Telegram Web Link
“Yahudi telah menetap di Israel sejak 1,600 sebelum wujudnya agama Islam - ITU ADALAH FAKTA?” - Siti Kasim

Betulkah dakwaan dia?

Sesiapa pun boleh ‘claim’ tetapi Allah mengatakan dalam Al-Quran (2:111) setiap ‘claim’ perlu dibawakan bukti. Sebagai Muslim, saya hidup dengan prinsip Islam.

Ramai yang suka ‘claim’ tetapi ramai yang gagal membuktikan ‘claim’ mereka.

Semoga Allah redha & terima sedikit usaha kita semua dalam menerangkan kebenaran & menepis maklumat yang salah. Allahuma Ameen
[Pernikahan Tidak Sah & Seperti Berzina?]

Di dalam Al-Quran, Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman tentang hukuman bagi orang yang melemparkan tuduhan zina terhadap orang lain;

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;"
(An-Nuur 24:4)

Bukan sahaja disebat tetapi Allah perintahkan agar jangan menerima persaksian orang itu buat SELAMA-LAMANYA.

Malahan menurut undang-undang Malaysia, Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, tuduhan zina jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Amat buruklah akhlak dan sikap seseorang apabila menuduh pernikahan seseorang itu tidak sah dan dianggap berzina hanya kerana perbezaan fekah. Sikap seperti ini jauh sekali dari ajaran Islam.

Sekarang terpulang kepada Muslim samaada ingin taat kepada perintah Allah iaitu tidak menerima persaksian individu yang menuduh orang berzina itu buat selama-lamanya atau ingkar pada perintah Allah kerana taasub dan kebencian pada golongan lain.

Allahu Musta'an...
Semoga Allah melaknat Zionis & para pendokong Zionis di dunia serta akhirat!
Sebab itu bila media barat atau yang acah-acah Barat laung kebebasan bersuara dan mereka adalah media yang bebas, saya akan tersenyum sinis.

I know they couldnt be serious about that.

Pada 2015, The Guardian mempertahankan tindakan biadab Charlie Hebdo melukis kartun Nabi Muhammad sebagai kebebasan bersuara & berkarya. Fast forward 8 tahun kemudian iaitu pada 2023, The Guardian memecat salah seorang kartunis yang telah berkhidmat dengan The Guardian selama 40 tahun iaitu Steve Bell kerana beliau melukis kartun pengganas Zionis (PM Israhell), Benjamin Netanyahu.

Free speech dilaungkan bila kena pada orang lain tetapi bila kena pada batang hidung sendiri, prinsip free speech seperti tidak pernah wujud.

Geng terpaling free speech..
Sebagaimana dijangka, Amerika Syarikat memveto Resolusi ‘pemberhentian kemanusian’ Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan bantuan kemanusian dihantar ke Gaza.

Ladies & gentleman, diperkenalkan PEJUANG HAK ASASI KEMANUSIAN PALING LANTANG DI DUNIA yang menghalang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza!

Bagi AS, nyawa rakyat Palestin samada Muslim atau Kristian kurang bernilai berbanding yang lain.

Duta Israel ke PBB berterima kasih kepada AS kerana memveto resolusi itu!

Siapa mempunyai kuasa, keadilan & kemanusian akan mengikut takrifannya. Keadilan yang sempurna tidak mungkin akan dicapai di dunia ini.

Sebab itu di dalam Rukun Iman adanya beriman kepada Hari Kiamat di mana semua manusia baik Muslim atau kafir akan diadili oleh Allah Yang Maha Adil & KEADILAN MUTLAK akan dicapai.

“Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.”
(An-Nuur 24:25)
Ini adalah ciapan dari PM pengganas Israel, Benjamin Netanyahu yang menurut Lemkin Institute for Genocide Prevention , adalah ekspresi untuk melakukan ‘genocide’ (pembunuhan beramai-ramai)

Trend membuat posting atau ciapan kemudian memadamkannya menunjukkan betapa berkobar-kobarnya Israhell untuk melakukan kekejaman tanpa mempedulikan tekanan antarabangsa kerana mereka disokong tanpa berbelah bahagi oleh Amerika Syarikat!
Sesiapa sahaja boleh tidak bersetuju dengan kenyataan Michael Ang tentang konflik Israel-Palestin tetapi sehingga mengatakan dia tidak layak menjadi Muslim hanya kerana tidak setuju dengan kenyataan dia adalah tindakan yang sangat melampau.

Juga tindakan yang melampau adalah apabila kita melibatkan ahli keluarga dia dalam isu ini. Islam tak ajar begitu!

Apakah dengan mengatakan dia tidak layak menjadi Muslim menjadikan kenyataan kita itu sendiri sangat Islamik?

Bukan urusan kita mengatakan siapa layak atau tidak layak menjadi Muslim. Banyak nikmat yang kita sebenarnya tidak layak kecapi tetapi Allah tetap kurniakan nikmatNya kepada kita. Kita mungkin baik hari ini tetapi ianya adalah atas rahmatNya bukan kerana kita hebat;

“Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Ali Imran 3:103)

Tugas kita adalah menasihati dan menegur satu sama lain agar menjadi Muslim yang lebih baik sambil kita juga memperbaiki diri untuk menjadi Muslim yang baik di sisi Allah.

Jangan kita nampak baik di sisi manusia tetapi sebenarnya buruk di sisi Allah Subhana Wa Ta’ala.
Kita tiada sumber dana yang membeli iklan atau menguasai media. Gunakan platform medsos kita secara bijak & berstrategi.

Tawakal itu setelah berusaha & berdoa. Dalam Perang Badr, Uhud, Khandaq dan semua peperangan, Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam bukan sahaja mempersiapkan kekuatan tentera & senjata tetapi Baginda juga menyusun STRATEGI peperangan!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dr. Ang, dari Kristian Pro Zionis kepada pejuang Palestin.

Dulu beliau didoktrin bahawa Is**el adalah pihak yang benar kerana itu yang diajar oleh gerejanya, tetapi pengalamannya ke Lubnan telah mengubah segala-galanya.

Pro #israel #christian doctor from #singapore #visitisrael #jerusalem #telaviv & realise her #christian #church got it wrong & #media @bbcnews @cnn @channelnewsasia @foxnews #israel_times #ajplus @aljazeeraenglish got it wrong about #gaza #palestine #Jewishlivesmatter

#israeli #israelunderattack #israeldefenceforces & #israel_best ?

#jewish #shalom #loveisrael #kolisrael #shabatshalom #usa #loveisreal #kosher #lovejerusalem #israelinstagram #christianjews #christianzionist
MRM presents to you, Sheikh Ahmed Pandor from South Africa to share his da'wah experience dealing with interfaith missionaries.

Sheikh Ahmed Pandor is a student of Sheikh Ahmed Deedat & a qualified Muslim scholar who is an expert in comparative faiths.

After memorization of the holy Quraan, Sheikh Ahmed spent 6 years studying various Islamic sciences from jurisprudence to law.

Presently his focus is on interfaith dialogue and discussion with apologists and academics. Join us to boost our da'wah spirit!

1. DA'WAH EXPERIENCE AGAINST JAMES R. WHITE
Date : Friday, 27th October 2023
Time : 8.00pm - 9.30pm
Location : Sheikh Hussein Yee Hall, MRM Wanga Maju

2. CONCEPT OF MERCY IN ISLAM & CHRISTIANITY
Date : Saturday, 28th October 2023
Time : 10.00am - 12.00pm
Location : Sheikh Hussein Yee Hall, MRM Wanga Maju

NO FEE REQUIRED!

Scan the QR Code to register or click the link in the comment below.

See you there!
Respon Dato Sri Ti Lian Ker di China Press ke atas status saya semalam. (https://www.facebook.com/100044182431632/posts/901995207949885/?mibextid=cr9u03)

In Sha Allah, saya akan memberikan respon kepada respon Dato Sri ini dalam Bahasa Melayu, Cina di 黄伟雄 Firdaus Wong Wai Hung & Inggeris di Firdaus Wong Wai 黄伟雄 Firdaus Wong Wai HungFirdaus Wong Wai Hung - English
Kita tidak boleh mengawal apa yang ingin dikatakan oleh orang lain. Jikalau mereka mencarut atau menggunakan perkataan kasar, itu melambangkan akhlak mereka bukan melambangkan akhlak kita.

Cara & perkataan yang kita pilih untuk respon kepada mereka pula melambangkan akhlak diri kita.

Ingat, lisan & penulisan adalah tumpahan dari isi hati kita. Cawan yang terisi air kosong hanya akan menumpahkan air kosong dan bukannya air sirap atau teh o ais limau.

Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Kita sebagai Muslim adalah pengikut manusia paling mulia akhlaknya.
Sebuah video tular di Youtube memaparkan seorang aktivis ekstremis Hindutva meminta Israel kebenaran untuk menetap di wilayah haram itu dan bertindak mengecam Islam sebagai bukti persamaannya dengan Israel.

Individu dikenali sebagai Yati Narsinghanand Saraswati dalam kenyataannya itu mendakwa persamaan dirinya dengan Yahudi iaitu membenci ‘Muhammad dan bukunya yang jahat’, merujuk kepada nabi dan kitab suci umat Islam.

https://themerdekatimes.com/news/2023/10/kutuk-nabi-dan-kitab-suci-ekstremis-hindutva-terdesak-raih-perhatian-zionis/
2024/09/29 23:15:13
Back to Top
HTML Embed Code: