Telegram Web Link
Forwarded from TiNtA MuRaBBi
Kemaksiatan tersembunyi itu membunuh amal yang sedang dikumpul. Seperti merebaknya sel2 kanser dalam badan.
Kalau di stage 1, ianya masih boleh di ubati.
Tetapi jika di stage terakhir, boleh menyebabkan kematian jasad yang juga boleh MEROSAKAN HATI. Lalu matilah iman.


@tintamurabbi
@budaktarbiah
Keikhlasan itu bukan diukur dari terlihatnya hasil bawaannya,

Bukan juga dilihat pada bilangan pengikutnya,

Atau, dilihat pada menariknya penyampaian dan popularitas dia.

Tapi, keikhlasan itu adalah satu bentu interaksi dan penerimaan antara kita dengan Allah.

Bila tiadanya ikhlas,
Pahala itu masih ada,
Tapi tidak diturunkan dan dihadiahkan pada kita.
Dia terapung di tempat yang lebih suci, sesuci keikhlasan tu sendiri.

Bila keikhlasan mula hadir,
Semuanya dilimpahkan dan dikembalikan.
Dipulangkan untuk menggembirakan.

Terkadang, keikhlasan itu bermula dari satu keterpaksaan.
Jadi, paksakan diri untuk ikhlas.
Moga lama kelamaan, ia menjadi kebiasaan,
Dan akhirnya menjadi satu kemuliaan dalam diri :)

Salam ikhlas

#Chonteng
#pilihcaramati

@budaktarbiah
Kerajaan tanggung kos perkahwinan kedua. 😂
INFIRU, BERANGKATLAH!

Mencari nafas ditengah kepayahan.
Membersihkan nadi dari sebarang kesekatan.
Memerah fikiran demi secubit kewajipan.

Setitik,
Permulaan kepada titisan seterusnya.
Perlahan,
Permulaan kepada kelajuan seterusnya.
Secebis,
Permulaan kepada keluasan seterusnya.

Berangkatlah.
Ya, berangkatlah menuju Tuhanmu.
Membawa jawapan bagi setiap persoalan dan amal ditengah kebanjiran umat.

#Chonteng
#PilihCaraMati

@budaktarbiah
PENDAKWAH YANG HIPOKRIT?

"Yang paling aku takuti ialah orang yang fasih LIDAHNYA, tetapi kotor HATINYA..."
(Umar Alkhattab)

Ramai orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.

Ramai juga orang yang boleh ber"dakwah" dengan penulisan, menulis status2 islamik dia insta, FB, Twitter, blog dan sebagainya.

Ramai juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.

TAPI.....

Tak ramai yang mampu AMAL segala apa yang mereka dakwah kan, segala yang mereka cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka laung-laungkan.

Akhirnya, golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..

"Selama ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat byk like, nak popular, nak di sanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH????"

Kerana, orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia.

Menjaga tahajud, quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.

Tetapi, orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka hanya menjaga hubungan dengan manusia.Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka abai. Solat zikir tahajud quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat tak jaga, couple islamik, dan sebagainya..

Wahai pendakwah, bertaubatlah.

Ingatlah, antara golongan yang masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yang berjihad bukan kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu di sanjung dan di puji.

Nauzubillah

#chonteng
#pilihcaramati

@budaktarbiah
Eh, dengar sini.

Lain tau hasil kalau orang buat sesuatu dengan jiwa,
Berbanding dengan orang buat sesuatu semata kerana bekerja.

Sebab apa?
Sebab dengan jiwa, akan hadirnya satu nama cinta.
Gagal atau berjaya itu lain cerita.
Yang penting,
Kerana dia cinta dengan sesuatu itu,
Maka dia berbuat sepenuh hati dia.

Kalau bekerja ?
Ada arahan, maka ada lah tindakan.
Tiada arahan ? Senyap takde amalan.
Eheh.

Jom.
Perbaiki.

Laksanakan tugas dengan jiwa dan cinta.
Insha-Allah hasilnya pasti luar biasa.

#Chonteng
#PilihCaraMati

Regards,
@budaktarbiah
Ouch!

Kenapa makin pelik pelik ni sistem agama dalam negara?

Sepatutnya memimpin buat lah cara khalifah. Kalau tak mampu sebagus khalifah, beekrjalah sebagai seorang da'i.

Bukan sekadar keluar hukum mengikut hawa nafsu dan akal fikiran sendiri 😭

See,
The world today.

Kalau yang membaca masih tal rasa apa,
Mohon check semula jiwa.
Takut ada yang selesa dengan baki maksiat dalam diri.
Sampai tak kisah dengan apa yang berlaku terhadap dunia harini.

Hm

#chonteng
#pilihcaramati

Disappointed by,
@budaktarbiah
[ BERUBAHLAH ATAU TERUS BERTAHAN? ]

1. Betulkan NIAT keberadaan di dalam dakwah, bukan kerana kepentingan diri atau paksaan tetapi hanya kerana Allah.

2. TERUS BERFIKIR untuk berprestasi dan susun semua tindakan seusai selesai sesuatu liqo atau syuro, bukan tunggu atau peram sehingga datangnya liqo atau syuro seterusnya

3. Jangan hanya menjadi penunggu arahan tetapi jadilah kita pemberi arahan. Kita yang berfikir untuk matangkan sesuatu unit atau sesuatu tindakan. Kita yang proaktif memikirkan solusi atas sesuatu masalah.

4. JUNDI DAKWAH seharusnya bersikap sentiasa bersedia dalam apa jua tindakan. Lakukan perubahan.

5. Lajukan pergerakan dalam berjalan 3x ganda untuk lajukan pemikiran dan tindakan kerana ia mencetuskan rangsangan untuk otak.

6. Mindset yang betul akan hasilkan ACTION yang betul.
Action akan hasilkan HABIT. Habit akan lahirkan CULTURE. Start with changing your mindset to the right one.

7. HABIT boleh dimulakan dengan perkara yang 'simple' dan kecil sehingga istiqomah melakukan perubahan.

8. Dimana letaknya hati kita dalam jalan dakwah ini? Adakah balasan CINTA yang diberikan? Cinta akan menghasilkan keputusan yang terbaik tanpa perlu diminta dan dipaksa. BUKTIKAN CINTA INI.

9. Jadilah antara JUNDI yang MENYELESAIKAN MASALAH DAKWAH, bukan yang diselesaikan masalah.

10. Mulakan PERUBAHAN INI dengan DIRI SENDIRI dahulu. Kita mampu lakukan jika kita benar2 cinta pada jalan ini. MULAKAN SEKARANG.

Waalahu'alam.
Jazakumullah kepada Akhi Ahmad Umair bin Zulkefli atas taujih yang disampaikan . Semoga dengan inspirasi yang diberikan, kami mampu memperbaiki sikap dan akhlak seperti selayaknya akhlak seorang yang ditarbiah.

-------------------
Siti Nur Nazihah bt Che Ab Rahim
Kuliah Pergigian
Universiti Ain Shams
Kaherah, Mesir.

211018 | 2318 -Ahad

#Kredit

@budaktarbiah
Da’wah mencurah cinta
Bukan kata nista

Da’wah perlu bebas
Dari selain rasa ikhlas

Da’wah menyeru pada Allah
Bukan untuk diri bermegah

Da’wah ditancap dengan pengorbanan
Bukan sekadar doa dan angan

Da’wah seni pelbagai rasa
Yang akhirnya nanti bahagia

Da’wah layak untuk siapapun
Walau kau masih belum santun

Da’wah mengajar bijak meneka
Isi hati manusia yang dahaga

Da’wah sentiasa suci dan suci
Dalam lautan dosa manusiawi

Da’wah jalan cinta para pejuang
Syahid terkorban atau meraih menang

Allah, tenangkan aku seketika
Kerna aku ingin sujud lama

#cikkembang

@budaktarbiah
_Sahabat_

Pantulan sisi gelap yang kau terangkan
Suluhan kalam dari Tuhan
Serapat apa kita dalam kenangan
Tak mungkin aku terlupakan
Semu ukiran senyuman
Masih mahu berdalih di tepian?

Bingkiskan aku satu cerita
Akan kusambut semanis tawa
Kau tak mungkin tak istimewa
Antara jutaan yang ada
Kaulah yang setia
Meniti da’wah bersama

P/s: Bukalah ayat 43:67
Moga sahabatmu saat ini tetap sahabatmu jua di hari yang berat nanti.
Hari akhirat yang pasti.

@budaktarbiah
Forwarded from MyFundAction
Tergempar! Berita bencana besar berlaku di Sulawesi Tengah selepas tsunami di Acheh 2014 yang lalu. Mendengar berita ini, YDKMM segera turun ke tempat bencana membawa amanah sumbangan untuk disampaikan dan membantu saudara kita di Palu supaya dapat saling menguatkan.

"Seorang anak berusia 2 tahun, hanyut dan meninggal"

Sedihnya mereka tidak dapat diungkap, kegembiraan kita wajar dikongsikan bersama mereka. Kehadiran kami tidaklah dapat mengubah banyak hal dan keperluan mereka, namun ukiran senyuman dan kepuasan mereka ketika diziarah sudah cukup buat kami hilang lelah.

Mari tonton bingkisan perjalanan bantuan bencana fasa 1 oleh tim sukarelawan YDKMM buat fasa pertama. InsyaAllah bantuan fasa 2 bakal menyusul tidak lama lagi.

👇🏻 👇🏻 👇🏻 👇🏻 👇🏻 👇🏻 👇🏻
https://youtu.be/bXmGoB0jjPY

Donasi dan sumbangan boleh terus ke saluran berikut :-

YAYASAN DANA KEBAJIKAN MUSLIM MALAYSIA

Maybank : 564294307891
CIMB : 8602595687

atau

https://www.billplz.com/pray4palu

Untuk maklumat lanjut, silakan hubungi Cik Diana di talian whatsapp :

www.wasap.my/+60165038286/fund4disaster


#YDKMMbersamaPalu
#Pray4Palu
#Palumerintih
#fundfordisaster
#YoshYDKMM
Palu.
Pilu dari palu.

Ramai mengecam,
"Kenapa diambil sumbangan buat bumi yang dihukum Tuhan?"

Tuan, Puan.
Kita lebih besar kah untuk menghukum mereka, lebih dari Tuhan?

Boleh jadi yang bermaksiat itu kita,
Namun peringatan itu Allah timpakan melalui mereka.

Sekali lagi,
Lebih besar kah kita dari Tuhan, sampaikan kita lebih berhak untuk menyambung kerja Nya, menghukum mereka?

Nak sumbang,
Silakan.
Ini ujian untuk kita,
Sama ada masih berkeinginan untuk mencuci harta dengan berinfak dan menghulur sumbangan.

Taknak menyumbang?
Tak apa.
Itu juga urusan kita dengan Tuhan.

Jadi,
Walana a'maluna, walakum a'malukum.
Bagi kami amal kami, bagi kalian amal kalian.

Biar Allah tetapkan yang terbaik buat semuanya.

Terus cuci hati,
Terus muhasabah diri.

#chonteng
#pilihcaramati

Salam kasih, salam cinta,
@budaktarbiah
Nak bersama kita?
Silakan.

Nak tinggalkan kita?
Silakan.

Kita akan tetap di sini,
Berjalan, berlari dan menempuh jalan yang tak mudah.

Kerana kita mendambakan hanya satu,
Syurga Allah.

#chonteng
#pilihcaramati

@budaktarbiah
Dah baca pasal isu yang tengah viral sekarang, pasal vaksin yang buat anak dara makin merenyam menggedik?

Nah, ketagihan seks dikalangan remaja perempuan bukan disebabkan cucuk vaksin

Baaaaaanyaaaaakk faktor lain.

1. Lambakan Novel khayalan. Punya la banyak novel yang penulisnya berani menulis terang terangan adegan atas katil.

2. Punya la mudah anak anak kita nak tembus web web pornografi dengan mudah dan di dari dalam bilik sendiri lepas mak ayah tidur.

3. Pergaulan. Ya pergaulan! Mak ayah dengan senang hati benarkan malahan berbangga anak ank seawal 12 tahun dah ramai peminat dan bercouple.

4. Menjadi mangsa seksual dari kecil. Dan kemudiannya menjadi ketagihan yang maha dasyat sehingga mampu melayan 20 orang lelaki dalam satu masa.

5. Dan sudah tentu tiada pendedahan pendidikan seks dan reproduktif, kesihatan tubuh badan. Bahaya beronani dan seks bebas untuk anak anak kita. Dengan hanya berbekalkan hang pandai pandai la tau nanti. Bukan memberitahu. Maka anak kita akan mencari jawapan sendiri dengan cara salah malah mencuba!

6. Belum bercerita pasal agama didalam setiap keluarga.

7. Dan lambakan artis bodoh dan pengusaha kosmetik yang buat video klip soft porn untuk lariskan jualan. Anak pun terikut bobo dimana. Apatah lagi si bapa yang simpan video video macam tu

Jangan dianiaya vaksin dan hentam para doktor.

Banyak kerja lagi nak bantu generasi muda kita.

#bengkelakilbaligh
#chonteng
#pilihcaramati

Jemput share.

@budaktarbiah
THE REBELLIOUS #2

Tok. Tok.

Pintu berbunyi di tengah malam. Baru tadi tengok movie hantu dengan Aisyah dan Karla kat bilik sebelah. Tiba-tiba rasa meremang dan seram sejuk. Bertambah tak boleh fokus.

Pintu dikuak perlahan. Nampak bayang, tapi tak nampak orang. Bertambah tegak lagi roma yang ada.

‘Assalamualaikum’, sapa Aina lembut.

“Cett, kau ke Aina. Buat gugur jantung aku ingat siapa duk main ketuk pintu tengah malam malam buta macam ni.

Aina pantas tutup kipas, berselubung dengan selimut dan telekup muka dengan bantal.

Tiba-tiba, tangannya kuat menepuk katil seolah dia sesak nafas dan minta bantuan.

“Weh! Kau ni dah kenapa ? Tutup kipas segala bagai, lepas tu kau telekup muka dengan bantal. Kau nak bunuh diri ke ?!”, dengus Amelia sambil pantas ditarik dan dicampak tepi bantal yang menutup wajah Aina. Amelia cemas dengan keadaan Aina.
Muka putih kemerahan gadis itu kelihatan sugul. Mata berhias titisan air yang baru mengalir sedetik tadi.

‘Aku sedih. Aku malu dengan Allah. Aku tutup kipas biar yang ada hanya rasa panas. Aku telekup muka biar yang nampak hanya gelap gelita. Aku tahan nafas biar yang rasa itu hanya sempit di dada. Aku bayangkan, itulah rasanya terhimpit dan pedih seandainya aku ditakdirkan mati malam ini, atau esok pagi.’

Menangis. Dibiarkan Aina dengan dunianya. Kuat dia menangis. Terus dia berganjak dari katil, pantas meluru ke tandas. Pulang ke bilik dengan kebasahan, dan mata kemerahan. Disarung telekung dan ditunaikan solat 2 rakaat. Dibiarkannya Amelia dengan penuh tanda soal. Entah faham, entah tidak.

Amelia belum habis dengan sentap nya tadi. Dan belum faham dengan apa keadaan yang baru berlaku tadi. Usai Aina berdoa, Amelia pantas tepuk bahunya.

“Na, kau ok tak ni? Ada apa apa kau nak share dengan aku?”

‘Takde lah. Aku ok je. Aku Cuma sesal dan kesal dengan diri aku. Betullah cakap Kak Mia dalam usrah tadi. Tak pelik kalau kita tak pernah terjangka yang kita akan mati esok, atau lepas ni. Sebab kita takpernah fikir tentang mati kita, dan tentang siapa kita di dalam kubur. Kita tak pernah terfikir sama ada kita adalah orang yang bakal mendapat kenikmatan, atau orang yang akan dihimpit dengan kesesakan.’ Tunduk.

‘Kita tak pernah terfikir pun. Sebab kita sibuk fikir tentang exam, assignment, report, kelas, CGPA, graduasi, kerja, kahwin, anak-anak. Hmm. Kita tak pernah kisah tentang mati kita kan ?’, soal Aina seolah benar-benar kesal dengan amal dan dosanya sebelum ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr, 59 : 18]

“Babe. Kau memang kan. Sengaja buat aku sentap malam malam macam ni T_T Tapi, betullah cakap kau. Semua kerja kita penting. Tapi paling penting adalah, fikirkan 'kerja' (baca : urusan) dengan Allah yang akan menentukan siapa kita di kubur dan siapa kita di akhirat kelak. Yang pasti, sekali dah masuk ke kubur, jangan harapkan peluang untuk pulang semula ke dunia”, Balas Amelia yang turut kesal.

...
"Tuhan, maaf, kami orang orang sibuk. Kami memang takut neraka, tapi kami kesulitan mencari waktu untuk mengerjakan amalan yang dapat menjauhkan kami dari neraka-Mu. Kami memang berharap surga, tapi kami hampir tak ada waktu untuk mencari bekal menuju surga-Mu"

📗Tuhan, Maaf, Kami Sedang Sibuk
📗Ahmad Rifa'i Rif'an

#MisiTsabat
#CerpenRamadhan
#TetibaRajin
#StayTune

@budaktarbiah
Salam alaik. Jemput dengarkan live perkongsian tentang ilmu pemasaran di website berikut,

http://www.efm.live

:)

Siaran : 1130 pagi
Ulangan : 1530 tengahhari

Regards,
Puan Aimi Suhaimi
#CikguMarketing
2025/07/13 19:58:04
Back to Top
HTML Embed Code: