Telegram Web Link
Mereka yang cuba menguburkan kita tidak tahu bahawa kita ini adalah benih yang akarnya akan mencengkam bumi dan tumbuh mencakar langit.
Apabila akhirat menjadi keutamaan…
Sila like & follow page sahabat saya ini.

Beliau mula aktif dalam dakwah sejak belajar di MIAT Sepang lagi. Sanggup ulang alik dari Sepang ke Setapak hampir setiap hari untuk berdakwah.

Dari seorang yang pemalu kini beliau telah berani ke hadapan berdakwah, mengajar muallaf serta mengendalikan kursus dakwah dalam serta luar negara.

Jom like & follow page ini..

https://www.facebook.com/profile.php?id=100091269135908&mibextid=LQQJ4d
In Sha Allah tonight 10pm (Msia Time)…
“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke? 😜

Perkongsian beberapa minggu lepas, ada yang meminta gambar sahabat-sahabat Belum Muslim berbangsa Cina yang bermain bolasepak dengan saya. Jangan kata Bro tak payung ya. Gambar diambil Selasa lepas.

Majoriti mereka pertengahan 50an sudah tapi masih aktif bermain bolasepak.

Seorang di antara mereka sempat nak mencuit,

“Wai Hung, you banyak suka Bak Kut Teh meh?”

Saya menjawab;

“You tanya Kopi la. Apa tak suka? Saya dan Wai Chai dan lain lain sanggup datang all the way dari Jinjang untuk pergi ke Klang untuk makan Bak Kut Teh Klang di kedai Kopi Long leh.”

Dia cuba mengusik;

“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke?” sambil tersengih.

“Takde la rindu sangat sebab sekarang saya boleh makan Bak Kut Teh dengan ayam. Chic Kut Teh namanya. Sedap. Tapi taste dia tak sama la macam babi sebab babi masak lama dengan bak kut teh, tekstur lemak dan daging masih sedap. 🫣

Dia sambung;

“Wah, you macam food expert sudah. Pandai beza dan menilai”

Saya membalas;

“Baru you tau kah? Hahaha.. Saya tak makan babi bukan sebab tak sedap tapi sebab itu larangan dari Allah so sebagai Muslim, saya taat kepada perintah dan larangan Allah. Satu makanan Allah haramkan, berpuluh atau beratus alternatif makanan lain ada. Kita yang decide nak taat atau derhaka pada Dia.”

Member member saya ni memang gitu la. Kuat mengusik tapi bila kita usik balik mereka pun steady je. Sebab hubungan baik walaupun mereka tau saya pendakwah. Kadangkala mereka tanya isu-isu atau soalan pasal Islam secara tidak langsung dan saya jawab cara Jinjang la..

Apa tu cara Jinjang? Kasi hentam cakap direct sambil tersenyum. Seumpama kita mencubit orang sambil tersenyum manakala orang dicubit pula tersenyum menahan sakit dicubit. 🤪

In Sha Allah saya memang bercadang minta kawan saya kongsikan resepi dan teknik memasak Bak Kut Teh Klang yang berbeza dengan Bak Kut Teh KL. Sahabat jangan risau, semuanya herba & daging ayam. Yang kita nak makan adalah sup bak kut teh, bukannya daging babi sangat. Relaksss..
Siapa suka ikan sardin goreng kunyit rangup, kita geng…
Ibn al-Jawzi reported: Abu Bakr al-Warraq, may Allah have mercy on him, said,

“The source of overpowering whims is approaching what is lusted. When whims overpower the heart, it will commit wrong. When the heart commits wrong, the chest will be tightened. When the chest is tightened, character will be bad. When character is bad, the creation will hate him. When the creation hates him, he will hate them. When he hates them, he will be harsh with them. When he is harsh with them, he becomes an accursed devil.”

Source: Dhamm al-Hawá 55
In Sha Allah Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 1 Syawal.

Kita tak pernah & takkan sambut Aidilfitri pada 1 Zulkaedah atau 1 Zulhijjah.

Sekian
Samada Raya pertama atau kedua je.

Selamat malam dan teruskan mencari Lailatul Qadar..
Ikan masin bulu ayam, sambal belacan, telur dadar, kicap dengan nasi panas. Nikmat…

Mesti ramai yang suka juga ni, betul kan?
Taqaballahu Minna Wa Minkum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Esok, Sabtu 22 April 2023 memang confirm Raya pertama.
Membawa ibu tersayang dan ahli keluarga menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Pertubuhan Al-Khaadem dan mendengar khutbah dari guruku, Dato Sheikh Hussain Yee.

Comelkan ibu saya bertudung begini? 😉 MashaAllah… Pejam celik dah 4 tahun ibu saya memeluk Islam. Doakan agar saya sentiasa ikhlas terus berdakwah kepada ahli keluarga saya yang lain serta masyarakat untuk juga dikurniakan hidayah memeluk Islam. Allahuma Ameen

Saya doakan sahabat muallaf yang lain juga agar ahli keluarga tersayang mereka juga akan dikurniakan hidayah memeluk Islam. Ambillah kesempatan Aidilfitri ini untuk perkenalkan Islam kepada mereka.

Taqaballahu Minna Wa Minkum..
Pernah seorang hartawan yang zuhud berikan nasihat kepada saya. Hartawan ni kira jenis yang orang hutang dia juta-juta dan bila orang bayar dia sejuta dua, raut wajahnya takde la berubah excited cuma akan ucap, Alhamdulilah orang bayar balik hutang aku RM sejuta dua tadi.

Nasihatnya;

"Firdaus, kita perlu tolong orang tapi kalau orang nak pinjam duit untuk survival atau bisnes, kita kena tanya dia kenapa tak pinjam dari family atau saudara mara dia? Kalau dia kata family & saudara mara dia tak nak tolong lalu mereka memberikan seribu satu kisah dan cerita kenapa family & saudara mara tak nak tolong mereka, then you kena stay away."

Saya cuba memahami apa yang dia maksudnya dengan bertanya;

"Kenapa begitu ya?"

Dia membalas;

"Cuba engkau fikir, kenapa family dan saudara mara dia tak nak tolong dia? Engkau lebih kenal dia atau family dan saudara mara dia lebih kenal dia? Engkau lebih rapat dari segi hubungan dengan dia atau family dan saudara mara dia?

Kalau family & saudara mara dia yang lebih kenal dan rapat dengan dia berbanding dengan engkau pun tak nak tolong, most probably dia tu bermasalah. Secara logiknya takkanlah ibubapa atau adik beradik atau saudara mara tak nak tolong kalau dia betul betul perlukan pertolongan?

Apakah family & saudara dia tak mampu? Kalau mampu kenapa tak tolong? Kebarangkalian dia tu mesti ada trust issue. Pernah pinjam duit tak bayar sampai kena blacklist dari ibubapa, adik beradik dan saudara mara.

Kau dengar cakap aku. Kau stay away je dan engkau doakan dia cukup. Kalau engkau degil nak tolong juga, nanti engkau akan faham apa aku cerita ni."

Ada sekali tu saya terlupa nasihat ini, saya tolong seseorang yang datang merayu rayu. Selepas bertahun-tahun, si dia sunyi sepi, tukar nombor, pindah rumah dan melarikan diri.

Baru ada akai teringat kata akhir hartawan itu;

"Kau dengar cakap aku. Kau stay away je dan engkau doakan dia cukup. Kalau engkau degil nak tolong juga, nanti engkau akan faham apa aku cerita ni."

Sekarang saya faham...

Sahabat mempunyai pengalaman begini?
Beriman kepada Allah bukan sekadar mengimani Allah itu wujud dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah tetapi ianya juga mengimani segala perancangan Allah itulah yang terbaik.

Alhamdulilah Ala Kulli Hal

Allah mengabul atau tidak mengabulkan doa, itu adalah hak Allah. Apabila Allah mengabulkan doa kita, Allah mengabulkan berdasarkan masa & cara yang dikehendakiNya tidak semestinya sebagaimana kita mahukan.

Apa yang kita mahu belum tentu baik secara mutlak. Boleh jadi ianya baik untuk dunia tetapi tidak untuk akhirat kita. Apa yang Allah berikan, selagi kita masih beribadah kepadaNya, In Sha Allah itulah yang terbaik untuk kita.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu , Rasulullah shall Allahu 'alaihi wa sallam bersabda,

“Aku begitu takjub pada seorang mukmin. Sesungguhnya Allah tidaklah menakdirkan sesuatu untuk seorang mukmin melainkan pasti itulah yang terbaik untuknya .”
(HR. Ahmad, 3:117. Syaikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan bahwa hadits ini sahih).
Berdoa & bersabar

Dari Abu Hurairah Radiyallahuanhu, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;

"Doa seseorang dari kalian akan senantiasa dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa hingga mengatakan, 'Aku telah berdoa kepada Rabb-ku, namun Dia belum juga mengabulkan untukku'.”
[HR Muslim No. 4917]
2024/11/05 23:21:58
Back to Top
HTML Embed Code: