Telegram Web Link
Saya ada perancangan untuk memulakan podcast yang memfokuskan tentang dakwah. Teknik berdakwah, menjawab persoalan klasik dan kontemporari.

Nak survey, berapa ramai dari 133,192 subscribers di Telegram Channel saya ini berminat untuk subscribe dan ikuti podcast saya kelak?

Mungkin 2 sesi ringkas dalam 5-10 minit dalam seminggu buat permulaan? Atau ada cadangan lain?
Ini adalah kes yang saya kendalikan apabila terpaksa bergegas ke Sabah pada minggu lepas. Boleh baca status saya di sini : https://rb.gy/2c0e6

Saya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut pada waktu itu kerana kes ini melibatkan dua individu berprofil tinggi & sebab-sebab lain yang tidak boleh dikongsikan lagi.

Doakan..
Hari ini saya ‘Sweet 18’. Alhamdulilah

“Eh, takkan umur Bro baru 18 tahun?”

Hahaha.. Tidak.. Umur dunia lebih dari itu tetapi hari ini, 10 Ogos 2023 adalah ulangtahun ke-18 saya kembali kepada Islam!!! Allahuakbar. Alhamdulilah.

Dari kegelapan kembali kepada cahaya kebenaran Islam. Alhamdulilah.
Apa jua parti yang anda sokong, anda boleh belajar & memeluk Islam.

Hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk mendapatkan risalah Islam PERCUMA, kelas PERCUMA & memeluk Islam, juga secara PERCUMA!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gol nasib atau nasib gol?

Sekadar bersukan untuk berukhwah dan menyihatkan badan. Kalah menang takpe..

Boleh tercalon #puskasaward ke? 😜
Kerana apa benda Abg Tesla, poligami sekali lagi jadi perhatian & kecaman. Saya tak kenal pun siapa Abg Tesla dan mungkin dia dia pun tak kenal saya.

Wahai wanita, tahanlah lisan dan jarimu. Saya risau kerana emosi, anda bercakap dan menulis sesuatu yang menyebabkan dirimu terjerumus dalam dosa.

Orang lain yang kahwin, kenapa pula anda pula yang terasa? Bukannya suami anda yang berpoligami, bukannya lelaki itu pinjam duit dari anda, dan yang paling penting dia tak kahwin dengan anda.

Ke memang dah jadi acara wajib bila tahu ada mana mana lelaki kahwin atau berpoligami anda mesti nak komen?

Lelaki, samada anda ingin berpoligami atau tidak, belajarlah rumah rumahtangga menurut Islam termasuklah apa itu poligami. Monogami & poligami itu dua duanya sunnah. Sedikit peringatan dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam untuk semua;

“Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(HR. Tirmidzi no. 2317)

Apa manfaat anda dapat dengan buat banyak posting dan komen mengutuk perkahwinan orang lain? The least you can do adalah doakan kebahagian dan kebaikan untuk dia agar malaikat mendoakan perkara yang sama untuk anda.
Kita akan ada perbezaan sampai kiamat tetapi adakah itu bermaksud kita tidak boleh bekerjasama?

#firdauswong #cinamuslim #politik #islam #muslim #tauhid

https://vt.tiktok.com/ZSLsU5FP6/
https://vt.tiktok.com/ZSLG1nJMV

“Saya tak dapat bayangkan Tuhan yang Maha Pengasih menghumban manusia ke neraka selamanya. Di manakah kasih sayang Tuhan?”
Lebih baik mendoakan Abang Tesla dan isteri-isterinya dari memaki hamun beliau. Kita doakan dia, malaikat pula doakan untuk kita.

#firdauswong #multiracialrevertedmuslims #chinesemuslim #poligami #abgtesla #monogami #rumahtangga #islam

https://vt.tiktok.com/ZSLGMMJxE/
Boleh kritik pengamal poligami yang tidak bagus tetapi jangan *TERGELINCIR* mengkritik syariat Islam.

https://vt.tiktok.com/ZSLGMAYjs/
Suka share gambar & video pasangan atau anak-anak kita di medsos? Teguran untuk content creator.

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ain”
(HR. Al Bazzar dalam Kasyful Astar [3/ 404]

#abangtesla #firdauswong #chinesemuslim #abgtesla #islam #rumahtangga #muslim #ain #evileye


https://vt.tiktok.com/ZSLGMAg97/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Saya dapat rasa kuasa tarikan untuk berubah”

ALLAHUAKBAR!!!

SOKONG DAKWAH KAMI

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Ya, mereka ada hak menyuarakan bantahan TETAPI jangan lupa Muslim juga ada hak untuk mempertahankan isu ini.

Setelah Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa Modul Penghayatan Hadis 40 ini adalah hanya untuk pelajar Islam sahaja, masih ada suara sumbang yang masih tidak berpuas hati, dan kali ini siapa lagi kalau bukan MCA!

Setelah diketepi dalam rundingan kerusi PRN baru baru ini dan hanya memenangi 2 kerusi dalam PRU15, mereka cuba menangguk di air yang keruh agar nampak masih relevan dengan masyarakat Cina yang majoriti telahpun menolak MCA.

Jadi apabila timbulnya isu Modul Hadis 40 ini, ini adalah kesempatan untuk mereka muncul sekali lagi di media menyatakan bantahan mereka. Antara isu yang dibangkitkan MCA ialah;

"pihak sekolah akan mengasingkan pelajar Islam dan bukan Islam dalam perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum. Ini hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar,"

Saya suka kenyataan ini "mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar" tetapi ironiknya apabila berkaitan sekolah vernakular yang jelas memecahkan pelajar dari berasimilasi, tidak pula mereka memberikan alasan yang sama.

Andai betullah katanya bahawa akan mewujudkan perpecahan di kalangan pelajar sekalipun, bukankah pelajar Muslim dan bukan Muslim juga dipecahkan kepada Pendidikan Islam & Pendidikan Moral di sekolah? Jikalau itu tiada masalah, kenapa Hadis 40 yang ingin diajarkan kepada pelajar Muslim pula menjadi masalah?

Sebenarnya mereka tidak kuat tetapi kita yang lemah. Mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan kelompok mereka tanpa mengira fahaman politik.

Muslim pula jarang nak bersatu walaupun isu berkaitan dengan agama Islam. Saya ingatkan diri dan semua Muslim akan firman Allah Subhana Wa Ta’ala;

"Dan berbegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Ali Imraan 3:103)

Para Cytro politik, jangan cuba politikkan posting saya ini untuk menyerang kerajaan ataupun pembangkang. Kesemua pihak mempunyai ahli Muslim di dalam gabungan anda. Ahli politik Muslim di pihak kerajaan, jangan mengalah dan bertegas jangan biarkan mereka masuk campur urusan Islam.

Buat pembangkang, ketepikan isu political mileage, nyatakan sokongan kepada usaha KPM melaksanakan Modul ini.

https://themerdekatimes.com/news/2023/08/isu-modul-hadis-mca-tak-terima-penjelasan-kpm-mahu-kajian-menyeluruh/
Isu modul hadis 40

“Perangi manusia sehingga mereka memeluk Islam”

Muallaf menjawab Asiah Abd Jalil

Sila tonton dan follow TikTok saya

https://vt.tiktok.com/ZSLnMQeDL/
Hadis 40 tidak selaras dengan perpaduan?

https://vt.tiktok.com/ZSLva8PDF/
ABIM setuju keluarkan 5 hadis dari Modul Hadis 40 Imam Nawawi?

https://vt.tiktok.com/ZSLvuVavU/
2024/11/05 23:33:40
Back to Top
HTML Embed Code: