Telegram Web Link
Anda dah tonton ke video ni? BAGAIMANA JANA RM 10,000 SEBULAN DENGAN PRODUK JOOTAWAN

http://jootawan.my/ejen/
Mengikut kajian yang dibentangkan oleh Malcolm Gladwell, untuk berjaya menguasai sesuatu, seseorang itu perlu mempraktikkan ia selama 10,000 jam.

Jika berkerja selama 8 jam sehari, ia bersamaan dengan 3 tahun setengah tanpa cuti, tanpa rehat, tanpa lalai.

Cuba lihat sekarang berapa jam anda dah praktikkan ilmu baru yang anda pelajari?
10 Wasiat As Syahid Imam Hasan Al Banna

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

@budaktarbiah
MINUMAN SAMPAH?!

Bila diseru untuk sama sama boikot Nestle dan sejenis dengannya, mesti ada suara suara yang 'belakang atas' (baca : back up) produk kechentaan masyarakat ni.

"Nak boikot Nestle sangat ? Boikotlah laptop hang guna tu intel tu. Tu pun Yahudi yang buat"

"Eleh, dari kecik minum, la ni baru nak bising boikot ?"

"Nak dengan apa ayaq milo ni ? Ayaq coklat lain semua tak sedap. Pui"

Dan banyak lagi.

Nah, tengok dan VIRALKAN video ni. Sesambil boleh dah selow selow tinggalkan ayaq MILO a.k.a produk Nestle.

» https://youtu.be/30ibF9A_b5k

p/s : Tahan sikit jiwa dan perasaan yang bergejolak dan ketegaq nak minum air ni demi saudara kita di sana. Sebab sekecil 1 kotak air yang kita beli, dah mampu buat deme persiapkan sebutir peluruuntuk membedil anak anak palestin dan syria.

#kempenboikot

@budaktarbiah
BILA TUHAN MEMANGGIL...

Teknologi semakin canggih, malangnya jiwa manusia semakin tidak bersih. Maka dengan kotoran jiwa itulah manusia mengendalikan teknologi, sehinggakan hidup bukan semakin mudah, tapi semakin susah dan menyebabkan semakin bercelaru jiwa, perasaan dan mental. Bahkan iman tidak terjaga.

Dengat teknologi manusia semakin kreatif mencipta dosa. Pemimpin-pemimpin tidak beramanah dengan rakyat-rakyatnya, Suami isteri bercerai-berai, pemuda-pemudi berkahyal dengan bergame bercouple merokok, wanita-wanita bermovie berdrama berK-pop dll.

Dalam tidak sedar mereka menjadikan alat-alat tersebut sebagai tuhan kedua mereka.

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
(Al-Sajadah,23:21)

Tuhan memanggil kita. Allah "melambai" kita agar kembali kepada-Nya. Dia melontar kita dengan "batu-batu kecil" (ujian-ujian dunia) agar kita sedar daripada alpa dan dosa. Allah terlalu sayang kepada kita untuk mengazab kita dengan "batu-batu besar" (neraka) di akhirat kelak. Tuhan memanggil kita melalui manisnya ketaatan. Namun, ada masanya ia memanggil kita melalui sakit peritnya kederhakaan.

Carilah kebenaran yang datang daripada-Nya dan tegakkanlah ia di dalam diri, keluarga dan maayarakat. Sesiapa yang mencari kebenaran, in sha aAllah akan bertemu dengan kejayaan.

Kebenaran bukan dengan mengikut sahaja cara hidup orang berkuasa dan kaya-raya kerana terbukti dalam sejarah betapa orang yang berkuasa pun menyeleweng dari landasan kebenaran.

Lihat betapa angkuhnya Firaun, Namrud, Haman dan Qarun yang mempunyai segala-galanya, tetapi akhirnya kecundang kerana tidak mendapat kebenaran.

Begitu juga, ke mana pergi kaum yang mempunyai teknologi tinggi seperti kaim Ad dan Tsamud? Semuanya musnah terkubur ditelan sejarah.

Berhati-hatilah kebenaran itu juga bukan dengan ikut suara majoriti. Allah tidak menegaskan dalam al-Quran bahawa sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Malah Allah berfirman : " Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta".
(Al-An'am, 6:116)

Lebih-lebih lagi pada akhir zaman, ketika islam akan kembali asing (terpingir) dari asal mulanya.

Kembalilah mencari kebenaran daripada Tuhanmu, Allah telah berfirman : "Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu".
(Al-Baqarah, 2:147)

Apa-apa sahaja yang datang daripada Allah adalah kebenaran dan tegaklah kebenaran tersebut. In shaa Allah kita akan berjaya. Berjaya di dunia mendapat kesenangan hidup dengan halal dan baik. Paling penting, berjaya mendapat ketenangan hidup dengan mendapat "qalbun salim", iaitu hati yang sejahtera serta berkurangnya dosa.

Dengarlah bisikan Tuhan. Penuhilah panggilan-Nya. Jika tidak kita terpaksa mendengar "jeritan" menerusi azab pedih-Nya apabila terus-menerus derhaka dan dosa.

Bicara Iman Untuk Tenang
Bersama Allah Tidak Gelisah.


Widad Anuar
Buuth Islamiyah, Cairo
05/02/20
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman


...
Saje post.
Ingat lagi lagu ni ?
Rasa apa ?

Kalau rasa chil and selamber boleh buat maksiat lagi, mohon bertaubat.

Sebab nyawa kita semakin kehabisan.
Dosa pulak tak terasa dipundak sebagai bebanan.
Tapi bila di ajak buat kebaikan?
"Ah! Nanti lah, aku buat baik minggu depan."
Itu pun kalau minggu depan kau belum dijemput kematian.
Kalau ditakdirkan berlaku apa apa kemalangan,
Nasib lah badan.
Jangan dirayu nyawa dipulangkan.

Sekian,
Coretan dari makcik yang dha lama berhabuk tak menulis.

#deepkejap
#chonteng

p.s : Pasang pasang lah selalu lagu ni nak ofis, kat bilik, kat rumah. Biar insaf sikit bila mendengarnya. Uhuk!
@budaktarbiah
BETUL, HIDUP ADALAH PILIHAN

Bila kita memilih yang satu, confirm yang satu lagi kita kena korbankan.

It's all about, sacrifice a thing to get a thing.

Erk.

Faham je kan?

Memilih keburukan, atau kebaikan?
Memilih kekufuran, atau keimanan?
Memilih kebenaran, atau kebatilan?

Memilih dunia, atau menilih Dia?

Memilih neraka, atau Syurga?

Nah!

Hidup tak pernah lari dari membuat pilihan.

Tinggal nak selarikan amal dengan perancangan. Jangan mulut membilang nak masuk syurga, tapi amalnya persis minta dicampak ke neraka!

Betul, kita semua pendosa.
Kalau dah sedar tentang tu, kenapa tidak dicari jalan untuk meraih pahala?

Ingat, dakwah bukan tempat untuk orang baik, tapi dakwah adalah tempat untuk orang yang nak jadi baik dan jadi lebih baik.

Jom, move on!

@budaktarbiah
Ada yang nak tahu antara investment dan kekayaan Saidina Utsman b Affan? Angkat tangan sikit. Cukup 10 orang, kita SHARE this interesing information ☺️
public poll

🙋‍♂ NAK! – 106
👍👍👍👍👍👍👍 100%

👥 106 people voted so far.
SEBAHAGIAN DARI KEKAYAAN SAIDINA UTSMAN B AFFAN

1. Infaq Perang Tabuk

50 kuda x RM5,300
950 unta x RM6,000
10,000 dinar x RM979
83.3kg emas x RM245,000

TOTAL RM36.286juta!

...
2. Merdekakan hamba setiap hari Jumaat

51 tahun berislam x 48 minggu = 2,448 orang

...
3. Saat terjadi kemarau di Madinah, dizaman khalifahnya Saidina Abu Bakar

1,000 unta berisi gandum dan lain lain makanan untuk orang miskin.

1,000 unta bersamaan 1,000 kontena. Kemampuan seekor unta adalah membawa 500kg bebanan.

Bayangkan harga 1kg tepung cap faiza tu RM3.99/kg

500kg x RM3.99 x 1,000 unta.

TOTAL RM1.995juta!

...
4. Halalkan hutang sahabat yang turut berdakwah, Thalhah b Ubaidillah

50,000 dirham x RM59.90

TOTAL RM2.995juta!

...
5. Antara pakaian yang pernah dipakai saat jahiliah

Coat : RM5,990
Baju bersulam sutera : RM11,820.27
Gigi emas : RM80,000

...
6. Wakaf tanah dan renovation untuk besarkan masjid

Masjid Nabawi : RM17,749,593.75

Masjidil Haram : RM7,123,425

TOTAL : RM24.873juta!

...
7. PALING POPULAR : Wakaf Sumur @ telaga air

Yahudi offer penggunaan half-half dengan nilai 12,000dirham.

Saidina Utsman beli dengan nilai 12,000 + 8,000 dirham

TOTAL : RM1.187juta

...
MashaAllah. Dia benar benar mendapatkan limpahan rezeki dan kekayaan berkat dari memberi.

Setiap infaq yang disalurkan ni, ramai je pedagang yang offer nak beli dari Saidina Utsman dengan harga 3-15x ganda. Tapi Saidina Utsman tak setuju dengan alasan, "korang takkan mampu beli dengan nilaian yang lebih tinggi dari nilai yang aku letak"

Hanya 1 sahaja yang mampu membeli kesemua barang niaga dan harta Saidina Utsman.

Siapa?

ALLAH!

😭

Maha Kayanya Allah, yang mengkayakan hamba-hambaNya dengan berbagai kenikmatan.

#fact
#kekayaansahabat
#bukankalengkaleng

p/s : SHAREKAN post ni pada kenalan yang lain agar dapat saling berkongsi dan mengambil manfaat dari perkongsian ni.

@budaktarbiah
Sampai satu tahap kebaikan yang kita lakukan hari ini akan mula mengecil api semangatnya untuk terus berbuat kerana Dia. Besar kemungkinan adalah kerana dunia mula memasuki hati-hati kita dan berbisik kononnya khabar gembira bahawa kita akan menerima berbagai kesenangan andai ditinggalkan semua kebaikan yang kita pernah lalui.

Khususnya kebaikan yang menguji ketabahan dalam kita mengerjakan ia. Terpaksa berjalan jauh untuk menyampaikan ayat Al-Quran. Bergadang fizikal menahan mental menaikkan semangat orang lain untuk melakukan perubahan. Kewangan mula menyusut kerana banyak diinfakkan.

Maka dari ujian-ujian sebegini yang biasanya mengintai-intai kelemahan pada jiwa yang cuba untuk berbuat kerana Allah SWT. Bukan ujian berbentuk memberikan kemudaratan sahaja bahkan ujian berbentuk kesenangan juga akan diduga sedahsyatnya. Seperti diri mula dikenali orang lain. Kepetahan bicara mula menjadikan dirinya ditawar imbalan yang lumayan untuk memberikan tausiah dan motivasi. Peluang-peluang yang membawa keuntungan dunia yang berlipat kali ganda untuknya sekiranya dia tidak bersama dengan dakwah.

Kesenangan inilah yang akhirnya melewatkan sendiri kesuburan dan keampuhan ikhlas yang cuba dibina di jalan Allah SWT. Sebab ini yang telah dinyatakan oleh Allah SWT bahawa syaitan akan meletakkan ketakutan pada kita untuk kemudiannya berhenti dari melakukan kebaikan bahkan juga menyerap masuk bisikan untuk melakukan perkara-perkara keji.

ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ

Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Surah Al-Baqarah, 2:268

Dan Imam Ibnu Katsir menguatkan lagi bahwa manusia ditakut-takuti kemiskinan sehinga menjadi pelit (kedekut) terhadap hartanya. Beliau berkata,

يخوفكم الفقر ، لتمسكوا ما بأيديكم فلا تنفقوه في مرضاة الله

“Setan menakut-nakuti kalian akan kemiskinan, agar kalian menahan harta ditangan kalian dan tidak kalian infakkan untuk mencari ridha Allah.” [Tafsir Ibnu Katsir]

Dan sekiranya kita sudah mengetahui gerak geri licik syaitan ini, sebaiknya kita lebih bersedia untuk tidak mengalah bahkan lebih kuat lagi usaha untuk berbuat taat dan tidak sekali-kali mencuba untuk melayan hasutan yang menghambat.

Wallahua'lam

Yang diuji,
MADI
Kaherah, Mesir
6 Jum. Akhir 1441 (13/2/20)

@budaktarbiah
Please lah viralkan ni. Biar benda BODOH begini tak berlaku disekeliling kita. #budaktarbiah
Ada satu interesting fact nak share ni.

Dari perkongsian Dr Wan Afiq, doktor perubatan di Hospital Manjung waktu perkongsian di Masjid Negeri Perak, semalam.

Jantung, adalah satu organ yang paling banyak berkorban untuk tubuh badan.

Jantung korbankan diri dia sewaktu pump, untuk push darah mengalir ke seluruh tubuh. Tapi, bahagian mana yang pastikan darah sampai ke jantung semula ?

Jantung supply darah yang bersih cantik, dan dia dipulangkan semula dengan sel darah yang kotor untuk dikitar kembali.

Tapi sayang.

Jantung punya baik berbakti pada kita, tapi kita tergamak tinggalkan parut pada dia.

Dengan apa ? Dengan asap asap durjana.

Disebabkan itu jantung mula sakit, dan kurang berprestasi saat bekerja.

Paru paru ni macam sponge. Sponge baru dan cantik, dapat absorb sebanyaknya air. Tapi sponge yang dah kering and rentung, dapat serap berapa banyak lah sangat.

Macam tu juga paru paru. Paru paru yang sihat dapat absorb banyak oksigen untuk ditransfer ke darah. Tapi kalau paru paru tu dah rentung, rosak, kering, keras, berapa banyak sangat lah dia dapat bekerja ?

Jadi pesanan penaja, jom lah berhenti merokok. Sekian.

Ikhlas daripada,
Alumni Perokok.

eheh!

@budaktarbiah
I DONT KNOW, BUT I'M CRYING WATCHING THIS!

Such a beautiful effort by team MyFundAction and the whole Malaysians for a very great support to make this project success.

Worth watching this video till the end, and do SUBSCRIBE the channel as part of our support too :)

https://www.youtube.com/watch?v=jfnyUfB_OaI

Kindly SHARE this, to spread the kindness ❤️

Regards,
@budaktarbiah
2025/07/08 12:24:20
Back to Top
HTML Embed Code: