Telegram Web Link
“I used to watch your video on TikTok… if i would like to converting to Islam , how is the guidance step?”

Seusai kuliah Subuh, terus bergegas balik ke pejabat untuk membantu seorang saudara Cina memeluk Islam. Beliau telah menghubungi PA untuk membuat temujanji untuk mengucap dua kalimah syahadah hari ini.

Alhamdulilah, saudara Jayden Lee berbangsa Cina asal Seremban selamat mengucapkan dua kalimah syahadah sebentar tadi. Jayden juga merupakan pemilik agensi kewangan di Bukit Bintang.

Beliau mengatakan kepada saya banyak belajar dari video TikTok saya & benar, dia ingat video TikTok & isi kandungannya. Hebat. Saya mengambil kesempatan bertanya kepada Jayden;

“Just curious. Despite many people label me as being very strict and aggresive, why those label didnt drive you away from me & choose to become Muslim with me?”

Jayden tanpa berfikir pandang menjawab; (di ruangan komen)

Welcome back to Islam, Jayden.

Sokong MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Ini posting yang dipadamkan TikTok
Tips yang telah diamalkan bertahun agar tidak terlepas dari mendapat ganjaran malam Lailatulqadar.

Autodebit kepada mana mana individu atau organisasi selama 10 malan terakhir moga moga salah satu malam itu adalah malam Lailatulqadar.

Saya sudah pasti membuat autodebit kepada NGO kami iaitu MRM. Terpulang kepada sahabat untuk autodebit kepada sesiapapun. Semoga tips ini bermanfaat.
[Mukmin Suka Berjumpa Allah, Kafir Tidak Suka Berjumpa Allah]

“Barangsiapa suka berjumpa dengan Allah, Allah juga mencintai perjumpaan dengannya. Sebaliknya barangsiapa membenci perjumpaan dengan Allah, Allah juga membenci perjumpaan dengannya.”

Lantas ‘Aisyah berkata,

“Apakah yang dimaksud benci akan kematian, wahai Nabi Allah? Tentu kami semua takut akan kematian.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam– lantas bersabda,

“Bukan begitu maksudnya. Namun maksud yang benar, seorang mukmin jika diberi khabar gembira dengan rahmat, keredhaan serta syurga-Nya, ia suka bertemu Allah, maka Allah pun suka berjumpa dengan-Nya. Sedangkan orang kafir, jika diberi khabar dengan seksa dan murka Allah, ia pun khuatir berjumpa dengan Allah, lantas Allah pun tidak suka berjumpa dengan-Nya.”
(HR. Muslim no. 2685).
“Wong you are very dangerous guy”

Dakwah itu dinamik bukannya statik.

Saya secara peribadi tidak gemar menggunakan pendekatan menjustifikasi atau apologetik apabila ada orang membuat dakwaan atau menimbulkan persoalan.
“Pendakwah tak sepatutnya screenshot & terjemah komen negatif tentang Islam & Muslim oleh wargamaya dalam medsos Cina”

Sampai bila nak hidup dalam penafian & enggan menerima realiti bahawa hidup ini tidak selalunya indah?

Selama ini segelintir mereka merasakan Muslim tidak tahu membaca Cina maka pelbagai komentar tentang Islam & Muslim ditulis di medsos Cina!

Saya juga mahukan keharmonian & perpaduan tetapi keharmonian & perpaduan yang ‘artificial’ & pada slogan semata-mata atau keharmonian & perpaduan yang betul-betul berteraskan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara?

Usaha kami ini walaupun diperlekehkan oleh sesetengah Muslim tetapi kami sudah nampak kesannya apabila medsos Cina menutup ruangan komen & wargamaya berbahasa Cina sedikit berhati-hati dalam menulis kerana mereka tahu mereka dipantau!

Yang memberi nasihat & cadangan, terima kasih kami ucapkan. Anda buat apa yang anda mampu & percaya itulah cara yang terbaik dan kami pula melakukan apa yang kami yakini adalah yang terbaik.

Mudah sebenarnya memberikan cadangan & nasihat tetapi apabila diajak bersama melaksanakannya, seribu satu alasan diberikan.

Anda ada kepakaran anda dan kami ada kepakaran kami.

Saya & pasukan berjuang di jalanan, di surau, di masjid, di institusi pendidikan, di medsos & menerusi portal berita saya sendiri The Merdeka Times.

Kami tidak memaksa anda menyokong atau mesti buat apa yang kami buat kerana belum tentu anda sanggup berhadapan dengan risiko yang dihadapi oleh kami.

Selagi sesuatu itu tidak haram, maka kita raikan kepelbagaian dalam metod dakwah itu sendiri.
Jauhi..
Taqaballahu Minna Wa Minkum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat.

Semoga kita semua mencapai ketaqwaan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu & semoga Allah kurniakan keberkatan umur agar kita dapat menyambut Ramadhan yang akan datang.

Allahuma Ameen
FOKUS
2024/06/24 12:46:31
Back to Top
HTML Embed Code: