Telegram Web Link
[Hamza's Den is in Town!!!]

You guys requested it!
MRM eagerly brings you;

From The Darkness of Atheism to The Light of Islam.

Brother Hamza is not a stranger to many of us involved in the Da'wah field. Hearing him on youtube as he debates at Speakers Corner, Hyde Park all these years and Alhamdulillah he is here. Join us as we sit down and hear about the journey of Brother Hamza. May it boost our da'wah spirit!

Date: 15th July 2023 (Saturday)
Time: 11 am - 2 pm
Location: Conference Hall, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur.

FREE OF CHARGE FOR NEW MUSLIMS & NON MUSLIMS!

For others, commitment fees of RM10 but redeemable with free Islamic books on the day of event.

Click on this link to register;
https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

Like, share and DON'T forget to register!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Here is the full reaction video of Hamza's Den trying DURIAN in #malaysia

You enjoy the experience, Bro?

@hashim.sc & Mansur from @dawah.wise up for the challenge next? 😉

*Get your free ticket to Hamza’s Den Program this Saturday, 15th July 2023 “From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam” live in KL.

https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

#firdauswong #hamzasden #dawahwise #hashimdawahwise #mansurdawahwise #speakerscorner #lionofislam #islam #muslim #whitemuslim #chinesemuslim
Seorang sahabat baru menghubungi saya & meminta pendapat saya tentang hasratnya menyertai politik & bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

In Sha Allah niatnya baik tetapi niat yang baik perlu juga disertai dengan tindakan yang baik serta perancangan yang baik. Dia bertanya tentang adakah OK untuk dia sertai politik & gabungan manakah yang terbaik untuk dia sertai?

Saya memberitahu beliau bahawa saya mempunyai sahabat dari hampir kesemua parti politik samaada yang di akar umbi mahupun yang di pucuk kepimpinan. Namun nasihat saya spesifik untuk dia sahaja bukan umum untuk semua.

Saya hanya mengingatkan dia tentang satu nasihat yang diberikan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam kepada Abu Dzar Al-Ghifari apabila Abu Dzar bertanyakan tentang kepimpinan.

“Wahai Abu Dzarr, sesungguhnya aku melihatmu adalah orang yang lemah dan aku sangat senang memberikanmu apa yang aku senangi untuk diriku sendiri. Janganlah engkau menjadi pemimpin atas dua orang dan janganlah pula engkau mengurusi harta anak yatim.”
(HR. Muslim no. 1826)

Saya berkata, jikalau kamu merasakan kami kuat dan berkemampuan serta berniat baik, saya mendoakan agar Allah senantiasa membimbing setiap keputusan dan perbuatan kamu.

Adakalanya niat kita baik ingin mengubah politik tetapi jikalau kita tidak cukup kuat akhirnya politik yang mengubah diri kita.

Saya memintanya membuat keputusan & melakukan solat istiqarah meminta bantuan serta petunjuk dari Allah untuk menunjukkan apa yang terbaik untuk dunia & akhiratnya.

Tak kira gabungan parti mana anda sertai, selagi anda berpegang pada prinsip Islam, In Sha Allah saya akan membantu & menyokong kamu. Jikalau kamu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip Islam, maka saya akan menegur & menasihatimu dan andai perlu, akan membangkangmu kerana saya sayangkan kamu sebagai saudara seagamaku.

Semoga Allah membimbingmu wahai sahabatku.. 💪🏼
Pentas & kerusi telah disusun menanti kedatangan anda esok di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia bagi program Hamza’s Den, “From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam” bermula jam 11pagi.

Jumpa anda esok.

Masih sempat untuk mendapatkan tiket anda di pautan ini;-

https://www.eventbrite.sg/e/from-the-darkness-of-atheism-to-the-light-of-islam-by-hamza-den-tickets-675876403517

*Segala persiapan adalah hasil kerja keras semua kakitangan & sukarelawan MRM. Syabas di atas usaha mereka walaupun program ini sangat last minute atas permintaan Hamza.
LIVE From International Institute Of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur

From The Darkness Of Atheism To The Light Of Islam

🗣 Hamzah's Den

🔊 Kongsikan komen kualiti suara dan lokasi anda serta 'Share' agar bermanfaat kepada semua

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ingin membuat pelaburan akhirat bersama kami?

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Bagi yang berminat untuk menyumbang secara bulanan, boleh hubungi kami di talian 011-33002380
Ayuh kita sama-sama uarkan kepada ahli keluarga dan sahabat!

https://fb.watch/lNQHdy-VrH/
Only for rational mind..
Rizal van Geyzel (Crackhouse Comedy) antara ratusan yang hadir di program Hamza di IAIS Sabtu lepas.

Rizal berterima kasih di atas penganjuran program sebegini dan terinspirasi untuk turut bersama kami untuk menyebarkan Islam.

Semoga Allah jadikan kita semua asbab kebaikan & hidayah. Allahuma Ameen
Hari terakhir Hamza di Malaysia sebelum berlepas pulang ke England pagi esok.

Sebelum ke Malaysia, kami tidak pernah berkomunikasi tetapi sepanjang seminggu di Malaysia, hubungan kami seperti telah berkenalan untuk tempoh yang lama.

Itulah keindahan & keunikan Islam. Kami dari dua negara, dua bangsa & dua agama yang berbeza sebelum memeluk Islam tetapi Islam melangkaui semua itu & kami diikat dengan persaudaraan akidah yang sama.

Up next, Hamza menjemput saya ke program YouTube beliau “The Arena” Jumaat ini.

Beliau juga mengajak saya ke Speaker’s Corner dalam masa terdekat.. What do you guys think? 😉

#firdauswong #hamzasden #chinesemuslim #englishmuslim #reverttoislam #islam #muslim
Doakan agar projek Pusat Informasi Islam di Segi Tiga Emas Bukit Bintang di bangunan Yayasan Selangor akan berjaya dilancarkan. Bukan mudah tetapi bukan juga mustahil.

Kita buat yang terbaik dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Andai projek ini berjaya, In Sha Allah ianya bakal mencipta sejarah menjadi Pusat Informasi Islam pertama di kawasan strategik KL.

Kita doakan bukan sahaja Pusat Informasi Islam dapat diwujudkan tetapi azan dapat dikumandangkan & solat 5 waktu dapat didirikan di situ setiap hari.

Kita doakan agar syiar Islam dapat dizahirkan di Segi Tiga Emas Bukit Bintang. Allahuma Ameen

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha dakwah MRM selama ini

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

*Tahukah sahabat bahawa terdapat sebuah gereja di atas Lot 10? Doakanlah agar projek Pusat Informasi Islam di Segi Tiga Emas ini berjaya direalisasikan.
In Sha Allah malam ini di Masjid Ar Rahmaniah, Trong, Perak.
Nak minta tolong sikit. Sikit je. Nak minta sahabat semua subscribe kepada YouTube channel saya boleh?

Lepas subscribe tolong pula share kepada family, kawan-kawan, jiran-jiran & sesiapa sahaja untuk subscribe sekali.

Semoga video yang dikongsikan di YouTube saya bermanfaat untuk kita semua.

Jom subscribe..

https://youtube.com/@FirdausWongWaiHungOfficial
Selesai memberikan keterangan sebagai saksi untuk Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi kes ucapan Superman Hew pada PRU15 lepas.

Jauhi politik ekstrim dari mana-mana pihak. Sama-sama kita bantu & sokong pihak berkuasa terutamanya PDRM bagi membanteras isu 3R ini.

Jauhi ketaasuban parti & individu tetapi taasub hanya pada prinsip kebenaran.
SEREMBAN - Penceramah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki memberitahu mahkamah dia merujuk kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias kepada Firdaus Wong Wai Hung kerana beliau seorang yang berani dan boleh dipercayai.

Saksi kelapan yang berusia 52 tahun itu berkata, selepas mengetahui kes tersebut dia merasakan perlu ada seseorang yang boleh membantunya.

"Dia (Firdaus Wong) orang berani dan ada 'connection' dengan peguam dan pihak berkuasa. Saya letakkan sudut kepercayaan kepada Brother Wong untuk bantu kami kerana saya tidak tahu caranya.

"Saya juga pernah minta bantuan dia dalam kes-kes lain misalnya 'scammer' pendakwah, selain bekerjasama dalam program misi bantuan kemasyarakatan.

"Betul saya boleh terus buat laporan polis, tetapi saya tahu yang dituduh ini ada nama besar dan saya tak mahu mengaibkan mana-mana pihak," katanya ketika memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

https://www.sinarharian.com.my/article/270187/berita/semasa/kes-pu-azman-keberanian-firdaus-wong-faktor-penceramah-isfadiah-minta-bantuan
2024/09/30 11:36:04
Back to Top
HTML Embed Code: