Telegram Web Link
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
(Ali Imran 3:139)
Media Berbahasa Cina, Antara Dua ‘Standard’

Apabila isu melibatkan orang Islam atau Muslim atau Melayu, gambar individu tersebut akan ditunjukkan tanpa dikaburkan.

Apabila dalam isu bekas pemain badminton yang menghina Melayu & Islam, gambarnya dikaburkan.

Nampak antara dua ‘standard’? Apa objektif media berbahasa Cina melakukan begini?

Apabila BAM mencadangkan kepada China Badminton Association (CBA) untuk mengambil tindakan terhadap Guan Yik, kita dapat lihat di ruangan komentar di medsos media berbahasa Cina ramai yang bersetuju dan menjustifikasi kata-katanya!

Malahan ada yang kata;

“Selepas menonton videonya, apa yang dia cakap tidak salah tetapi terlalu jujur”

“Walaupun pendapat tak semestinya betul, tetapi kebebasan bersuara perlu ada”

Oleh sebab itu, ramai netizen berbangsa Cina menghentam, mengejek, mengutuk saya di TikTok saya apabila saya bercerita tentang ‘mindset’ masyarakat Cina berdasarkan buku ‘Chinese Dilemma’ oleh Ye Lin-Shing & pengetahuan saya.

Saya berani berkata kerana saya ada fakta & rujukan. Mereka menafikan apa yang saya cakap tetapi sebagaimana peribahasa Cina;

纸包不住火 (Kertas tidak boleh membalut api)

Untuk makluman semua, kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM mempunyai unit khas pemantauan media berbahasa Cina & Tamil.

Kami akan terus dedahkan sikap antara dua ‘standard’ media-media ini.
Hannah Yeoh, Polemik RIP & Media

Saya menghormati YB Hannah Yeoh sebagai seorang penganut Kristian yang kuat pegangan agamanya dan bersuamikan seorang pastor selain sebagai Menteri Belia & Sukan.

YB Hannah telah menulis satu belasungkawa yang menyentuh hati yang ditujukan kepada bekas ADUN Meru, Dr. Rani Osman yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Januari 2023.

Saya suka membaca belasungkawa yang ditulis YB. Penggunaan perkataan yang tersusun, menyentuh hati seterusnya memberikan gambaran hubungan baik antara beliau dan Dr Rani Osman.

YB Hannah Yeoh sebagai seorang penganut Kristian yang kuat tidak mengucapkan Rest In Peace (RIP) di atas pemergian Allahyarham Dr Rani Osman. Saya membaca berkali-kali mencari ucapan RIP tetapi tetap tidak menjumpainya.

Yang paling dekat adalah diulang dua kali; ‘Ini hamba Allah yang baik’. Sebagai Muslim saya sangat respect pendirian YB Hannah Yeoh untuk tidak tulis RIP. Kedua-dua agama boleh hidup dalam masyarakat tetapi Islam & Kristian masing-masing mengakui hanya agama maing-masing yang benar.

Saya OK dan tidak menjadikan ianya satu isu YB Hannag tidak ucap RIP. Kalau dia ucap RIP sekalipun, itu prinsip agama dia bukannya prinsip agama Islam.

Itulah kematangan yang Islam ajarkan pada penganutnya agar tidak berkecil hati atau merajuk bilamana orang lain tidak mahu mengucapkan suatu ucapan atau meraikan perayaan Islam bersama.

Dari sudut komen & perkongsian statusnya itu, ramai Muslim memuji belasungkawa YB Hannah walaupun berbeza agama dengan Allahyarham Dr Rani Osman.

Media berbahasa Melayu pun tidak mempolemikkan isu YB Hannah atau orang lain tidak ucap RIP pada Allahyaraham Dr Rani Osman atau menuduh YB kolot, lemah iman atau tidak bertoleransi. Muslim steady dan relaks sahaja dalam isu ini.

Itulah kematangan dan rasional yang Islam ajarkan kepada Muslim.

*Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham Dr Rani Osman dan menempatkan beliau bersama orang-orang beriman di Jannah kelak. Allahuma Ameen
Weng Kangjian, seorang warga China calon PHD dalam bidang Sosiologi dari Universiti Hokkaido, Jepun berkunjung ke MRM untuk melakukan kajian tentang agama Islam.

Bro Adam Tan menyantuni beliau dan bersoaljawab dengan beliau selma sejam dan antara soalan yang ditanya adalah bagaimana seorang Cina Muslim mengintegrasikan budaya Cina dengan ajaran Islam.

Seusai perbincangan, Bro Adam memaklumkan kepada beliau ingin menunaikan solat lalu Kangjian meminta izin untuk turut serta dan merasai sendiri pengalaman solat dan sujud pada Pencipta. Semoga perbincangan memberikan manfaat dan menjadi asbab hidayah buatnya.

Sebelum ini, ramai calon-calon Degree, Master & PHD Muslim & Bukan Muslim dari dalam dan luar negara hadir ke MRM untuk menjalankan kajian mereka. Alhamdulilah, walaupun MRM hanyalah sebuah NGO yang kecil tetapi banyak pengkaji berminat untuk melakukan kajian mereka di MRM.

Bukan itu sahaja, ada yang menjadikan metod dakwah & juga MRM sebagai tajuk kajian mereka. Alhamdulilah. Hadha Min Fadzli Rabbi…

Bagi yang ingin melakukan kajian atau internship dalam bidang pentadbiran, dakwah, pengurusan & multimedia, boleh hubungi Pengurus Pentadbiran di wasap.my/60183670765
Dari Kristian Ke Islam

Alhamdulilah. Allahuakbar..

Majoy (berbaju biru) dari Selatan Sudan sebelum ini beragama Kristian dan pernah berkunjung ke MRM untuk sesi perbincangan bagi mencari kebenaran. Alhamdulilah, beliau telahpun menemui kebenaran & menemui Islam. Majoy kini dikenali sebagai Khalifah.

Majoy dibawa ke MRM oleh sukarelawan MRM yang juga merupakan sahabatnya dari Sudan iaitu Muhammad Ali (duduk di sebelahnya berbaju putih).

MRM adalah singkatan Multiracial Reverted Muslims (Pertubuhan Muallaf Berbilang Bangsa). Kami bukan sahaja berbilang bangsa pada nama sahaja tetapi dari ahlinya, kakitangannya malahan sukarelawan juga dari pelbagai bangsa & negara!

Ada yang dari Sudan, Tanzania, Uganda, Nigeria, Afrika Selatan, Australia, Italy, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Sri Lanka, China dan banyak lagi negara. Sukarelawan MRM ini akan menyantuni rakan senegara mereka di Malaysia dan berdakwah kepada mereka.

Alhamdulilah kerjasama antara MRM & sukarelawan MRM dari pelbagai negara di Malaysia sangat memberangsangkan. Mereka juga sangat selesa bekerjasama dengan MRM kerana suasana ‘pelbagai bangsa’ di MRM selain sokongan penuh kepada segala usaha dakwah mereka.

“Apa bentuk sokongan diberikan oleh MRM kepada sukarelawan?”

Antara sokongan yang diberikan kepada mereka adalah bahan dakwah percuma dari risalah, buku kepadalah Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Selain itu mereka juga mempunyai akses kepada kemudahan perpustakaan MRM dan juga 2 bilik perbincangan dan 1 lounge di MRM untuk berbincang dengan mad’u mereka. Apa lagi?

Mereka juga boleh menikmati makanan & minuman secara percuma khususnya mesin kopi kami yang menghasilkan Americano & Latte yang, umpphhhhh… Memberikan kesegaran untuk berdakwah.

Mereka juga berpeluang untuk dijemput turut serta dalam sesi dialog dan perbincangan antara kami dengan mad’u terutamanya kes-kes masalah akidah, missionari dan sebagainya.

Selepas membaca ‘bestnya’ dapat berdakwah & mendapat sokongan sebegitu rupa, mungkin ada sahabat yang berminat menjadi sebahagian dari keluarga sukarelawan MRM? Sila hubungi Unit Dakwah MRM di wasap.my/601110500414
Jantan sebenar tidak mengusung anak dara orang ke hulur ke hilir tanpa ikatan yang sah!

Jantan yang sebenar adalah yang cukup jantan untuk menunjukkan kejantanannya dengan berjumpa ayah anak dara untuk dipinang menjadi isterinya yang sah!

Are you man enough?

Nak tahu cinta sebenar? Inilah dia cinta yang sebenar-benarnya…

"Tiga perkara yang apabila dilakukan seseorang, maka dia akan dapat merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan rasul-Nya paling dicintai daripada yang lainnya, tidak mencintai seseorang kecuali karena Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci kalau dimasukkan ke dalam neraka."
(Musnad Ahmad: 11564)
2024/11/20 11:39:12
Back to Top
HTML Embed Code: