Telegram Web Link
Alhamdulilah. Allahuakbar.

Allah menjadikan Mega Street Dakwah anjuran MRM semalam sebab asbab seorang lelaki Cina Kristian memeluk Islam setelah bersoal jawab hampir 45 minit.

Nantikan video perbualan antara saya dengan dia.

Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua. In Sha Allah akan, Street Dakwah mingguan kami pada setiap Ahad, 3-6petang berjalan seperti biasa hari ini.
“Pray for Israel” - Pengasas Kingdomcity Malaysia, Mark Varughese

Dalam posting bertarikh 28 Oktober 2023, pengasas Kingdomcity Malaysia yang berasal dari Australia berkongsi poster“Pray for Israel” & bendera Israel..

Ya, pengasas Kingdomcity Malaysia & rakan Hannah Yeoh. Mungkin wartawan boleh tanya apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan kawan dan pastor beliau ini yang tidak selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang Hannah juga berada di dalam kabinet menteri.
Saya beli ikan adakalanya siang adakalanya malam tapi saya pastikan hanya beli ikan yang dah siang & asing dua tiga beg untuk mudah dicuci serta diasingkan terus dalam peti sejuk.

Senangkan isteri masak. Happy wife happy life.

Hidup dah cukup sibuk dengan pelbagai isu, jadi suami kena juga cerdik kurangkan peluang & ruang untuk syaitan tanam benih perselisihan dengan yang tersayang.

Allah sebut suami isteri adalah untuk lengkap melengkapi bukannya fokus pada kekurangan pasangan.

Lelaki atau perempuan yang dah kahwin, tak sibuk sangat isu begini. Biasanya yang bujang yang masih belum masuk ke alam realiti.

Selamat malam..
Bila saya kritik BERSATU/PAS/PN, mereka gelar saya walanon. Bila saya kritik PKR/UMNO/AMANAH/DAP/PH, saya digelar walaun.

Tak perlu susah susah cari dan kaji saya ahli parti mana. Saya bukan ahli kepada mana-mana parti.

Saya berkawan dengan semua atas prinsip & menegur juga atas prinsip. Kita sokong apa yang baik & betul tanpa melihat siapapun mereka tetapi kita menegur mana yang tak betul tanpa melihat siapapun mereka.

Berminat dengan prinsip saya yang begini? In Sha Allah kita boleh berkawan. Tak berminat? Tak mengapa. Tak semestinya bermusuh. 😉

*ini komen di posting saya tentang Pastor Mark Varughese yang juga kawan Hannah Yeoh berdoa, “Pray for Israel”
Wanita Hari Ini TV3 tengahari nanti.

Program siang hari bukan siang ikan..
Apa yang dinyatakan oleh Koo Ham barangkali merupakan isi hati mereka selama ini. Saya sebagai Muslim dimaklumkan oleh di dalam Al-Quran;

“Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(At-Taubah 9:8)
Selepas berkhidmat selama 45 tahun sebagai paderi dan Rektor di Gereja Holy Cross di Horbart, Tasmania Australia, David Gould atau Dave Gould mengumumkan dia telah memeluk Islam & menukar namanya kepada Abdul Rahman.

Allahuakbar Allahuakbar.. Sesungguhnya Allah mengurniakan hidayah kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki khususnya mereka yang berani serta ikhlas mencari.
Pembaca The Merdeka Times bagi bulan November 2023. Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua.

Sahabat juga boleh menyokong TMT dengan mengiklankan produk & perkhidmatan anda atau sebagaimana The Guardian di UK yang tidak dikuasai ahli politik kerana didokong oleh masyarakat.

https://support.themerdekatimes.com/
Bagaimana penggunaan perkataan oleh media yang sama terhadap perang di Ukraine & juga genocide di Palestine.

Saya berusaha untuk memberikan kesedaran kepada ummah bahawa pentingnya Muslim memiliki media yang membawa naratif yang benar serta mendidik jiwa masyarakat.

Media yang tidak mempunyai kepentingan politik atau dimiliki ahli/parti politik. Islamodium (kebencian kepada Islam) semakin meningkat kerana laporan dari media-media tertentu yang suka menangguk di air yang keruh.

Doakan agar The Merdeka Times istiqomah dalam jihad media ini. Bukan mudah tetapi kita buat apa yang termampu.
2024/10/04 13:19:26
Back to Top
HTML Embed Code: