Telegram Web Link
Jangan pisang berbuah dua kali.
“Mereka kata encik boleh tolong!”

Pagi semalam, seorang lelaki India beragama Hindu ‘walk-in’ ke pejabat MRM. Bukan nak bertanya tentang Islam atau memeluk Islam tetapi nak minta bantuan beli tiket flight.

Bila ditanya dari mana dia tahu office kami, dia memberitahu dia telah ke pejabat PERKIM & pegawai di PERKIM berikan alamat MRM & memberitahunya di MRM dia akan dapat bantuan beli tiket flight.

Pada sebelah petang pula, saya menerima panggilan dari seorang muallaf yang katanya baru keluar dari pejabat MAIS. Pegawai di situ memberikan nombor saya untuk dihubunginya. Muallaf ini mengadu ada tunggakan hutang berbelas ribu dan mendakwa pegawai MAIS minta hubungi saya kerana saya boleh tolong.

Seminggu dua ni, tiba-tiba kami terima banyak panggilan dan ‘walk-in’ ke pejabat MRM samaada dari muallaf, lahir Muslim hatta Belum Muslim. Majoriti call nombor saya terus.

“Kenapa mereka call & ‘walk-in’?”

Mereka nak meminta bantuan, secara spesifik bantuan kewangan. Yang paling best ialah mereka dapat nombor telefon saya dari orang surau, masjid, NGO lain, PERKIM & MAIS.

Ayat mereka hampir sama;

“Saya pergi (surau, masjid, PERKIM, MAIS) minta bantuan. Mereka bagi nombor encik & kata encik boleh tolong.”

Saya harap itu hanya dakwaan mereka sahaja dan bukannya benar benar mereka ke surau, masjid, PERKIM atau MAIS & kemudian pegawai di situ meminta mereka menghubungi saya kononnya saya boleh membantu. Saya harap itu tidak benar.

Andai ianya benar, saya merasa kecewa dengan sikap pegawai yang semena-mena memberitahu saya dan MRM boleh tolong. Ianya memberikan janji dan harapan palsu kepada mereka.

Fokus utama MRM adalah dakwah dan kebajikan hanyalah cabang kecil dari dakwah kami. Mungkin dari segi ratio, kebajikan mungkin dalam 5-10% sahaja.

Pegawai surau & masjid sepatutnya meminta pemohon ini ke Baitulmal & Pusat Zakat untuk memohon bantuan dan bukannya meminta mereka ke MRM lalu memberitahu kami boleh tolong.

Manakala pegawai di PERKIM atau MAIS, mereka pasti tahu institusi manakah yang lebih sesuai berbanding dengan meminta pemohon ke NGO kecil seperti MRM. Institusi agama terima dana puluhan atau ratusan juta kutipan zakat manakala kami sebagai NGO kecil perlu berhempas pulas mencari dana untuk berdakwah.

Jarang sahabat-sahabat akan nampak kami di MRM membuat kempen di medsos untuk meraih sumbangan tetapi Alhamdulilah Allah bantu dengan menarik tentera-tenteraNya untuk menyokong kami tanpa perlu kami merayu atau membuat kempen iklan. Alhamdulilah.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa kami di MRM tak fokus sangat pada kebajikan?

Antara sebabnya adalah majoriti NGO di luar adalah NGO berteraskan kebajikan. Mungkin tidak keterlaluan saya anggarkan tidak kurang dari 95% NGO di luar adalah berteraskan kebajikan.

Dakwah khususnya dakwah kepada Belum Muslim & menghadapi cabaran serangan pemikiran memerlukan kepakaran yang spesifik serta fokus maka kami memilih untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada dakwah.

Dakwah memerlukan kami mempunyai unit R&D, unit kreatif, unit media, sayap wanita & latihan berterusan untuk mengemaskini ilmu dan kemahiran.

*Alangkah baiknya jikalau pegawai-pegawai di surau, masjid, PERKIM & MAIS apabila ada orang ingin memberikan sumbangan dan sebagainya juga meminta para penyumbang itu untuk sumbangkan kepada MRM sebagaimana mereka meminta pemohon sumbangan untuk meminta bantuan dari kami. Alangkah bestnya ☺️
“I DONT WANT YOU TO DISSAPPEAR LIKE RAYMOND KOH”
Sejak kali pertama ke Afrika pada 2016, saya boleh katakan ianya sangat menginsafkan serta memotivasi saya untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Apa sebabnya?

Dari segi makanan. Antara makanan ruji mereka adalah tepung. Nasi, kadang-kala apatahlagi daging. Pernah kami dijamu daging oleh tuanrumah tetapi orang awam hanya mampu menelan air liur melihat kami memakan daging.

Untuk AidilAdha yang bakal menjelang tiba ini, Mercy Mission yang sangat aktif di Afrika akan mengadakan program Qurban di mana selain dari beribadah, sahabat-sahabat juga boleh akan dapat berkongsi nikmat memakan daging dengan saudara seagama di 9 negara Afrika di mana daging korban akan diagihkan kepada mereka.

Ini bukan program MRM tetapi saya membantu mereka untuk mempromosikan program korban mereka di Afrika. Sahabat boleh klik di bawah ini untuk melakukan ibadah korban di Afrika. Bantu sebarkan agar kita sama-sama berkongsi rezeki dengan saudara seagama kita di Afrika.

KLIK LINK INI UNTUK IBADAH KORBAN - http://bit.ly/3X1LzgS
2024/10/03 23:22:13
Back to Top
HTML Embed Code: