Telegram Web Link
Saya telah hadir bersama peguam saya, Tuan Hariz Yusof untuk memberikan keterangan kepada pihak polis di IPD PJ pada Rabu, 26/6/2024 bersabit satu laporan polis yang dilakukan oleh seorang individu berbangsa India.

Layanan pihak polis sangat baik & profesional.

Pihak polis juga telah merampas telefon bimbit saya untuk membantu siasatan.

Atas nasihat peguam-peguam, saya tidak akan memberikan sebarang komentar atau respon terhadap kes ini yang masih di bawah siasatan polis tetapi tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu/kelompok yang memfitnah.

Pihak media terutamanya media berbahasa Inggeris sangat berminat dengan kes saya ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih kerana usaha anda itu ternyata tidak sia-sia kerana ramai individu Belum Muslim telah menghubungi saya untuk membelajari Islam.

Jikalau wartawan atau editor media berbahasa Inggeris adalah Muslim, semoga Allah kurniakan ganjaran pahala buat anda. Jikalau Belum Muslim, semoga anda dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen

“Manusia yang pessimis melihat kesukaran & cabaran dalam setiap peluang manakala manusia yang optimis melihat peluang dalam setiap kesukaran & cabaran”

🤝💪🏼👍
Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh sahabat telegram semua…

Program apa yang telah dirancang hujung minggu ini?

إن شاء الله saya dan pasukan akan turun untuk Street Dawah seperti biasa di Bukit Bintang dari pukul 2-6pm.

Siapa yang lapang, jom la..
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
DOUBLE STANDARD EXPOSED!

Nak cakap pasal Hindu, kena baca kitab Hindu & belajar dari Hindu tapi Hindu nak cakap pasal Islam, belajar dari anti Islam?

Logik (double standard) seorang Hindu bila berdepan Islam & Muslim..

Anda faham logik dia yang tak logik?

Sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #dakwah #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #chinesemuslim #mrm #quran #sunnah #nonmuslim #kafir #hindu #hinduism #hindutva #malaysianindian #malaysiaindian #islamodium #counteringantiislam
Jom sertai saya & Azim |Street Dakwah Experience Adam Tan untuk Street Dakwah di Bukit Bintang dari jam 2-6pm.

Belum Muslim yang ingin berdiskusi jiga dialukan jangan hanya sekadar keyboard coward.
Kami tiada jawatan kosong di The Merdeka Times tetapi jikalau anda ingin berjuang menerusi media,anda percaya anda mempunyai bakat serta mampu menangani tekanan bekerja di dalam pasukan yang kecil tetapi berimpak tinggi, kami alukan anda menghantar CV kepada kami di [email protected]

BERANI | BENAR | BEBAS
👆🏼👆🏼👆🏼
Lukisan asli Masjid Agung Xi’an, China untuk dijual untuk mengumpul dana membina Studio Merdeka!

Lukisan asli Masjid Agung Xi’an ini telah dihadiahkan kepada saya oleh Imam Besar Masjid Agung Xi’an, Imam Haji Muhammad Yunus Ma ketika saya melakukan pengambaran Tetamu Masjid China pada 2013 yang telah disiarkan di TV Al-Hijrah.

Masjid Agung Xi’an telah dibina pada 742M di bawah Maharaja Xuanzong di zaman pemerintahan Dinasti Tang yang kemudiannya ditambahbaik semasa era Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming & Manchu!

Saya dimaklumkan bahawa lukisan ini tidak dijual tetapi hanya dihadiahkan kepada VVIP & antara yang pernah diberikan lakaran ini adalah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Imam Haji Muhammad Yunus Ma juga telah menulis namanya beserta dengan Cop Mohor.

Dengan berat hati saya terpaksa menjual lukisan ini yang telah berada bersama saya di MRM lebih 11 tahun untuk mengumpul dana bagi membina Studio Merdeka, demi dakwah. Studio ini adalah inisiatif peribadi saya & The Merdeka Times maka tidak akan menggunakan dana NGO bagi tujuan ini.

Kos pembelian peralatan studio seperti kamera, lampu & ubahsuai telah saya minimakan tetapi tetapi mencecah hampir RM80,000. Sedikit keuntungan setelah menjual Toyota Innova masih tidak mampu menampung kos membina Studio Merdeka.

Jikalau bukan kerana ingin membina studio, nescaya saya akan simpan sebagai kenangan sehingga akhir hayat saya.

Memandangkan tujuan saya menjual adalah kerana untuk mengumpul dana membina studio, maka saya berhasrat untuk menjualnya pada harga RM20,000.

Anda yang bakal membelinya akan menjadi sebilangan kecil di Malaysia & barangkali di dunia yang memiliki lukisan ini.

Jikalau berminat, sila hubungi saya di wa.me/60162429978. Siapa cepat, dia dapat! Jazakumullahu Khairan & Allahuma Baarik.
Kita ini dipanggil sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah maksudnya mereka yang mengikuti Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.

Akan tetapi ada Sunnah nabi yang utama yang semakin terpinggir, semakin dilupakan dan mungkin semakin diabaikan oleh masyarakat kita.

Apakah sunnah tersebut?

Saksikan ulasan dari Bro Firdaus Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MRM esok di TV Al-Hijrah jam 6.30pagi.
Wahai orang yang beriman sahaja..
Delegasi Muslim Hong Kong ziarah MRM (Multiracial Reverted Muslims)

Pagi ini setelah selesai sesi live di TV Al-Hijrah, Bro Firdaus terus ke pejabat di Setapak bagi menerima kunjungan daripada pihak Islamic Kasim Tuet Memorial College, Hong Kong (IKTMC)

Bro Firdaus Wong pernah memberikan ceramah di IKTMC pada 2018 selain mengendalikan kursus dan kem remaja di Hong Kong.

Mereka terkejut betapa murahnya kos hidup di Malaysia khususnya harga hartanah dalam diskusi tadi. Banyak juga soalan diajukan dan mereka bercadang untuk membuat jemputan buat kali kedua untuk Bro Firdaus bagi mengendalikan kem remaja di Hong Kong sekali lagi.

InshaAllah, doakan kami istiqamah dalam usaha dakwah ini. Jazakumullahu Khairan di atas doa dan sokongan sahabat semua.

- Admin (I)
"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau tekan pautan dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Syoknya Dakwah bersama Bro Firdaus Wong episod 3, Selasa 9 Julai jam 10 malam di TV Al Hijrah.
“Tak suka duduk rumah”

Pernah tak kita bertanya pada diri kita, kenapa anak-anak kita lebih suka melepak dengan kawan-kawan di luar berbanding duduk di rumah? Balik rumah pun kadangkala untuk makan, mandi kemudian tidur.

Bila anak berkelakuan begitu, kita mungkin berkata;

“Asyik keluar keluar keluar. Tak duduk rumah. Anggap rumah ni macam hotel ke?”

Dan seterusnya..

Sebelum kita membaca dengan nada yang lebih ‘defensive’ , saya ingin mengajak anda berhenti sejenak & fikir;

“Adakah aku mencipta suasana yang kondusif untuk anak-anak merasa selesa duduk di rumah?”

Kondusif tidak bermakna mewah atau dilayan seperti raja tanpa perlu membuat kerja rumah tetapi kondussif juga merangkumi perbuatan kita, komunikasi kita selain memberikan ruang untuk mereka ‘bernafas’ dengan tidak membebel pada hampir setiap peluang yang tiba!

Kita sendiri ada jawapannya kerana kita juga pernah menjadi remaja suatu masa dahulu. Kalau dulu kita suka duduk di rumah berbanding keluar melepak di luar, tanya diri kita kenapa?

Adakah kita lebih suka duduk rumah kerana tiada duit untuk keluar atau kerana suasana kondusif di rumah? Komunikasi Ibubapa kita dengan kita yang melayan kita berborak walaupun mereka sibuk & penat bekerja serta tidak menghukum atau membebel kepada kita.

Kita ada ‘kawan’ di rumah yang menjadi tempat kita berkongsi dan mereka sudi mendengar tanpa menghukum mahu membebel kepada kita.

Rumah kita mungkin tidak mewah tetapi kaya dengan masa keluarga & masa peribadi yang sama sama diraikan oleh semua di dalam rumah.

Anak-anak kita suka melepak di luar sebab kawan yang menghukum apatahlagi membebel pada mereka. Alahai, mereka melepak kat luar tu pun bukannya selesa sangat atau bercakap banyak pun.

Barangkali 60-70% masa mereka masing-masing tengok phone atau main game. Order ais kosong lepas dua jam di kedai mamak. Kawan-kawan pula kepala sama. Layan.

Mereka rasa selesa kerana apa mereka cerita kat kawan, kawan tak hukum atau membebel malahan turut layan sama bagi perhatian pada cerita mereka.

Kalau duduk di rumah, nak relaks sikit dah kena sound, buat itu buat ini. Bukannya tak boleh pun nak suruh mereka buat kerja tetapi kenapa intonasi suara kita mesti begitu?

Diri kita ada pengalaman semasa remaja, kenapa kita lebih suka duduk di rumah dulu?

Apa yang menjadi penyebab kita lebih suka duduk di rumah berbanding melepak di luar rumah boleh menjadi sebab yang sama jikalau kita wujudkan suasana yang sama akan menjadi penyebab anak-anak kita juga suka duduk di rumah.

Jikalau dulu semasa remaja kita suka melepak di luar berbanding duduk di rumah, belajar dari pengalaman silam & elakkan dari mencipta suasana yang sama seperti kita dulu.

Perkara yang sama boleh digunapakai jikalau suami atau isteri lebih suka melepak dengan kawan di rumah berbanding duduk atau beraktiviti dengan pasangan atau keluarga.

Anda suka duduk rumah atau melepak di luar?
Adakah kita masih di fasa Islamofobia, ketakutan kepada Islam atau sebenarnya kita telahpun berada di fasa Islamodium, kebencian kepada Islam?

Saksikan ulasan Brother Firdaus Wong, esok 9 Julai 2024 di TV Al-Hijrah jam 6.30 pagi
Minggu lepas, seorang pempengaruh TikTok bernama Esha, beragama Hindu telah memb_n*h diri selepas dibuli di medsos juga oleh sekumpulan individu berbangsa India.

Kejadian ini sangat tragik dan tidak sepatutnya berlaku. Namun apa yang ingin saya kongsikan adalah sedikit latarbelakang Esha.

Esha adalah 'host' (penganjur) 'LIVE' TikTok di mana Ganesparan menghina Islam dengan mendakwa Al-Quran adalah kitab p*rno. Esha dan semua yang berada di dalam 'live' tersebut tidak menasihati, menghalang atau memperbetulkan dakwaan Ganesparan!

Bukan sekali Esha membuat 'live'...

Difahamkan juga bahawa dia telah direman polis selama 3 hari selepas laporan polis dibuat terhadap beliau dan beberapa individu yang turut sama ketika Ganesparan menghina Islam.

Dalam video-videonya, dia juga kelihatan memprovokasi mereka yang cuba membuli atau membencinya dan menonjolkan diri sebagai kuat dan tidak melayan pembenci/pembulinya.

Apa yang kita boleh belajar dari insiden Esha ini?

1. Aktivisme di medsos memerlukan jiwa yang kental

2. Jikalau jiwa kita tidak kental, jangan memprovokasi orang kononnya kita ini kental. Kalau rumah kita kaca, jangan cuba baling rumah orang. Kalau hati kita kaca, jangan provok orang.

3. JANGAN layan langsung provokasi akaun palsu dengan nama pelik, tiada gambar tulen pemilik. Jikalau mahu, blok sahaja mereka.

4. MAJORITI akaun palsu dan keyboard coward tiada gambar dan tidak berani meletakkan gambar atau menunjukkan wajah mereka ketika live dan video mereka.

Pembuli siber adalah PENGECUT maka usah dilayan PENGECUT TIDAK BERWAJAH.. Kes Esha menjadi pengajaran untuk semua. Kalau yang kurang cekal, elakkan memprovok dan menonjolkan diri.

Jihad medsos perlukan jiwa yang sangat kental...
2024/09/27 07:22:28
Back to Top
HTML Embed Code: