Telegram Web Link
Antara Caprice, Mondy & Ebit Lew, siapa yang betul?

Lima kaedah Nabi Muhammad dalam mendepani fitnah! Siri 1 dari 5 siri.

#firdauswong #islam #muslim #fakepeople #hypocrite #netizenindonesia #bawangrangers #viral #mondy #mondytatto #caprice #fitnah

https://vt.tiktok.com/ZSN16MGGN/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
American embrace Islam in MRM | Rakyat Amerika memeluk Islam di MRM

Sokong dakwah kami;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

#firdauswong #islam #muslim #god #revert #revertmuslim #whitemuslim #americanmuslim #chinesemuslim #cinamuslim #methodist #christianity #christian
Kekuatan mental bukan dapat dibina dalam sehari dua.

Kita boleh menghadiri pelbagai seminar, membaca pelbagai buku dan menonton pelbagai video tentang membina kekuatan mental, tetapi akhirnya tetap sama.

Sepanjang saya berdakwah, saya dihentam & diserang belum Muslim yang tidak berpuas hati tetapi apabila saya membantu mangsa gangguan seksual, serangan dari Muslim itu jauh lebih dahsyat.

Kalau yang Belum Muslim tidak beriman kepada Allah & hari kiamat lalu mengungkapkan perkataan-perkataan yang buruk, saya faham tetapi apabila membaca dan mendengar kata-kata dari mereka yang mengaku Muslim, saya beristighfar panjang kerana perkataan mereka jauh lebih teruk seolah-olah mereka yakin apa yang mereka tulis dan ucapkan tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Bagaimana untuk membina kekuatan mental?

1. Kekuatan mental itu adalah rahmat Allah kurniakan kepada hambaNya. Kita perlu usaha tetapi semuanya adalah atas rahmatNya.

2. Reverse psychology. Jikalau orang boleh membina kekuatan mental untuk terus menerus melakukan kemungkaran dan menzalimi orang lain, kita yang ingin mencegah kemungkaran dan kezaliman perlu lebih kuat dan istiqomah dari mereka.

3. Istiqomah. Jikalau mereka berdegil dengan kejahilan, kemungkaran & kezaliman, kita perlu lebih teguh dan lebih istiqomah dari mereka.

4. Berdoa kepada Allah meminta bantuan, kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran.

Adakah Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam 'give up' melihat bagaimana musyrikin dan munafikun begitu teguh dan istiqomah dan kekufuran dan kemungkaran? TIDAK!

Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam gandakan usahanya dan istiqomah. Segala yang kita juangkan di dunia PASTI akan tersingkap di akhirat kelak. Kejayaan milik orang yang ikhlas kerana Allah.
Terima kasih di atas hadiah ini.
Semasa isteri sedang memasak di dapur, dia bertanya;

Isteri : ‘Yang, ni ha ada Ustazah **** kata apa? Dia kata pasal isteri tak wajib taat suami, dia bagi contoh memasak dan sebagainya.’

‘Ah sudah, saya pula kena syarah ceramah Ustazah tu pula. Yang ceramah dia, yang perlu explain saya.’, bisik saya dalam hati. Saya membalas;

‘Hmmm.. Bukan kali pertama dia tak teliti sehingga tanpa sedar boleh bagi impak pada rumahtangga orang lain.’

Lepas makan, kami keluar. On the way balik, isteri sambung,

‘Dulu zaman nenek moyang kita sampai kepada kita pun, tak pernah jadi pun isu isteri mengemas, memasak dan sebagainya. Isteri tahu je tanggungjawab masing-masing. Ni datang zaman ni, macam-macam pula isteri tak wajib itu lah ini lah.’

Saya membalas,

‘Ideologi feminisme di Barat ni menyebabkan ada orang rasa kita perlu ubah sedikit naratif supaya Islam nampak relevan dan menambat hati orang. Manusia yang kita berubah ikut aturan Tuhan bukan kita ubah aturan Tuhan ikut manusia.

Sebelum kahwin, siapa jaga makan, pakaian dan tempat tinggal isteri? Ayah dia kan? Kenapa ayah jadi wali untuk nikahkan anak perempuannya? Sebab ayah serahkan tanggungjawab tu kepada bakal suami dia.

Apabila mereka bernikah, suami ambil alih tanggungjawab si ayahnya tadi untuk melindungi, membimbingi & menafkahi isterinya.

Bagaimana kalau ikut logik Ustazah ****, anak-anak pula kata tak wajib taat ibubapa kerana dia kata Allah tak wajibkan? Suruh anak bantu bersihkan rumah, cuci pinggan, lipat baju, anak enggan dan dia kata tak wajib pun sebab Allah tak kata wajib!’

Ustazah **** juga pernah kata suami yang nak berpoligami berdosa kerana haram menyakiti hati isteri. Saya pernah komen dan bertanya soalan,

‘kalau si suami berdosa kerana menyakiti hati isteri bila berpoligami, apakah isteri juga berdosa kalau suaminya sakit hati dengannya kerana tidak dapat berpoligami? Bahaya kalau hukum Islam ini berdasarkan perasaan semata-mata.’

Kalau menyakitkan hati itu berdosa, ya mungkin dalam sesetengah senario mungkin mendatangkan dosa, tetapi apabila Ustazah berkata demikian dan orang sakit hati dengan statement dia walaupun andai statement dia betul, adakah Ustazah itu juga berdosa kerana menyakitkan hati orang lain?

Prinsip Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam berdakwah simple je, manusia ubah diri untuk ikut peraturan Allah bukannya mengubah hukum Allah untuk mengikuti hawa nafsunya.

Suami isteri bukannya musuh tetapi mereka adalah rakam sepasukan yang saling lengkap melengkapi. Suami jalankan tanggungjawabnya sebagai suami & ayah manakala isteri jalankan tanggungjawabnya ssbagai isteri & ibu.

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan”
(An-Nahl 16:90)
Alhamdulillah. Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

Pagi tadi, seorang perempuan dari Sri Lanka telah mengucap dua kalimah syahadah di pejabat Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Apabila ditanyakan apakah faktor yang membuatnya tertarik dengan Islam, jawapannya sangat mudah,

"I like Islam. I like seeing my friend do prayer. I also want to do prayer. My friend said I need to become Muslim."

(Saya suka Islam. Saya suka lihat kawan saya solat. Saya pun nak solat. Kawan saya cakap saya perlu jadi seorang Muslim.)

Yang menariknya, sahabat yang membawa beliau datang syahadah juga merupakan seorang mualaf. Beliau telah mengislamkan lebih daripada 20 orang kawannya dari Sri Lanka sepanjang berada di Malaysia.

Jika anda ingin mengetahui tentang Islam, boleh hubungi wasap.my/601110500414 untuk membuat temu janji bersama pegawai kami.

Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Bila solat bersama dua anak teruna saya yang berusia 16 & 11 tahun, baru terasa anak saya ni semakin dewasa dan Daddy mereka makin meningkat usia.

Saiz kasut kami bertiga semua sama, 7 1/2UK. Anak lelaki usia 11 tahun nak main ragbi, pakai but bola Daddy. Semoga semua anak-anak serta zuriat keturunan saya menjadi orang yang bertaqwa serta bermanfaat untuk agama. Allahuma Ameen.

*Saya mengajarkan kepada anak-anak saya apabila solat untuk rapatkan saf dengan kaki menyentuh satu sama lain agar Allah satukan hati kita sebagai Allah satukan kita dalam saf.

“Dahulu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memegang bahu-bahu kami sebelum solat, dan beliau bersabda: luruskan (saff) dan jangan bengkok, sehingga hati-hati kalian nantinya akan bengkok (berselisih) pula”
(HR. Muslim, no. 432).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Luruskanlah saff-saff kalian, kerana lurusnya saff termasuk kesempurnaan solat.” (Muttafaqun ‘alaih)
[HR. Bukhari, no. 723 dan Muslim, no. 433]
Ada tak kita terbaca Non Muslim di Amerika protes kenapa seorang Perdana Menteri mengIslamkan rakyat AS?

Takde kan..

Ya, perkara sebegitu hanya berlaku di Malaysia. Welcome to Malaysia..

Tak perlu layan bantahan mereka. Di mata mereka, kita nak buat dakwah pun salah, tak buat pun salah di mata Islamophobic ni. Teruskan sahaja usaha dakwah kita.

Teruskan, PMX untuk mengIslamkan masyarakat Malaysia Madani..
[SOP Multiracial Reverted Muslims - MRM Dalam Membuat Pendedahan Gerakan Anti Islam Serta Mengendalikan Aduan Mangsa Gangguuan Seksual & Jenayah Domestik]

Kami mempunyai SOP yang ketat dalam membantu mana-mana pihak. Antara SOP kami,

1. Individu yang dizalimi membuat aduan kepada kami atau orang yang mengenali individu yang dizalimi mengadu kepada kami.

2. Individu yang dizalimi itu sendiri secara sukarela tanpa dipaksa mana-mana pihak mahu mendapatkan bantuan dan nasihat kami.

3. Individu itu mestilah menunjukkan bukti-bukti yang asli seperti video, gambar & dokumen yang sah yang kemudiannya disahkan oleh kumpulan pakar kami bahawa semua itu adalah asli & tulen.

MRM mempunyai sukarelawan tenaga pakar dalam bidang agama (Fatwa, Usul Fiqh, Fiqh, Hadis, Maqasid Syariah, Tafsir, Sirah), IT Forensik, Kriminologi, Perundangan, Kaunseling Rumahtangga, Psikologis, Psikiatris & perang saraf media.

4. Kami akan menasihati individu tersebut untuk membuat laporan polis & membuat Akuan Bersumpah. Semua ini mestilah dilakukan tanpa paksaan dan secara sukarela.

5. Individu itu mestilah bersetuju mengikuti dan mematuhi kesemua SOP yang sekadar dengan ajaran Islam & undang-undang negara yang kami tetapkan dalam membantunya.

Jikalau individu itu gagal atau enggan mematuhi mana-mana satu SOP yang kami tetapkan, maka kami akan menarik diri dari membantu mereka.

Semua ini bertujuan melindungi mereka daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan bercanggah dengan ajaran Islam atau undang-undang negara atau kedua-duanya sekali!

6. Individu dan keluarganya akan diberikan khidmat kaunseling dari pakar psikologi, perubatan, psikiatrik dan bantuan guaman secara PERCUMA kerana MRM akan membayar segala kos yang diperlukan hasil sumbangan orang ramai.

Oleh kerana kami mempunyai SOP yang sangat ketat, maka sehingga hari ini tiada satupun individu baik dari kalangan ahli politik, artis, influencer & agamawan yang saman kami kerana bukti-bukti kukuh yang kami ada.

Proses pembuktian untuk kes jenayah yang didakwa oleh pihak berkuasa dengan pembuktian saman sivil adalah berbeza.

Pernah lihat kami dedahkan pelbagai gerakan sesat dan anti Islam? LTTE, Unification Church, Pure Life, Hindutva, kes Loh Siew Hong & kes gangguan seksual? P. Ramasamy pernah ugut nak saman tapi tak pernah disaman. Pernah terfikir kenapa mereka tak berani saman?

Saya hanya disaman oleh Atomy (M) Sdn Bhd setakat ini dan fulltrial adalah pada Okt 2024. Mediasi gagal maka saya akan lawan habis-habisan kerana saya ada bukti kukuh apa yang saya kongsikan.

Saya telah menyaman beberapa pihak kerana memfitnah saya dan juga dalam proses menyaman beberapa individu lain demi mempertahankan kebenaran.

Ada yang bertanya, ‘Kenapa tak pergi terus buat laporan polis dan mesti mengadu kepada saya atau MRM?’

Soalan yang bagus. Ramai mangsa atau ahli keluarga mangsa;

1. TAKUT disaman kalau mereka buat laporan polis. Mereka takut kerana pelakunya adalah seorang yang berkedudukan & mempunyai pengaruh dalam masyarakat.

2. TAKUT tiada orang percaya kerana pelaku adalah orang berkedudukan & berpengaruh dalam masyarakat kerana kerap kali yang menjadi mangsa atau disasarkan sebagai mangsa oleh pelaku adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga atau rumahtangga dan biasanya dari golongan marhaen.

Walaupun ada kalangan ustazah & selebriti yang menjadi mangsa tetapi mereka memikirkan imej mereka maka golongan ustazah & selebriti ini mendiamkan diri yang seterusnya menyebabkan wanita lain menjadi mangsa.

3. TAKUT dihina, dicaci, disindir & cyber bully.

Bezakan antara pelakunya adalah Mat Rempit atau penganggur dengan seorang yang berpenampilan menarik di medsos & mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Kalau nak faham contoh, boleh lihat komentar netizen di medsos apabila ada kes melibatkan golongan marhaen seperti Mat Rempit, penganggur ataupun orang biasa berbanding dengan tokoh politik, influencer atau selebriti.
Setelah membaca komentar netizen, anda sebagai mangsa atau ahli keluarga mangsa termotivasi dan lebih berani untuk membuat laporan atau merasa takut melihat cyber bully itu?

Tak dinafikan ada di antara akaun yang membuli mangsa di siber adalah cyber-trooper yang dibayar oleh pelaku untuk menakut-nakutkan mangsa dan ahli keluarga yang akan menyebabkan mereka kemurungan, tertekan dan seterusnya menarik balik kes.

Ianya juga adalah AMARAN dari pelaku kepada mangsa-mangsa lain agar jangan berani nak buat report kalau tak nak mengalami nasib yang sama. Sebab itu adalah pelaku yang setelah mereka melakukan perbuatan yang terkutuk berani berkata kepada mangsa;

“Awak ingat awak siapa? Awak report pun orang tak percaya. Saya famous, ada duit. Awak tu sampah.”

“Awak jangan dedah aib awak sendiri. Buat malu family je. Kalau berani report la tapi takde orang akan percaya awak pun.”

Jangan terkejut andai dalam beberapa bulan akan datang berita yang melaporkan ada lagi individu berprofil tinggi didakwa di mahkamah kerana jenayah seksual.

Kami buat kerja di belakang tabir membantu mangsa secara senyap & tidak membuat publisiti sebelum pihak berkuasa membuat kenyataan dan pendakwaan.

Pelaku-pelaku ini akan terkejut apabila secara tiba-tiba pihak polis menghubungi mereka, menyerbu pejabat atau rumah mereka lalu menangkap mereka & kemudian didakwa di mahkamah.

Ingat motto PDRM, ‘Polis & Masyarakat Berpisah Tiada’.

MRM tidak ambil alih tugas polis tetapi membantu polis. Siapa yang menuduh kami memfitnah & yakin dengan tuduhannya, mungkin boleh zahirkan keyakinan dengan ‘pm’ nama penuh & alamat agar anda dapat peluang menunjukkan bukti tuduhan anda terhadap kami di mahkamah apabila kami saman anda kelak.

Jikalau di dunia pun takut disaman, bagaimana pula nasib mereka yang menuduh kami memfitnah di akhirat kelak? Muflis akhirat.
5 cara kenalpasti ‘fake account’.

Tak perlu layan provokasi ‘fake account’.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setelah 5-6 tahun tidak bertemu dengan isteri & anaknya, Alhamdulilah hari ini lagenda skuasy negara, Muhammad Kenneth Low disatukan kembali dengan keluarganya.

Jazakumullahu Khairan kepada semua penyumbang MRM kerana dengan sumbangan anda itulah kami dapat mempertemukan mereka semula dengan menaja tiket penerbangan isteri & anaknya dari Sabah ke KL.

Teruskan menyokong usaha dakwah kami di MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
2024/10/03 15:25:33
Back to Top
HTML Embed Code: