Telegram Web Link
Cinta, cinta, cinta & takut. Apa benda tu tu?

https://vt.tiktok.com/ZSLBCTCkX/
Ini antara yang diterapkan di Al-Khaadem sejak saya menjejakkan kaki pertama kali ke sini pada 2011.

Islam bukan pada perkataan yang kita ungkapkan tetapi pada apa yang kita lakukan. Islam agama yang indah bukan apabila kita bercakap tentangnya sahaja tetapi apabila kita mengamalkannya.

🥰🥰🥰
Sweden mengucapkan Eid Adha kepada Muslim di seluruh dunia dengan membenarkan satu lagi pembakaran Al-Quran di depan Masjid Central Stockholm.

Tiada komuniti agama lain membantu menghentikan pembakaran Al-Quran sebagaimana komuniti Muslim membantu menghentikan pembakaran Taurat di Sweden.

Majoriti Muslim hidup berprinsip & berani memperjuangkan prinsip. Muslim bukan pengecut & tidak akan takut mempertahankan kebenaran walaupun berdepan pelbagai risiko.

Tahu kenapa Muslim berani mempertahankan prinsip kebenaran? Kerana Muslim yakin akan kebenaran Islam.

Muslim tidak mengubah prinsip kerana takut hilang penganut atau pengaruh kerana yang dicari oleh Muslim adalah redha Allah bukan redha manusia. Halal tetap halal & harap tetap haram.

Islam bukan agama nasi campur, pilih mana yang disukai dan tinggalkan mana yang tidak digemari tetapi Islam ialah agama pakej yang diamalkan secara keseluruhan - IN TOTALITY!
Renung-renungkan…
Confession di hari Jumaat..
Saya Bro Bukan Ustaz

“Jangan jadikan gelaran Ustaz/ustazah itu terlalu murah!”

*Penerangan lanjut di ruangan komen
In Sha Allah saya akan berada di Bukit Bintang dari 3pm - 6pm untuk Street Dakwah.

Berminat untuk belajar, dijemput hadir.

Berminat untuk diskusi, pun dijemput dan sangat dialukan.
Abang Azharuddin sanggup naik MRT dari Seri Kembangan ke Bukit Bintang semata-mata ingin merasai & memberikan sokongan kepada usaha Street Dakwah kami.

Beliau hadir selepas melihat posting saya sebelum ini bahawa saya akan turut sama dalam Street Dakwah petang ini.

Beliau mengalami kemalangan 8 tahun lepas dan menjadi OKU tetapi kehadirannya memberikan semangat tambahan kepada kami. Ini kali pertama beliau menyertai kami dan berjanji akan turut sama pada masa hadapan.

Kami mendoakan agar Allah kurniakan kesembuhan buat Abang Azharuddin. Allahuma Ameen
Tierry berasal dari Perancis. Dari seorang ateis kepada bukan ateis.

Nantikan video perbualan antara saya dengan Tierry di Bukit Bintang pada minggu hadapan.
Makin kuat angin, makin laju sampai ke destinasi. Tiada angin, kapal layar terus terumbang-ambing di tengah samudera.

Apakah pilihan anda?
Media Berbahasa Cina, China Press Islamofobia dengan memainkan sentimen agama.

Harap Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil akan mengambil tindakan yang tegas terhadap China Press.

https://vt.tiktok.com/ZSLDYMVjr/
Cantik bulan pagi ini. Allahuakbar. Kita boleh mengagumi kecantikan bulan tetapi jangan pula menyembah bulan.

Sembahlah Pencipta bulan, Yang Maha Esa - Allah, Tuhan Sekalian Alam. Tuhan yang menciptakan segala bangsa termasuklah Melayu, India, Cina, Iban & lain lain.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.”
(Fussilat 41:37)
2024/10/03 09:16:13
Back to Top
HTML Embed Code: