Telegram Web Link
Apabila tiga Cina Muslim (Admas Pee & Datuk Nik Chan) terserempak di kedai kopi, apa lagi… Kami sembang pasal Cina la.. Takkan Cina bincang pasal Cina jadi rasis pula kan..

Kami bincang pasal dakwah kepada Cina. Admas Pee pernah jadi sami Buddha dan walaupun kami Muslim tetapi kami bertiga masih Cina cuma Admas & Datuk Nik nampak lebih Cina berbanding dengan saya kerana saya nampak lebih gelap. 😉
Selepas The Merdeka Times menjadi media terawal membuat liputan keceluparan pelawak (yang tak lawak) komediri, Jocelyn yang menghina Malaysia serta menjadikan MH370 sebagai bahan lawaknya, akhirnya Pesuruhjaya Tinggi Singapura memohon maaf.

In Sha Allah The Merdeka Times akan terus memperjuangkan Rukun Negara. Sila sokong dengan follow The Merdeka Times di semua platform media sosial.

*Ironiknya, Jocelyn bukan lagi warganegara Singapura.

https://themerdekatimes.com/news/2023/06/lawak-hina-malaysia-pesuruhjaya-tinggi-singapura-mohon-maaf/
Semalam The Merdeka Times melaporkan Jason Leong suka ‘lawak’ Jocelyn Chia. Ingatkan dia ni ‘open minded’ sampai boleh terima tragedi MH370 & hina Malaysia sebagai jenaka.

Rupa-rupanya dia takde la ‘open minded’ sangat sampai blok akaun medsos The Merdeka Times.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura dah mohon maaf walaupun Jocelyn ni dah bukan rakyat Singapura, bila lagi Jason Leong ini mahu keluar dari gua dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga tragedi MH370?

Atau mungkin laporan polis dibuat agar pihak polis boleh membantunya keluar dari gua & didakwa di mahkamah?
Memandangkan Jason Leong mengatakan dia suka dengan lawak @chiacomedy_official pasal tragedi MH370 & menghina Malaysia, mungkin saya cadangkan kalau dia berani & bukannya jaguh kampung sahaja untuk jadikan ‘h0l0️⃣ka*s’ sebagai isi kandungan lawaknya.

Saya nak tengok samaada dia masih akan bebas ke sana sini selepas jadikan ‘h*l*ka*s’ sebagai bahan jenaka di negara Barat yang BEGITU MENDUKUNG KEBEBASAN BERSUARA.

Adakah Jason Leong berani dan masih lagi bebas selepas itu. Andai dia ditahan pihak berkuasa di negara Barat, bagitaulah;

“I Love this bit. Is freedom of speech. You just dont know how to enjoy comedy”

Jason, ada berani sahut cabaran atau masih enggan meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga tragedi MH370?
Soalan paling random pernah diajukan kepada anda?
Tolong saya report page ini yang gunakan nama dan gambar saya untuk menjual produk kesihatan yang saya tak pernah endorse!

INI BUKAN PAGE SAYA!

https://www.facebook.com/profile.php?id=100086413442091&mibextid=LQQJ4d
The Merdeka Times power sampai Chrissie Mayr yang sokong Jocelyn ‘tak lawak’ tu pun koyak dengan poster TMT.

*Ada orang mesej minta saya naikkan gaji grafik designer sebab poster TMT sangat menarik. Apa pendapat anda?
“Losing dunya is nothing compare to losing your akhirah”

Jam tepat menunjukkan 5.13pm. Saya berjalan menuju ke surau di dalam sebuah apartment di Putrajaya.

Ternampak kelibat yang sangat saya kenali, Dr. Zakir Naik & sahabat saya, Sheikh Fariq Naik. Mereka baru selesai solat Asar di surau. Solat berjemaah di surau atau masjid adalah wajib bagi mereka. Tiada istilah solat di rumah kecuali solat sunat.

Saya menghampiri mereka memberikan salam dan memeluk guruku ini yang kali terakhir kami berjumpa adalah November lepas di Qatar semasa Piala Dunia.

“How are you Firdaus?”, Dr. Zakir Naik menyapa saya.

“Alhamdulilah Im fine, Zakir bhai” saya lebih mesra memanggilnya Zakir bhai.

Saya memperkenalkan sahabat-sahabat yang saya telah buatkan temujanji untuk berjumpa dengan beliau. Plan asal, saya tidak hadir bersama dalam perbincangan itu tetapi, bila dah sampai depan DZN, maunya tak naik ke rumahnya untuk discussion sekali.

Hampir sejam perbincangan satu projek untuk ummah sahabat-sahabat saya dengan DZN. Pelbagai soalan & input. In Sha Allah projek ini akan memberikan manfaat kepada ummah.

Selesai perbincangan, kami meminta izin untuk berundur. Tidak mahu menganggu jadualnya yang sentiasa padat. Bila dah di depan pintu;

“Firdaus, you going as well? If you have time, you stay for a while. Its been sometime didnt talk to you.”, DZN meminta saya stay.

Berani ke saya say NO kepada seorang legenda dakwah dunia Islam ini yang juga guru saya? Kalau berani sekalipun saya tidak akan say NO kerana adab kepada guru perlu dijaga.

Saya meminta sahabat-sahabat untuk menunggu saya di restoran di depan apartment DZN & In Sha Allah saya akan menyusul dalam 15 minit.

Dirancang 15 minit menjadi lebih dari sejam!

Apabila bertemu dengan guru-guru & orang yang lebih berilmu, saya lebih suka mendengar berbanding bercakap kerana bila kita bercakap, kita mengulangi apa yang kita tahu tetapi apabila kita mendengar, kita akan belajar perkara yang baharu.

Banyak nasihat dari Zakir bhai kepada saya sepanjang lebih sejam kami bersama. Dia tahu dunia dakwah ini penuh dengan onak & duri. Dia tahu banyak tentang perkembangan dakwah saya & MRM. Antara nasihat dia;

⁃ Dapatkan bantuan Allah dengan solat tahajud tambah-tambah lagi kita sebagai daie. Dekat diri kepadaNya selalu. Tiada siapa dapat membantu kita kalau Allah tidak membantu kita.
⁃ Cari keredhaan Allah semata-mata.
⁃ Hanya meletakkan harapan pada Allah bukan pada makhluk. Makhluk akan mengecewakan kita tetapi Allah tidak pernah mengecewakan kita.
⁃ Andai kita ditentang, dicabar dan seterusnya hilang dunia kerana kita berdakwah Lillahi Taala, itu berbaloi kerana kita menang akhirah.

Banyak lagi nasihat yang beliau berikan kepada. Sebelum berpisah, beliau mendoakan agar Allah melindungi saya & dikurniakan apa yang terbaik untuk dunia & akhirat serta istiqomah dalam dakwah.

Allahuma Ameen atas doa guruku ini.

*Dua orang guru yang sentiasa saya rujuk untuk mendapatkan nasihat adalah Sheikh Hussain Yee & Dr. Zakir Naik.
Jangan pisang berbuah dua kali.
“Mereka kata encik boleh tolong!”

Pagi semalam, seorang lelaki India beragama Hindu ‘walk-in’ ke pejabat MRM. Bukan nak bertanya tentang Islam atau memeluk Islam tetapi nak minta bantuan beli tiket flight.

Bila ditanya dari mana dia tahu office kami, dia memberitahu dia telah ke pejabat PERKIM & pegawai di PERKIM berikan alamat MRM & memberitahunya di MRM dia akan dapat bantuan beli tiket flight.

Pada sebelah petang pula, saya menerima panggilan dari seorang muallaf yang katanya baru keluar dari pejabat MAIS. Pegawai di situ memberikan nombor saya untuk dihubunginya. Muallaf ini mengadu ada tunggakan hutang berbelas ribu dan mendakwa pegawai MAIS minta hubungi saya kerana saya boleh tolong.

Seminggu dua ni, tiba-tiba kami terima banyak panggilan dan ‘walk-in’ ke pejabat MRM samaada dari muallaf, lahir Muslim hatta Belum Muslim. Majoriti call nombor saya terus.

“Kenapa mereka call & ‘walk-in’?”

Mereka nak meminta bantuan, secara spesifik bantuan kewangan. Yang paling best ialah mereka dapat nombor telefon saya dari orang surau, masjid, NGO lain, PERKIM & MAIS.

Ayat mereka hampir sama;

“Saya pergi (surau, masjid, PERKIM, MAIS) minta bantuan. Mereka bagi nombor encik & kata encik boleh tolong.”

Saya harap itu hanya dakwaan mereka sahaja dan bukannya benar benar mereka ke surau, masjid, PERKIM atau MAIS & kemudian pegawai di situ meminta mereka menghubungi saya kononnya saya boleh membantu. Saya harap itu tidak benar.

Andai ianya benar, saya merasa kecewa dengan sikap pegawai yang semena-mena memberitahu saya dan MRM boleh tolong. Ianya memberikan janji dan harapan palsu kepada mereka.

Fokus utama MRM adalah dakwah dan kebajikan hanyalah cabang kecil dari dakwah kami. Mungkin dari segi ratio, kebajikan mungkin dalam 5-10% sahaja.

Pegawai surau & masjid sepatutnya meminta pemohon ini ke Baitulmal & Pusat Zakat untuk memohon bantuan dan bukannya meminta mereka ke MRM lalu memberitahu kami boleh tolong.

Manakala pegawai di PERKIM atau MAIS, mereka pasti tahu institusi manakah yang lebih sesuai berbanding dengan meminta pemohon ke NGO kecil seperti MRM. Institusi agama terima dana puluhan atau ratusan juta kutipan zakat manakala kami sebagai NGO kecil perlu berhempas pulas mencari dana untuk berdakwah.

Jarang sahabat-sahabat akan nampak kami di MRM membuat kempen di medsos untuk meraih sumbangan tetapi Alhamdulilah Allah bantu dengan menarik tentera-tenteraNya untuk menyokong kami tanpa perlu kami merayu atau membuat kempen iklan. Alhamdulilah.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa kami di MRM tak fokus sangat pada kebajikan?

Antara sebabnya adalah majoriti NGO di luar adalah NGO berteraskan kebajikan. Mungkin tidak keterlaluan saya anggarkan tidak kurang dari 95% NGO di luar adalah berteraskan kebajikan.

Dakwah khususnya dakwah kepada Belum Muslim & menghadapi cabaran serangan pemikiran memerlukan kepakaran yang spesifik serta fokus maka kami memilih untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada dakwah.

Dakwah memerlukan kami mempunyai unit R&D, unit kreatif, unit media, sayap wanita & latihan berterusan untuk mengemaskini ilmu dan kemahiran.

*Alangkah baiknya jikalau pegawai-pegawai di surau, masjid, PERKIM & MAIS apabila ada orang ingin memberikan sumbangan dan sebagainya juga meminta para penyumbang itu untuk sumbangkan kepada MRM sebagaimana mereka meminta pemohon sumbangan untuk meminta bantuan dari kami. Alangkah bestnya ☺️
2024/11/06 01:54:06
Back to Top
HTML Embed Code: