Telegram Web Link
ALLAHUAKBAR!!!

Perkhabaran yang sangat mengembirakan di awal pagi Jumaat dalam bulan Ramadhan. Alhamdulilah.

Bulan Februari sebelum mereka menghadiri bengkel dakwah kami di Bangkok, Alhamdulilah 21 individu memeluk Islam dengan pendakwah di Thailand.

Syukur padaMu Ya Allah, selepas menghadiri bengkel dakwah kami, jumlah itu naik lebih sekali ganda kepada 50 orang hanya pada bulan March.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang mendoakan & menyumbang kepada MRM yang membolehkan kami untuk berdakwah serta melahirkan lebih ramai pendakwah yang efektif.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
“Please teach & guide my daughter so she can follow your footstep”

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Seorang gadis Cina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di MRM tengahari tadi. Menariknya adalah, ibunya yang belum Muslim datang menemani beliau untuk memeluk Islam. Alhamdulilah.

Dia telah menghubungi kami sebulan lebih lepas setelah mendapat nombor telefon kami di salah sebuah video saya di YouTube.

Masuk sahaja di dalam bilik perbincangan, saya memperkenalkan diri dan mengalukan kehadiran mereka ke MRM. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana sudi hadir bersama. Saya maklumkan bahawa kebiasaannya kami akan galakkan mereka yang ingin memeluk Islam untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mereka khususnya IbuBapa mereka tentang hasrat mereka ini.

Kami tidak mahu kerana mereka menyembunyikan keislamanan mereka sehingga ahli keluarga mereka menyangka Islam mengajar mereka untuk menipu sedangkan Islam mengajar sebaliknya.

Kebiasaannya saya akan bertaaruf dan kemudian memberikan ruang kepada individu yang mahu memeluk Islam serta mereka yang turut hadir untuk bertanya apa jua soalan sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

“As a mother, if my daughter believe Islam is good & can make her a better person, I will support her. I’m just afraid she become misguided and become extreme. You those sort of ISIS & terrorist.”

Saya memahami kenapa dia berkata begitu dan saya menjawab;

“Well Aunty, I truly understand that. That is the reason why we always told those who interested to become Muslim to inform their parents. Yes, their parents will have concern and worry that their children might become terrorist or extremist and their concern is valid.

I put myself in their shoes. If I am there being exposed day in day out about how bad Islam & Muslim are, I will have the same concern and worry as well!”

Kemudian saya berkongsikan kisah perjalanan saya memeluk Islam dan kenapa saya menubuhkan MRM & bagaimana ibu saya juga telah memeluk Islam pada 2019 setelah melihat perubahan dalam diri saya setelah membelajari Islam.. Ibunya mencelah;

“I’m glad to hear your story. Please teach her and guide her so she can follow your footsteps.”

Tanpa sedar, perbualan kami dalam Inggeris, Kantonis, Mandarin & Bahasa Melayu menghampiri 2 jam. Segala persoalannya kami berikan jawapan yang beliau berpuashati dengannya. Saya sering mengulangi kata-kata ini;

“Aunty, for me honesty is the best policy. No point I lie to you here but in the end later when you go back, you can search on Google and found out that I’m lying! I’m not afraid of the technology or you Google it but I’m afraid of Allah if I lie. So is better for me to be honest with you what is permissible and what is impermissible for her to do after she become Muslim.”

Ibunya menganggukkan kepala tanda setuju. Tidak lama selepas mereka bertolak pulang, ibunya menghantar mesej kepada saya kenapa beliau bertanya soalan macam-macam kepda saya tadi serta menghantar link bacaannya. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan waktu dan dia juga mengucapkan terima kasih kepada saya kerana membantu anaknya memeluk Islam.

Setelah sampai di rumah, kami menerima mesej dari gadis Cina tersebut;

“she seems happier after talking to you guys, thank you for helping me with that... words cant explain how grateful i am🙏🏼

Alhamdulilah. Semoga ibunya pula dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Jazakumullahu Khairan di atas doa dan sokongan sahabat semua kepada kami di MRM.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
“Bro, saya kesuntukan masa hadir ke kuliah tapi saya nak belajar agama. Macam mana eh?

Itu antara persoalan yang saya terima. Tidak dinafikan terbaik adalah menghadiri kuliah secara fizikal. Itu yang terbaik.

Namun kita masih boleh memanfaatkan waktu memandu atau dalam pengangkutan awam dengan mendengar kuliah menerusi aplikasi yang ada di smart phone atau kenderaan kita.

Bayangkan pergi balik kerja dalam sejam dan kita mampu mendengar satu kuliah sehari? Ok la tu sebagai permulaan.

Segalanya bermula dengan niat. Andai kita berniat mahu belajar agama kerana mencari redha Allah, In Sha Allah akan dipermudahkan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai pemangkin perubahan kita untuk lebih memahami agama Islam.

*Dulu mungkin stress kalau sangkut jam tetapi sekarang santai je sebab ditemani kuliah-kuliah bersiri. Bagaimana pula dengan sahabat semua?
Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mendesak Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meletak jawatan susulan pindaan Akta Racun 1952 untuk membenarkan pengesahan produk bercampur nikotin diluluskan, sekali gus mengetepikan keputusan Lembaga Racun sebelum ini.

https://themerdekatimes.com/news/2023/04/halalkan-vape-menteri-kesihatan-perlu-letak-jawatan-wafiq/
Jangan sangka muka baik itu orangnya baik dan jangan sangka muka jahat itu jahat orangnya.

Adakalanya kejahatan disembunyi disebalik muka baik manakala kebaikan tersembunyi di sebalik muka yang nampak jahat.

Namun secara realiti dan psikologi, majoriti manusia mudah terpengaruh berdasarkan wajah seseorang. Beauty privelege namanya.

Antara seorang berkulit cerah & berkulit kurang cerah, persepsi adalah yang cerah baik manakala yang kurang cerah jahat.

Anda mempunyai pengalaman ini?
Empat cara seseorang respon apabila diuji. Kita yang mana? Ayuh kita bermuhasabah..

1. MARAH

Ini adalah sesuatu yang boleh dirasai di dalam hati, seperti apabila seseorang itu marah kepada Tuhannya dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya, yang boleh membawa kepada kekufuran, sebagaimana firman Allah Ta'ala;

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.”
(Al-Hajj 22:11)

Mungkin juga dizahirkan kemarahan menerusi lisannya seperti, "Celaka saya" atau seumpamanya;

Atau ia boleh dizahirkan melalui tindakan fizikal seperti menampar pipi, mengoyakkan pakaian, mencabut rambut, dan sebagainya.

2. SABAR

Seseorang mungkin mendapati sesuatu yang membebankan dan tidak menyukainya, tetapi dia menanggungnya dengan sabar dan tabah.

Sama ada sesuatu berlaku atau tidak adalah tidak sama baginya; sebaliknya dia tidak menyukai apa yang dia alami dalam kesusahan, tetapi imannya melindunginya daripada rasa tidak puas hati.

3. REDHA, LEBIH TINGGI DARI SABAR

Redha adalah penerimaan sama ada di waktu senang dan susah bagi seseorang, dia menerima kedua-duanya dengan kehendak dan ketentuan Allah, walaupun dia mungkin berasa sedih apabila ditimpa musibah, kerana dia adalah seorang yang menerima kehendak & ketetapan Ilahi; apa sahaja kehendak dan ketetapan ilahi, dia akan menerimanya.


4. SYUKUR, TINGKATAN PALING TINGGI

Seseorang itu bersyukur (bukan bermakna dia gembira dengan musibah yang menimpanya) kepada Allah atas apa-apa musibah yang menimpanya, dan dengan itu termasuk dalam golongan hamba Allah yang bersyukur.

Apabila dia menyedari bahawa ada musibah yang lebih besar daripada apa yang menimpanya, dan musibah yang menjejaskan kepentingan dunianya lebih mudah ditanggung daripada musibah yang menjejaskan iltizam agamanya, dan azab di dunia lebih mudah dipikul daripada azab di akhirat, dan agar musibah ini menjadi penghapus dosanya dan menambah hasanatnya, maka dia akan bersyukur kepada Allah atas hal itu.

Nabi ﷺ bersabda:

“Tidak ada kekhuatiran, kesedihan atau apa pun yang menimpa seorang mukmin melainkan itu menjadi kafarat baginya, bahkan duri yang menusuknya.”
(Bukhari & Muslim)

Bukannya orang yang gembira itu adalah orang yang bersyukur tetapi ianya adalah orang yang bersyukur itu yang gembira.

Ayuh kita semua berusaha mengapai tingkatan tertinggi dan semoga Allah kurniakan kepada kita Sabrun Jamil. Allahuma Ameen
Mereka yang cuba menguburkan kita tidak tahu bahawa kita ini adalah benih yang akarnya akan mencengkam bumi dan tumbuh mencakar langit.
Apabila akhirat menjadi keutamaan…
Sila like & follow page sahabat saya ini.

Beliau mula aktif dalam dakwah sejak belajar di MIAT Sepang lagi. Sanggup ulang alik dari Sepang ke Setapak hampir setiap hari untuk berdakwah.

Dari seorang yang pemalu kini beliau telah berani ke hadapan berdakwah, mengajar muallaf serta mengendalikan kursus dakwah dalam serta luar negara.

Jom like & follow page ini..

https://www.facebook.com/profile.php?id=100091269135908&mibextid=LQQJ4d
In Sha Allah tonight 10pm (Msia Time)…
“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke? 😜

Perkongsian beberapa minggu lepas, ada yang meminta gambar sahabat-sahabat Belum Muslim berbangsa Cina yang bermain bolasepak dengan saya. Jangan kata Bro tak payung ya. Gambar diambil Selasa lepas.

Majoriti mereka pertengahan 50an sudah tapi masih aktif bermain bolasepak.

Seorang di antara mereka sempat nak mencuit,

“Wai Hung, you banyak suka Bak Kut Teh meh?”

Saya menjawab;

“You tanya Kopi la. Apa tak suka? Saya dan Wai Chai dan lain lain sanggup datang all the way dari Jinjang untuk pergi ke Klang untuk makan Bak Kut Teh Klang di kedai Kopi Long leh.”

Dia cuba mengusik;

“Awak masih rindu Bak Kut Teh ke?” sambil tersengih.

“Takde la rindu sangat sebab sekarang saya boleh makan Bak Kut Teh dengan ayam. Chic Kut Teh namanya. Sedap. Tapi taste dia tak sama la macam babi sebab babi masak lama dengan bak kut teh, tekstur lemak dan daging masih sedap. 🫣

Dia sambung;

“Wah, you macam food expert sudah. Pandai beza dan menilai”

Saya membalas;

“Baru you tau kah? Hahaha.. Saya tak makan babi bukan sebab tak sedap tapi sebab itu larangan dari Allah so sebagai Muslim, saya taat kepada perintah dan larangan Allah. Satu makanan Allah haramkan, berpuluh atau beratus alternatif makanan lain ada. Kita yang decide nak taat atau derhaka pada Dia.”

Member member saya ni memang gitu la. Kuat mengusik tapi bila kita usik balik mereka pun steady je. Sebab hubungan baik walaupun mereka tau saya pendakwah. Kadangkala mereka tanya isu-isu atau soalan pasal Islam secara tidak langsung dan saya jawab cara Jinjang la..

Apa tu cara Jinjang? Kasi hentam cakap direct sambil tersenyum. Seumpama kita mencubit orang sambil tersenyum manakala orang dicubit pula tersenyum menahan sakit dicubit. 🤪

In Sha Allah saya memang bercadang minta kawan saya kongsikan resepi dan teknik memasak Bak Kut Teh Klang yang berbeza dengan Bak Kut Teh KL. Sahabat jangan risau, semuanya herba & daging ayam. Yang kita nak makan adalah sup bak kut teh, bukannya daging babi sangat. Relaksss..
2024/10/03 15:24:47
Back to Top
HTML Embed Code: