Telegram Web Link
๐Ÿ“Š Salam alaik. Tengok sikit, ada yang berminat nak join tak ? Kalau ramai, kita boleh open untuk korang join :)

โ”Œ Nak! [79]
โ”œ Nurin Najihah
โ”œ Hafiz Haq
โ”œ RMH
โ”œ Batrisyia Alfian
โ”œ ุฅูŠู…ุง ุฃูู†ุงู† ๐ŸŒน
โ”œ Syuhada Saleh
โ”œ Nur Athirah
โ”œ Fatin Noralia
โ”œ Aini Latiff
โ”œ Aqeef Dhani ๏ฃฟ
โ”œ Zaim Zamri
โ”œ Adila Aqilah
โ”œ Akhi Lebai
โ”œ Siti Maryam Suhel
โ”œ Syahmi Iskandar
โ”œ Salihah Ghazali
โ”œ smadihah
โ”œ Ukhty Anis
โ”œ ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ ๐Ÿ™ˆ
โ”œ ู‡ุงุกูˆุฑุง ุฌู†ุฉ
โ”œ Hanaa Najihah
โ”œ Faiz Halim
โ”œ ุฃุญู…ุฏ ู…ุฐูƒุฑ
โ”œ Anis Athirah
โ”œ Hanis Syakirah
โ”œ Fathiah Roshdi
โ”œ Hannan
โ”œ dr.rahayu
โ”œ Nur Izzah Hidayah
โ”œ Hidaya Yaya
โ”œ Anas Fahmi Amiruddin
โ”œ Zul Hilmi
โ”œ aisyah norlizamuhamad
โ”œ Dunia akhir zaman
โ”œ Atiqah Nor
โ”œ NUR AFIQAH
โ”œ Athirhsd
โ”œ N
โ”œ Irah ๐ŸŒน
โ”œ Ainun Madihah
โ”œ Ameerrahh
โ”œ Sakinahazman._๐ŸŒธ๐ŸŒ™ Sakinah๐ŸŒผ
โ”œ Annur
โ”œ reza
โ”œ Najihah
โ”œ Amirul Najmi
โ”œ nkuasa2
โ”œ Nik Halim
โ”œ Nadzirah Abdul
โ”œ Nurul A'liah
โ”œ Ustazah Halimah Mesir
โ”œ Maryam Humaira
โ”œ Huda shaari
โ”œ โ€˜
โ”œ wanhazlin MMY
โ”œ Aisyah Amran
โ”œ Mashrufah
โ”œ ู†ุงู…ูŠ
โ”œ Fadhilah Che Mat
โ”œ SitiAisyah
โ”œ Murnee Syafiqah
โ”œ 7 Suhaini Sukairi
โ”œ frh.atkh_
โ”œ Damia Humaira
โ”œ Siti Nabilah Mohd Fadli
โ”œ NURUL ASYIQIN
โ”œ Ainna
โ”œ Sleepy Ash
โ”œ Aisyah Halim
โ”œ Azmira
โ”œ Nur Ainun Sofia
โ”œ Dakwat hitam
โ”œ Syifa
โ”œ ุนู‚ูŠู„ุฉ ู…ุงู„ูƒ
โ”œ syukk lahh
โ”œ ๐™๐™–๐™จ๐™ฎ๐™–๐™– ๐Ÿ•Š
โ”œ ๐ŸŒธNDB๐ŸŒธ
โ”œ LiliGa Na
โ”” TieQah YaHya

๐Ÿ‘ฅ 79 people have voted so far.
๐Ÿ“– Personal Voteโ€‹โ€‹
BERCAKAP KETIKA AZAN. BOLEH KE?

Hukum asal menjawab azan adalah sunnah muakkad (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan kita disunatkan untuk menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

ุนู† ุฃุจูŠ ุณุนูŠุฏ ุงู„ุฎุฏุฑูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ((ุฅุฐุง ุณู…ุนุชูู… ุงู„ู†ุฏุงุก ูู‚ูˆู„ูˆุง ู…ุซู„ ู…ุง ูŠู‚ูˆู„ ุงู„ู…ุคุฐู‘ูู†))ุ› ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡.

Daripada Abu Said Al-Khudri Radiyallahuanhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : โ€œApabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzinโ€.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya. Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Di dalam al-Muwathaโ€™, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Thaโ€™labah, beliau berkata:

ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ูููŠ ุฒูŽู…ูŽุงู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฎู’ุฑูุฌูŽ ุนูู…ูŽุฑู ููŽุฅูุฐูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูู…ูŽุฑู ูˆูŽุฌูŽู„ูŽุณูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูู†ู’ุจูŽุฑู ูˆูŽุฃูŽุฐู‘ูŽู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุคูŽุฐู‘ูู†ููˆู†ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุซูŽุนู’ู„ูŽุจูŽุฉู ุฌูŽู„ูŽุณู’ู†ูŽุง ู†ูŽุชูŽุญูŽุฏู‘ูŽุซู ููŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽูƒูŽุชูŽ ุงู„ู’ู…ูุคูŽุฐู‘ูู†ููˆู†ูŽ ูˆูŽู‚ูŽุงู…ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ูŠูŽุฎู’ุทูุจู ุฃูŽู†ู’ุตูŽุชู’ู†ูŽุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู’ ู…ูู†ู‘ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุดูู‡ูŽุงุจู ููŽุฎูุฑููˆุฌู ุงู„ู’ุฅูู…ูŽุงู…ู ูŠูŽู‚ู’ุทูŽุนู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูŽ ูˆูŽูƒูŽู„ูŽุงู…ูู‡ู ูŠูŽู‚ู’ุทูŽุนู ุงู„ู’ูƒูŽู„ูŽุงู…ูŽ

Maksudnya: Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Thaโ€™labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan. [Lihat: al-Muwathaโ€™ (215)]

Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat RA bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa bahawa bercakap ketika azan adalah dilarang, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut.

Jadi bagaimana jika aktiviti yang sedang dilakukan adalah belajar dan mengajar. Apakah kita dianjurkan diam kemudian menjawab azan, atau memilih untuk melanjutkan pembelajaran dengan pertimbangan jika pembelajaran dihentikan maka fokus pelajar akan hilang.

Dalam mazhab hanafiyah bahwa yang baik untuk dilakukan adalah tetap melanjutkan pembelajaran. Seperti yang dipetik dalam kitab Fathu al-โ€˜Alam:

ูˆุฑุฃูŠุช ุจู‡ุงู…ุด ูƒุชุงุจ ุงู„ูˆุณู… ู„ู„ุนู„ุงู…ุฉ ุงู„ุญู„ูˆุงู†ูŠ ู†ู‚ู„ุง ุนู† ุงู„ุญู†ููŠุฉ ู…ุง ูŠููŠุฏ ุนุฏู… ู‚ุทุน ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ุนู„ู… ุงู„ุดุฑุนูŠ ู„ุฃุฌู„ ุงู„ุฅุฌุงุจุฉ. ูˆู†ุตู‡ ู‚ุงู„ ุงู„ุญู†ููŠุฉ: ูˆูŠุฌูŠุจ ู…ู† ุณู…ุน ุงู„ู…ุคุฐู† ูˆู„ูˆ ุฌู†ุจุง ู„ุง ุญุงุฆุถุง ูˆู†ูุณุงุก ูˆุณุงู…ุน ุฎุทุจุฉ ูˆู…ู† ููŠ ุตู„ุงุฉ ูˆู„ูˆ ุฌู†ุงุฒุฉุŒ ูˆุฌู…ุงุน ูˆุจูŠุช ุฎู„ุงุก ูˆุฃูƒู„ ูˆุชุนู„ูŠู… ุนู„ู… ุดุฑุนูŠ ูˆุชุนู„ู…ู‡ุŒ ุจุฎู„ุงู ู‚ุฑุขู† ู„ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠููˆุช ุจุงู„ุฅุฌุงุจุฉ ุจุฎู„ุงู ุงู„ุชุนู„ู…. ูุนู„ู‰ ู‡ุฐุง ู„ูˆ ูŠู‚ุฑุฃ ุชุนู„ูŠู…ุง ูˆุชุนู„ู…ุง ู„ุง ูŠู‚ุทุน ูƒู…ุง ู‚ุงู„ู‡ ุงู„ุณุงุฆุญุงู†ูŠ

โ€œAku melihat di hamisy (pinggir) kitab al-Wasm milik Imam Allamah al-Halwani menukil dari pendapat Hanafiyah, berupa keterangan tidak dianjurkan memutus membaca ilmu syarโ€™i karena tujuan menjawab adzan. Berikut redaksinya: Berkata para ulama Hanafiyah bahwa dianjurkan menjawab orang yang adzan meskipun dalam keadaan junub, tidak (dianjurkan menjawab) bagi orang yang haid, nifas, orang yang sedang mendengarkan khutbah dan orang yang sedang melaksanakan shalat walaupun berupa shalat janazah, orang yang sedang bersetubuh, orang yang berada di rumah kosong, orang yang sedang makan dan orang yang sedang mengajarkan ilmu atau sedang mempelajari ilmu.

Hal yang dianggap tidak baik adalah berhenti dari pembelajaran namun tidak menjawab azan, tapi justeru beralih pada aktiviti lain yang tidak bermanfaat, seperti bersembang sesuatu yang tidak penting hingga ia lalai dalam menjawab adzan yang sedang berkumandang. Wallahua'lam.

-------------
Ustazah Raudhah 'Afiah Bt Khairi
Mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah
Unibersiti Al-Azhar, Mesir

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
Untuk, yang takut bebenor nak tadabbur tu ha. Boleh lah baca dan hayati artikel ni.

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
RUMAH CONTOH : RUMAH PALING MURAH UNTUK DIMILIKI

Cuma perlu tanggung kos perjalanan dan kos upah pertukangan. Lain-lain dah tak perlu risau. Tiada sewa mahupun loan bulanan diperlukan.

Berminat?
Hubungi ejen anda, Izrael.

Tidak lewat sedikitpun dalam merespond. Servis? Tip top tergantung kepada amal sewaktu hidup.

p/s : Moga jadi peringatan bersama untuk terus bersedia bagi kehidupan seterusnya.

@budaktarbiah
Tarikh pembukaan semula sekolah bagi ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฐ, ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป serta ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฒ adalah pada ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚, ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ. - Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin
๐Ÿ“Œ 2 Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tuaโ€ผ๏ธ

ุฃูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽู†ููŠ ุณูŽุนููŠุฏู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ู…ูุณูŽูŠู‘ูŽุจู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฃูŽุจูŽุง ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู„ูŽุง ูŠูŽุฒูŽุงู„ู ู‚ูŽู„ู’ุจู ุงู„ู’ูƒูŽุจููŠุฑู ุดูŽุงุจู‘ู‹ุง ูููŠ ุงุซู’ู†ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูููŠ ุญูุจู‘ู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุทููˆู„ู ุงู„ู’ุฃูŽู…ูŽู„ู

Telah mengkhabarkan kepadaku Imam Sa'id bin Al Musayyab Rah. bahawa Sayyidina Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata: saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Hati orang Tua masih tetap berjiwa muda dalam dua perkara, iaitu: mencintai dunia dan panjang angan-angan."

(HR Bukhari No: 5941) Status: Hadis Sahih

Kenginan untuk sentiasa muda adalah suatu yang baik jika disalurkan ke tempat yang betul seperti sentiasa muda dan bersemangat melakukan amal soleh.

Namun orang tua yang dikurniakan hati dan keinginan yang sentiasa muda dalam dua perkara iaitu: Mencintai dunia dan panjang angan-angan adalah dua perkara yang melalaikan.

Tanda cintakan dunia dapat dikenal pasti secara umumnya berdasarkan 3 Perkara:

โ€ข Hanya nikmat dunia yang menjadi matlamat dan tumpuan.
โ€ข Lalai atau lupa kepada matlamat terakhir iaitu akhirat.
โ€ข Mengetepikan agama dalam urusan seharian..baik kerana merasakan bahawa ia suatu yang menyukarkan atau tidak perlu dengan kehidupan.

Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin ..

@budaktarbiah
' Jom kita pergi usrah nak ? '

' Aku bukan taknak, tapi aku busy la. Banyak assignment. Sume benda ni mengganggu '

Bila diajak pergi dgr talk, pergi majlis ilmu

' Maaf. Aku kene study. Aku kena dapat 4 flat '

Jadi line-up society?

' Sori. Aku taknak pegang apa-apa jawatan. Semua benda tu tak penting. Aku nak fokus belajar. Hadaf aku masuk universiti ni untk belajar '

3K.

Maka lahirlah mahasiswa 3K.

Hidupnya hanya pergi KELAS.
Belajar dan terus belajar.

Pergi ke KAFE bila lapar.
Makan dan terus makan.

Panjat KATIL bila dah mengantuk.
Tidur dan terus tidur.

Yes. Betul.
Kita ke universiti untuk belajar. Tapi jangan lupakan matlamat hidup kita yang lain. Jangan lupakan pengisian kita sebagai hamba Allah..

Belajar itu ibadah, tapi kalau sampai lupa tanggungjawab sebagai muslim , ibadah lagi ke?

Wabak mahasiswa 3K semakin membarah.

Sampai solat pun di hujung waktu sbb study,
Sampai langsung tak melibatkn diri dalam society,
Sampai langsung taknak pergi majlis ilmu lain,
Sampai langsung takde masa untk berukhuwwah.,

Apabila hidup mengejar 4 flat.
Apabila belajar untk kerja.

Hayati keindahan hidup di alam kampus dgn belajar,
berusrah, berukhuwwah, bersociety, menghadiri majlis ilmu, dll.

Belajar belajar jgak,
Tp jgn lupakan matlamat hidup kita yg lebih utama.

Khalifah.

Untuk hadek hadek yang baru pakai nametag mahasiswa๐Ÿ’–
Payung kopi secawan~

@budaktarbiah
Moga kita semua jadi insan yang berjaya๐Ÿฅฐ
GAGAL PATUHI SOP.. ANDA BAKAL DISAMAN!!!

โ—พMasyarakat diingatkan supaya jangan cubaยฒ melanggar SOP PKPP yang telah ditetapkan.
-Tidak menjaga jarak di kedai makan.
-Tidak memakai mask di tempat awam.
-Tidak memakai mask semasa bersesakยฒ.
-Tidak memakai mask sewaktu ber'WINDOW SHOPPING'.
-Tidak memakai mask ketika menaiki pengangkutan awam.

โ–ช๏ธAnda bakal dapat notis ini sekeping setiap seorang.

โ—พ01 Ogos 2020 akan mula berkuatkuasa.
-Bermula tarikh itu, tiada lagi nasihat dan amaran.
-Sesiapa saja yang melakukan kesalahan.
-Terus pegang, terus tulis, terus saman.
-'Straight To The Point'.
-Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
-No Kompromi, No Kipas, No Kabel.

โ–ช๏ธPetugas yang diberi kuasa keluarkan notis ni adalah terdiri dari Pengawai Kesihatan dan Pihak Polis.

โ—พDapat notis ni, anda diberi masa selama 14 hari untuk bayar.
-Tidak mahal mana, cuma RM1000.
-Tidak bayar dalam masa 14 hari, kena naik mahkamah.
-Tidak hadir mahkamah, keluar waran tangkap.

โ–ช๏ธSenang cerita, tak akan lepas dengan mudah.

โ—พKalau sayangkan duit, patuhi SOP yang telah kerajaan tetapkan.
-Petugas biasanya akan menyamar.
-Penampilan seperti orang awam.
-Kadangยฒ tak pakai uniform.
-Mungkin pakai t-shirt biasa je.
-Menaiki kenderaan persendiriaan.
-Parking jauhยฒ, usha target cari pesalah.
-Kot korang tengah lepak kat kedai duduk rapatยฒ, kat tangan memasing pulak ada rokok, dapatlah 2 keping notis.

โ–ช๏ธTotal RM1500 'ALL IN' kira semua.

โ—พ
- Sila beli face mask awalยฒ sebelum harga melambung naik.
- Mask nanti pakai betulยฒ.
- Bukan pakai kat dagu, bukan pakai kat leher.
โ–ช๏ธPakai mask tak betul pun nanti berisiko untuk dapat notis ni.

โ—พKerajaan terpaksa kuatkuasa dalam isu ni. Ini semua untuk manfaat kita jugak.
-Kalau tak bertegas rakyat tak takut.
-Main langgar je SOP.
-Covid akan tersebar.
-Negara akan lumpuh.
-Banyak nyawa akan melayang.


#Covid19SopPkpp
#KitaJagaKita
#YouHaveBeenWarned!
#FightCovid19

@budaktarbiah
3 PERMINTAAN NABI ISMAIL SEBELUM DISEMBELIH BAPANYA

Anyway saja nak share. Tadi lepas solat maghrib, sengaja sambung takbir raya. Tetiba kami sama sama sebak.

Zauj (husband) taujih cerita tentang pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dalam buku Air Mata Di Jalan Dakwah.

Nabi Ismail punya 3 permintaan "terakhir" sebelum di sembelih.

Wahai ayah, aku mohon kau tajamkan pisaumu itu agar dipercepatkan proses sembelihan ini

Wahai ayah, aku mohon kau buangkan atau sorokkan lah baju ku ini sampai tidak kelihatan oleh ibu. Kerana aku tak mahu ibu berduka melihat pakaianku berlumuran darah

Wahai ayah, ikatlah aku ketat-ketat agar aku tak meronta kesakitan


Huu.

Sedih ๐Ÿ˜ญ Waktu dia bersama ayah dia tu tak lama pun. Betapa hebatnya tarbiah nabi ibrahim terhadap anaknya sampai punya kekuatan hati seteguh itu.

Macam mana pula kita dalam proses mentarbiah diri, anak anak dan keluarga kita? Mampukah pengorbanan dan kesanggupan kita sehebat mereka?

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
Mohon dpt melaksanakan SOP PKPKP (Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga). Antara SOPnya ialah :

1. Anak-anak & warga emas tidak dibenarkan lagi untuk makan di kedai atau restoran.

2. Anak-anak & warga emas tidak akan dibenarkan melawat pasar raya, theme park atau di mana-mana tempat orang ramai berkumpul.

3. Peraturan ketat selepas balik sekolah atau ke mana saja iaitu dikehendaki untuk mandi sebersih- bersihnya sebelum menyentuh sesiapa di rumah.

4. Dikehendaki untuk sentiasa membasuh tangan sekerap mungkin.

5.Tidak boleh bersalam dengan sesiapa di musim perayaan. Hanya menunduk kepala dan meletakkan tangan di dada.

6. Sentiasa meminum vit. C dan segala Vit. dan keperluan yg penting.

7. Peraturan ini akan terpakai sehingga keadaan Covid 19 kembali single digit dan tiada kluster baru.

8. Tidak perlulah bkumpul/bertemu jika ia tidak penting.

#PerangMelawanCovid19
#KitaJagaKita
#KitaAmbilPeduli

Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:

1. Paracetamol / panadol
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.
3. Vitamin C dan D3.
5. B kompleks
6. Wap + kapsul untuk wap.
7. Oksimeter
8. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).
9. Latihan Bernafas.

Covid Tiga peringkat:

1. Covid hanya di hidung - masa pemulihan adalah setengah hari. (Menghirup wap), vitamin C. Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.

2. Covid di tekak - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari (berkumur air panas, air suam untuk diminum, jika suhu kemudian parasetamol. Vitamin C, Bcomplex. Sekiranya teruk daripada antibiotik.

3. Covid pada paru-paru - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. (Vitamin C, B complex, kumur air panas, oksimeter, parasetamol, silinder jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

Tahap ketika hendak ke hospital:
Pantau tahap oksigen. Sekiranya ia menghampiri 43 (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen. Sekiranya ada di rumah, maka tidak ada hospital lain yang mengakui.

Tetap sihat, Tetap Selamat!

Sila kirimkan semua ke senarai kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu.

Nasihat dari hospital pengasingan, kita boleh lakukan di rumah.

Ubat yang diambil di hospital pengasingan.
1. Vitamin C-1000.
2. Vitamin E (E).
3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
4. Makan telur sekali.
5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam.
6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari.
7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).

Dan itulah yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.

Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5.

Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus.

Seperti :
Pisang,
Lemon hijau - pH 9,9.
Lemon Kuning - 8.2 pH.
Alpukat - 15.6 pH.
* Bawang putih - pH 13.2.
* Mangga - 8,7 pH.
* Tangerine - 8.5 pH.
* Nanas - pH 12.7.
* Selada air - pH 22.7.
* Jeruk - 9.2 pH.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

1. Tekak gatal.
2. Kerongkong kering.
3. Batuk kering.
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau ...

Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ...

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sediakannya kepada semua keluarga dan rakan anda.

Repost | Kongsi semula

@budaktarbiah
GOLONGAN LGBT NI DIDIAGNOS SEBAGAI MEMPUNYAI MASALAH PSY (MENTAL) !

"Semalam saya handle patient pondan!", husband.

Tak mampu nak tahan diri dari tergelak besar. Aku fokus dengar dia cerita macam mana effort dia pujuk pondan tu nak gi toilet untuk ambil sampel kencing.

Sampai terpaksa hulur tangan macam "brosis" tu tuan puteri, baru dia mahu turun katil. Paling geli hati, siap berjalan melambai patient dan doktor lain yang ada di situ acah-acah persis supermodel.

"Staff nurse kata, kalau pondan pondan jenis tak cukup bajet, dia akan masukkan silikon ikut bawah. Kalau jenis yang berduit sikit, deme akan selit silikon ikut tepi. Patient tadi tu jenis nak jadi pondan tapi tak cukup bajet kut sebab kesan operation dia kat belah bawah", sambung husband yang buat aku sambung gelak tanpa henti.

Kadang, dilemma juga. Nak sedih terkilan ke, nak gelak bila dengar cerita. Tapi nak buat macam mana, gelagat cerita deme ni kadang tak kering gusi dibuatnya.

"Patient-patient yang spesis macam ni sepatutnya kena jumpa Pakar Psikiatri untuk diagnose penyakit deme. Selalunya golongan ni memang akan didiagnos as masalah mental", sambungnya lagi dengan hujah seorang doktor.

===
"Kajian penyelidik lepas turut mendapati remaja yang terlibat dengan LGBT mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding remaja normal, serta berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol", (Bell & Weinberg, 1978: 16).
===

"Kalau kita nak ambil sampel air kencing untuk cek orang tu amik dadah ke tak, memang diorang kena kencing depan doktor. Sebab kalau tak, deme akan buka paip dan isi bekas tu dengan air paip. Memang pondan tu buat benda yang sama sampai 3 kali. 3 kali di isi bekas tu dengan air paip depan mata saya. Sekali saya sound dia, terus mencicit dia kencing dalam bekas tu. Sah! positif amik syabu."

Adoih.

Kawan-kawan, kalau ada ter-kawan dengan spesis begini, tegur-tegur lah dan bagilah mereka semangat untuk balik ke fitrah asal.

Fitrah kehidupan manusia normal adalah hidup berpasang-pasangan (lelaki dengan perempuan).

Jangan lupa, kita sebenarnya bukan membenci mereka, tapi kita membenci dengan sikap mereka yang melawan ketetapan Tuhan. Tegurlah dengan kasih sayang seperti yang dicontohkan dalam Islam, agar mereka tak merasa terpinggir dan merasa seolah-olah didiskriminasi. Kenalkan mereka dengan cinta dan kasih sayang daripada Allah terhadap mereka.

Moga kita semua sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum bertemu ajal yang menakutkan.

#bukananekdot
#ibrahkehidupan

@budaktarbiah

www.tg-me.com/budaktarbiah
Audio
Mathurat Sughro (Pagi)

@budaktarbiah
Audio
Mathurat Sughro (Petang)

@budaktarbiah
Untuk kengkawan yang teringin nak baca mathurat tapi sokmo tak sempat sebab nak tukar pampers anak lah, nak driving lah, nak pergi kelas lah apa lah segala macam hal.

Boleh lah play audio mathurat ni sepanjang melaksanakan rutin dunia harian tu :)

Siapa tak hafal lagi, kalau dah biasa play inshaAllah secara tak langsung akan terhafal.

Untuk yang dah hafal pulak, kalau dah play ni, confirm akan terikut baca sama ^^

p/s : Jangan lupa, mathurat antara ruqyah yang baik untuk diri juga ya.

Pesanan ikhlas dari penaja,
@budaktarbiah
Kenapa kita boleh jadi maha-siswa di dunia, tapi jiwa kita maha-miskin untuk di persembahkan kepada Allah di akhirat sana?

Kita boleh struggle habis habisan untuk dunia, korbankan apa sahaja tanpa sedikitpun kita berkira.

Tapi sayangnya, kikirnya kita bilamana kita nak sisihkan waktu untuk Allah. Bagi sakibaki dan lebihan lebihan sahaja buat Dia, sang pemilik masa.

Jom, ubah.

Kejar pahala lebih dari segalanya.

@budaktarbiah
Bahaya kalau kita tsiqoh pada manusia semata-mata,
Tapi terlupa nak letak dan sandarkan tsiqoh kita kepada Allah.

Tsiqoh tu apa?

Tsiqoh tu bahasa mudahnya adalah percaya.

Teguhlah dijalan ini kerana Allah.
Bukan kerana wang,
Bukan kerana manusia,
Bukan kerana cita cita,
Dan bukan kerana apa sahaja selain Dia.

Ingat,
Masa kita dah tak lama di dunia.

@budaktarbiah
2025/07/07 20:53:41
Back to Top
HTML Embed Code: