Telegram Web Link
KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 25 & 26 Februari 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_022023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang!!!
Adakalanya diamnya kita juga merupakan jawapan yang mengerunkan pihak lawan dari kata-kata kita yang berapi. Pihak lawan tidak tahu apa yang sedang kita rancang & mereka hidup dalam kerunsingan.

Kata-kata yang berapi juga perlu digunakan bila kena pada masanya. Namun adakalanya dengan berapi-api kita gagal mengawal emosi lalu terungkaplah perkataan yang akan disesali kemudian hari.

Jangan kerana kegilaan sesaat menyebabkan kita menyesal seumur hidup.

Umar ibn Khattab Radiyallahuanhu pernah berkata;

“Orang yang paling mencintai kami di antara kalian sebelum kami mengatakannya adalah yang lebih memilih untuk diam. Apabila dia berbicara, kata-katanya masuk akal. Dan kalau kami mengujinya, maka dia akan berbuat lebih baik.”

Sekali lagi ditegaskan, tidak salah berbicara tetapi adakalanya kita perlu berfikir jikalau kita boleh mencabut akar rumput dengan penyodok, kenapa perlu digunakan jentolak?

Semakin usia diri ini meningkat, semakin mengerti untuk berbicara bila perlu & berdiam menjadi amalan selalu. Sekali lagi Umar ibn Khattab berkata;

"Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku. Tetapi aku berkali-kali menyesali bicaraku."

Adakalanya tidak perlu menembak peluru bertalu-talu tatkala pihak lawan diam seribu. Bertenang & menganalisis bukan bererti takut bertempur tetapi peperangan bukan sekadar menggunakan kekuatan senjata & fizikal, tetapi menggunakan akal merencana strategi.

Penembak tepat banyak berdiam tetapi setiap bidikan 'sniper' mengenai sasaran yang jikalau tidak mati akan mendatangkan keparahan.

Saya ingatkan diri sendiri agar jangan bercakap bila marah & jangan berjanji bila gembira kerana kerapkali perkataan yang diungkap apabila emosi menguasai diri, selalunya akan menyesal kemudian hari.
KURSUS METODOLOGI DAKWAH FASA 1 MRM

Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya.
Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan.

Kenapa? Tak percaya?
Kalau anda tak percaya, daftarlah untuk Kursus Metodologi Dakwah Fasa 1.

• Tarikh: 25 & 26 Februari 2023 (Sabtu & Ahad)
• Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
• Lokasi: MRM Wangsa Maju
• Yuran: RM48

Anda akan terkejut besar kerana semudah itu sahaja untuk berdakwah. Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang di link bawah atau imbas QR kod di poster:-

https://bit.ly/KMD_F1_022023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1050 0414 (Dakwah MRM)
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang!!!
Pagi tadi diberikan kesempatan untuk hadir ke penyediaan laporan Malaysia’s Fourth Cycle of the Universal Periodic Review (UPR).

In Sha Allah laporan ini akan dibentangkan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation Human Rights Council, ringkasnya : UNHRC) Geneva, Switzerland pada 2024.

MRM diberikan tanggungjawab untuk melakukan kajian dan menghasilkan laporan berkaitan Islamofobia & Islamodium di Malaysia serta rekomendasi untuk menanganinya.

Doakan bermanfaat untuk ummah..
Telefon bimbitnya berdering secara tidak sengaja ketika solat. Seusai solat, Imam dan ahli jemaah yang lain mengherdik dan memarahinya. Dia tidak datang lagi ke masjid selepas itu.

Dia pergi ke pub dan secara tidak sengaja menumpahkan minumannya. Pelayan memberikannya minuman baru secara percuma. Sejak itu, dia tidak pernah gagal mengunjungi pub.

Anda boleh mengubah keadaan. Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 'Ceriakan manusia yang lain dan jangan menyisihkan mereka. Permudahkan jangan persulitkan.'
[Kehidupan]

Kehidupan ini tidaklah sering menemukan kita dengan orang yang kita ingin temui. Adakalanya kehidupan ini menemukan kita dengan insan yang perlu kita temui; insan yang akan menyakiti kita, melukai kita, membohongi kita, mencintai kita, menyayangi kita dan meninggalkan kita.

Mereka inilah yang dipertemukan kepada kita oleh Allah sebagai ujian agar kita mendekatkan diri & hanya bergantung harap kepada Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
[Al-Kahfi 18:7]
Sarapan pertama di Bangkok, Thailand.

Petang ini ceramah di King Mongkut's University Of Technology Thonburi dan esok akan bermula bengkel dakwah selama enam hari kepada sekumpulan kecil pendakwah di Thailand.

Secara purata, lebih kurang 20-30 individu memeluk Islam dengan kumpulan pendakwah ini setiap bulan. Untuk menyokong usaha mereka, kami setuju menerima jemputan mereka dengan membiayai semua kos perjalanan dan penginapan sepanjang di sini.

Ya la, kami juga mahu menumpang mendapat pahala dari usaha mereka ini. Doakan program kami berjalan lancar.
Musa Patchaya (sebelah kanan saya), seorang peguam Muslim berusia 38 berasal dari Bangkok, Thailand. Beliau dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi hidupnya sangat jauh dari Islam.

Beliau tidak merasakan dia memerlukan agama apatahlagi dia mempunyai karier yang baik sebagai seorang peguam. Hidupnya lancar, kesihatannya baik, segalanya nampak lancar dan baik untuk dirinya.

Di sebalik semua kelancaran dan kenikmatan dalam hidupnya, nampak gembira tetapi menurutnya seperti ada kelompongan dan kekurangan dalam hatinya. Dia tidak tahu apa dia. Apa yang kurang, dia tidak tahu. Beliau menyangkan lebih banyak kejayaan sebagai peguam, dia akan dapat mengisi kekosongan. Namun kejayaan memenangi kes hanya menghadirkan kegembiraan yang seketika dan perasaan gembira itu.

Suatu hari dia tertonton satu video oleh Sheikh Sharif (sebelah kiri saya) di YouTube tentang tujuan kehidupan dalam Bahasa Thai dan akhirnya video itu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam kehidupannya. Kekosongan dalam hatinya terisi. Dia merasa ketenangan dan ketenteraman yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Dia kembali mengamalkan Islam dan mendedikasikan masa, harta dan kepakarannya untuk membantu dakwah Sheikh Sharif sehingga sanggup menjadi pemandu peribadi & juga menyalurkan hartanya untuk menyokong dakwah Sheikh Sharif. Beliau sedar beliau tidak mempunyai ilmu dan kepakaran seperti Sheikh Sharif tetapi beliau mahu menyumbang kepada agama dan berterima kasih kepada Sheikh Sharif yang kerana videonya telah mengubah kehidupan beliau.

Sheikh Sharif tidak meminta tetapi Musa yang menawarkan.

Begitulah bagaimana Islam berkembang di awal Islam. Bagaimana Abu Hurairah dapat menghafal 5510 hadis walaupun beliau memeluk Islam beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi kerana seorang sahabat lain mencari rezeki manakala Abu Hurairah mencari ilmu. Sahabat yang mencari rezeki berkongsi pendapatannnya manakala Abu Hurairah berkongsi ilmu yang dia belajari dari Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam.

Allah Subhana Wa Ta’ala hadirkan tentera-tenteraNya tanpa kita ketahui. Semoga Allah jadikan kita semua tentera-tentera Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen
Kecelaruan prinsip
*Dari Buddhist Kepada Zakir Naik Thailand*

Natthanon Suthonwat berusia 27 tahun berasal dari Korat dilahirkan di dalam keluarga beragama Buddha. Tidak mengejutkan apabila mengikut bancian pada 2010, 93% penduduk Thailand adalah beragama Buddha khususnya aliran Theravada.

Dari muda, beliau sangat berminat dengan sains dan mempunyai pelbagai persoalan tentang sains, teknologi dan agama. Semakin banyak persoalannya tentang sains, beliau dapati dirinya semakin jauh dari agama. Lama-kelamaan, beliau akhirnya menjadi seorang ateis, tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Hidupnya bebas, sekurang-kurangnya merasa bebas tanpa ikatan agama namun jiwanya memberontak. Sangat memberontak. Beliau ingin mencabar agama, membuktikan sememangnya Tuhan tidak wujud. Beliau mahu membuktikan satu-persatu agama yang percaya pada Tuhan adalah tidak logikal sehinggalah beliau cuba membongkar Islam.
Semakin beliau cuba membongkar dan membuktikan Islam tidak logikal, semakin egonya tercabar. Beliau semakin ragu terhadap Islam kerana tidak mungkin wujudnya agama seperti Islam, agama yang semakin cuba dibongkar semakin logikal. Keraguannya menyebabkan beliau menghabiskan banyak masa untuk ‘debunk’ Islam. Video demi video, buku demi buku, artikel demi artikel berkaitan Islam beliau baca & tonton untuk membongkar Islam.

Akhirnya beliau terduduk, merenung jauh. Tenungan ke arah siling biliknya tetapi jiwanya kosong. Tenungan yang kosong.

*“TIDAK MUNGKIN!”,*

Bisik hatinya. Tidak mungkin kajian demi kajiannya gagal. Beliau tidak pernah gagal membuktikan agama tidak logikal, sehinggalah mengkaji Islam.

Akhirnya beliau akur… Walaupun egonya tercalar, tetapi beliau perlu akur dan merendahkan diri menerima hakikat, menerima kebenaran.

‎”أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله“

_“ASH-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.”_
(Aku naik saksi tiadak tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Persuruh Allah)

Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah, menerima kebenaran pada 1hb Disember 2019. Beliau memilih nama Arif sebagai nama Islamnya dan hari ini beliau menggunakan nama Arif Dawah di media sosial. Malahan beliau telah berkenalan dan bergabung dengan Sheikh Sharif dalam usaha dakwah di Thailand. Beliau mempunyai minat & kepakaran dalam video editing dan beliau gunakan kepakarannya itu untuk membantu dakwah.

Natthanon Sunthonwat Arif Dawah baru memeluk Islam selama 3 tahun tetapi MashaAllah, beliau nekad membantu masyarakat Belum Muslim di Thailand untuk mengenali siapakah Pencipta mereka dan kembali kepada agama fitrah, Islam.

Hari ini, beliau juga meminjamkan suaranya dengan mengalih suara video ceramah Dr. Zakir Naik di YouTube kepada Bahasa Thai. Video mereka di YouTube dalam Bahasa Thai telah ditonton 14juta kali! Allahuakbar. Bayangkan, itu dilakukan secara part-time tetapi capai dakwah begitu hebat.

In Sha Allah, MRM akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama rasmi dan menyokong dakwah mereka di Thailand. Minta maaf, kami tamakkan pahala. Di mana ada ruang untuk menambah pahala dan mendapatkan redha Allah, In Sha Allah kami akan usahakan kerjasama untuk menumpang sama selagi kami mampu.

Sebab itu di MRM, kami menyokong pusat dakwah di Filipina, membina sebuah pusat penempatan muallaf di Uganda, sebuah pusat Islam yang mempunyai masjid, telaga, blok pentadbiran dan perumahan untuk imam & 10 ekar tanah di Tanzania yang diusahakan oleh pendakwah tempatan. Semua usaha ini inisiatif gila pahala kami hasil sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua. Jazakumullahu Khairan
Imam Thanarat Watcharapisud dari Masjid Haroon, Bangkok Thailand juga turut hadir dalam perkongsian saya di University King Mongkut tempohari.

Hampir 6 tahun kami tidak berjumpa setelah kali pertama dan terakhir berjumpa di Bahrain ketika saya dijemput oleh Discover Islam Bahrain untuk mengendalikan Bengkel Psikologi Komunikasi Islam Dalam Dakwah kepada 40 peserta dari seluruh dunia pada waktu itu & Iman Thanarat dan isterinya salah seorang dari peserta pada waktu itu

Sesuatu yang mengembirakan bukan apabila dia memperkenalkan saya sebagai Profesor beliau kepada pelajar-pelajar di sana tetapi apabila dia memberitahu saya apa yang diajar oleh saya pada 2017 masih digunakan olehnya secara efektif dalam kehidupannya. Alhamdulilah. Hadha Min Fadzli Rabbi.
Perasan atau tidak, seperti satu trend mereka yang pernah memusuhi Islam mula memeluk Islam satu persatu. Alhamdulilah. Allahuakbar.

Islam tidak menjadi mulia hanya kerana mereka memeluk Islam tetapi mereka menjadi mulia dengan memeluk Islam. Islam tidak memerlukan sesiapa tetapi kita yang memerlukan Islam.

Dari ahli politik berhaluan kanan Belanda, Arnoud Van Dorn kepada Andrew Tate dan kini bekas ketua kumpulan berhaluan kanan Australia, Shermon Burgess pula memeluk Islam.

Antara sebab utama mereka memeluk Islam sebagaimana disebut oleh mereka sendiri adalah sikap majoriti Muslim dengan prinsip agama Islam yang konsisten menentang kemungkaran tatkala agama-agama lain mengubah prinsip dan tidak berani melawan kemungkaran sebagaimana Islam & Muslim lakukan.

Lebih ramai memeluk Islam kerana tertarik dengan prinsip-prinsip akidah & akhlak Islam. Mereka inilah yang akhirnya akan menjadi antara pejuang Islam setelah memeluk Islam. Mereka yang flip-flop prinsip perjuangan akhirnya akan berada dalam ‘self destruction’ mode & perjuangan tidak kekal lama.

Itulah beza mereka yang mencari redha Allah berbanding mereka yang mencari redha manusia & pengiktirafan duniawi.

Ayuh melangkah ke hadapan dengan prinsip-prinsip Islam! Allahuakbar….


https://themerdekatimes.com/news/2023/03/aktivis-anti-islam-australia-peluk-islam-kerana-pendirian-tegas-agama-itu-menentang-lgbtq/
2024/10/03 17:15:21
Back to Top
HTML Embed Code: