Telegram Web Link
MCA , selepas anda membuat kenyataan mengutuk Minggu Solidariti Palestin membawa fahaman ekstrimisme & keganasan, sekarang anda ‘play victim’ pula?

Nak alihkan isu pula kononnya hasutan berbaur perkauman?

*Sambungan ulasan di KOMEN
Ingin hidup harmoni bukan dengan kalian asyik melaungkan slogan keharmonian tetapi kalian menyindir dan menyibuk urusan agama Islam & Muslim di sebalik laungan itu. Thats not the way.
Sewaktu saya masih kafir dulu pada lewat 80an,90 & awal 2000, antara makanan kegemaran saya adalah bak kut teh, nasi lemak ‘luncheon meat’ babi & kari babi hutan cicah dengan roti atau nasi putih. Rasa & baunya memang ngam.

Saya tak pernah nampak penjual nasi lemak Muslim membantah penggunaan nasi lemak babi dan mengeksklusifkan kepada Melayu atau Muslim sahaja. Makanan adalah universal.

Sebagaimana makanan non halal ditransformasikan menjadi halal dengan menggunakan ramuan dan daging yang halal, begitu juga masyarakat Belum Muslim mempunyai hak untuk mentransformasikan makanan halal mengikut selera & pasaran mereka.

Saya tidak setuju dan suka Belum Muslim menyindir dan mencemarkan imej Islam tetapi pada masa yang sama saya juga tidak bersetuju dan suka jikalau Muslim melakukan perkara yang sama!

Nama nasi kandar tiada IP (Intellectual Property) atau Trademark maka bagaimana kita boleh mengekskklusifkannya hanya boleh digunakan oleh Muslim sahaja?

Tahukah kita bahawa selain adanya nasi lemak babi, ada juga kari babi & sate babi? What next?

Apakah penjual kari kambing, lembu & kepala ikan pula akan memprotes penggunaan nama kari babi hutan manakala Satay Kajang Hj Samuri & Willy pula mula memprotes penggunaan nama sate babi?

Sekali lagi saya tegaskan, makanan adalah universal. Sebagaimana kita boleh mentransformasikan makanan tidak halal menjadi makanan halal dengan menukar ramuan dan dagingnya atas asbab selera & pasaran, begitu juga Belum Muslim ada hak mentransformasikan makanan halal mengikut selera & pasaran mereka.

Bagaimana jikalau pengusaha Restoran Cina Non Halal pula memprotes penggunaan nama Char Kuey Teow, Mee Cantonese & Restoran Cina Muslim lain yang menggunakan nama menu yang secara tradisinya adalah berasaskan babi dan tidak halal?

Please dont start a dangerous precedent… Hormat hak satu sama lain. Nama makanan je pun lainlah kalau jenama restoran.

Siapa tak bersetuju dengan saya, is OK. Tiada masalah. Agree to disagree. Saya hanya menyatakan pandangan peribadi saya. Saya hanya minta sahabat semua membaca & menilai perkongsian saya secara objektif & adil. Itu je.

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/10/1025098/lauk-babi-hina-industri-nasi-kandar-presma
Mafla
Bendera Palestin
Serban
Kopiah

Tak wajib pun ada senjata mainan. Tak wajib pun berkopiah. Tak wajib pun berserban. Tak wajib pun Minggu Solidariti Palestin pun.

Minggu Solidariti Palestin sehingga serban & kopiah pun kena buka? Ini luahan salah seorang guru kepada kami. Bagaimana pula di sekolah anda?
Kedua-dua laporan ini disiarkan Sin Chew Daily.

Dengan ibubapa bantah & ugut tidak akan hadir ke sekolah kerana enggan bersama dalam Minggu Solidariti Palestin, apakah ini akan menyebabkan pada masa akan datang ibubapa lain pula akan mengugut KPM & tidak mahu menghantar anak ke sekolah apabila keputusan KPM itu mereka tidak sukai?

Kalau boleh ugut-ugut begitu, bagi saya secara peribadi OK je. Selepas ini kerajaan tak payah susah-susah nak fikir bagi dana kepada mereka & ambil balik semua sekolah vernakular ini untuk dijadikan sekolah kebangsaan sahaja.

Cadangan saya ialah apa kata mereka yang tak nak ikut peraturan KPM, mungkin boleh daftarkan anak mereka di sekolah swasta atau antarabangsa?

Mungkin dana yang selama ini kerajaan peruntukkan untuk sekolah vernakular boleh digunakan untuk fokus pada sekolah kebangsaan sahaja?

Ada tak kedua-dua laporan Sin Chew dalam Bahasa Cina ini juga dilaporkan oleh media berbahasa lain? Saya percaya ada juga media lain laporkan juga..
“70% netizen menyokong ibubapa SJKC Sungai Way membantah Minggu Solidariti Palestin dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah.”

Semasa status ini ditulis pada jam 10.41pm, team pemantauan media Cina kami mendapati terdapat lebih kurang 4,600 ‘Like’, 1,400 komentar & 357 shares bagi laporan ini.

Secara kasar, team pemantau media Cina kami mendapati lebih kurang 70% netizen menyokong tindakan ibubapa SJKC Sungai Way membantah Minggu Solidariti Palestin & mengugut tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini antara komentar mereka yang telah diterjemahkan oleh team kami.
2024/09/29 17:30:53
Back to Top
HTML Embed Code: