.my/+60122062995/halaqah+tadabbur+braderz

Akhwat @ Muslimat
www.wasap.my/+60134324263/halaqah+budak+tarbiah

@budaktarbiah
BEKAL AKHIRAT

Hidup dalam kandungan ditemani kesepian,
Berjalan di muka bumi dalam pengabdian,
Bertemu dan terserampak banyak topeng-topeng kemunafikan,
Hingga ajal menjemput dalam kesunyian.

Mati, sekali lagi kesendirian,
Hatta hidup dalam kesenangan dan kemewahan,
Semuanya pasti akan kehabisan dan berakhir dengan sebuah kematian.

Harta takkan mampu menyelamatkan,
Pangkat dan jawatan akan ditinggalkan,
Semuanya akan hilang tidak meneman,
Tak berguna saat nyawa dipengakhiran.

Menanti di alam kubur dengan renungan,
Sambil menanti setiap persoalan dan amalan yang harus dipertanggungjawabkan.

Penyesalan abadi menyelimuti hati,
Bagi mereka yang sempit iman dalam diri,
Harta melimpah, tapi ibadahnya jauh sekali,
Hanya mengejar kesenangan yang disangka abadi,
Lupa semua itu tak terbawa dan tak berguna bila dah mati.

Khabar gembira bagi yang sedang buat persiapan,
Berbahagia terhadap janji-janji Tuhan,
Amalan sudah dikumpulkan dalam kehidupan,
Kini siap menunggu balasan kebaikan.

Mengertilah,
Biar kita berjuang di dunia sampai lelah,
Hanya kerana mendamba redha Lillah.

Perbanyak amal, perkuat iman dan ketaqwaan,
Munculkan dalam diri sebuah kesedaran,
Kesedaran yang membawa kepada perubahan.

Allahu yuftah alaikum.

#puisitarbiah

@budaktarbiah
Motivate and inspire people is the best thing to do ever.

Disamping bimbingan dan qudwah serta teguran, baik secara halus mahupun secara tegas, untuk terus memapah kita dapat melaksanakan amanah dengan benar, tepat dan bagus.

Moga moga terlahir lebih ramai mujahid yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan setiap daripada misi buat ummat :)

#spiritburnup
#momentumtahajjud

p/s : nyaman sangat tahajjud pagi ni. terasa sebak seolah ada yang turun ajak bersembang dan nak 'dengar' setiap curahan hati kita T_T salam ramadhan, gais.
APRESIASI

Jangan diharap apresiasi (penghargaan) manusia,
Harapkan sahaja apresiasi Dia.

“Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA.” (Imam Asy-Syafie)

:')

@budaktarbiah
TIPS MENJADI PEREMPUAN

Nak jadi perempuan ni, tak susah.
Cukup ikut apa yang Allah perintah.
Baju dan tudung yang proper pun harganya murah.

Tak perlu belit belit dan sempit sempit, cara pakainya pun mudah.
Petanda betapa Allah nak bantu perempuan menjaga izzah.
Izzah tu apa?
Izzah itu adalah penghormatan yang sangat indah.

So, chill lah.
Jangan sedih bila tak dapat jadi vogue macam artis dan lain lain hijabistah.

Sebab, semakin kita menjaga diri, semakin kita disayang Allah :')

#puisidakwah #stayathome #anaksyurga #PilihCaraMati

p.s : Bagi yang tak mula lagi apa apa langkah, jom kita mula berhijrah.

@budaktarbiah
UDAH-UDAH LAH DENGAN MASAK APA TAK JADI HARINI

Ni, nak share untuk pastikan lepasni korang masak memang menjadi.

Workshop memasak bersama Chef Imelda. Pastikan anak dara bakal isteri solehah, zaujah zaujah dan semua lah yang nak belajar memasak sampai jadi, boleh masuk link ni :

https://www.tg-me.com/joinchat-Hjg-rBhsCCYBg5x_8ZVkkQ

Oh ya. Lelaki pun boleh. Tak terkecuali dari program ini.

InshaAllah, berkat setiap usaha dan air tangan kita memasak untuk orang berpuasa, pahala puasa mereka tak dirugikan sedikit pun ke atas kita. InshaAllah :)

Ok, jom lah gais. Sis ajak korang bukan sebab sis AJK program tu ya. Tapi sebab sis pun join jugak program tu nanti. Uhuk!

@budaktarbiah
2025/10/23 09:56:35
Back to Top
HTML Embed Code: