Telegram Web Link
Boleh kritik pengamal poligami yang tidak bagus tetapi jangan *TERGELINCIR* mengkritik syariat Islam.

https://vt.tiktok.com/ZSLGMAYjs/
Suka share gambar & video pasangan atau anak-anak kita di medsos? Teguran untuk content creator.

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ain”
(HR. Al Bazzar dalam Kasyful Astar [3/ 404]

#abangtesla #firdauswong #chinesemuslim #abgtesla #islam #rumahtangga #muslim #ain #evileye


https://vt.tiktok.com/ZSLGMAg97/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Saya dapat rasa kuasa tarikan untuk berubah”

ALLAHUAKBAR!!!

SOKONG DAKWAH KAMI

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Ya, mereka ada hak menyuarakan bantahan TETAPI jangan lupa Muslim juga ada hak untuk mempertahankan isu ini.

Setelah Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa Modul Penghayatan Hadis 40 ini adalah hanya untuk pelajar Islam sahaja, masih ada suara sumbang yang masih tidak berpuas hati, dan kali ini siapa lagi kalau bukan MCA!

Setelah diketepi dalam rundingan kerusi PRN baru baru ini dan hanya memenangi 2 kerusi dalam PRU15, mereka cuba menangguk di air yang keruh agar nampak masih relevan dengan masyarakat Cina yang majoriti telahpun menolak MCA.

Jadi apabila timbulnya isu Modul Hadis 40 ini, ini adalah kesempatan untuk mereka muncul sekali lagi di media menyatakan bantahan mereka. Antara isu yang dibangkitkan MCA ialah;

"pihak sekolah akan mengasingkan pelajar Islam dan bukan Islam dalam perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum. Ini hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar,"

Saya suka kenyataan ini "mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar" tetapi ironiknya apabila berkaitan sekolah vernakular yang jelas memecahkan pelajar dari berasimilasi, tidak pula mereka memberikan alasan yang sama.

Andai betullah katanya bahawa akan mewujudkan perpecahan di kalangan pelajar sekalipun, bukankah pelajar Muslim dan bukan Muslim juga dipecahkan kepada Pendidikan Islam & Pendidikan Moral di sekolah? Jikalau itu tiada masalah, kenapa Hadis 40 yang ingin diajarkan kepada pelajar Muslim pula menjadi masalah?

Sebenarnya mereka tidak kuat tetapi kita yang lemah. Mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan kelompok mereka tanpa mengira fahaman politik.

Muslim pula jarang nak bersatu walaupun isu berkaitan dengan agama Islam. Saya ingatkan diri dan semua Muslim akan firman Allah Subhana Wa Ta’ala;

"Dan berbegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Ali Imraan 3:103)

Para Cytro politik, jangan cuba politikkan posting saya ini untuk menyerang kerajaan ataupun pembangkang. Kesemua pihak mempunyai ahli Muslim di dalam gabungan anda. Ahli politik Muslim di pihak kerajaan, jangan mengalah dan bertegas jangan biarkan mereka masuk campur urusan Islam.

Buat pembangkang, ketepikan isu political mileage, nyatakan sokongan kepada usaha KPM melaksanakan Modul ini.

https://themerdekatimes.com/news/2023/08/isu-modul-hadis-mca-tak-terima-penjelasan-kpm-mahu-kajian-menyeluruh/
Isu modul hadis 40

“Perangi manusia sehingga mereka memeluk Islam”

Muallaf menjawab Asiah Abd Jalil

Sila tonton dan follow TikTok saya

https://vt.tiktok.com/ZSLnMQeDL/
Hadis 40 tidak selaras dengan perpaduan?

https://vt.tiktok.com/ZSLva8PDF/
ABIM setuju keluarkan 5 hadis dari Modul Hadis 40 Imam Nawawi?

https://vt.tiktok.com/ZSLvuVavU/
_”Kebanyakan perbincangan saya (Kristian) dengan Muslim adalah tegang!”_

https://vt.tiktok.com/ZSLcfoDDE/
In Sha Allah pagi esok saya akan menjadi tetamu di @zayan.my bersama DJ @cahayaasmawi @aanastahirr & @faizalfbi76

Apakah tajuk yang mereka berikan kepada saya?

POLIGAMI!

Kita mahu berkongsi keindahan syariat Islam apabila difahami dengan rasional bukannya emosional. Siapa yang nak berpoligami, sila dengar. Siapa yang tak nak poligami, pun sila dengar.

Yang tak suka atau menentang poligami, lagilah kena dengar. Belum Muslim yang sindir Muslim kerana poligami, wajib kena dengar!
Satu sahaja nasihat saya kepada para influencer ini khususnya yang membawa imej agama ini, jangan menzalimi mereka yang lemah khususnya wanita & kemudian cuba mengugut;

“Kamu buat report lah, takde siapa yang akan mempercayai & tolong kamu. Saya famous dan lihatlah awak siapa.”

Ayat anda sangat angkuh seolah-olah menafikan kekuasaan Allah untuk menghukum kezaliman dan keangkuhan anda!

KAMU, YES kamu yang terasa nasihat ini dituju kepada KAMU. Wanita yang KAMU zalimi & ugut telah mengadu kepada Tuhan dia yang juga Tuhan sekalian alam.

Dia juga telah mengadu kepada pihak berkuasa dan dia juga telah mengadu dan meminta bantuan kami. Allah tidak suka pada orang yang sombong;

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”
[al-Israa’ 17:37]

KAMU sebagai pendakwah pasti tahu kan apa kesudahan orang yang sombong seperti Qarun, Firaun & Abu Jahal?

We are coming for you!
Saya merasa kesian dengan segelintir saudara seagama yang sangat kuat sifat jahiliyah dalam diri mereka tetapi berbangga dengannya.

Apabila bersetuju dengan kita, dipuji melangit yang kita tidak pernah minta.

Namun apabila tidak suka & tidak bersetuju dengan kita, sifat jahiliyah muncul. Bangsa dijadikan panggilan.

‘Si Cina ni’
‘Mualaf Cina ni’
‘Si Cina Pek Wong’

Tidak sesekali terkesan pun tetapi merasa kesian dengan mereka yang telah dikurniakan nikmat Islam menerusi panduan Quran & Sunnah tetapi tetap memilih sifat jahiliyah yang telah dihapuskan oleh Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam.

Alhamdulilah atas nikmat sebagai Muslim. Saya tidak akan membalas hinaan begitu tetapi mendoakan agar Allah kurniakan hidayah buat mereka.

Sahabat yang nampak sesiapa bersifat jahiliyah, tidak perlu balas sifat mereka itu dengan keburukan. Memadailah doakan mereka sahaja.

Saya adalah Muslim atas pilihan tetapi menjadi Cina yang saya tidak pernah pilih. Syukur atas nikmat Islam. Alhamdulilah.
[SAYA MAHU JADI TELEVISYEN]

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

Suami : 'Kenapa menangis ni?'

Isteri : 'Lihatlah karangan budak ni.'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya.

Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan.

Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata;

Suami : 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

Isteri : 'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan sekarang ini. Ramai inubapa sibuk dengan phone masing-masing..layan email, Facebook, Whatsapp, TikTok & lain lain.. kadangkala anak-anak tengok je dari jauh sambil main mainannya..

Jangan pula nanti anak-anak kita tulis esei, ‘Jadikan saya sebuah telefon’

Sama-sama kita berusaha untuk berubah dan berikan perhatian kepada insan di sekeliling kita khususnya pasangan & anak-anak kita yang memerlukan perhatian serta kasih sayang kita.
Playlist soaljawab isu poligami di Radio Zayan pada 8/9/2023. Boleh tonton untuk ilmu pemurnian syariat Islam.

https://vt.tiktok.com/ZSLwBy7Rd/
[S.O.S Jejak Kasih Muhammad Kenneth Low]

Saudara kita, lagenda skuash Malaysia iaitu Muhammad Kenneth Low meminta saya membantunya untuk mencari isterinya Kelly Ismawati Binti Ismail & anak mereka, Muhammad Nico Low yang telah terputus hubungan sejak 10 tahun lepas.

Kenneth hanya tahu bahawa kampung halaman isterinya adalah di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. Mereka telah bernikah pada 18 Januari 2013 dan carian di JAWI menunjukkan mereka masih suami isteri yang sah.

Kepada sesiapa yang mengenali Puan Kelly Ismawati Binti Ismail & Muhammad Nico Low, tolong hubungi saya agar kami dapat satukan kembali keluarga ini.

Kenneth sangat merindui isteri & anaknya dan berharap sangat dapat bertemu dan bersatu dengan mereka semula.

Kami di MRM juga telah menawarkan kepada beliau untuk bekerja dengan MRM sebagai menghargai jasanya yang banyak menyumbang kepada arena skuash negara selain beliau juga meminta kami untuk membimbingnya tentang Islam.
Alhamdulilah. Kenneth Low telah berjaya berhubung dengan isteri dan anaknya. Sebentar tadi saya telah membuat panggilan video antara Kenneth & mereka.

In Sha Allah, kami di MRM akan aturkan agar mereka dapat berjumpa di Sabah dalam masa terdekat. Saya secara peribadi akan bersama Kenneth ke sana, In Sha Allah.

Jazakumullahu Khairan di atas doa & bantuan sahabat semua.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Berkesempatan berjumpa dengan sahabat & juga guru saya, Ustaz Fikri Alamghiri atau nama sebenarnya Mohd Fikri Che Hussain yang kini diuji apabila kedua-dua matanya buta akibat diabetes & juga mula menjalani dialisis di salah satu buah pinggangnya sejak dua bulan lepas.
2024/10/03 13:23:52
Back to Top
HTML Embed Code: