Telegram Web Link
Vegetarian lunch date bersama ibu tercinta..

Salah satu menu kegemaran dulu yang tidak halal iaitu ‘Cuka Kaki Babi’ tetapi versi halal boleh ditukar kepada versi ayam, daging atau vegetarian.

Masam tetapi sedap…
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Non Muslim ‘Claim’ Pakar Tafsir Quran Tetapi…

Sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

##islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #cinamuslim #chinesemuslim #mrm #multiracialrevertedmuslims #quran #dakwah #atheist #ateis #freethinker #agnostik #agnostic #logic
Hidup ini singkat…
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Disibukkan dengan skandal artis? Ini 3 tanda-tanda baiknya Islam seseorang..
Sepatutnya semua pihak yang ingin mendapatkan geran atau dana dari FINAS mahupun MyCreative Venture (MyCV) mestilah lulus Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu sebelum diluluskan permohonan mereka.

Jikalau tidak, akan ada pihak yang mendapatkan geran & dana kerajaan lalu menghasilkan filem/drama yang tidak lulus LPF kerana tidak mematuhi peraturan yang digariskan tetapi memenangi anugerah di luar negara lalu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menghentam Islam.

Memang kerap pun filem/drama yang menghentam Islam akan memenangi anugerah kerana akan ada pihak yang merasakan dengan memberikan anugerah kepada filem/drama berdasarkan genre mesej 'anti-Islam' akan memberikan tekanan kepada pihak berwajib untuk mengubal undang-undang yang membolehkan mereka terus menerus menyebarkan fahaman mereka.

Ada pula pihak yang merasakan diri mereka pandai dengan meletakkan kayu ukur, "Ah, kalau dia menang anugerah luar negara, filem/drama itu mesti bagus dan MESEJNYA MESTI BETUL & MASALAH YANG DIPAPARKAN DALAM FILEM/DRMA ITU PERLU DIATASI!".

Sejak bila memenangi anugerah itu penanda aras kebenaran?

Dapat dana atau geran kerajaan tetapi digunakan untuk menghasilkan filem/drama mengkritik & membesar-besarkan perkara yang kecil seolah-olah ianya adalah masalah yang paling besar di Malaysia?

Dan saya tau, isu begini pastinya akan ada ahli politik yang akan cuba menunggang untuk menjadikannya polemik dan disusuli taasuber mereka.

Akhirnya isu menjadi panas, pihak berkepentingan mendapatan liputan media tetapi masalah tetap tak selesai.
JAWATAN KOSONG

Kami sedang mencari;
Pemandu x 1
Pembantu Am x 1

Kriteria Utama
• Amanah
• Disiplin
• Tidak Merokok
• Mampu bekerja 6 hari seminggu
• Bekerja masa yang Panjang
• Boleh kerja waktu fleksibel pada cuti am atau hujung minggu (bila diperlukan)
• Perlu “on call”
• Elaun OT akan diberikan

Jika anda berminat dan menepati kriteria yang ditetapkan, sila hantarkan CV ke wasap.my/60183670765 atau [email protected], anggaran gaji dan lesen yang dimiliki.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum pukul 11pagi 8/5/2024.
Menghadiri Rumah Terbuka Salihin Group of Companies di Menara Felda. Salihin Group Of Companies merupakan syarikat audit tempatan terbesar di Malaysia.

Jazakumullahu Khairan di atas sokongan Dr. Abang Salihin dan syarikat Salihin yang telah menjadi juruaudit penyata kewangan MRM selama 9 tahun.

Semoga Salihin Group Of Companies terus maju jaya.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“I’M A PROUD EX-K@F!R”

Kenapa perkataan k@f!r, j!h@d & b@bi sensitif? Pernah dengar tentang apa itu SEMANTIC INFILTRATION?

Sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org


#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #cinamuslim #chinesemuslim #mrm #multiracialrevertedmuslims #semantic #semanticinfiltration #quran #sunnah #hadith #prophetmuhammad
Apa khabar orang Dungung? Nikmati suasana tenang sebelum ceramah malam ni di Masjid An-Naim, Sura Jeti, Dungun.
Gambar Bersejarah & Pengajaran Penting

Gambar di antara Diego Maradona, Michel Platini & Pele ketika perlawanan kebajikan pada 1988.

Pada waktu itu, Maradona berkempen anti-dadah, Platini anti-rasuah manakala Pele berkempen untuk hak kanak-kanak.

Masa berlalu. Maradona menjadi penagih dadah dan disingkirkan dari Piala Dunia 1994 di AS yang menyebabkan dia digantung 15 bulan kerana gagal ujian dadah.

Platini pula diharamkan dari sebarang aktiviti bolasepak selama 8 tahun kerana rasuah.

Pele, Raja Bolasepak enggan mengakui & menerima anak biologinya, Sandra Regina Arantes hasil dari zinanya dengan pembantu rumah pada 1964. Arantes memfailkan tindakan undang-undang ke atas Pele & memenangi kes tersebut setelah keputusan DNA memihak kepadanya.

Pengajaran penting dari kisah hidup tiga lagenda bolasepak ini;

1. Penampilan & kata-kata di khalayak awam boleh menipu.

2. Manusia mungkin hebat dalam satu bidang tetapi gagal dalam prinsip yang lain.

3. Talk is cheap, actions speak louder.
Saya dapati, ramai yang menunggu update saya di Telegram ini dan tidak mengikuti sangat perkembangan & perkongsian saya di platform medsos yang lain.

Berapa ramai yang begitu ya?
Semalam menziarahi tauke Restoran Dungun, Uncle Goh Lai Cun. Kami berborak hampir 45 minit di restorannya yang menjual wantan mee, mee kari & Friday Special, Bak Kut Teh.

Uncle Goh berasal dari Perlis dan telah menetap di Dungun selama 52 tahun. Peramah orangnya dan fasih Bahasa Melayunya. Banyak yang kami sembang dalam 45 minit dan antara yang saya tanya kepada Uncle Goh;

“Uncle, apa beza Cina Kelantan & Terengganu dibandingkan dengan Cina di bandar di KL, Selangor, JB, Ipoh & Pulau Pinang? Kenapa Cina di Kelantan & Terengganu fasih berbahasa Melayu malahan dalam dialek tempatan walaupun mungkin bersekolah di sekolah Cina?”

Tanpa berfikir panjang, Uncle Goh menjawab;

(Jawapan Uncle Goh di ruangan komen)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Adakah kami sebagai bukan Muslim boleh bercakap tentang Islam sebagaimana kamu bercakap tentang agama lain?”

Sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #dakwah #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #chinesemuslim #mrm #quran #sunnah #nonmuslim #kafir #christian #hindu #buddha #taoism #chinese #sikhism #hinduism #christianity
2024/10/03 17:28:06
Back to Top
HTML Embed Code: