Telegram Web Link
Keunikan makanan di negara India. Makanan sedap atau tidak, itu adalah perkara subjektif terpulang kepada citarasa masing-masing.

Cuma sebagai Muslim, Allah berfirman;

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Al-Baqarah 2:168)
Syoknya Dakwah

Semalam & hari ini diadakan rakaman 4 episod rancangan terbaharu @tvalhijrah114 iaitu podcast yang bertajuk “Syoknya Dakwah”.

Baki 9 episod akan dirakam selepas Aidilfitri & In Sha Allah bakal disiarkan menjelang AidilAdha.

Ada banyak kisah yang tidak diketahui umum juga saya kongsikan dalam podcast ini. Doakan agar ianya bermanfaat.
Sedang berlangsung bengkel pengenalan Islam kepada 12 pelajar Kristian dari Rice University, Texas, USA di Dewan Kuliah Sheikh Hussain Yee, Multiracial Reverted Muslims - MRM.

Mereka hanya berada di Malaysia selama 6 hari.

Januari lepas, MRM dikunjungi pelajar dari Agder University of Norway.

Kami tidak pasti kenapa mereka memilih MRM tetapi kami bersyukur Allah berikan peluang ini kepada kami. Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang menyokong usaha dakwah kami.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Mr. Wong I dare u come debate with me anytime”

Challenges ACCEPTED @ Bukit Bintang

Sokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

#islam #muslim #firdauswong #brofirdauswong #cinamuslim #chinesemuslim #thetruthhurts
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cabar debat tetapi tidak memunculkan diri?

Sokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Saya meminta sahabat semua agar tidak mengambil tindakan sendiri. Buat laporan polis dan biarkan polis jalankan tugas mereka.

Semarah mana pun kita, JANGAN AMBIL TINDAKAN MEMBELAKANGKAN UNDANG UNDANG.

Kalau benar kita mahu mempertahankan agama sekalipun, kita mesti kita cara yang dibenarkan agama bukan melampaui batasan agama & undang-undang.

Kita tak nak mana-mana pihak menangguk di air yang keruh kerana tindakan kita yang membelakangkan undang-undang.
Kurang sensitif kalimah Allah dipersendakan ataupun sememangnya tidak pernah menganggap Allah itu nama Tuhan mereka?
Hanya kerana itu cara anda ‘memuliakan’ tuhan-tuhan anda, tidak semestinya itu mesti juga cara Muslim memuliakan Allah!

Nabi-Nabi pun kami muliakan tetapi tidak sehingga mempertuhankan mereka, apatahlagi Allah!

Walaupun anda mungkin OK tuhan-tuhan anda dipakai di stokin atau pakaian lain, tetapi peniaga Muslim tetap tidak akan menjualnya kerana menghormati agama lain.

Adakah Muslim lebih menghormati agama anda berbanding anda sendiri?

Kita dah merdeka lama dah, takkan benda semudah ini tak faham atau tak nak faham? Titah YDPA pada pembukaan Parlimen tentang terdapat generasi yang masih gagal menguasai Bahasa Melayu & memahami budaya hidup kaum lain perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak.
Selesai memberikan keterangan SEBAGAI SAKSI kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman bagi kes stokin tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat semua.
“…keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”
(Al-Hajj 22:46)
Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
WhatsAppFacebook


https://themerdekatimes.com/news/2024/03/lelaki-dipenjara-6-bulan-denda-rm12000-akibat-perolok-isu-stoking-kalimah-allah/
Saya ada sedikit je cabaran kepada pemfitnah yang menyakini tuduhan mereka itu betul.

Apabila anda membuat tuduhan terhadap saya, jikalau anda berani & yakin akan tuduhan anda, gunakan akaun yang tulen & tolong pm sekali alamat & no telefon bagi memudahkan peguam saya menghantar surat cinta.

Ok tak? Senang je kan cabaran saya.

Tapi saya akan faham kalau anda sekadar berani baling batu sembunyi tangan, tak berani nak sahut cabaran.

Sebagai Muslim yang beriman pada Hari Kiamat, anda tiada tempat untuk melarikan diri & bersembunyi di Padang Mahsyar.

Terima kasih sudi menghadiakan pahala kepada saya di bulan Ramadhan ini.

Sahabat kalau ternampak posting atau komen dari mana-mana pihak yang buat tuduhan tetapi tak berani letak no telefon dan pm alamat, tak perlu layan sangat dah mereka ini.
2024/10/03 23:18:57
Back to Top
HTML Embed Code: