Telegram Web Link
Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong dan Brother Salman Kyoichiro Sugimoto esok, 13 Ogos di TV Al Hijrah jam 6.30pagi.
Alhamdulilah selesai memberi keterangan di IPD Putrajaya bersama peguam saya, Tuan Hariz Yusof dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) tentang laporan polis yang dibuat oleh Hannah Yeoh.

Makin banyak rahsia yang bukan rahsia beliau saya ketahui tadi. Menarik!

Kawannya, @markvarughese pernah menulis Pray For Israel. Hannah Yeo dah bagi pendapat beliau belum tentang kenyataan Pastor Mark Varughese, pengasas gereja Kingdom City?
"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau klik link dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024
Mungkin ada yang telah maklum bahawa saya memilik perniagaan penyewaan motorhome. Banyak potensi untuk penyewaan motorhome ini kerana tidak banyak persaingan kerana majoriti yang memiliki motorhome adalah untuk kegunaan peribadi bukan untuk disewankan.

Potensi industri ini masih belum sampai ke tahap maksima dan masih lagi boleh berkembang. Bayangkan dengan jarangnya saya mempromosikan penyewaan motorhome ini, telah ada yang telah membuat tempahan untuk Aidilfitri tahun 2025 dan Tourism Malaysia juga telah menyewa ketiga-tiga buah motorhome untuk promosi pelancongan.

Namun memandangkan fokus saya adalah pada dakwah, maka saya tidak banyak meluangkan masa untuk mempromosi atau mengendalikan perniagaan ini.

Maka dengan berat hatinya saya ingin membuka peluang kepada seorang sahaja untuk menjadi rakan perniagaan penyewaan motorhome saya ini dengan pegangan saham antara 40%-49% di mana saya akan menyerahkan urusan promosi & pentadbiran motorhome kepada bakal rakan kongsi saya ini agar saya dapat fokus pada dakwah saya.

Tidak banyak syarat melainkan mereka yang berminat mestilah mempunyai modal tidak kurang dari RM200k-RM300k & mahu mengendalikan perniagaan ini sepenuh masa agar ianya mencapai potensinya. Mungkin ada yang bertanya

"Berapakah potensi pulangannya?"

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi ketika tanpa begitu banyak promosi dan hanya 2 buah motorhome, jualan mencapai hampir RM20k sebulan dan anda boleh membayangkan potensi pulangan dengan kini kami memiliki 3 buah motorhome untuk disewakan!

Buat yang berminat tetapi tidak mempunyai modal tersebut, jazakumullah khairan saya ucapkan di atas minat tetapi buat masa ini saya mencari rakan perniagaan yang mempunyai modal yang disebut serta mahu mengendalikan perniagaan ini.

Kalau ada yang memenuhi kriteria yang disebutkan dan berminat, sila DM saya telegram akaun ini dan kita akan berkomunikasi dari situ.

Ini akaun Instagram Merdeka Motorhome - https://www.instagram.com/merdekamotorhome/
Dialog Merdeka bersama keluarga muallaf tahun 2024 akan bermula sebentar lagi, jam 9.30 pagi
Bagaimana Isu di Gaza Mempengaruhi Dakwah

https://youtu.be/GrSFTC4C4Iw

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong esok, 21 Ogos di TV Al-Hijrah jam 6.30 pagi.
Bukan Islam Menilai Islam Pada Penganut Bukan Pada Kitab

https://youtu.be/MoEe2FDsOxw

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Semoga kita dibangkitkan dalam keadaan beriman. Allahuma Ameen
Respon pasangan Mat Salleh selepas Bro. Azim enggan bersalam dengan perempuan sangat mengejutkan!

https://vt.tiktok.com/ZS2jhqYkU/

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Menyemai benih tauhid di Jepun!

Alhamdulilah. Tahniah kepada sahabat semua yang telah Allah gerakkan hati kita untuk melabur untuk saham akhirat kita dengan mewaqafkan Quran terjemahan Jepun bagi diedarkan secara PERCUMA di Jepun!

Sebanyak RM34,698.49 telah disumbangkan dari 13/8 - 19/8 untuk projek waqaf Quran ini dan 100% hasil sumbangan itu telah disalurkan kepada Chiba Islamic Cultural Centre (CICC).

Ini adalah amalam biasa kami di MRM di mana apa sahaja sumbangan projek tertentu akan disalurkan 100% tanpa sebarang caj pengurusan (malahan kami membayar sendiri fi ejen & servis sebanyak RM100).

Jazakumullahu Khairan sekali lagi kepada yang telah menyumbang untuk projek ini. Bagi sahabat yang ingin menyokong usaha dakwah kami di MRM, bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun di bawah (digalakkan membuat potongan bulanan);

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org
Isu di Gaza mampu membuka hati para Ateis melalui persoalan ini

https://youtu.be/6_oa1XdFz8Q

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan 'one off' atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
Video Islam tri-bahasa!

Ramai yang meminta kami untuk menyediakan sarikata Bahasa Melayu untuk video kami yang menggunakan Bahasa Inggeris atau Cina!

Kami membaca & mendengar permintaan anda!

Bermula minggu lepas, setiap video yang dimuatnaik di saluran YouTube saya akan dimuatnaik sebagai 3 video berbeza walaupun tajuknya sama!

“Kenapa muatnaik 3 video berbeza kalau tajuknya sama?”

Kami memuatnaik sebagai 3 video berbeza kerana bahasa yang akan digunakan sebagai tajuk apabila dimuatnaik adalah berbeza.

Tajuk & ‘thumbnail’ akan ditulis dalam Bahasa Melayu, Inggeris & Cina bagi memudahkan algoritma YouTube menyasarkan kepada penonton yang lain.

Perlu kita ketahui bahawa algoritma YouTube akan MENCADANGKAN jenis video & bahasa berdasarkan tontonan kita sebelum ini.

Bagaimana kita ingin menyasarkan prospek yang lebih kerap menonton video dalam bahasa selain dari Bahasa Melayu? Lets speak their languages 😉

Kedua, setiap video saya dalam Bahasa Melayu pasti akan ada sarikata Inggeris & Cina.

Andai video dalam Bahasa Inggeris maka sarikata Melayu & Cina begitu juga andai video saya dalam Bahasa Cina, sarikata dalam Bahasa Melayu & Inggeris pasti akan ada.

Proses ini mengambil lebih banyak masa & lebih ramai tenaga kepakaran yang semestinya memerlukan pelaburan kewangan yang lebih tetapi amat perlu dilakukan agar dakwah dapat diperluaskan.

Ianya juga memudahkan sahabat semua untuk ‘share’ video saya kepada sahabat Belum Muslim anda berdasarkan kecenderungan bahasa mereka.

Contoh video “Isu di Gaza mampu membuat hati para ateis melalui persoalan ini” dimuatnaik dengan 3 ‘thumbnail’ dalam 3 bahasa yang berbeza.

Doakan usaha dakwah kami berjaya. Dakwah itu dinamik maka strategi kita juga perlu dinamik.

Bagi yang belum ‘subscribe’ YouTube saya, sila ‘subscribe’ & ajak ahli keluarga & kawan-kawan untuk ‘subscribe’ sekali!

https://www.facebook.com/100045689798899/posts/pfbid0Wf9NKyxSWdLiLGMCExKdNoewYDyKYTFGTs8wfHPArWLQNJTSkhXovtWJZzsofDsml/?
"Bagaimana boleh hidup di dunia tanpa percaya wujudnya sesuatu (Pencipta)," kata seorang agnostik dari England.

Semalam, kami menerima mesej daripada Ahmad yang menyatakan beliau ingin membawa sahabatnya dari England, Tyler untuk memeluk Islam. Maka, kami terus mengatur perjumpaan pada hari ini.

Apabila mereka sampai, saya terkejut kerana saya tidak sangka yang menemani Tyler bukan seorang, bukan dua orang, tetapi 6 orang datang bersama beliau.

Maka saya bertanya,

"Yang datang bersama ni siapa?"

Ahmad jawab,

"Kami keluarga dia (Tyler)?"

"Macam mana Tyler yang belum Muslim dari England boleh ada keluarga Melayu Muslim di Malaysia?" kata saya dalam hati.

Setelah bertanya, rupa-rupanya, keluarga Muslim ini adalah kenalan Tyler di Malaysia sejak 5 tahun lalu. Tyler dilayan bagai ahli keluarga mereka sepanjang Tyler bekerja di Malaysia.

Sempat saya bertanya kepada Tyler, apa nilai Islam yang menariknya memandangkan beliau adalah seorang agnostik sebelum ini.

"Saya nampak agama Islam mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka. Saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka," katanya.

Walaupun membesar dalam keluarga Kristian Roman Katolik, Tyler tidak pernah merasa terikat dengan kepercayaan agama.

"Saya tak pernah peduli atau terfikir untuk masuk mana-mana agama."

Namun, pengamatannya terhadap kehidupan keluarga Muslim ini telah membuka pintu hatinya untuk melihat agama dari sudut pandang yang berbeza.

"Bagaimana boleh hidup di dunia tanpa percaya wujudnya sesuatu (Pencipta)"

Inilah fitrah manusia yang telah dimasukkan oleh Allah dalam diri setiap individu. Sesiapa yang ikhlas mencari kebenaran, pasti akan dikurniakan hidayah oleh Allah, InshaAllah.

Semoga Tyler istiqamah dalam jalan kebenaran Allah.

Jika anda ingin mengetahui tentang Islam, boleh hubungi wasap.my/601110500414 untuk membuat temu janji bersama pegawai kami.

Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org
2024/10/02 22:24:39
Back to Top
HTML Embed Code: