Telegram Web Link
Petikan pemimpin MCA tentang Minggu Solidariti Palestin..

“…hingga kini mempromosi keganasan dan kebencian” - Naib Presiden MCA.

“..termasuk berpakaian kumpulan militan.” - Ketua Pemuda MCA Pahang

“..tidak patut membawa ideologi KEGANASAN ke sekolah” - K Pusat MCA

Pemimpin-pemimpin @mcahq_official ini rakyat Malaysia yang bawa naratif Malaysia atau bawa naratif Israel & Barat? Sebagaimana saya sebut, ini bukan isu PH atau PN.

Anda kritik pemakaian begitu sebagai mempromosi ekstrimisme dan keganasan, apakah anda juga akan mengutuk perbuatan yang sama pada Hari Kebangsaan serta cosplay di SJKC Pandamaran di mana pelajar juga membawa senjata mainan?

Perkataan dan ayat kalian seperti @ngakorming & DAP. Adakah DAP & MCA ini adik beradik dari ayah yang sama tetapi ibu berbeza?

*Bagi yang ingin menyokong usaha kami memantau media Islamofobia & usaha dakwah kami, boleh salurkan menerusi link ini;- https://support.my-mrm.org

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
MCA , selepas anda membuat kenyataan mengutuk Minggu Solidariti Palestin membawa fahaman ekstrimisme & keganasan, sekarang anda ‘play victim’ pula?

Nak alihkan isu pula kononnya hasutan berbaur perkauman?

*Sambungan ulasan di KOMEN
Ingin hidup harmoni bukan dengan kalian asyik melaungkan slogan keharmonian tetapi kalian menyindir dan menyibuk urusan agama Islam & Muslim di sebalik laungan itu. Thats not the way.
Sewaktu saya masih kafir dulu pada lewat 80an,90 & awal 2000, antara makanan kegemaran saya adalah bak kut teh, nasi lemak ‘luncheon meat’ babi & kari babi hutan cicah dengan roti atau nasi putih. Rasa & baunya memang ngam.

Saya tak pernah nampak penjual nasi lemak Muslim membantah penggunaan nasi lemak babi dan mengeksklusifkan kepada Melayu atau Muslim sahaja. Makanan adalah universal.

Sebagaimana makanan non halal ditransformasikan menjadi halal dengan menggunakan ramuan dan daging yang halal, begitu juga masyarakat Belum Muslim mempunyai hak untuk mentransformasikan makanan halal mengikut selera & pasaran mereka.

Saya tidak setuju dan suka Belum Muslim menyindir dan mencemarkan imej Islam tetapi pada masa yang sama saya juga tidak bersetuju dan suka jikalau Muslim melakukan perkara yang sama!

Nama nasi kandar tiada IP (Intellectual Property) atau Trademark maka bagaimana kita boleh mengekskklusifkannya hanya boleh digunakan oleh Muslim sahaja?

Tahukah kita bahawa selain adanya nasi lemak babi, ada juga kari babi & sate babi? What next?

Apakah penjual kari kambing, lembu & kepala ikan pula akan memprotes penggunaan nama kari babi hutan manakala Satay Kajang Hj Samuri & Willy pula mula memprotes penggunaan nama sate babi?

Sekali lagi saya tegaskan, makanan adalah universal. Sebagaimana kita boleh mentransformasikan makanan tidak halal menjadi makanan halal dengan menukar ramuan dan dagingnya atas asbab selera & pasaran, begitu juga Belum Muslim ada hak mentransformasikan makanan halal mengikut selera & pasaran mereka.

Bagaimana jikalau pengusaha Restoran Cina Non Halal pula memprotes penggunaan nama Char Kuey Teow, Mee Cantonese & Restoran Cina Muslim lain yang menggunakan nama menu yang secara tradisinya adalah berasaskan babi dan tidak halal?

Please dont start a dangerous precedent… Hormat hak satu sama lain. Nama makanan je pun lainlah kalau jenama restoran.

Siapa tak bersetuju dengan saya, is OK. Tiada masalah. Agree to disagree. Saya hanya menyatakan pandangan peribadi saya. Saya hanya minta sahabat semua membaca & menilai perkongsian saya secara objektif & adil. Itu je.

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/10/1025098/lauk-babi-hina-industri-nasi-kandar-presma
Mafla
Bendera Palestin
Serban
Kopiah

Tak wajib pun ada senjata mainan. Tak wajib pun berkopiah. Tak wajib pun berserban. Tak wajib pun Minggu Solidariti Palestin pun.

Minggu Solidariti Palestin sehingga serban & kopiah pun kena buka? Ini luahan salah seorang guru kepada kami. Bagaimana pula di sekolah anda?
2024/09/30 17:25:36
Back to Top
HTML Embed Code: