Telegram Web Link
Forwarded from Monolog Daie
Once Allah dah gerakkan kita untuk berdoa,
Dia dah pun bersedia untuk makbulkan.

Cuma bahasa Allah tak sama dengan kefahaman kita.

Walau apa pun, konklusinya; setiap doa tak ada kesia siaan.

Tak dimakbul di dunia, di akhirat dah tersedia syurga atas kesabaran di atas doa2 yang dipanjatkan.

Ajaibnya ibadah bernama DOA. ;)

https://www.tg-me.com/monologdaie
Forwarded from Monolog Daie
_Aneh_

Kenapa kita lebih merisaukan sesuatu yang sudah terjamin?
Soal rezeki yang telah lama dalam ketentuan

Bandingannya dengan amal diterima atau ditolak
Syurga atau neraka
Diredhai atau dimurkai
Dipandang atau dibuang dari rahmat

Desah yang tak putus kenapa dan kenapa
Seusai mendapat ni’mat masih mempersoal yang selainnya

Wahai jiwa hamba yang nuraninya suci
Ada satu hari sulit yang sewajarnya kau bimbang
Lebih dari sekadar berapa uncang wang yang terhidang

Ada perhitungan yang lebih pantas kau kirakan
Berbanding berapa banyak manusia menghargaimu

Manusia tidak tahu rahsia buku amalan kita
Adakah tercatat dengan pena kesolehan?
Ataukah hanya bergumpal air liur yang mencoret cela dan umpatan?
Lalu busuk helaian helaian amal dalam catatan

Allahuakbar!
Rezeki kami sudah Kau jamin
Namun kebimbangan kami terhadapnya mengalahkan risau pada hari penuh mubin
Pada hari segenap menyalahkan pemimpin

Ayuh menambah ruang syahdu kecintaan
Mahu bertemu tidak lagi tertahan
Saat Rabb menghujungkan beratnya ujian
Menikmati sehalus indahnya Ma’wa dan wildan

#betulkekitamahukansyurga?
#refleksi
#cikkembang

https://www.tg-me.com/monologdaie
Hambek kau. Hahah
Bismillahirrahmanirrahim..

Kita rasa kita baik
Kita rasa kita sedang berusaha untuk baik
Kita rasa kita sedang menuju kebenaran
Kita rasa kita sedang menuju kesempurnaan
(walaupun hakikatnya manusia tidak akan pernah sempurna)

Kita rasa hati kita membaik
Kita tebak kita tidak sombong
Kita fikir kita tiada rasa egois
Kita baik baik saja
Berusaha menjadi hambaNya

Lalu kita pun berda’wah
Menyeru manusia melakukan maaruf
Mencegahnya dari segala keji mungkar
Kita mengharapkan segala butir peringatan sampai dan diterima oleh mad’u
Tinggi sungguh harapan kita
Melangit

Dan.. satu hari
Kita ditegur dan diperbetul
Tiba tiba kita rasa sesak
Tiba tiba kita rasa tercabar
Tiba tiba kita sulit menerima
Tiba tiba mulut kita sunyi
Sunyi dari kata maaf atas khilaf

Di mana hamasah tadi?
Yang katanya mahu menjadi daie?

Dah lupa?
Kerna kita sangka menerima nasihat dan da’wah itu mudah
Rupanya ia sukar kerna kita masih ego

Hanya mahu menegur tapi sulit ditegur
Hanya mahu membaiki tapi berat untuk diperbaiki
Hanya suka orang meminta maaf padamu tapi kamu tidak suka memohon maaf pada orang lain

Ya kita mungkin daie
Tapi jangan lupa...
Kita juga mad’u
Berhak dida’wahi
Berhak dinasihati
kerna kita tetap hamba Ilahi
Yang sempurna sangat jauh dari diri

p/s: Khas buat diriku, dan kamu; serta yang choleric tinggi sebagai personaliti

0054 hours
25/11/2018

@budaktarbiah
Tadi aku tengok satu video
Tentang seorang gadis
Seorang youtuber terkenal
Yang tak perlu aku sebutkan namanya

Dia ditanya:
“Macam mana sis boleh konsisten post video?
Setiap minggu, without miss though a week?”

Dan dia jawab dengan kenyataan yang menggerakkan aku untuk berfikir:
“Saya ada juga masa-masa penat. Tak larat.
Drain out. No ideas. And so on.
Tapi, saya fikir benda ni. Untuk selalu kuatkan langkah, dan teruskan apa yang saya dah mulakan.

I want to spread the beauty of Deen. I want to reach these young people to get closer to Allah.

And foremost, I want to reach my families. my younger sisters.

Saya mungkin tak sampaikan tazkirah di rumah untuk keluarga, tapi saya harapkan bila mereka tengok video-video saya, mereka boleh rasakan saya menyampaikan sesuatu, tanpa perlu membebel panjang.
Tanpa perlu menimbulkan rasa paksaan pada mereka untuk mendekati Islam.”

Dan, yeah!

Adik saya mula tutup aurat, at one day.
Kerana terkesan dengan video saya.”

I got that point. 😊😊

“ARM YOURSELF WITH STRONG INTENTION.
SO THAT ANY MOMENT IN THAT WHOLE JOURNEY
YOU GET EXTREMELY JADED OR TIRED, YOU REMIND YOURSELF OF YOUR INTENTION OF WHY YOU STARTED.

AND THEN HAVE A LOT OF PATIENCE🌊

@budaktarbiah
_Puisi: Menari_

Bismillah

Ingat tak satu masa dulu?
Berpapasan dalam samudera cinta
Dilamun resah merisikkan khabar
Lemas merenangi lautan keakraban
Tak semu mengirim salam yang harum
Berdakapan lama dalam dakapan manis ukhwah

Berpagian syahdu bisik-bisik ma’thurat
Menghangat iman bersama seberkas tilawah
Menunduk pada Ilahi berdhuha mententeram lelah
Berjuta zikir membasah jiwa
Membangunlah teratak ruhul bertaqwa
Atas pasakan keimanan
Bersama lingkaran keasyikan

Kita pun menari tertawa
Menyanyikan nuansa jihad sedunia
Setiap fardhu lirih melantun seribu doa
Moga kita tegar menuntun Deen-Nya
Kerna rentak Tuhan tetap indah
Memain melodi taqdirNya🌧

4 Disember 2018
1048 hours

P/s: Aku kirimkan pada semilir kencang, biar ia segera hulurkan pada awan.
Awan menurunkan hujanan, pada atap teratak Ruhul Bertaqwa,
membasah bumi di mana daie memijaknya
Melarut dalam kepekatan yang akrab❤️

@budaktarbiah
Ibn al-Qayyim said:
"Indeed, worry, sadness and sorrow occur from two directions:
'One of them is a desire for the world and pursuit for it, and the second is a deficiency in righteous deeds and worship."

(Iddatus-Saabireen – p265)
Forwarded from MyFundAction
ON AIR NASIONAL fm

📌Kutemu Cinta di PALU.

Haaa cinta macam mana tu ? Nak tahu keadaan terkini mangsa di Sulawesi . Jom ,dengarkan slot Kafe Gen-Y di Nasional.fm

_
Penampilan sukarelawan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM):

1. Encik Farizzal bin Rostam , Jurutera Eletrik

2. Encik Irman Bahrudden , Pengasas Ibsan Foundation

3. Cik Syarifah Nadia Najihah , Ketua Korporat Komunikasi Pertubuhan Basmi Kelaparan Malaysia.


_
Mereka akan berkongsi pengalaman turun ke tapak bencana Palu dan menyelami perasaan mangsa-mangsa bencana. Dengarkan perkongsian pengalaman mereka, berkorban di saat masih banyak suara-suara yang menghalang, suara-suara negatiif untuk tidak perlu turun membantu saudara seislam di sana.


1️⃣Dengar secara online :
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
http://www.radioonline.my/nasional/


2️⃣Layari frekuensi IKIM.fm

LEMBAH KLANG, KL & SELANGOR 95.3 FM

PERLIS / KEDAH / LANGKAWI 100.5 FM

BALIK PULAU / PULAU PINANG 96.9 FM

IPOH 90.0 FM

NEGERI SEMBILAN 91.7FM

MELAKA 96.6 FM

JOHOR BHARU 105.7FM

PAHANG 89.3FM

TERENGGANU 91.7FM

KELANTAN 101.9FM

SARAWAK 88.1 FM

SABAH 88.9 FM

Sabtu, 8 Disember 2018
3.15 ptg-4 ptg

NASIONAL.fm

#pray4palu
#ikimpilihanutamaanda
#misiydkmmkepalu
Forwarded from MyFundAction
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]

 @budaktarbiah
Bilamana teruji dengan
Kesakitan,
Kesempitan,
atau kesemputan.
Maka,
BERSYUKURLAH..

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(Ibrahim, 14 : 7)

@budaktarbiah
“Ukhti, ana sedih.
Tak dapat nak sorok.
Tak dapat nak tipu yang kadang2 lelah,”
ujar Wardah pada Jiah.

“Ada apa ni? cuba gitau ana,”
jelas dalam sekali pandangan Jiah pada sahabatnya itu.
Pandangan yang menusuk dalam panahan ukhwah.

Wardah cuba menahan. Dengan sepenuh nafasnya,
dia teresak-esak.
Lama, namun cukup perlahan.

Jiah yang hatinya selembut awanan putih,
mengusap lembut bahu Wardah.
Tidak sampai hati melihat separuh jiwanya rawan.

“Ana... dah ketuk semua bilik yang ada. Satu kolej ni ana dah pergi. Ajak dorang turun. Tapi.. tak ada yang nak..”

Ana takut untuk cakap;
tapikan Jiah, sia sia ke usaha ana ni?
Ana pun nak jadi murobbiah macam akhwat lain..
Ana mengharapkan jiwa ana dipenuhi dengan sibghah da’wah, bila ada anak halaqah.”

Jiah mengerti.
Kerna dia juga merasainya.
Dia juga sedang berusaha dan merangkak.
Membina diri menjadi seorang murobbiah.

Namun dia lebih bijak menyembunyikan isi hati.
Mungkin kerana dia anak sulung, sudah biasa menjaga semuanya sendiri.

“Wardah...,” bisik Jiah lembut, sarat pengertian.

“Ana pun kadang kadang rasa perkara yang sama.
Cuma, apa yang kita patut tahu; hidayah milik Allah ukhti.
Kita perlu akui.

Ana tahu Wardah yang ana kenal bukan selemah ini.

Kalau betul anti sayangkan dorang, sayangkan ummat ni, ana nak anti faham satu perkara.

Bukankah kita sedang meniti jalan Nabi Ibrahim yang da’wahnya sehingga dia dibakar?

Bukankah kita sedang meniti jalan Nabi Nuh yang penuh luka dengan hinaan pedih oleh ummat bahkan anaknya sendiri?

Bukankah da’wah yang kita pilih ini persis da’wah Nabi Zakaria, saat berkata benar tubuhnya digergaji dua?

Bukankah Rasulullah mencatatkan episod episod pilu mengerikan sepanjang perjalanannya?

Dengan segala bukti da’wah dan tarbiyah ini tidak mudah, sesungguhnya kita sedang meniti kebenaran dan mujahadah yang panjang, ukhtifillah.

“Wardah, tak mau sedih sangat ya. 🙂
Ramai lagi orang tunggu da’wah anti.
Da’wah kita. “

“Jom! Ana belanja anti cendol. “

Jiah menarik kemas tangan Wardah.
Wardah menyeka mutiara jernih di alur wajahnya,
sambil tersenyum meleret.

Dia sedang bangkit.
Dari sebuah kejatuhan kecil.
Untuk kemenangan yang besar satu hari .

0048 hours.
11 Dis 2018.

#cikkembang

@budaktarbiah
Forwarded from Monolog Daie
Sebab apa kita takut meletakkan target yang tinggi?

“Ana realistik, kak.”
“Berpijak di bumi yang nyata.” Hehe.

Atau sebenarnya,,

Kita takut untuk mengerah usaha sesungguhnya,
kerna capaian yang terasa jauh?

“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,
tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?
Kerana itu,
hendaklah kepada ALLAH sahaja orang mu’min bertawakkal.”

{ Surah ali ‘Imran: ayat 160 } ❤️

#cikkembang

@budaktarbiah
Bismillah..

Sahabat
Waktu telah sebulat suara mengajarkan kita
Bahawa di dunia ini tiada yang abadi

Kita membesar bersama jalinan memori
Mimpi kelmarin rasanya masih pekat dalam ingatanku
Bercanda tak ingat dunia
Hanya dunia kita kita

Tatkala fajar menghulurkan salam pertemuan
Senja semalam telah melambai kesedihan
Kita seka air mata keharuan
Dewasalah kita mengharung renangan realiti

Waktu memaksakan sebuah perpisahan
Kutitipkan jagaan Allah bersamamu
Sekalung doa kuselit untaian kasih
O Allah,, tolong jagakan dia
Kami akan berpisah tak lama lagi

Alunan lagu yang pernah kita mainkan
Tidak akan pernah luput dari ingatan kecilku
Kau menyembunyikan rasa
Dan aku pantas meneka

Mungkin kita bukan sekadar teman
Tapi saling menyelamat di akhirat suatu hari
Ukhwahkan ikatan ini
Lillahi
Aku takkan pernah sanggup
Melihat kau sakit walau sedikit
Kerna detak jantung ini turut berkongsi
Rasa yang sama

Cumanya di dunia
Kita perlu mencurah pengorbanan
Mewarnai hari hari dengan corakan tarbiyah
Mengharum dunia dengan coretan da’wah

Sahabat
Rawatlah
Sembuhlah

Ummat ini tanda kisah kita
Sebagai teman dalam perjuangan
Salam rindu
Salam sayang

P/s :
Kirimkan puisi ini pada teman kalian yang kalian rindui, dan mungkin sudah lama tak bertemu😊.

0841 hours
12 Disember 2018

#cikkembang

@budaktarbiah
Forwarded from Monolog Daie
PENGUMUMAN ‼️
ATTENTION‼️

Khas untuk anda semua yang menyokong Budak Tarbiah selama ini🤩

🙈Ada kat sini yang nak jumpa dengan penulis Budak Tarbiah?

🙈Nak share stories untuk kami siarkan dalam BT?

🙈Nak tambah kenalan dari kalangan penulis, especially penulis Islami?

🙈Nak bertukar- tukar pendapat dan berkongsi idea untuk mengislah diri @ ummat?

Meh!!
Team Budak Tarbiah ready untuk jumpa kalian semua di Masjid Putra, Putrajaya,
sempena
_AMBANG GEMA SYUKUR 2019_
yang bakal tiba tak lama lagi😍

Boleh lihat poster di bawah ini untuk details. ;)

Boleh call nombor yang ada di poster,
untuk tahu lebih lanjut tentang program ini,
dan juga tentang Budak Tarbiah.

@budaktarbiah

#cikkembang
2025/07/12 19:53:23
Back to Top
HTML Embed Code: